Siapa tidak kenal dengan aktor terkenal dan boleh dikatakan antara paling popular di Malaysia iaitui Remy Ishak. Perkembangan Remy yang juga merupakan hos bagi program automotif nombor satu Malaysuia, ‘Roda Panas’ sentiasa menjadi perhatian ramai.

Jadi tidak hairanlah apabila namanya pantas tular selepas mengumumkan berita bahawa dia bakal melangsungkan perkahwinan bersama pilihan hati.

Hos ‘Roda Panas’, Remy Ishak Bakal Melangsungkan Perkahwinan Dengan Gadis Pilihan Hati

Memetik laporan Gempak, Remy Ishak bakal melangsungkan perhawinan bersama gadis pilihannya, Ezza Yussof pada esok iaitu 21 Ogos 2021. Jelas Remy, perjalanan hubungan mereka berdua bukanlah dalam tempoh yang singkat. Hubungan bersama bakal isterinya tersebut telah terjalin selama lapan tahun dan mereka berdua telah mengenal hati budi masing-masing.

“Saya sering cakap saya perlukan seseorang yang memahami saya. Kenal saya bukan sebab sebagai Remy Ishak tetapi Mohammad Zalimei juga.

IKLAN

Hos ‘Roda Panas’, Remy Ishak Bakal Melangsungkan Perkahwinan Dengan Gadis Pilihan Hati

“Agak bahaya jadi seorang public fighure jika pasangan hanya kenal ‘Remy Ishak’. Saya mahu dia kenal luar dan dalam. Pahit manis dalam hubungan itu selalu berlaku, malah tiga tahun pertama itu memang mencabar. Tetapi jatuh bangun saya, dia sentisa ada di sisi. She always there’s, sge’s the one,” jelas Remy lagi.

IKLAN

Remy dan Ezza dilaporkan bakal bernikah di sekitar Kuala Lumpur dan hanya dihadiri pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan beberapa orang sahaja.

Tambah Remy, tiada majlis atau persiapan besar. Malah, majlis pernikahan akan berlangsung mengikut proseur operasi standard.

IKLAN

Hos ‘Roda Panas’, Remy Ishak Bakal Melangsungkan Perkahwinan Dengan Gadis Pilihan Hati

“Kalau boleh saya memang nak buat majlis dalam suasana terbuka, ada kawan-kawan dan sebagainya tapi tak boleh. Insya-Allah, selepas semua dah okey nanti dan dibenarkan buat majlis, insya-Allah kami akan buat,” tambahnya.

Pengumuman eksklusif tentang perkahwinannya diumumkan oleh Remy menerusi saluran GempakTV pada malam Khamis lalu.

Tahniah MASKULIN ucapkan kepada Remy Ishak. Semoga urusan pernikahan berjalan dengan lancar!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI