Kita selalu keliru antara sakit pinggang atau slip disc. Bila sakit belakang menyerang ramai yang ambil mudah kerana ingat ia hanyalah sakit-sakit biasa.
Malah bila sakit pinggang kita akan sapu minyak panas. Namun jangan ambil mudah dengan simptom sakit pinggang kerana ia mungkin penyakit slip disc.
Perkongsian Dr Khairul Faizie di laman Facebooknya merungkai punca kenapa anak muda diserang slip disc. Moga dengan perkongsian ini membuka mata anda untuk lebih menjaga kesihatan.
Patient aku selalu komplen sakit pinggang, kerja pun berat kat kilang. Aku tanya ” pernah dengar pasal Slipped Disc?”
Dia jawab ” Masalah tidur (sleep) ke doktor?”
Slipped disc ni makin banyak kita jumpa.Boleh berlaku di mana mana bahagian tulang belakang, tapi paling biasa di kawasan pinggang (lower back).
Utk mudah faham tentang Slipped disc ni, mari belajar simple anatomy. Tulang belakang kita terdiri dari 24 set tulang yg di panggil vertebra. Setiap tulang ni di susun antara satu sama lain secara memanjang, dan membentuk satu laluan utk saraf tunjang lalu di situ (spinal cord). Tulang tulang vertebra ini protect spinal cord kita.
Antara tulang vertebra ke tulang vertebra yg lain, ada struktur yg dipanggil interbertebral disc. Fungsi disc ni macam shock absorber kereta. Ia menyerap hentakan masa kita lari, jalan, lompat. Setiap disc ni tebalnya ~ 1/2 inci.
Tengok gambar anatomy disc yg di sertakan. Ada 2 parts, lapisan luar yg dipanggil Annulus fibrosus yang lebih tahan lasak & fleksibel, Lapisan dalam nya dipanggil Nucleus pulposus. Nucleus pulposus ni macam jel, lembut.
Masalah slipped disc bermula bila bahagian nucleus pulposus tu mula terkeluar, menekan annulus fibrosus. Tekanan ke atas annulus fibrosus ini yg menyebakan simptom SAKIT BELAKANG tu.
Kalau tekanan makin kuat, nanti annulus fibrosus pun akan terkesan sama & membengkak. Bila ini terjadi, spinal cord yg ada di sekitar itu pun akan ditekan/ dihimpit. Himpitan saraf ini yang menyebabkan simptom LENGUH/ KEBAS/ HILANG POWER pada kaki.
PUNCA:
Punca biasa slipped disc ialah wear & tear, iaitu bila makin meningkat usia, ia akan mengalami kerosakan & mula bengkak/ koyak annulus fibrosus. Ini dipanggil Disc Degeneration. Masa muda, disc itu kaya dengan air. Bila dah tua, water content mula berkurangan, dan ini menjadikan disc kurang fleksibel. Disc yg kurang air (kering) ini pun mula kecut. So jarak antara vertebra bones akan jadi makin rapat dan ini meninggikan risiko slipped disc terjadi.
Walau bagaimanapun, yang usia muda pun ramai kena Slipped disc. Why? Antara puncanya:
1. Trauma/ jatuh/ accident
2. Obesiti – berat badan berlebihan bagi tekanan pada disc
3. Kerja/ aktiviti yang berulang-ulang melibatkan belakang seperti angkat barang/ membongkok
4. Gaya hidup pemalas (sedentary lifestyle) – Senaman regular membantu kurangkan berat badan & kuatkan muscle belakang badan (yg akan support tulang belakang)
5. Selalu memandu terutama long distance. Duduk lama masa driving & kesan gegaran dari body kereta pada spine, boleh beri kesan.
RAWATAN:
Tak semua Slipped disc perlu pembedahan, majoriti perlu ambil pain killer bila sakit.
Suntikan steroid di belakang ( epidural steroid) mungkin diperlukan utk melegakan keradangan (inflammation).
Physiotherapy secara berkala perlu utk kuatkan muscle tulang belakang.
Hanya dalam kes kes tertentu kita perlu kan surgery, Ada banyak jenis surgery, so tak perlu nak tahu secara detail… Yang ini kalau perlu dilakukan, pakar bedah ortopedik anda akan explain dengan lanjut.
Rawatan alternatif macam urutan, mungkin berkesan utk legakan kesakitan (temporary), sebab muscle keliling spine yg terlibat akan menegang akibat inflammation process. Urutan TIDAK akan menyembuh slipped disc/ menolak disc yg terkeluar masuk ke tempat asal.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI