KULIT BERMASALAH, MACAM-MACAM PRODUK DAH GUNA, TAPI HASILNYA MENGECEWAKAN. INI ANTARA MAKANAN YANG BOLEH MENYEBABKAN REAKSI KULIT KEPADA JERAWAT. AYUH KURANGKAN PENGAMBILANNYA.
MAKANAN BERLEMAK DAN BERGORENG
Ia meningkatkan kandungan glukosa (gula) dalam darah daripada karbohidrat dan lemak.
MAKANAN DARIPADA PRODUK TENUSU
Kandungan lemak dan hormon yang tinggi dalam susu lembu boleh menyebabkan alahan
MAKANAN DARIPADA KARBOHIDRAT YANG DIPROSES
Kandungan gula dalam makanan yang diproses adalah tinggi.
MINUMAN BERKAFEIN DAN BERKARBONAT
Ia menyebabkan kelenjar adrenalin merembeskan hormon penyebab stres dan juga boleh mengganggu tidur anda. Minuman berkarbonat juga mengandungi banyak gula iaitu lebih kurang tujuh sudu teh gula untuk setiap tin minuman. Kandungan gula yang tinggi akan menyebabkan kulit berminyak dan memburukkan keadaan kulit yang berjerawat.
MAKANAN YANG DIPROSES ATAU DITINKAN
Mana-mana makanan bukan dari sumber asli dianggap tidak sihat untuk dimakan.
Anda boleh mengurangkan masalah jerawat pada kulit muka, leher dan belakang jika pengambilan makanan berkenaan dikurangkan. Namun, ia tidak cukup untuk mengubati masalah jerawat yang kronik kerana anda perlu mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan dari pakar dermatologi.
Makanan untuk kurangkan jerawat
Berikut amalan pemakanan yang boleh dipraktikkan bagi membantu mengurangkan masalah jerawat pada kulit:
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Senyum seindah suria yang membawa cahaya. Itu lirik lagu yang kita selalu dengar, tapi kalau senyum nampak pula plak gigi yang kekuningan tu kan dah rasa nak muntah.
Senyuman yang sempurna boleh dianggap sebagai sebuah ciri menarik yang boleh ada pada diri seseorang. Malangnya, terdapat banyak benda yang boleh merosakkan kesihatan gigi seperti merokok, mengambil minuman berkafein dan jarang mendapatkan rawatan doktor gigi.
Sikap yang sering menjadi kebiasaan ini boleh menjadi punca kepada berlakunya plak di celah-celah gigi. Kali ini kami senaraikan beberapa cara yang mudah untuk menjaga kebersihan gigi dan mengurangkan masalah gigi.
Baking soda boleh digunakan sebagai ‘scrub’ semula jadi dan seringkali digunakan di dalam banyak barang perubatan.
Dari segi pembersihan gigi pula, anda boleh campurkan satu sudu teh soda penaik dan secubit garam. Selepas itu anda boleh tenyehkan berus gigi yang basah pada campuran tersebut dan berus gigi anda seperti biasa.
Untuk menghasilkan ubat gigi semula jadi yang baik, anda memerlukan:
satu cawan air
1/2 cawan baking soda
1 sudu teh Aloe vera gel
4 sudu teh gliserine tumbuhan
1 sudu pati minyak limau
Anda boleh memberus gigi anda dengan campuran ini dan anda akan dapati gigi anda lebih putih, bersinar dan lebih sihat selepas beberapa minit.
Selepas anda memakan oren, anda boleh cuba mengosokkan kulit oren pada gigi anda. Ini adalah cara mudah untuk membersihkan enamel gigi anda. Selain itu, ia boleh memutihkan gigi dan melawan dan membantu menghalang kesan bakteria. Setelah selesai menggosok selama beberapa minit, bilas dengan air.
Anda boleh mengambil segenggam bijirin dan mengunyahnya selama beberapa minit dan meludahkannya semula bagi membersihkan gigi yang secara perlahan-lahan. Selepas itu, gunakan berus kering untuk membuang bijirin yang tersekat pada celah gigi. Anda juga boleh menggunakan cara ini untuk menghapuskan kesan kotor pada gigi.
Hancurkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mempunyai kandungan vitamin yang tinggi. Kaedah ini merupakan salah satu cara mudah dan cepat untuk membentuk satu ‘paste mask‘ untuk gigi anda. Kisarkan bersama tomato, strawberi, oren dan letakkan campuran itu pada gigi. Tunggu selama 5-6 minit dan bilas. Kaedah ini boleh membunuh bakteria di dalam mulut dan menyegarkan gigi anda.
Walaupun cuka mempunyai rasa yang tidak sedap, tetapi ianya adalah satu cara semula jadi yang boleh bertindak dengan paling baik sekali dalam membersihkan gigi anda tanpa merosakkannya.
2 sudu teh cuka
1 sudu teh garam
4 oz water
Campurkan campuran, gosok gigi, bilaskan dan ulangkan untuk beberapa hari untuk kesan yang efektif.
Kami berharap anda boleh mengunakan kaedah ini. Mungkin anda mempunyai cara anda tersendiri? Sila kongsikan di dalam ruang komen!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mengantuk dan tidak cukup tidur menjadi wabak global yang mengancam kesihatan serta kualiti hidup masyarakat ketika ini. Bagaimanapun, ramai daripada kita tidak sedar waktu tidur tidak berkualiti boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti angin ahmar, kegagalan jantung, diabetes dan buah pinggang. Gangguan lain termasuk kegagalan jantung, asma dan apnea tidur atau gangguan pernafasan sewaktu tidur. Sebenarnya ia boleh diatasi dan dicegah.
