Kebiaasaannya pelancaran atau pengenalan koleksi fesyen ditampilkan menerusi peragaan pentas sama ada di dalam dewan atau pentas tersendiri. Berbeza dengan acara AEON Fashion Preview 2022 (AFP2022) yang berlangsung semalam.

Acara yang diadakan tiga kali setahun ini menyaksikan koleksi fesyen diperagakan oleh barisan peragawan dan peragawati di sebuah tapak makanan jalanan urban popular iaitu di Tapak Urban Street Dining KL.

Fesyen Buat Semua, AEON Fashion Preview Terbaru Tampilkan Variasi Koleksi Pakaian Menarik

Menerusi instalasi terbaru AFP2022 bagi koleksi November 2022 hingga Februari 2023, beberapa jenama fesyen tempatan dan jenama AEON sendiri turut diangkat bersama. Ia menampilkan empat koleksi utama seperti Neonate x Guy’s Vision, Scarlet Loungewear, SCAR, Arcadia, Crème dan J-Kids.

Fesyen Buat Semua, AEON Fashion Preview Terbaru Tampilkan Variasi Koleksi Pakaian Menarik

IKLAN

Di antara koleksi yang paling menarik perhatian ialah Neonate x Guy’s Visoon yang membawakan tema parti meraikan kehidupan. Manakala Ti:Zed pula mengetengahkan koleksi pasangan dua sejoli.

“Bersempena meraikan ulang tahun AEON ke 39 di Malaysia, kami berasa cukup teruja untuk terus mengembangkan jenama fesyen AEON dan juga jenama pereka tempatan. Jenama kami seperti Scarlet, Agenda, Suave dan Crème telah menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat negara ini.

IKLAN

Fesyen Buat Semua, AEON Fashion Preview Terbaru Tampilkan Variasi Koleksi Pakaian Menarik Fesyen Buat Semua, AEON Fashion Preview Terbaru Tampilkan Variasi Koleksi Pakaian Menarik

“Kami juga secara berterusan menerokai teknologi tektil terkini untuk menghasilkan seleksi pakaian yang memetingkan estetika dan juga mempromosikan kesihatan yang baik. Sebagai contoh menerusi jenama baru seperti innerCasual dan juga koleksi + Collection yang merangkumi pelbagai saiz,” jelas Ketua Pengarah Operasi dan Timbalan Pengarah Urusan AEON CO. (M) BHD., Naoya Okada.

IKLAN

Fesyen Buat Semua, AEON Fashion Preview Terbaru Tampilkan Variasi Koleksi Pakaian Menarik Fesyen Buat Semua, AEON Fashion Preview Terbaru Tampilkan Variasi Koleksi Pakaian Menarik

Salah satu objektif yang turut dibawakan oleh AEON menerusi koleksi AFP2022 ialah menerajui kepentingan dalam berpakaian untuk kepuasan individu berbanding memuaskan hati orang lain.

Majlis pengenalan koleksi ini turut dimeriahkan dengan persembahan bertenaga dari Yonnyboii dan pertunjukan dari Orang Orang Drum Theatre.

https://www.youtube.com/watch?v=YfraUBuzbfw

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI