Dalam dunia moden yang serba pantas dan penuh cabaran, lelaki masa kini bukan sahaja menitikberatkan soal produktiviti, malah semakin cenderung untuk menikmati detik santai dengan penuh bergaya.
Salah satu caranya? Secawan kopi ais berkualiti tinggi yang mampu menyegarkan tubuh dan minda di sinilah hadirnya Nespresso sebagai jenama pilihan lelaki urban yang menghargai cita rasa mewah dan gaya hidup moden.
Musim panas ini, Nespresso memperkenalkan koleksi kopi ais edisi terhad yang diinspirasikan daripada era 90-an dan semangat kota yang hidup sesuai untuk lelaki yang aktif, berpersonaliti dan sentiasa menghargai momen rehat yang bermakna.
Perisa Eksklusif untuk Lelaki Berkarakter
Koleksi terbaharu ini menampilkan dua perisa yang menarik perhatian iaitu Pistachio Vanilla Flavour Over Ice dan Coconut Vanilla Flavour Over Ice. Gabungan rasa pistachio yang mewah dengan vanila berkrim memberikan pengalaman minum kopi yang sofistikated, sesuai untuk lelaki yang berani mencuba sesuatu yang baharu tetapi tetap mengekalkan elemen klasik.
Bagi mereka yang menggemari rasa tropika, Coconut Vanilla menawarkan keseimbangan rasa kelapa yang lembut dan vanila yang menyenangkan sebuah pilihan ideal untuk lelaki yang gemarkan ketenangan dan suasana santai.
Mesin dan Aksesori untuk Gaya Hidup Praktikal
Ads
Menemani koleksi musim panas ini ialah pelancaran mesin Vertuo Pop edisi terhad dalam warna Pistachio Green, yang bukan sahaja padat dan moden, malah menjadi pelengkap sempurna kepada dapur lelaki profesional.
Gabungan reka bentuk minimalis dan teknologi tinggi membolehkan kopi berkualiti barista disediakan dengan mudah di rumah suatu kelebihan bagi lelaki yang menghargai kecekapan tanpa mengorbankan gaya.
Sentuhan Eksklusif Bersama Paolo Paolo Gelato
Menambahkan lagi keistimewaan musim panas ini ialah kolaborasi eksklusif bersama Paolo Paolo Gelato, di mana dua pencuci mulut khas diperkenalkan, diilhamkan daripada perisa kopi ais Nespresso.
Antara menu menarik termasuk Vanilla Mascarpone with Pistachio dan Coconut Vanilla Sorbet, selain variasi affogato yang menggunakan kopi ais edisi terhad sebagai tuangan utama.
Ads
Kerjasama ini bukan sahaja membawakan pengalaman baharu kepada peminat kopi dan pencuci mulut, malah menonjolkan bagaimana kopi boleh menjadi sebahagian daripada gaya hidup lelaki moden yang menghargai nilai estetika dan citarasa.
Lebih daripada sekadar minuman, kopi kini menjadi refleksi identiti dan cara hidup seseorang lelaki.
Ia melambangkan ketenangan, kematangan, serta keupayaan untuk menyeimbangkan antara tanggungjawab dan waktu rehat.
Nespresso memahami keperluan ini dan menyediakan pengalaman menyeluruh yang bukan hanya lazat, malah bergaya.
Musim panas ini, lengkapkan rutin harian anda dengan secawan kopi ais dari Nespresso kerana bagi lelaki yang tahu apa yang diinginkan, setiap detik adalah peluang untuk menikmati kehidupan dengan lebih bermakna.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Siapa yang tidak sedih apabila tidak dapat bersama keluarga tersayang menyambut Ramadan dan Aidilfitri, apatah lagi jika ia terpaksa disambut di balik tirai besi.
Sebagai seorang yang pernah bergelar banduan suatu ketika dahulu, Ameng Spring menyifatkan sambutan Ramadan lebih sayu berbanding Aidilfitir di penjara.
Pemilik nama sebenar Wan Aminuddin Wan Ismail itu berkongsi pengalamannya menerusi laporan Gempak.
Muncul sebagai tetamu dalam salah satu episod Borak Dulu Baru Buka, Ameng menyifatkan pengalaman berpuasa di dalam penjara sebagai ‘keras’.
Sahur Jam 11 Malam
“Sambut Ramadan di dalam penjara sangat ‘keras’. Makan tidak tentu hala, berebut-rebut.
“Sahur pada pukul 11 malam, kalau tidak makan mereka akan ambil makanan yang diberi.
“Warden pula agak keras dan kita juga ada tekanan emosi. Fikir anak, isteri, ibu.
“Pada saya Ramadan lebih sedih daripada Aidilfitri,” ujar Ameng.
Khatam Al-Quran 3 Kali Sepanjang Ramadan Di Penjara
Walaupun sayu, Ameng menyifatkan ia adalah bulan paling berkualiti bagi dirinya. Malah sepanjang menyambut Ramadan di penjara, Ameng berjaya khatam Al Quran sebanyak tiga kali.
“Untuk saya, hidup paling berkualiti pada Ramadan. Setiap masa duduk dalam air sembahyang.
“Saya boleh khatam tiga kali dalam Ramadan. Seratus peratus saya habiskan masa mengaji. Jadi setiap 10 hari saya dapat khatam sekali,” katanya.
Justeru Ameng menitipkan pesan buat semua umat Islam agar memberi fokus setiap Ramadan datang.
“Jika ini adalah Ramadan terakhir buat saya atau kita semua, fokus dan khusyuk. Jangan lepaskan Ramadan berlalu begitu sahaja,” pesan Ameng.
Untuk rekod, Ameng pernah dipenjara selama lapan tahun bermula pada 2011 atas tiga kesalahan dengan dua daripada kerana memiliki dadah.
Tresemme Salon Silk Syampu adalah syampu yang licin yang membantu mengurangkan keriting untuk memberikan rasa licin yang halus dan agar rambut kelihatan lebih lembut dan gelap. Dengan sistem pelicinan yang canggih di dalam syampu ini kerana ia dirumus dengan minyak argan moroccan yang membersihkan dan membantu menguruskan rambut yang tidak teratur, menjadikannya lembut dan ibarat mencuci rambut di salun. Kini rambut anda akan terasa lebih lembut ketika dibelai.
REDKEN Scalp Relief Soothing Balance Shampoo
Terbaik untuk dermatitis dan eczema
Syampu yang dirumus khas dengan gabungan bahan-bahan yang unik untuk memberikan bantuan yang berkesan untuk kulit kepala sensitif dan pembersihan yang lembut untuk kulit kering, gatal, kemerahan sambil melindungi rambut anda untuk menjadikan lebih sihat. Anda hanya perlu letakkan pada rambut yang basah dan urut rambut anda dan bilas. Harga syampu ini mahal sedikit berbanding syampu yang lain kerana fungsinya yang khas untuk kulit yang sensitif.
Good Virtues Co. Healthy Hair & Scalp Shampoo
Terbaik untuk rambut gugur dan gatal kulit kepala
Syampu penjagaan anti-ketombe, ini tulen dengan pembersihan organik minyak habbatus sauda (Organik Minyak Benih Hitam) yang berfungsi untuk menyahtoksik rambut anda dan menghilangkan segala rasa kegatalan pada rambut. Formula pelindung kami membantu menghilangkan dan menghalang kemunculan semula kelemumur, dengan campuran ekstrak maca root semula jadi dan vitamin B5 membantu dalam menguatkan folikel untuk mengurangkan penurunan rambut. Jangan risau kerana syampu ini bebas daripada minyak mineral, SLES, ALES, parabens, pewarna tambahan, dan tidak diuji pada haiwan.
