
Siapa yang tak teruja bila loan rumah atau pinjaman bank untuk kediaman yang memakan masa berbelas malah berpuluh tahun akhirnya selesai.
Tapi dalam keterujaan itu ramai juga yang terlupa atau ambil mudah untuk membuat perkara penting agar rumah yang dibeli menjadi hak milik mutlak kita sepenuhnya. Perkara ini dikongsi oleh Perundingan Kewangan Nadia Izzati.
Ikuti prosedur yang perlu dilakukan seterus selepas menyelesaikan pinjaman perumahan terutama berkait dengan dua urusan pelepasan gadaian.
Ramai yang terlepas pandang buat urusan pelepasan gadaian
Loan rumah dah habis bayar dengan bank. Tapi ramai yang terlepas pandang untuk buat urusan pelepasan gadaian.
Walaupun anda sudah habis bayar loan rumah dengan bank, tapi rumah tersebut tak secara automatik jadi hak milik mutlak anda sepenuhnya selagi anda belum daftarkan PELEPASAN GADAIAN di Pejabat Tanah.
Pelepasan gadaian bank
Urusan Pelepasan Gadaian yang dilakukan oleh peguam dilantik
Ini pun ramai orang tak tahu sebenarnya. Mereka ingat bila sudah habis bayar loan rumah dengan bank terus dapat geran rumah daripada bank. Lepas tu boleh simpan geran rumah.
Tidak begitu sebenarnya. Anda perlu buat urusan pelepasan gadaian terlebih dahulu. Kena batalkan dulu nama bank sebagai pemegang gadaian dalam geran. Kemudian barulah rumah jadi hakmilik mutlak anda sepenuhnya. .
INFO: Bagi memudahkan boleh lantik peguam untuk menguruskan semua urusan ini.
Semoga bermanfaat
Sumber Nadia Izzati
Kecilkan Perut Tanpa Ke Gym, Ini Cara Paling Mudah Untuk Anda Ikuti!

Setiap orang yang ingin turunkan berat badan perlu tahu, pola pemakanan seseorang boleh menentukan saiz perut. Jadi anda hanya perlu mengubah sedikit pengambilan makanan untuk mendapatkan perut flat dan tidak mengelebih.
Ini dia beberapa cara untuk dapatkan perut kecil tanpa perlu ke gym dan berhabis duit upah trainer untuk bantu diri anda!
#1: Makan malam tiada masalah
Tengan malam rasa lapar? Tak jadi masalah, makan sahaja makanan yang rendah karbohidrat seperti telor rebus atau buah-buahan. Oat juga membantu sekiranya anda benar-benar lapar, jika makan sahaja kekacang yang ada.
#2: Makan ikut waktu
Jika bercakap tentang waktu makan, pastikan anda makan mengikut pada waktunya. Misal kata anda ingin makan pagi pastikan anda makan sebelum pukul 9 pagi. Sekiranya tengah hari puku 12 tengah hari – pukul 2 petang dan malam pastikan anda mengambil makanan sebelum jem 8 malam.
#3: Minum air
Salah satu tips untuk kecilkan dan buang lemak di bahagian perut adalah minum air. Keadaan ini akan membuatkan perut semakin kenyang dan badan akan dehidrasi sepenuhnya. Jadi anda tidak mudah untuk berasa lapar. Minum di antara jam 4 petang dan 10 malam
#4: Senaman Jangan Dilupakan Terus
Walaupun ini adalah tips mengecilkan perut tanpa senaman, tetapi jangan dilupakan terus. Dengan melakukan senaman ia akan mempercepatkan proses turun berat badan anda malah, anda juga akan rasa lebih fresh dan lebih bersemangat. Tidak perlu ke gym, di bilik tidur juga anda boleh lakukannya. Tonton sahaja Youtube, segalanya ada.
#5: Snek boleh, tetapi jangan ambil sebarang makanan
Jika anda lapar, anda boleh nikmati hidangan snek. Tetapi pastikan makanan itu berkhasiat seperti cerial bar, biskut atau telur rebus mahupun buah-buahan. Jangan pula kamu makan rojak ya!
Dilema Rider Sepanjang Ramadan, Apa Hukum Hantar Makanan Kepada Orang Tak Puasa

Alhamdulillah, minggu hadapan kita akan dipertemukan sekali lagi dengan bulan mulia bulan penuh keberkatan, Ramadan Al Mubarak.
Dengan ketibaan bulan puasa maka kita akan saksikan suasana kemeriahan masyarakat Islam menjalani ibadah terutamanya di masjid. Pasar-pasar Ramadan juga akan meriah dengan pelbagai juadah hidangan berbuka.
Bercakap tentang juadah berbuka kita bersyukur kerana dilimpahi dengan pelbagai kemudahan serta rezeki yang banyak. Ada yang memilih untuk berbuka dengan memasak, ada yang memilih untuk membeli sahaja di pasar Ramadan dan terkini memilih untuk memesan makanan melalui servis penghantaran makanan.

Kini semakin banyak servis penghantara makanan ditawarkan kepada pengguna di negara kita seperti Grabfood, Food Panda, Honest Bee dan bermacam lagi. Menarinya servis-servis ini boleh dipesan dengan senang sama ada menggunakan laman sesawang ataupun aplikasi di telefon pintar.
Namun satu perkara yang mungkin ramai orang terfikir terutamanya di kalangan rider yang bekerja dalam bidang ini. Bagaimana jika makanan yang dihantar kepada orang Islam yang tak berpuasa. Adakah ia dikira bersubahat sama?
MASKULIN tertarik dengan ulasan yang dihuraikan oleh Natirah Azira, grduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam pengajian Al-Quran dan Sunnah menerusi laman sesawang TZKRH.com.
Jelasnya sebelum menjawab persoalan itu terdapat beberapa perkara yang perlu difahami tentang situasi tersebut.
BACA: Cara Nak Setting Aplikasi Waze Dengan Betul, Elak Termasuk Jalan ‘Merepek’!
PERTAMA
Selalunya rider penghantar makanan tak mempunyai informasi secara jelas siapakah yang membuat pesanan. Mungkin dia seorang lelaki atau perempuan. Atau mungkin dia seorang penganut agama Islam ataupun bukan.
KEDUA
Katakan rider penghantar makanan sekalipun mengetahui identiti pelanggan tersebut, dia masih tak tahu sama ada pelanggan beragama Islam itu berpuasa ataupun tidak. Atau dalam kata lain tiada bukti jelas menunjukkan pelanggan tak berpuasa.
Dan katakanlah jika dia tak puasa sekalipun, kita masih tak tahu apakah sebab sebenar mengapa dia tak berpuasa. Mungkin ada sebab tersendiri seperti sakit, uzur dan sebagainya yang membuatkan dia tak boleh puasa.
Ulas beliau lagi;
Bagi memahami hal ini dari pandangan hukum pula, salah satu kaedah fiqh telah digariskan oleh Imam Suyuti iaitu:
الأَصْلُ فِي الأَشْيَاءِ الإِبَاحَة
Maksudnya: Asal bagi sesuatu perkara adalah harus.
Kaedah di atas perlu diguna dengan teliti dan bukanlah bermakna boleh diguna secara umum kepada semua perkara. Sesetengah orang keliru dan hanya mengambil separuh daripada keterangan tersebut sahaja. Penjelasan penuhnya adalah seperti di bawah:
الأَصْلُ فِي الأَشْيَاءِ الإباحَة حَتَّى يَدُل الدَّلِيل عَلَى التَّحْرِيمِ
Maksudnya: Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut).
Maka dalam hal pekerjaan ‘servis penghantaran makanan’ ini, harus bagi penghantar makanan untuk menunaikan tugas dan tanggungjawabnya menghantar makanan kepada pelanggan sekalipun pada bulan puasa.
Melainkan seseorang itu jelas tentang pekerjaannya yang berkait dengan perkara haram seperti menyediakan dan menghantar arak, maka sudah jelas hukumnya haram (hukum berubah mengikut apa yang dikerjakan). Berkenaan perihal pelanggan berpuasa atau tidak, bukanlah dalam lingkungan tanggungjawabnya.
Bagi pihak pelanggan Muslim pula, dinasihatkan supaya tidak menjadikan kemudahan servis penghantaran makanan sebagai cara yang mudah untuk melakukan hal yang dilarang iaitu tidak berpuasa. Memang tidak akan ada orang yang tahu sama ada kita berpuasa atau tidak, tetapi Allah lebih tahu apa yang dilakukan. Istimewanya amalan puasa sehingga Allah berkata bahawa amalan puasa adalah untuk Allah dan Allah sendiri yang akan membalasnya.
(Memetik hadis riwayat Bukhari no. 1904, 5927 dan Muslim no. 1151)
“…Amalan puasa tersebut adalah untukKu. Aku sendiri yang akan membalasnya. Disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makanan keranaKu. Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kebahagiaan iaitu kebahagiaan ketika dia berbuka dan kebahagiaan ketika berjumpa dengan Rabbnya..”
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat yang berguna kepada kita. Amin.
SUMBER: TZKRH.com
“Ini Arahan, Mereka Patut Dibayar Gaji Cuma Elaun Berbeza”- Peguam Sumber Manusia

Gara-gara Pedana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin umumkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac sehingga 31 Mac ini, banyak syarikat serta majikan yang mula risau tentang prestasi pekerja masing-masing sehinggakan ada yang membuat keputusan untuk cuti tanpa gaji selama dua minggu ini.
Soalan yang paling lazim adalah sama ada gaji mereka akan dibayar secara penuh (tanpa dipotong) selama tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang bakal berkuatkuasa bermula 18 hingga 31 Mac ini.
Menurut laporan Astro Awani baru-baru ini peguam sumber manusia, Firdaus Zakaria, Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan berlandaskan kepada tiga akta iaitu Akta Kerja 1955, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 serta Akta Polis 1967 yang mewajibkan pekerja untuk berada di rumah.
“Ini adalah arahan untuk semua pekerja bekerja seperti biasa, cuma bekerja dari rumah. Ia bukan pelepasan cuti. ia satu kaedah mengawal pergerakan sahaja.
“Mereka perlu dibayar gaji sepert biasa, cuma soal elaun itu adalah perkara yang berbeza kerana ia bukan suatu kemestian untuk dibayar.
“Ia perlu dipatuhi, contohnya pekerja kilang yang mesti berada di kilang, namun susulan arahan kerajaan untuk berada di rumah, mereka perlu berada di rumah masing-masing. Mereka mesti dibayar gaji dan tidak boleh dipotong,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Pihak majikan wajib menanggung bayaran gaji untuk tempoh masa Perintah Kawalan Pergerakan ini berlansung.
Namun, sector kritikal yang dibenarkan beroperasi sepanjang empoh Perintah Kawalan Pergerakan adalah seperti air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.
Sumber: Astro Awani