Bila bercakap tentang Intermittent Fasting, ramai yang menerima gambaran bahawa berpuasa adalah cara yang paling sesuai untuk menurunkan berat badan. Menerusi laman Facebook Dietitian Khairul Azuan, dia ada menceritakan tentang konsep Intermittent Fasting yang ramai tidak tahu.

Sebelum Buat, Faham Dulu Konsep Intermittent Fasting Yang Ramai Tidak Tahu

“Ramai yang Kes Intermittent Fasting timbul sekali lagi di media sosial.  Saya hanya post berkenaan perkara ini di wall saya dan harap dapat sebarkan untuk kalian faham sebenarnya diet bukanlah siapa paling cepat kurus tapi memilih yang paling sesuai untuk anda amalkan jangka masa panjang. Bukan saya menidakkan bahawa IF ada memberi kesan positif kepada badan manusia tetapi saya katakan bahawa ia tidak sesuai untuk semua orang dan sesetengah golongan perlu berhati-hati dalam mengamalkan jenis diet sebegini. Banyak pendapat berkenaan IF ini tapi saya berikan pendapat berdasarkan kajian yang telah diterbitkan.

Sebelum Buat, Faham Dulu Konsep Intermittent Fasting Yang Ramai Tidak Tahu

IKLAN

Kajian berkenaan IF banyak dilakukan terhadap haiwan dan hanya sedikit terhadap manusia. Kalau ada pun setakat ini hanya melibatkan jumlah yang kecil sahaja. Jadi untuk mendapat konklusi dari jumlah yang kecil dan mewakili keseluruhan populasi adalah tidak sesuai setakat ini. Journal bertajuk INTERMITTENT FASTING AND HUMAN METABOLIC HEALTH pada tahun 2015 membuat konklusi bahawa setakat ini tiada bukti kukuh yang mengatakan IF lebih superior/lebih berkesan dari diet biasa yang menyarankan 6x makan setiap hari.

Circadian rythm yang dicanang adalah sebenarnya dari kajian terhadap haiwan, bukannya manusia. Tidak salah untuk ikut tapi untuk ajar orang lain, perlu lebih bertanggungjawab jika ada apa-apa kesan negatif lebih-lebih lagi jika mereka golongan berisiko.

IKLAN

Sebelum Buat, Faham Dulu Konsep Intermittent Fasting Yang Ramai Tidak Tahu

IKLAN

Akhir sekali, saya hanya mahu berpesan bahawa jika mahu kekalkan berat badan yang telah turun, fokus pada konsisten. Buat diet yang anda boleh konsisten jangka masa panjang. Kalau IF berkesan untuk anda, silakan. Tapi perlu tahu exit plan kalau jadi apa-apa. Kembali kepada diet sihat yang fokus masa, jumlah dan jenis.

Saya TIDAK KAGUM jika anda turun 100kg pun dalam 1 bulan. Saya hanya kagum jika anda dapat kekalkan apa yang telah anda turunkan.

FB: Mohd Khairul Azuan

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI