Para ulama memberikan penjelasan bahawa megabaikan Al-Quran itu terdiri dari lima tingkatan: mengabaikan bacaan Al-Quran, mengabaikan penghayatan Al-Quran (tadabur), mengabaikan pengamalan Al-Quran, mengabaikan pencarian kesembuhan dari Al-Quran, dan mengabaikan Al-Quran sebagai sumber hukum bagi kehidupan manusia.
Pertama, mengabaikan bacaan Al-Quran. Yakni ketika seseorang enggan membaca Al-Quran, tidak ada satu hizib-pun yang dibacanya dalam sehari, tidak melihatnya, tidak memerhatikan baris-baris tulisan Al-Quran, dan tidak hidup bersama-ayat-ayatnya. Dia adalah hamba yang tersesat dan menyesatkan.
Dialah hamba yang terkunci hatinya, yang tunduk pada hawa nafsu, yang merasa tidak memerlukan Al-Quran. Oleh kerananya, Allah tidak perlu padanya. Bahkan di antara mereka tidak pernah menyentuh Al-Quran selain pada bulan Ramadhan!
Kedua, mengabaikan penghayatan Al-Quran. Yakni orang yang membaca Al-Quran tetapi lalai, terlena, dan dipermainkan oleh fikirannya. Dia menyuarakan dengan lisannya tetapi hatinya di pasar, di sawah, di pejabat, atau di sekolah. Fikirannya melayang mengingat manusia, mata melihat, mulut berbicara tetapi tidak mengerti. Dia termasuk golongan manusia yang mengabaikan penghayatan Al-Quran (tadabur Al-Quran). Kehidupan dan cahaya ada pada perenungan kita yang membawa cahaya ini! Orang yang mengabaikan tadabur Al-Quran, maka ia hanya mendapat pahala tilawah; sedangkan pahala penghayatan Al-Quran dan apa yang boleh dicapai dengan tadabur itu berupa cahaya (nur), keimanan, kefahaman (fiqh), dan pelajaran, semuanya akan terlewatkan.
Ketiga, iaitu manusia yang mengabaikan Al-Quran, baik dari segi tilawah, tadabur, mahupun pengamalan Al-Quran.Manusia-manusia seperti itu seungguh telah ditutup rapat hatinya mengikuti hawa nafsu. Rasulullah SAW menjadi saksi atas mereka. Jika mereka membaca Al-Quran, ia akan menjadi hujah yang memberatkan mereka, bukanhujah yang membela mereka. Sebab mereka tidak mengamalkan Al-Quran, tidak solat bersama yang lain di masjid, tidak pernah besuci, tidak beretika seperti adab yang diajarkan Al-Quran. Bahkan mereka menghina dan merendahkan orang-orang soleh. Golongan manusia ini mirip orang-orang munafik, bahkan mungkin mereka adalah orang munafik.
Keempat, mengabaikan upaya mencari kesembuhan dari Al-Quran. Sekelompok orang mengatakan bahawa merupakan lelucon (kisah lucu) jika Al-Quran itu dibacakan kepada orang yang sedang sakit atau yang sedang pengsan. Bagaimana mereka boleh sembuh dengan Al-Quran, bagaimana mungkin Al-Quran dapat dijadikan ubat? Perkataan mereka itu telah berlawanan dengan dalil akal mahupun naql (dalil dari kitab dan sunnah).
Dari sisi naql banyak sekali nash yang menunjukkan bahawa Al-Quran dapat dijadikan sebagai sumber kesembuhan dan pengubatan. Berdasarkan pertimbangan akal, hal itu tidak bertentangan dengan hokum sebab akibat, yang di antaranya adalah bahawa terapi kesembuhan adalah dengan cara menyegarkan jiwa dan membuatnya bahagia. Dalam hal ini Al-Quran telah berbuat banyak dalam memberi kesegaran dan kebahagiaan jiwa. Oleh itu, Rasulullah SAW mencari kesembuhan dari Al-Quran dan dengan membaca Al-Quran.
Ketika mendapat serangan sihir dari seorang Yahudi, beliau membaca Al-Mu’awwidzatain (surah An-Nas dan Al-Falaq) dan Allah menyembuhkannya. Jika hendak tidur, Rasulullah SAW mengusap badannya dan membaca doa perlindungan.
Kelima, mengabaikan Al-Quran dan menjadikan Al-Quran hanya untuk dibacakan dalam pertemuan-pertemuan, dalam pesta, atau di perkuburan. Namun jika Al-Quran harus diterapkan dalam kehidupan nyata – seperti pada persoalan ekonomi, politik, pemerintahan atau bidang seni budaya – mereka berpaling dan meninggalkan Al-Quran. Mereka mengatakan bahawa agenda-agenda kehidupan itu merupakan persoalan tersendiri dan terpisah dari Al-Quran.
Mereka tidak memahami bahawa fungsi Al-Quran itu adalah sebagai petunjuk umat manusia, sebagai sumber hukum bagi kehidupan umat manusia; yang meliputi aspek ekonomi, militer, hubungan manusia sesama manusia, dan segala yang bertalian dengan aktiviti kehidupan. Sebab Al-Quran merupakan pedoman hidup. Pembimbing menuju akhirat, dan pengarah bagi jiwa.
‘Kerana mulut badan binasa’. Itu peribahasa yang acap kali jadi panduan bagi sesiapa yang ingin ‘membuka mulut’. Yang pasti, kata-kata mampu membinasakan. Namun, wanita sering dikaitkan pemilik sang mulut ‘jahat’? Apa benar dakwaan ini?
Ya, jika dilihat di layar kaca, kita selalu disogok dengan pelbagai watak dalam drama, filem mahupun telenovela iaitu golongan wanita lebih upaya menggunakan ‘mulut’ bagi menyerang mahupun untuk niat yang jahat. Namun, di layar realiti, adakah benar semua wanita begitu? Lelaki pun apa kurangnya, bukan?
Maskulin membuat kaji selidik tentang dakwaan ini dengan melakukan kajian terhadap 20 orang responden lelaki dan wanita. Hasilnya, lebih 52% daripada mereka bersetuju. Ini antara bukti terhadap dakwaan ini
Adakah benar wanita sukar menyimpan rahsia? Wanita sering kali dikaitkan dengan sikap suka gosip dan gemar bercerita. Jangan terkejut, berdasarkan kajian dari Wines of Chile, sebuah penubuhan yang menggalakkan kualiti di negara Chile menunjukkan wanita hanya mampu menyimpan rahsia tidak lebih daripada 47 jam.
Selain itu, antara hasil kajian tersebut adalah
– Wanita akan berkongsi dengan sekurang-kurang seseorang dalam tempoh purata 47 jam 15 minit.
– Survei terhadap 3,000 wanita berusia 18 hingga 65 tahun itu turut mendapati 6 daripada 10 mengaku tidak mampu menyimpan rahsia walaupun ia terlalu peribadi atau sulit.
-Teman lelaki, suami, rakan karib atau ibu antara mereka yang dipilih untuk bercerita
Wanita bermulut ‘power amp’ adalah jenis wanita yang suka bercakap atau ‘talkative’. Walau apa jua topik perbualan, wanita sebegini punya pandangan sendiri dan sukar sekali untuk berhenti berbicara.
Kajian dari Ohio University School of Media Arts & Studies melalui penyelidikan media masa kini menyatakan bahawa wanita lebih banyak membuahkan tutur kata seribu patah perkataan lebih daripada lelaki dalam jangka masa seminggu. Bila banyak bercakap, pastinya ada lelaki yang tidak senang dan kurang manis untuk dipandang
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia pula tiada siapa yang tahu. Atau mungkin pada wajah yang menyerupai seorang putera raja?
Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki di Indonesia yang memiliki wajah kacak dan tampan seiras seorang putera raja yang cukup dikenali ramai.
Seorang penjual ais krim di Gunung Bromo, di wilayah Jawa Timur, telah menjadi tular di laman media sosial karena dianggap memiliki wajah yang mirip dengan Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah.
Memetik laporan dari portal berita Indonesia, Okezone, sebuah video telah tular menerusi platform TikTok. Menerusi sebuah video yang dikongsikan seorang pengguna TikTok @nareswara.tpuraandtravel, peniaga tersebut dilihat sibuk menyediakan aiskrim yang dipesan pembeli.
Lelaki tersebut yang mengenakan jaket ungu dan topi hitam itu sesekali terlihat tersenyum ke arah kamera selepas menyedari dirinya sedang dirakam.
“Bertuah sebulan kerana bertemu dengan ‘Putera Mateen’ di Bromo,” kata keterangan video tersebut secara berseloroh.
Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen yang bersetuju bahawa wajah pemuda tersebut mirip Putera Mateen.
“Sangat seiras!” kata seorang pengguna laman media sosial.
“Hey, he is the better version one,” komen lagi seorang netizen.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
SUMBER: TikTok Nareswara.tpuraandtravel
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Musim durian kini nampaknya sudah bermula. Walaupun negara kita masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan ‘full lockdown’, namun keterujaan untuk merasai sensasi buah durian masih lagi tinggi di kalangan pengguna.
Penjual durian kini semakin banyak didapati di pasaran tempatan termasuklah yang melakukan jualan secara di atas talian.
Sejak bergenerasi lamanya buah durian dianggap sebagai raja buah. Apa tidaknya dengan rasanya yang unik dan muncul secara bermusim sahaja, ia sentiasa dinantikan ramai.
Namun apabila berbicara tentang makan buah durian kita pastinya tidak akan dapat lari daripada mendengar sesetengah pantang larangnya. Adakah pantang larang yang sering kita dengar ini relevan dan terbukti secara saintifik?
Sejauh manakah kebenaran sesetenga pantang larang itu? Jom ikuti perkongsian MASKULIN kali ini.
DIMAKAN BERSAMA ‘BUAH SEJUK’
Mungkin anda sedia maklum dalam masyarakat kita ada istilah ‘buah panas’ dan ‘buah sejuk’. Sebagai contoh ‘buah sejuk’ ialah manggis. Namun tahukah anda bahawa perubatan moden sebenarnya tidak ada istilah ‘buah sejuk’ atau panas. Malahan pengkelasan dua kategori ini sebenarnya langsung tidak disokong oleh sebarang kajian saintifik.
Mungkin disebabkan manggis dan durian kebiasaannya berbuah dalam musim yang sama. Jadi mitos ini mungkin jadi bualan untuk mengelakkan orang ramai daripada membazir.
SEJENIS BUAH TINGGI KOLESTEROL
Ini antara mitos yang sangat popular berlegar sama ada perbualan atau pun di laman media sosial terutamanya di kalangan warga emas. Buat penggemar durian ini adalah berita baik untuk anda. Sebenarnya buah durian tidak mempunyai sebarang kolesterol! Sila jangan keliru dan pandai bezakan antara kolesterol dan karbohidrat.
Untuk pengetahuan anda buah durian mengandungi karbohidrat LDL (low density carbohydrate). Ia merupakan sejenis karbohidrat yang cukup mesra untuk jantung. Namun begitu kandungan karbohidratnya masih lagi dianggap tinggi. Jadi usahlah makan macam hilang ingatan. Ambil secara berpada-pada.
Buah mereka yang ada penyakit kronik seperti diabetes dan sakit jantung pula, makanlah cukup seulas dua.
KUATKAN TENAGA DALAMAN
Lelaki kalau bercakap tentang tenaga dalaman pasti laju saja beri perhatian. Mitos mengatakan makan buah durian mampu meningkatkan tenaga dalaman serta keinginan keintiman lebih tinggi adalah mitos semata-mata. Sehingga kini tiada sebarang kajian membuktikan bahawa durian mampu meningkatkan libido seseorang.
Tapi makan durian mampu mengurangkan stres dan membahagiakan anda. Dan itulah antara perkara yang baik demi kesihatan luaran dan dalaman. Durian mempunyai sejenis asid amino yang bernama tryptophan – asid amino yang boleh menaikkan kadar serotonin dan melatonin di dalam badan. Ia mampu membantu kurangkan stres dan tidur dengan lebih lena.
DIAMBIL BERSAMA MINUMAN KOPI
Salah satu pantang larang yang sangat popular. Sebenarnya ia tidak terbukti dan tidak benarsama sekali. Memakan durian bersama minuman kopi tidak akan menyebabkan seseorang itu sakit jantung.
Ini kerana penyakit jantung berpunca daripada tabiat pemakanan dan gaya hidup seseorang, bukan disebabkan kombinasi dua jenis makanan dan minuman semata.
Akan tetapi, berpada-padalah memakan durian dan minum kopi. Makanan apa sekali pun kalau diambil secara berlebihan daripada yang sepatutnya akan memberikan kesan sampingan.
MAKAN BERLEBIHAN BOLEH DEMAM
Harus diakui bahawa selepas memakan durian terutamanya jika sedikti berlebihan badan akan terasa sensasi panas. Tapi penting untuk kita ketahui bahawa memakan durian yang banyak tiak akan menyebabkan demam atau pun batuk.
Mungkin jika makan berlebihan anda akan jadi kembung atau perut tak selesa. Namun untuk demam memang jauh sekali. Badan mungkin sedikit panas tetapi tidak bermakna menyebabkan anda jatuh demam.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.