Gangguan tidur adalah masalah kesihatan yang boleh dicegah dan dirawat di setiap negara di dunia bermula dengan kesedaran orang awam terhadap kepentingan waktu tidur yang cukup.
Ada hampir 100 jenis gangguan tidur tetapi ia sebenarnya boleh diatasi dengan bantuan pakar. Individu yang mendapat tidur sepanjang malam tanpa sebarang gangguan mengalami kadar yang lebih rendah mendapat tekanan darah tinggi, diabetes, obesiti dan penyakit kronik lain. Meskipun ia boleh dirawat, kurang satu pertiga daripada pesakit yang berjumpa pakar bagi mendapatkan rawatan. Ia menjadi ‘wabak’ yang mengancam kesihatan serta kualiti hidup kira-kira 45 peratus penduduk dunia. Kajian menunjukkan bahawa kita menghabiskan sehingga satu pertiga daripada kehidupan untuk tidur.
Tidur adalah keperluan asas manusia, sama seperti makan dan minum, dan adalah penting untuk kesihatan secara keseluruhan. Tidur juga seperti senaman dan pemakanan yang penting untuk mengawal metabolisme pada kanak-kanak. Ada bukti yang menunjukkan kaitan antara tempoh tidur dan obesiti kanak-kanak. Hasil kajian ini lebih ketara kepada perempuan. Pernafasan kerap sewaktu tidur adalah penting untuk mengekalkan kesihatan.
Kurang tidur atau tidur yang tidak berkualiti mempunyai kesan negatif yang besar ke atas kesihatan kita dalam jangka masa panjang dan pendek. Antara kesan tidak cukup tidur ialah kesan negatif terhadap tumpuan, ingatan dan pembelajaran. Kesan jangka panjang pula seperti masalah kesihatan yang ketara misalnya obesiti, kencing manis, sistem imun yang lemah juga kanser.
KUAT BERDENGKUR!
Dengkuran boleh menjadi masalah sosial terutama apabila membabitkan pasangan yang terjejas kerana bunyi bising daripada dengkuran itu menyebabkan waktu tidur mereka diganggu sehingga tidak cukup tidur dan mengantuk ketika bekerja. Daripada sudut perubatan, tidur yang terganggu akibat dengkuran juga menyebabkan seseorang tidak cukup rehat, malah ia sebahagian daripada spektrum penyakit berhenti nafas sewaktu tidur akibat salur pernafasan terhalang (OSA) yang menyebabkan masalah kesihatan lebih buruk dalam jangka panjang.
Kesan kesihatan buruk yang biasa dikaitkan dengan masalah dengkuran dan gangguan pernafasan ketika tidur adalah rutin terjejas pada sebelah siang dan penyakit kardiovaskular. Akibat kurang tidur, seseorang jadi mengantuk sepanjang siang dan tertidur tanpa sengaja ketika melakukan aktiviti rutin seperti memandu, menonton televisyen atau bekerja.
Masalah lain kurang tidur seperti tidak segar sebaik bangun tidur, memori merosot dan kurang penumpuan, sakit kepala pada waktu pagi, mood berubah, sistem imun terjejas, demam dan halusinasi. Jika anda diberitahu selalu berdengkur dengan sangat kuat ketika tidur hingga mengganggu orang lain, segeralah berjumpa doktor atau pakar bagi menjalani pemeriksaan.
Ujian dijalankan akan mengenal pasti masalah sebenar dihadapi sama ada dengkuran itu adalah simptom penyakit terhenti bernafas sewaktu tidur (apnea) yang sederhana atau serius. Ini kerana, tidak semua orang yang berdengkur menghadapi masalah apnea, sebaliknya semua orang yang mengalami apnea akan berdengkur. Ujian Skala Tidur Epworth juga boleh dilakukan sendiri bagi mengenal pasti tahap mengantuk pada waktu siang akibat tidak cukup tidur. Dalam skala ini, markah kosong hingga tiga diberi bagi setiap peluang untuk anda tertidur ketika melakukan aktiviti rutin seperti sedang duduk dan membaca, menonton televisyen, bermesyuarat, memandu kereta dan ketika berhenti di lampu isyarat.
Jika markah terkumpul kurang daripada 10, bermakna anda mendapat tidur yang cukup dan andainya markah anda lebih daripada 10, perlu berjumpa doktor atau pakar bagi menjalankan diagnosis seterusnya seperti ujian tidur (polysomnography). Penggunaan alat bantuan oral berbentuk pendakap gigi plastik juga boleh membantu mengatasi masalah dengkuran dan OSA tahap ringan serta sederhana dengan mengelakkan tisu lembut atau otot tekak jatuh ke dalam tekak dan mengganggu corak pernafasan normal.
Penahan ortodontik ini membantu membetulkan kedudukan rahang bawah, lidah, lelangit lembut dan tulang berbentuk U di leher yang menyokong lidah pada tempat yang sepatutnya. Matlamat alat bantuan oral ini adalah untuk menolak rahang bawah ke depan apabila pendakap gigi di bahagian bawah direka mempunyai penyangkut dan disangkut pada pendakap gigi bahagian atas. Dengan ini, alat bantuan oral itu akan menahan otot tekak jatuh ke belakang seterusnya mengekalkan laluan udara terbuka dengan kestabilan lidah dan rahang.
.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Perasan tak ramai pemain Piala Dunia 2026 pakai but merah jambu? Rupanya ada sebab saintifik dan strategi pemasaran bernilai jutaan dolar di sebalik trend paling mencuri perhatian tahun ini!