Dalam dunia bola sepak yang penuh dengan drama dan aksi mendebarkan, pengadil sering menjadi individu paling kontroversi di atas padang.
Namun, apa yang ramai tidak tahu ialah pengadil Liga Perdana Inggeris (EPL) bukan sahaja mengawal permainan tetapi juga menikmati gaji lumayan yang jauh mengatasi beberapa profesion elit lain di United Kingdom.
Pendapatan Lumayan, Ceburi Bidang Pengadilan Berbaloi?
Menurut Ketua Pegawai Pengadilan EPL, Howard Webb, pengadil utama dalam liga tersebut boleh meraih sehingga £250,000 (RM1.43 juta) setahun.
Jumlah ini menjadikan mereka antara individu berpendapatan tinggi dalam industri sukan dan meletakkan profesion pengadilan EPL setaraf dengan kerjaya elit lain seperti kewangan, undang-undang, dan insurans.
Secara purata, pengadil EPL memperoleh antara £170,000 hingga £180,000 setahun, dengan gaji asas bermula daripada £72,000 hingga £148,000 bergantung kepada pengalaman dan tahap senioriti.
Selain itu, mereka turut menerima bonus prestasi dan bayaran per perlawanan yang menambah lagi pendapatan tahunan mereka.
Ads
Anthony Taylor & Michael Oliver Raih Pendapatan Tertinggi
Antara nama yang paling menonjol dalam dunia pengadilan EPL ialah Anthony Taylor dan Michael Oliver.
Mereka dianggarkan meraih hampir £250,000 setahun hanya daripada tugas mengadili perlawanan EPL sahaja. Pengadil yang berada dalam kumpulan Select Group 1, yang terdiri daripada pegawai yang kurang berpengalaman, juga memperoleh sekitar £125,000 setahun.
Selain itu, badan pengadil profesional, Professional Game Match Officials Limited (PGMOL), turut memperuntukkan sekitar £240,000 untuk setiap pengadil, termasuk caruman pencen dan insurans kebangsaan.
Bukan sekadar bertugas di EPL, pengadil juga berpeluang untuk menambah pendapatan dengan mengadili perlawanan antarabangsa.
Dalam Liga Juara-Juara UEFA (UCL), pengadil menerima bayaran antara £5,300 hingga £9,000 untuk setiap perlawanan, manakala dalam kejohanan utama FIFA seperti Piala Dunia, mereka boleh memperoleh antara £38,700 hingga £54,000, tidak termasuk bonus.
Melihat kepada angka pendapatan yang didedahkan, jelas bahawa menjadi pengadil EPL bukan sekadar tugas yang mencabar, tetapi juga satu kerjaya yang mampu menjamin masa depan.
Ads
Dengan gaji lumayan dan peluang mengadili perlawanan berprestij di peringkat antarabangsa, profesion ini boleh menjadi pilihan menarik bagi mereka yang meminati bola sepak dan mempunyai keberanian untuk membuat keputusan penting di atas padang.
Sumber : Astro Awani
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Buat warga yang tinggal di kawasan bandar aktviti larian kini menjadi salah satu cara untuk beriada sambil bersenam. Lihat sahajalah bila program atau pertandingan larian diadakan, ia pasti mendapat sambutan yang cukup hebat. Sehinggakan ada salah satu acara larian paling popular di Malaysia terpaksa melakukan cabutan undian untuk menyertainya disebabkan terlalu banyak permohonan.
Bagi anda yang berkira-kira untuk mula aktif dengan dunia larian, masih belum terlambat lagi. Tapi sebelum anda mula berlari ada beberapa perkara penting yang harus anda ambil perhatian. Jom lihat 10 tip untuk anda seorang newbie dalam aktiviti larian.
Utamakan keselamatan
Sebelum memulakan aktiviti larian pastikan anda tahu akan tahap kesihatan semasa. Jika ragu-ragu jumpalah doktor terlebih dahulu untuk dapatkan nasihat. Anda juga harus pastikan anda bebas dari sebarang risiko kesihatan sebelum mula berlari.
