Ramai lelaki di luar sana alpa dengan fakta ‘mati pucuk’ yang kian berleluasa dikalangan orang muda. Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru dalam dunia lelaki, jadi pengawalan terhadap isu ini harus diketengahkan. Mati pucuk atau nama saintifiknya erectile dysfunction (ED) biasanya terjadi pada lelaki yang sudah menjangkau pada usia 40 tahun ke atas atas sebab faktor umur. Mati pucuk merupakan ketakutan para lelaki kerana ia bukan saja boleh melemahkan metabolisme seseorang, tapi boleh menyebabkan lelaki tersebut mendapat banyak penyakit-penyakit aneh. Tak hairanlah jika yang kena ini terdiri dari golongan tua, tapi jika ia terjadi pada mereka yang muda? Mengapa? Dan bagaimana?
Lelaki gemar menggunakan pelbagai rawatan, atau pil-pil yang meransang hubungan seks bersama pasangan. Ubat-ubat dan jamu yang terjual di farmasi menjadi tarikan lelaki kerana ini akan membuatkan prestasi anda bersama pasangan pada waktu malam lebih hebat. Lelaki mungkin salah dalam faktor ini, kerana ubat-ubatan ini akan menyebabkan anda lesu dan lemah. Prestasi anda lama-kelamaan akan menurun dan anda akan kerap berasa letih dan lemah.
Jadi sebelum anda tergolong dalam kalangan mereka yang mati pucuk di usia muda, apa kata anda cuba beberapa langkah ini:
Jaga makan
Makanan yang mengancam kesihatan jantung seperti burger, jajan boleh boleh menjejaskan keupayaan alat sulit anda. Dalam badan lelaki, salur darah yang paling halus ialah salur darah di zakar dengan garis pusat satu hingga dua milimeter saja, lebih kecil daripada salur darah ke jantung dengan ukuran garis pusat tiga hingga empat milimeter.
Ads
Sakit jantung terjadi akibat salur darah tersumbat, jadi kemungkinan salur darah pada zakar yang lebih halus untuk alami perkara ini adalah lebih tinggi. Aliran darah yang lancar penting untuk pucuk. Apabila aliran darah terjejas, maka seseorang akan mula mengalami masalah ini.
Kajian menunjukkan masalah ED jarang berlaku di kalangan lelaki yang mengamalkan diet Mediterranean (mengandungi banyak sayur, buah, ikan, bijirin penuh dan lemak yang baik untuk jantung). Jadi amalkan pemakanan yang sihat.
Kurangkan pengambilan minuman beralkohol
Ads
Jika anda kerap mengambil minuman ini, apa kata kalau anda kurangkan atau berheti terus! Memang tiada kajian bahawa alkohol boleh menjejaskan prestasi seks seseorang lelaki, malah ada sesetengah penyelidik berpendapat wain merah contohnya memberi manfaat kepada kesihatan jantung.
Bagaimanapun ramai pakar bersetuju tidak merugikan kepada seseorang jika tidak minum minuman beralkohol, bahkan ia disifatkan langkah yang lebih baik dalam penjagaan kesihatan. Pengambilan alkohol berlebihan dalam jangka masa panjang boleh merosakkan hati, saraf dan menyebabkan pelbagai isu kesihatan lain yang akhirnya membawa kepada masalah ED.
Ads
Jangan bergantung sangat kepada senaman kemut
Tiada kajian yang menunjukkan senaman Kegel (menegang dan mengendurkan otot pelvis) dapat mengelakkan lelaki daripada ED. Bagaimanapun senaman ini sangat berguna kepada lelaki dan wanita yang mengalami masalah inkontinen (kebocoran kencing). jangan terlalu taksub dengan senaman ini, seolah-olah bila anda telah melakukan senaman ini, segala-galanya akan ok. Anda kena lebih berhati-kati dan pelbagaikan kaedah untuk mengelakkan dari penyakit seperti ini.
Jalani pemeriksaan tahap hormon testosteron
Testosteron ialah hormon yang diperlukan untuk mengekalkan sifat kelelakian seperti merangsang pertumbuhan bulu pada muka dan badan, penghasilan sperma, pembesaran kelenjar prostat dan ereksi; membentuk jisim dan kekuatan otot, mengekalkan keinginan seks; bersifat agresif selain menghasilkan sel darah merah dan mengekalkan ketumpatan tulang. Seorang lelaki akan tahu jika mengalami masalah testosteron menurun dimana dia sudah mula tidak mempunyai nafsu untuk berhubungan seks, dan prestasi mula menurun. Jadi, jika anda dah mula rasa tak ada nafsu dengan isteri anda tu, apa kata kalau anda terus berjumpa dengan pakar.
Sumber: Infomatipucuk
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mesti ramai yang tak sabar nak tengok perlawanan luar biasa ni kan. Perlawanan acara ekuestrian polo Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur (KL2017) akan membuka tirainya pada hari ini. Pertembungan ini bakal menyaksikan pasukan Malaysia yang terdiri dari Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin akan menentang pasukan kerabat diraja dari Brunei.
Pasti Taman Ekuestrian Putrajaya bakal dipenuhi dengan peminat sukan berkuda serta peminat kedua-dua ikon ini. Bagi pasukan Malaysia, Khairy, yang merupakan menteri pertama di rantau ini yang mengambil bahagian dalam sukan dwitahunan itu, akan bermain bersama enam pemain utama polo Malaysia.
Selain itu, Berdasar senarai pasukan yang mengambil bahagian, antara tujuh pemain yang disenaraikan dalam pasukan polo Brunei, empat pemain merupakan kerabat diraja Brunei iaitu Putera Abdul Mateen Bolkiah, 26, Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah, 33, Pengiran Muda Bahar Bolkiah, 36, dan Pengiran Muda Abdul Qawi, 43
Mari kita lihat beberapa gambar yang bakal buat korang gigit jari.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bagi anda yang mungkin belum tahu, crossfit adalah salah satu jenis senaman yang sangat efektif untuk membentuk tubuh yang cergas dan fit. Ia sesuai untuk semua orang, tanpa mengira umur atau jantina. Apa yang membezakan adalah tahap kemampuan fizikal serta kesukaran setiap gerakan.
Crossfit juga merupakan program senaman yang menggabungkan pelbagai jenis pergerakan dalam tempoh masa tertentu. Kali ini, MASKULIN ingin berkongsi empat teknik senaman crossfit yang mudah dilakukan sama ada di rumah atau di gimnasium.
Senaman ini sangat efektif kerana melibatkan pergerakan pantas yang mengaktifkan keseluruhan otot tubuh, memberikan impak yang menyeluruh.
Salah satu tekniknya adalah deadlift, di mana anda mengangkat bebanan sesuai dengan kemampuan tubuh dan tahap stamina anda. Mulakan dengan berat yang selesa, kemudian tingkatkan secara beransur untuk hasil yang maksimum.
BURPEE OVER BAR
Gabungkan burpee over bar dengan deadlift dalam set berselang dengan kiraan 5-4-3-2-1 untuk senaman yang mencabar.
Mulakan dengan menurunkan tubuh ke lantai sambil kaki diluruskan ke belakang di sebelah barbell deadlift.
Lakukan push-up, bangkit berdiri, dan terus melompat ke bahagian lain barbell. Ulangi pergerakan ini secara konsisten sambil mengekalkan teknik yang betul untuk memaksimumkan keberkesanan senaman anda.
KETTLEBELL SWING
Kettlebell hadir dalam pelbagai pilihan beban, jadi pastikan anda memilih berat yang sesuai dengan kemampuan anda.
Kettlebell swing merupakan senaman yang sangat efektif untuk mengaktifkan otot-otot utama tubuh secara menyeluruh.
Mulakan dengan memegang kettlebell menggunakan kedua-dua tangan, kemudian lakukan hayunan hingga mencapai sudut 70 darjah. Ulangi gerakan ini secara berperingkat dengan kiraan 20-10-5 untuk membina kekuatan dan daya tahan secara maksimum.
Teruskan menggunakan kettlebell untuk memanfaatkan bebanannya dalam senaman goblet squat. Pegang kettlebell dengan kedua-dua tangan pada paras dada, pastikan posisi tubuh stabil dan tegak.
Kemudian, lakukan squat dengan menurunkan pinggul ke bawah sambil mengekalkan kettlebell pada paras dada. Ulangi gerakan ini secara berperingkat dengan kiraan 20-10-5 untuk menguatkan otot kaki, teras, dan bahagian atas badan secara serentak.
Selamat mencuba melakukan senaman ini!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.’
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Setiap orang yang aktif berlari boleh dikatakan hampir pasti akan berdepan dengan masalah kaki melecet dan lepuh.
Bila berlakunya lepuh ia memang satu kondisi yang sangat menjengkelkan. Bukan sahaja sakit malah boleh buat aktiviti larian dan harian seterusnya menjadi tidak selesa.
Punca berlakunya lepuh adalah disebabkan berlakunya pergeseran di antara kaki atau jari kaki dengan permukaan kasut dan stoking. Apa juga keadaan yang melibatkan kaki anda bergeser boleh menyebabkan lepuh.
PUNCA LEPUH
Antara punca yang boleh meningkatkan risiko lepuh ialah pemilihan kasut yang tidak kena dengan saiz, melakukan larian pecutan dan berhenti dengan tiba-tiba serta kondisi abnormal kaki seperti bunionsdan hammertoes.
Lepuh yang teruk boleh dirawat namun ia merencatkan sebarang perkembangan aktiviti larian anda dalam beberapa tempoh sehinggalah ia sembuh.
Selain itu jika kaki anda berada dalam kasut yang memerangkap suhu dan sentiasa lembap ia juga boleh meningkatkan risiko berlakunya lepuh.
Apabila pergeseran berlaku badan kita akan memberi tindak balas dengan mengeluarkan cecair di bawah permukaan kulit. Jika serius ia juga boleh menyebabkan saluran darah kecil pecah lantas menyebabkan lepuh yang berdarah.
MERAWATNYA
Jika anda mengalami sais lepuh yang besar dan menyakitkan anda harus pecahkannya serta buang cecair gelembung tersebut. Jika tidak dilakukan ia akan pecah sendiri dan menyebabkan anda lebih rasa sakit.
Untuk mengeringkannya, mula-mula anda harus pastikan tangan berada dalam keadaan bersih. Selepas itu dapatkan jarum yang telah disterilkan dengan alkohol swab.
Jangan sesekali memanaskan jarum yang ingin digunakan dengan api. Ia boleh menyebabkan partikel karbon terperangkap dalam kulit yang menyebabkan luka bertambah teruk.
Apabila lepuh sudah dipecahkan perlahan-lahan keringkan dan buang cecair dengan memicitnya secara perlahan-lahan. Akhiri dengan membalutnya dengan rapi bagi mengelakkan jangkitan bakteria.
Dan jika saiz lepuh itu kecil, biarkan sahaja ia begitu. Kulit anda akan bertindak sebagai pelindung kaki di bawah persekitaran yang lebih steril. Lagipun saiznya kecil dan jika dipecahkan ia akan menyebabkan masalah lain yang tidak sepatutnya berlaku.
Perlu diingatkan jika lepuh berlaku di bawah kuku anda perlu dapatkan rawatan daripada ahli perubatan yang lebih pakar.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.