LA BOURSE ESSENTIAL TONIC HAIR SHAMPOO
Terbaik untuk cepat memanjangkan dan melebatkan rambut
Syampu ini membantu membesarkan saluran darah dan mengaktifkan papillae rambut untuk merangsang pertumbuhan rambut, menjadikan rambut cepat panjang. Selain itu, ia merangsang sel dan bertindak sebagai perlindungan terhadap keguguran rambut dan menguatkan rambut. Diformulasikan dengan ginseng, D-Panthenol dan vitamin. Ekstrak Witchazel dan ekor kuda yang sangat berkesan dalam menguatkan rambut yang rosak dan lemah.
A-LICES Lotion ANTI-Kutu 60ML
Terbaik untuk basmi kutu rambut
Syampu ini digunakan untuk rawatan dan pembasmian kutu kepala, kutu badan dan telur kutu. Syampu ini harus disapukan dengan menutup seluruh kawasan rambut dan kulit kepala dan biarkan ia selama 10 minit. Anda kemudian boleh membilasnya. Rambut akan berkurangan kutu selepas 1-2 kali penggunaan sahaja kini kulit kepala anda akan terasa bebas dari kegatalan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Taylor Swift nampaknya gayanya sudah ada buah hati dan beralih angin dengan perhubungan barunya bersama Travis Kelce. Hubungan cinta atara penyanyi pop ini dan pemain American football ini dihidu oleh media pada Julai 2023.
Para Swiftie cukup terkejut dan gembira dengan khabar berita ini. Malah, jejaka yang berusia 34 tahun itu langsung tidak menyorokkan perasaan cintanya terhadap Taylor Swift.
Berbadan Besar
Berbanding dengan bekas kekasih TS sebelum ini, Travis memang mempunyai bentuk badan yang lebih besar. Walaupun dia tidak berperut ‘segi empat’, ramai wanita sebenarnya lebih suka lelaki sebegini berbanding lelaki yang berbadan berotot. Malah, tinjuan yang dibuat melalui laman temu janji, lelaki dengan badan ‘dad body’ memang digemari.
“Hampir 75% orang bujang adalah peminat ‘dad bods’. Ini bermakna mereka sukakan figura yang tidak begitu berotot,” kata wakil Dating.com.
Lelaki berbadan besar lebih yakin
Tinjauan yang dijalankan melalui PlanetFitness pula menunjukkan 78% wanita merasakan lelaki berbadan besar lebih yakin dengan diri mereka sendiri. Separuh daripada wanita juga memilih pasangan dengan ‘abs’ dan bukannya ‘six-pack’. Sementara itu, 83% isteri berkata mereka bangga mempunyai suami yang lebih gemuk.
Walau bagaimanapun, penyelidikan seterusnya mendedahkan bahawa wanita sebenarnya tidak menganggap lelaki gemuk itu menarik secara fiziknya. Namun, mereka dianggap mempunyai sifat penyayang, mesra, dan berpotensi menjadi ibu bapa yang baik. Sementara itu, lelaki ultra-macho dengan badan berotot cenderung mempunyai paras testosteron yang tinggi, menjadikan mereka agresif dan tidak menarik.
Dikatakan ada sebab saintifik mengapa wanita lebih suka lelaki yang mempunyai bentuk badan seperti Taylor Kelce. Profesor dan juga ahli psikologi Joel Wade dari Bucknell University mendedahkan bahawa wanita mungkin menganggap lelaki dengan badan ‘ayah’ mempunyai tahap testosteron yang lebih rendah. Disebabkan ini, mereka dianggap kurang agresif dan mempunyai ciri-ciri yang lebih baik sebagai pasangan dan bapa pada masa hadapan.
Menurut kajian ini lagi mendapati lelaki yang sempurna dari segi fizikal lebih cenderung untuk menipu dan curang. Disebabkan itu, wanita lebih suka memilih bakal pasangan yang lebih gempal kerana tidak perlu risau dicaras ‘penyondol’!
Sejujurnya lelaki berbadan besar ni memang nampak comel pun, untunglah lelaki berbadan besar ni!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.