Dalam satu langkah yang mengejutkan ramai pemerhati politik dan korporat, Elon Musk mengumumkan pengunduran dirinya daripada peranannya dalam pentadbiran Presiden Donald Trump.
Sebagai figura ikonik dalam dunia teknologi dan automotif, tindakan Elon Musk ini membuka pelbagai persoalan sama ada ini strategi peribadi atau satu bentuk protes terbuka terhadap dasar kerajaan?
Elon Musk yang dikenali menerusi syarikat gergasinya seperti Tesla dan SpaceX. Sebelum ini, beliau mengetuai Jabatan Kecekapan Kerajaan (Department of Government Efficiency atau DOGE), satu inisiatif di bawah pentadbiran Trump yang bertujuan untuk memotong perbelanjaan kerajaan persekutuan.
Foto: REUTERS/Kevin Lamarque
Pada awalnya, Elon Musk bercita-cita tinggi untuk mengurangkan birokrasi dan membanteras pembaziran dengan matlamat memotong sehingga $2 trilion (kira-kira RM9.4 trilion) daripada bajet kerajaan.
Namun, realiti politik tidak seindah perancangan awal. Dengan tekanan daripada pelbagai pihak termasuk dari dalam parti sendiri, angka itu akhirnya dikurangkan kepada hanya $150 bilion (kira-kira RM705 bilion).
Dalam kenyataan media yang dikeluarkan baru-baru ini, Elon Musk meluahkan rasa kecewanya terhadap kelewatan proses reformasi dan dasar perbelanjaan besar-besaran yang dibawa oleh pentadbiran Trump.
Ads
SATU SINDIRAN
Beliau menyifatkan rang undang-undang terbaru Trump sebagai “Big, Beautiful Bill”, satu sindiran terhadap apa yang dianggap sebagai pembaziran besar-besaran.
Apa yang menarik, pengunduran ini berlaku ketika Kongres sedang meneliti satu rang undang-undang baharu yang dijangka menambah $3.8 trilion (kira-kira RM17.86 trilion) kepada defisit negara dalam tempoh sedekad.
Foto: AP
Beberapa ahli Senat Republikan turut berkongsi sentimen Elon Musk, menyatakan sokongan untuk rang undang-undang versi lebih konservatif dan berhemat.
Ads
Bagi Elon Musk, ini bukan pengunduran sepenuhnya daripada dunia politik, tetapi lebih kepada penstrukturan semula fokus peribadinya.
TIDAK TERAGAK-AGAK
Beliau kini mahu memberi perhatian penuh terhadap pengembangan Tesla dan misi eksplorasi angkasa lepas SpaceX. Namun, beliau juga menyatakan bahawa misinya untuk meningkatkan kecekapan kerajaan akan diteruskan melalui saluran lain.
Tindakan Elon Musk ini memperlihatkan sisi lain figura tersebut, bukan sekadar CEO visionari, tetapi individu yang tidak teragak-agak untuk menentang status quo demi prinsip.
Dalam dunia yang semakin kompleks dan penuh ketidaktentuan, beliau membuktikan bahawa lelaki moden bukan hanya perlu bijak dalam bisnes, tetapi juga berani membuat keputusan yang sukar demi kepentingan jangka panjang.
Ini adalah peringatan bahawa kepimpinan sebenar bukan hanya diukur pada angka dan prestasi korporat, tetapi juga pada keupayaan untuk berpendirian tegas dalam menghadapi cabaran. Beliau mungkin telah melangkah keluar dari White House, tetapi impaknya terhadap landskap politik dan ekonomi global masih jauh dari selesai.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
1 Memantapkan kenderaan terutama ketika mengambil selekoh disebabkan tayar yang digunakan berukuran lebih lebar.
2 Pemasangan rim sport juga meningkatkan keyakinan pemandu ketika anda membrek memandangkan kenderaan sentiasa berada pada kedudukan yang cukup seimbang.
Kenali Spesifikasi Kereta
Perkara utama pastikan rim yang ingin ditukar benar-benar sesuai dengan spesifikasi kereta. Biasanya pemilik akan menukar 2 ke 3 inci lebih saiz rim yang lebih besar daripada saiz rim asal yang agak sesuai seperti :-
Jentera cc 1.3
(sport rim digunakan 14 inci)
Jentera cc 1.3-1.6
(sport rim digunakan 15 inci)
Jentera cc 1.6-2000
(sport rim digunakan 16 inci)
Jentera 2000cc
(sport rim yang sesuai 18-21 inci)
Penting dapatkan nasihat daripada kedai tayar untuk mendapatkan saiz rim dan tayar yang sesuai untuk kereta anda. Pastikan lebar rim sesuai dengan tayar yang nak digunakan tidak banyak berbeza dengan ukuran asal apabila anda menukar rim asal dengan rim sport.
Ukur (LEBAR/KETEBALAN TAYAR/RIM SAIZ)
Sebelum membeli sport rim kita perlu menganggar ukuran antara rim dengan tayar kereta bagi mengelakkan tersalah membeli rim.
Cara mengukur:
1. Betulkan Kedudukan tayar dalam keadaan lurus, ukur ketinggian maksimum antara tanah dengan ruang tayar.
2. Pasang sport rim dan tayar kemudian lihat sama ada masih ada ruang lagi tak antara tayar dengan absober spring supaya tidak Bersentuhan dengan body fender kereta. (tayar tidak bergesel dengan body)
3. Akhir sekali, pusing tayar kekiri dan kekanan untuk mengukur selebar mana pusingan tayar itu supaya tidak terkena pula pada dinding dalaman ruang tayar.
Kalau mengguna sport rim yang terlalu besar dan tayar terlalu tebal boleh menyebabkan tayar dengan fender terlalu rapat.
Kereta juga akan menjadi sedikit tinggi dan secara automatik pusat graviti juga tinggi dan menyebabkan jentera tidak stabil.
Jika anda menggunakan tayar tipis atau kecil maka jauh la sikit jarak antara tayar dan fender.
Perlu diingat risiko pakai tayar nipis jika langgar lubang boleh menyebabkan tayar meletup serta sport rim cepat bengkok.
Sumber : Sinar Turbo
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kita kini masih lagi berjuang untuk menghentikan penularan wabak COVID-19. Sejak tahun lalu kita telah mengalami beberapa gelombang jangkitan dan yang terbaru merupakan antara paling kritikal.
Selain mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan, kita juga boleh membantu kerajaan dengan mendaftar dan mengambil vaksin yang penjadualannya telah bermula di seluruh negara.
Akan tetapi terdapat sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab telah cuba membantutkan usaha program vaksin kebangsaan ini dengan pelbagai dakyah serta informasi yang tidak tepat.
Ini terutamanya dari golongan antivaksin yang bukan sahaja tidak mempercayai kajian saintifik tetapi cuba mempengaruhi orang lain.
Bagi menangani perkara ini kerajaan telah memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba menghasut orang ramai agar tidak mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.
BOLEH DIDAKWA
Perkara ini ditegaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang berkata tiada keperluan untuk menggubal undang-undang baharu bagi menangani golongan penghasut antivaksin.
Ini kerana katanya undang-undang sedia ada seperti Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia boleh dikuatkuasakan ke atas golongan berkenaan.
“Semasa darurat berkuat kuasa ketika ini, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia juga telah mewujudkan satu ordinan darurat berkaitan anti fake news dan di bawah undang-undang ini kerajaan boleh ambil tindakan,” katanya pada sidang media mengenai pemberian Saguhati Warga Parlimen Kota Bharu yang telah menerima suntikan vaksin semalam.
FOTO AWANI
Beliau turut menyatakan bahawa kerajaan belum membuat keputusan mengenai cadangan untuk mendenda individu yang gagal menghadiri janji temu vaksin COVID-19. Jelasnya, dasar kerajaan buat masa ini adalah bahawa suntikan vaksin bersifat bebas dan sukarela.
“Namun, kami mempunyai Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 dan Pasukan Petugas Imunisasi COVID-19, (keduanya) yang menangani masalah vaksin. Terserah kepada jawatankuasa untuk mengambil tindakan atau tidak.”
Buat anda yang masih ragu-ragu tentang vaksin, dapatkanlah informasi dari sumber yang sahih dan tanya kepada mereka yang pakar sahaja. Sama-sama kita berganding bahu untuk menghalang penularan wabak ini daripada melumpuhkan negara.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Melihat transformasi yang dilalui oleh pelakon muda popular yang lahir dari Pertandingan Hero Remaja satu ketika dahulu mungkin mampu dibanggakan kini. Dari pemuda yang sangat pemalu dan kurang keyakinan diri, dia berubah menjadi seorang yang sangat berani dan tabah hadapi segala kritikan yang hadir pada dirinya.
Sempat mendekati Fattah Amin, 27 di majlis Meet And Greet AJ De Parfum, menyatakan hasrat murninya untuk membawa kedua ibu bapanya menunaikan Umrah pada 15 Oktober ini.
“Ini merupakan umrah pertama mereka dan kali kedua buat saya, mungkin sudah tiba saya bawa ibu dan ayah ke tanah suci untuk beribadah”, di samping turut mengulas agar mendoakan yang terbaik untuk jodohnya.
“Sekiranya jodoh saya tiba, saya akan beritahu kepada semua dan tidak akan menyembunyikan perihal gembira tersebut, jadi doakan yang terbaik untuk saya. Saya juga tidak menolak jika jodoh saya dengan wanita yang sedikit berusia, lagipun umur sekadar umur tiada apa-apa yang perlu dipertikaikan.
Ayuh kita lihat transformasi pelakon muda ini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.