Kasut yang baik
Jangan disebabkan memakai kasut yang salah anda menderita di kemudian hari. Dapatkan kasut larian sesuai dengan bentuk kaki anda. Jika boleh belilah di kedai yang membenarkan anda mencubanya di atas treadmill.
Anda perlu ingat sebagai orang baru yang ingin mula berlari jangan bandingkan diri dengan orang lain yang sudah lama berlari. Anda tak payah berangan nak lari hingga 20km pada minggu pertama anda mula berlari. Mulakan dari bawah degan berlari selama 5 minit dan diikuti dengan berjalan selama 5 minit untuk tempoh 30 minit. Selepas dua minggu, kurangkan kadar berjalan dan tingkatkan masa berlari dengan perlahan.
Jangan gopoh
Mulakan larian anda dengan perlahan dan pacing kelajuan dengan berkala. Ini bagi mengelakkan anda mengalami kecederaan. Jangan pula anda terus memecut tak tentu hala. Go slow and steady!
Beranikan diri masuk acara larian
Bila sudah sedikit selesa dengan alrian anda boleh mula cabar diri dengan menyertai acara larian. Ini bagi memebrikan motivasi kepada diri anda dan tetapkan sasaran peribadi. Gunakan aplikasi larian yang mencatatkan prestasi anda dari semasa ke semasa. Jika boleh dapatkan teman berlari agar latihan tidak membosankan.
Buat senaman
Selain aktif berlari anda tak seharusnya tinggalkan senaman asas. Ia bagi menguatkan otot-otot anda. Lakukan senaman kekuatan kira-kira dua kali seminggu. Adna juga boleh lakukan aktiviti lain seperti berbasikal, memanjat tangga, atau latihan eliptikal sekali atau dua dalam seminggu.
Makan untuk lari
Untuk menjadis eorang pelari yang aktif anda harus ada tenaga mencukupi. Dan untuk mendapat tenaga anda harus menjaga pemakanan. Ambil makanan yang boleh memberikan tenaga pantas sebelum memulakan larian. Selepas melakukan larian juga anda perlu makan untuk mengembalikan tenaga yang hilang terutamanya selepas 30 minit berlari.
Minum cukup air
Anda perlu sentiasa amalkan perkara ini, minum air sebelum dan selepas berlari. Andai kata anda berlari lebih sejam dan banyak berpeluh digalakkan anda mengambil minuman isotonik untuk mengembalikan garam yang hilang semasa berlari.
Jangan mudah putus asa
Dalam melakukan aktiviti fizikal pasti akan ada cabaran tersendiri. Anda akan ada rasa sakit selepas berlari terutama di bahagian kaki, perut dan peha. Rehatkan diri sehari dua dan mulakan latihan semula. Cabar diri anda dan tingkatkan kadar senaman secara berperingkat.
Sentiasa gembira
Jika anda mula rasa bosan berlari bersendirian carilah teman berlari. Selain itu anda juga boleh sertai kelab larian bagi mengoptimumkan kualiti larian serta buat aktiviti itu lebih happening! Apa yang penting anda sentiasa enjoy berlari!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ketiak berbau mengalahkan tong sampah? Kawan sebelah nak beritahu pun rasa serba salah, tetapi sebagai empunya badan, jangan ambil mudah, cuba perbaiki diri dengan mengamalkan tiga jenis minuman ini untuk pastikan ketiak anda tidak mudah banjir lagi. Arghhh ada juga member admin yang macam ni, tapi disebabkan kawan, kita hanya mampu jauhkan diri sahaja, kang tengur sentap pula.
AMALKAN 3 MINUMAN HEBAT INI
TEH HIJAU
Teh hijau ini sangat membantu dalam meningkatkan tahap metabolisme serta menghakis lemak dari usus.Amalkan dua hingga tiga gelas sehari, badan anda akan lebih selesa tenang dan ketiak tidak basah lagi.
CUKA PUTIH + CUKA EPAL
Dua sudu teh cuka putih dan satu sudu teh cuka epal mampu menstabilkan kelenjar peluh. Amalkan dalam tiga kali sehari pada waktu perut kosong atau setengah jam sebelum mahupun selepas makan. Kalau tajam sangat campurkan sedikit air.
JUS TOMATO
Kaya dengan antioksidan, ia boleh mentasbilkan proses rembesan kelenjar peluh.Minum dua hingga tiga gelas sehari tanpa gula bagi mengurangkan proses perpeluhan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mesti anda rasa tidak selesa bila masalah perut boroi menyukarkan anda untuk mencari saiz baju atau seluar yang sesuai. Bagi yang miliki perut boroi, tak mustahil anda boleh dapatkan perut six pack.
Jangan jadikan alasan untuk tidak bersenam gara-gara anda tidak sempat ke gym. Inilah masalah untuk anda buang perut boroi yang dah lama menempel di perut anda itu.
Percayalah jika anda melakukan senaman 20 minit ini secara rutin, di samping makan makanan yang sihat pasti perut boroi anda boleh berubah ke six pack.
Fokus utama senaman 20 minit ini adalah untuk meningkatkan keupayaan jantung, mengaktifkan otot kaki, menguatkan otot dada (pectorolis) dan otot perut (abdominal). Jom mulakan dari sekarang!
1. Jumping Lunge
a. Senaman yang mempunyai elemen lompatan perlulah dilakukan di tempat yang lembut untuk mengelakkan sebarang kecederaan pada sendi lutut anda untuk jangka panjang.
b. Mulakan senaman ini dengan posisi lunge biasa iaitu satu kaki di hadapan dan satu kaki di belakang. Kedua-dua kaki anda hendaklah berada pada kedudukan 90 darjah.
c. Mulakan menukar kaki dengan melompat di udara. Satu kaki di hadapan dan satu kaki di belakang. Pastikan chest, torso anda sentiasa tegak dan tegap.
d. Walaupun senaman ini memenatkan, ia sangat baik untuk menguatkan keseluruhan otot kaki, hip flexors dan senaman kardiovaskular apabila anda melakukannya secara laju serta diulang banyak kali.
2. Plyometrics Pushup
a. Pastikan anda melakukannya di permukaan yang kesat seperti karpet atau rumput. Elak daripada melakukan pada permukaan yang licin atau basah kerana ia boleh mengakibatkan kecederaan.
b. Senaman ini sama sahaja seperti push up yang anda biasa lakukan, cuma semasa menolak tubuh badan, anda perlu lakukan dengan pantas sehingga upper body melantun sedikit ke udara.
c. Sekiranya anda melakukannya dengan pantas, ia boleh menguatkan otot (pectoralis) chest serta (deltoid) bahu.
3. Plank Single Hand
a. Planking atau bridging adalah senaman yang baik untuk kekuatan abdominal, tulang belakang (spine bone) dan memberi kekuatan mental apabila anda melakukannya dalam tempoh masa yang lama.
b. Senaman ini sama seperti plank biasa, cuma anda hanya perlu tingkatkan lagi keupayaan atau intensity dengan menggunakan sebelah tangan sahaja.
c. Cuba lakukan selama 30 saat untuk kanan dan kiri. Paling penting, anda perlu memastikan kaki, pinggang dan badan berada dalam keadaan selari atau sebaris.
4. Hip Raise Single Leg
a. Senaman ini bertujuan untuk memberi kekuatan abdominal, tulang belakang dan hamstring.
b. Untuk melakukan senaman ini, ada perlu menaikkan pinggang selari dengan kaki untuk tempoh 30 saat kaki kanan dan menukar 30 saat untuk kaki kiri.
c. Tingkatkan keupayaan anda dengan menambahkan masa kepada 1 minit dan seterusnya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Guru lelaki kongsi kisah sedih, pelajar meninggal dunia, tak sempat tengok keputusan SPM. Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai bekas anak muridnya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks, hanya beberapa hari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan pada hari Khamis.