Kecederaan kaki merupakan salah satu jenis kecederaan yang sering berlaku di kalangan lelaki. Apatah lagi ia merupakan kecederaan akibat sukan seperti bola sepak dan juga larian.
Cuba tanya diri sendiri. Apakah yang anda akan lakukan bila kaki terseliuh. MASKULIN yakin ramai yang akan cuba meredakan kesakitan dengan melakukan tuam haba ke kawasan kaki terseliuh.
Atau gunakan minyak urut panas untuk legakan kesakitan. Namun pernahkah anda terfikir dan tertanya sama ada teknik itu berkesan atau tidak membawa apa-apa keburukan kepada anda.
Namun cara yang kita lakukan selama untuk atasi kaki terseliuh itu salah kerana ia mungkin boleh menyebabkan kecederaan yang semakin teruk. Sekiranya anda mengalami kaki terseliuh, ini langkah segera yang sepatutnya anda buat sebagaimana yang dikongsikan Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan menerusi laman Facebooknya.
Semoga perkongsiannya ini akan bermanfaat untuk anda lebih-lebih lagi untuk mereka yang kerap melakukan aktiviti berlari, berjoging atau bersenam.
JANGAN LAKUKAN PERKARA-PERKARA INI SEJURUS KAKI TERSELIUH!
“Doktor, lepas pergi urut, kaki saya semakin bengkak.”
Keseliuhan pergelangan kaki adalah kecederaan yang agak lazim, dan kebanyakan orang akan cuba merawat kondisi ini sendiri. Namun jika salah caranya, kondisi kaki boleh jadi semakin teruk.
Ads
Untuk elakkan perkara itu berlaku, JANGAN lakukan perkara-perkara berikut:
1. JANGAN URUT
Elakkan terus mengurut kawasan yang tercedera. Mengurut sejurus sahaja kecederaan berlaku adalah sangat menyakitkan dan boleh menyebabkan bengkak lebih teruk. Urutan hanya dibenarkan selepas 48-72 jam kecederaan berlaku.
2. JANGAN TUAM HABA
Tuaman haba akan menyebabkan salur darah mengembang lantas mempercepatkan dan mempertingkatkan proses keradangan. Tuaman menggunakan haba hanya dibenarkan selepas 48-72 jam kecederaan berlaku.
3. JANGAN SAPU MINYAK PANAS/GAMAT
Jika ada luka di kulit di kawasan kecederaan, jangan sapu minyak panas atau minyak gamat kerana ia boleh menyebabkan iritasi dan jangkitan pada luka. Minyak panas/gamat hanya dibenarkan jika di kawasan terseliuh itu tiada sebarang luka.
Ads
4. JANGAN ABAIKAN KESAKITAN
Jika kesakitan dan bengkak yang dialami terlalu kuat, itu tanda-tanda kecederaan yang anda alami agak parah. Jumpalah doktor, terutamanya jika ada kebas-kebas jari, sendi terkehel keluar, kelumpuhan, dan luka(mungkin open fracture).
Berikut pula perkara-perkara yang anda PERLU lakukan sebaik sahaja tercedera:
1. PERLU REHAT
Rehat di sini bermaksud mengurangkan gerakan sendi yang cedera dan tidak menggunakan kaki yang tercedera untuk berjalan. Gunakanlah tongkat ketiak(axillary crutches), tongkat lengan(elbow crutches) atau kerusi roda untuk berambulasi.
2. PERLU TUAM AIS
Sejurus selepas kecederaan lakukan tuaman ais. Tuaman ais selama 20 minit setiap 2-3 jam dapat mengurangkan kesakitan dan mengelakkan bengkak yang teruk. Rejim tuaman ais ini disarankan dibuat sehingga 48-72 selepas kecederaan.
Ads
3. PERLU BALUT
Balutan ini untuk beri tekanan dan mengurangkan pergerakan pada sendi yang tercedera. Ini dapat menghalang bengkak besar daripada terjadi. Namun, pastikan tidak balut terlampau ketat sehingga bekalan darah tersekat.
4. PERLU TINGGIKAN
Anggota yang tercedera perlulah diletakkan tinggi. Sewaktu duduk pastikan kaki tercedera sentiasa melunjur. Jangan biar tergantung di bawah. Sewaktu baring atau tidur, kaki cedera itu hendaklah lebih tinggi daripada badan. Boleh alas bantal di bawah kaki.
Itulah rawatan yang JANGAN dan rawatan yang PERLU dilakukan sejurus selepas terseliuh pergelangan kaki, agar cepat sembuh.
Setelah bengkak dan kesakitan surut, anda perlu lakukan senaman untuk kuatkan semula sendi yang tercedera. Boleh belajar senamannya di pusat fisioterapi.
Jika rawatan di rumah tidak mengurangkan bengkak dan kesakitan, itu tandanya anda kena berjumpa doktor. Khuatir ada ligamen yang terputus atau keretakan tulang. Jika tidak sempurna, kecederaan ini boleh akibatkan kesakitan kronik.
Semoga bermanfaat!
Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Biro Rehabilitasi Medtweetmy
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Cabaran paling besar bagi kebanyakan kita semua sepanjang menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadan bukanlah menahan lapar tetapi lebih kepada menahan dahaga.
Apatah lagi buat anda yang bekerja dalam bidang yang berada di luar atau banyak melakukan pergerakan menggunakan tenaga. Jika pada hari biasa pun kita sentiasa dinasihatkan oleh doktor untuk minum air kosong dengan mencukupi.
Bila bercakap mencukupi kebanyakan doktor akan memberikan saranan agar kita minum sekurang-kurangnya 8 gelas minuman sehari.
Jadi bagaimanakah caranya untuk kita minum air dengan mencukupi pada kuantiti tersebut di bulan puasa?
Anda boleh lakukannya dengan mengikuti jadual seperti yang pernah dikongsikan oleh laman page FB, Public Health Malaysia.
Mereka berkongsikan jadual yang teratur bagaimana untuk minum air 1 gelas mengikut masa diberikan anda boleh capai misi 8 gelas sehari.
1 GELAS
Selepas bangun sahur
1 GELAS
Selepas bersahur
1 GELAS
Selepas azan Maghrib @ waktu berbuka
1 GELAS
Selepas tunaikan solat Maghrib
1 GELAS
Selepas makan
1 GELAS
Selepas solat Isyak
1 GELAS
Setelah selesai solat Terawih
1 GELAS
Sebelum masuk tidur
Genap 8 gelas untuk sepanjang hari pada bulan puasa. Siapa cakap kita tak boleh minum air sebanyak 8 gelas. Bagi anda yang ingin diet, turunkan berat badan serta ubah corak pemakanan inilah waktu yang paling sesuai sekali.
Kredit:
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN bagi update terkini tentang gaya hidup lelaki!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Teringin nak hidup sampai usia mencecah 100 tahun? Jawapannya mestilah boleh asalkan anda pandai dan peka dalam mengamalkan gaya hidup sihat. Walaupun hakikatnya agak sukar untuk hidup sampai 100 tahun, tapi tidak salah mencuba.
Misalnya, Jabatan Epidemiologi, Pusat Perubatan Universiti Maastricht di Belanda telah membuktikan mereka yang melakukan aktiviti tubuh selama 60 minit mampu hidup lama.
Berbanding mereka yang cuma beriadah dalam tempoh 30 minit sehari, usia mereka kebanyakannya adalah di bawah 90 tahun.
Keputusan kajian juga mendapati, 39 peratus lelaki yang melakukan aktiviti fizikal selama 90 minit sehari pula mampu mencapai usia 90 tahun berbanding mereka yang melakukan senaman kurang daripada setengah jam.
Manakala sebanyak 21 peratus wanita yang melakukan aktiviti fizikal antara 30 hingga 60 minit sehari berupaya mencapai usia 90 tahun berbanding mereka yang melakukan dalam tempoh 30 minit atau kurang.
Apa aktiviti yang boleh dibuat?
Banyak aktiviti fizikal yang boleh anda lakukan dan antaranya adalah seperti yang MASKULIN senarai berikut :
Kesan yang diterima individu?
Setelah melakukan aktiviti fizikal, tubuh anda akan menerima banyak manfaat antaranya :
Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Berdasarkan komitmen dan keyakinan tinggi, skuad ragbi tujuh sebelah negara bertekad menukar sasaran pingat perak ditetapkan Majlis Sukan Negara (MSN) kepada kilauan emas di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).
Ketua Jurulatihnya, Mohd Saizul Hafifi Md Noor berkata, misi itu dapat dilaksanakan berdasarkan komitmen pemain dan prestasi semasa yang dipamerkan.
“MSN mensasarkan pingat perak di pentas Sukan SEA kali ini tapi kami bertekad melepasi jangkaan berdasarkan prestasi dipamerkan pemain sejak Januari lalu hingga kini.
“Pemain baharu yang dimasukkan membuktikan mereka mampu menyaingi pemain senior,” katanya pada sidang akhbar Team MAS di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur, tengah hari tadi.
Saizul Hafifi berkata, kehadiran enam muka baharu – Mohamad Khairul Abdillah Ramli (scrum half), Muhammad Azwan Zuwairi Mat Zizi (wing), Muhamad Firdaus Tarmizi (wing), Muhammad Siddiq Amir Jalil (prop), Nik Mohd Shahiddan Mohd Zain (prop) dan Muhammad Zulhisham Rasli (prop) akan memberi nilai tambah kepada skuad sedia ada.
“Kami hanya mengekalkan enam pemain lama ketika di Sukan SEA Singapura lalu untuk kali ini. Saya percaya gandingan pemain senior dan baharu diserapkan ini mampu memberikan impak positif di Sukan SEA,” katanya.
Hadir sama pengurus pasukan, Amir Amri Mohamad dan dua pemain, kapten Zulkiflee Azmi dan Siddiq Amir.
Saizul Hafifi juga memaklumkan juara bertahan, Filipina, adalah pencabar utama kali ini kerana negara berkenaan menggunakan pemain naturalisasi.
Namun beliau optimis pemainnya akan memberikan aksi terbaik apatah lagi beraksi di hadapan penyokong sendiri di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Ketahui bagaimana jam pintar GPS membantu pelari meningkatkan prestasi dengan data tepat, latihan berstruktur, dan pemantauan recovery. Panduan ini dedahkan 10 sebab kenapa ia pelaburan terbaik untuk pelari moden.