Kajian kesihatan membuktikan bahawa berat badan yang berlebihan adalah salah satu faktor seseorang berisiko diserang penyakit jantung, malah menyumbang pada banyak penyakit- kronik lain. Amat penting sekali untuk kita berusaha mengurangkan berat badan kerana kehilangan berat badan walau sedikit demi sedikit mampu bawa perubahan. Hidup lebih sihat tanpa serangan penyakit jantung.

Elak Makan Lewat Malam Untuk Masalah Obesiti & Penyakit Jantung

Lemak berlebihan, kualiti kesihatan berkurangan.

Obesiti merupakan masalah pengumpulan lemak berlebihan di dalam badan manusia yang akan menyebabkan kesan sampingan terhadap parameter metabolik, tahap kesihatan jangka panjang dan pendek serta kesan psikologi. Obesiti dikenali oleh masyarakat kita sebagai masalah kegemukan atau berat badan berlebihan.

Setiap daripada kita yang sihat walaupun muda berisiko untuk gemuk jika tiada inisiatif diri menjaga dan mengekalkan berat badan sihat dan ideal. Satu kajian baru-baru ini mendapati bahawa mereka yang mengekalkan berat badan dari semasa ke semasa, walaupun mempunyai berat badan berlebihan mengalami risiko lebih rendah menghidap penyakit jantung daripada orang-orang yang mengalami pertambahan berat badan.

IKLAN

Elak Makan Lewat Malam Untuk Masalah Obesiti & Penyakit Jantung

Bagaimana obesiti boleh menyebabkan risiko serangan jantung?

Orang yang mengalami kegemukan melampau biasanya akan mengalami gangguan pada fungsi  pam jantungnya sehingga gagal berfungsi, dan organ tubuh tidak dapat menerima cukup oksigen. Obesiti pada orang yang gemuk berlaku apabila berlakunya penebalan pada dinding ventrikel kiri jantung (left ventricular hypertrophy / LVH) berikutan pengumpulan lemak berlebihan. Penebalan dinding ini lama-kelamaan akan menyebabkan masalah pada jantung di bahagian pembuluh darah (kardiovaskuler) .

IKLAN

Sindrom metabolik X, iaitu gangguan metabolisme boleh menyebabkan kelainan lipid (sel lemak) yang serius. Sel-sel lemak ini akan mengumpulkan sejumlah besar molekul lemak sehingga membuatkan luas permukaan arteri dan vena menjadi lebih sempit. Akibatnya aliran darah dari jantung mengepam darah ke seluruh tubuh akan terganggu  . Keadaan ini menyebabkan berlakunya keadaan fatal yang disebut sebagai serangan jantung dan boleh menyebabkan kematian mengejut.

Maskulin menemubual Dr. Leny Marlina Muskimin, pengamal perubatan di Klinik Ajwa, Shah Alam untuk mengetahui kaitan gaya hidup masyarakat Malaysia hari ini menyebabkan peningkatan obesiti sekaligus berisiko diserang penyakit jantung.

IKLAN

1-Kesibukan kerja– Akibat timbunan kerja dan tuntutan tanggungjawab, rakyat Malaysia dipercayai leka sehingga tiada masa untuk mengendahkan aspek kesihatan diri termasuk bagi yang sudah berkeluarga. Apabila sering balik lewat malam, rakyat Malaysia gemar memesan makanan fast-food dan menikmati hidangan di luar.

2-Rutin memasak di rumah tidak diamalkan- Bukan sahaja melibatkan mereka yang sudah bekerjaya, malah ramai di antara kita yang semakin lokek dan malas untuk memasak sendiri di rumah. Kajian membuktikan memasak makanan sendiri di rumah menawarkan lebih khasiat dan nutrisi berbanding membeli makanan di luar. Dan berikutan perkembangan teknologi semasa, memesan makanan dari rumah hanyalah di hujung jari.

3-Makan lewat malam- Gejala makan lewat malam kian sebati dengan budaya masyarakat kita. Ditambah pula dengan lambakan restoran dan gerai-gerai makanan yang beroperasi 24 jam. Ramai yang mengetahui kesan makan lewat malam boleh menggemukkan namun tidak diendahkan. Walaupun kesan kegemukkan tidak terhasil semalaman, tetapi dalam jangka masa panjang tindakan ini boleh memudaratkan.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI