Perut makin buncit dan paha bergesel merupakan antara perkara yang setiap orang ingin elakkan. Selain senaman, pemakanan juga harus dijaga. Barulah anda boleh jauhi berlakunya perut boroi dan paha bergesel.
Bukan sahaja demi kesihatan, anda juga pasti tidak selesa miliki perut boroi sehingga sendat untuk memakai baju. Apatah lagi bila paha bergesel, akan menyukarkan pergerakan harian anda.
Selain melakukan senaman secara rutin, pemakanan juga harus dijaga jika anda ingin elak masalah perut boroi dan paha bergesel. Ini merupakan antara 8 jenis makanan dan minuman yang anda perlu elak dalam diet harian anda untuk mendapatkan pemakanan yang sihat dan seimbang.
Roti putih dan produk dengan kandungan tepung yang diperkaya adalah antara makanan yang perlu anda elak. ‘Tepung yang diperkaya’ menunjukkan tepung tersebut telah di‘bleached’ dan kehilangan khasiat yang berharga. Sebaliknya untuk langkah yang lebih bijak, belilah roti penuh gandum dan pasta.
Seperti minuman bergas, sesetengah penggemar kafein mungkin memenuhi keperluan harian mereka dengan minum kopi. Sama ada kopi o atau kopi susu rendah kalori, kebanyakan minuman kopi di kedai hari ini mengandungi krimer, gula dan penambah perisa yang lain. Jika anda memerlukan kafein, pesanlah kopi o kosong dan tambahkan dengan sedikit susu, krimer atau gula mengikut keperluan anda sendiri.
Minuman berkarbonat manis dan bersifat ketagih. Kebanyakan minuman berkarbonat mengandungi kandungan kafein yang tinggi. Penggemar minuman jenis ini mungkin secara tidak sedar mencetuskan kebergantungan dan ketagihan terhadap air ini.
Anda perlu tahu bahawa, minuman berkarbonat hampir tidak mempunyai khasiat pun. Jadi ia perlu dibuang jauh-jauh dari diet harian anda. Ambillah air masak dan jus buah-buahan segar jika anda memerlukan gula.
Kebanyakan makanan pek segera ini mempunyai kandungan garam dan penambah perisa yang tinggi? Manakala minuman segera pula mengandungi kandungan gula dan krimer yang tinggi dan sangat tidak bagus untuk kesihatan tubuh badan.
Ads
Dengan pengambilan makanan dan minuman segera ini, anda tidak boleh mengawal kandungan garam, gula dan krimer ke dalam badan anda, sekali gus boleh memudaratkan tubuh badan dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu, penting untuk anda elak kerana kebanyakannya mengandungi kalori yang tinggi. Atau setidak-tidaknya kawal pengambilan makanan dan minuman ini.
Kebanyakan makanan dalam tin mengandungi penambah perisa dan kandungan garam yang sangat tinggi. Walaupun makanan dalam tin ini sangat berguna ketika keadaan kecemasan atau darurat, tetapi jangan jadikan ia sebagai makanan harian anda.
Setiap makanan bergoreng mengandungi kalori yang tersembunyi. Sesetengah restoran mungkin menggunakan minyak yang mengandungi lemak tepu, atau makanan digoreng menggunakan mentega atau telur yang banyak. Jika sesekali anda teringin makan makanan bergoreng, goreng sendiri makanan tersebut agar anda boleh memilih sendiri minyak yang baik dan menyesuaikannya dengan resipi anda.
Siapa yang tak suka makan burger dan kentang goreng kan? Memang sedap, tapi anda perlu mengelakkan makanan segera daripada diet harian anda. Kebanyakan makanan segera ini digoreng di dalam minyak, malah jarang-jarang ia mempunyai vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan. Hadkan pengambilan makanan segera kepada 1-2 kali sahaja setiap bulan.
Kenapa anda makan snek buah padahal anda boleh makan buah-buahan yang segar? Walaupun sesetengah jenama snek buah mungkin menambahkan vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan, namun snek seperti ini mungkin mengandungi gula dan perisa tambahan. Pilihlah makanan semula jadi dan segar daripada anda ambil snek buah-buahan ini.
Acara larian di negara kita masih lagi belum boleh diadakan. Ini kerna ia melibatkan perhimpunan peserta yang ramai. Namun masih ada sinar yang baru kerana negara kita juga kini sedang dalam proses pemulihan daripada penularan wabak Covid-19.
Walaupun begitu aktiviti larian secara individu dan kumpulan kecil boleh dilakukan. Jadi sekarang adalah masa paling sesuai untuk anda mula melatih diri untuk melakukan larian pada jarak lebih jauh.
Bagi anda yang sudah biasa melakukan larian 10 km atau 21 km, mungkin sudah tiba masanya anda ‘updgrade’ jarak larian kepada full mraton iaitu pada jarak 42 km. Namun ia tidaklah semudah yang disangka.
Tanpa persediaan rapi dan latihan mencukupi ia tidak akan dapat dilakukan. MASKULIN ingin kongsi beberapa perkara yang perlu anda lakukan sebelum cuba berlari pada jarak full maraton.
SENTIASA HIDRAT
Mengekalkan kadar hidrasai dalam badan bukan bermula pada awal pagi sebelum larian. Anda sebenarnya boleh mulakan proses hidrasi kira-kira 48 jam sebelum acara bermula. Oleh itu anda juga harus bijak memastikan badan sentiasa terhidrasi sebelum larian. Sebagai contoh anda boleh minum kira-kira 200ml air dua jam sebelum berlari.
JAGA MAKAN
Ambillah makanan sekurang-kurangnya 300 kalori beberapa jam sebelum larian. Untuk beberpaa minggu sebelu itu anda boleh cuba beberapa jenis makanan yang boleh memberi tenaga dan bertahan lama. Jika badan anda memerlukan banyak tenaga, makanlah sedikit snek tenaga 30 minit sebelum flag off.
PAKAIAN SESUAI
Berlari pada jarak 42 kilometer bukanlah sekejap. Badan anda juga akan berpeluh dengan banyak. Dan sepanjang larian juga banyak berlaru pergeseran di antara celah anggota badan dan juga pakaian. Jangan pakai berlebihan kerana ia boleh tingkatkan dehidrasi. Ingat jangan pakaian stoking, kasut, aksesori dan pakaian baru sebelum larian. Pakailah pakaian yang anda sudah biasa pakai.
PERIKSA LALUAN
Beberapa hari sebelu larian sebaiknya anda periksalah dahulu route larian. Anda perlu tahu bahawa setiap laluan memberikan cabaran berbeza di mana sesetengahnya mempunyai kecuraman berbeza. Anda juga boleh merancang larian dengan lebih baik bila sudah biasa dengan kondisi laluan.
MEMANASKAN BADAN
Sebelum flag off, pastikan anda memanaskan badan sekurang-kurangnya 15 minit. Ia diikuti dengan sesi regangan selama 15 minit. Jika anda melakukannya dengan baik badan anda akan lebih bersedia untuk melakukan larian dengan kondisi badan yang sudah alert.
BERTENANG DAN BERNAFAS DENGAN BAIK
Usah terlalu meletakkan tekanan pada diri sendiri. Anda perlu tanang dan kawald egupan jantung agar tidak terlalu berdebar-debar. Perkara terakhir anda ingin lakukan ialah terlalu tergesa-gesa hingga menyebabkan nafas menjadi tercungap-cungap.
JAGA PACING
Kebanyakan orang terutamannya beginner untuk marathon akan berasa sangat teruja. Dan keterujaan itu sebenarnua datang daripada aliran adernalin yang pantas. Seperti MASKULIN katakan tadi, apa yang penting ialah melakukan larian yang sesuaid engan pacing sendiri dan tidak terlalu menekan. Letakkan sasaran untuk setiap jarak, sebagai contoh 10 kilometer. Kemudian sambung sasaran seterusnya bagi mengekalkan motivasi diri.
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak dinafikan di antara perkara yang sering dipandang remeh oleh sesetengah lelaki ialah kesihatan kulit terutamanya wajah selepas melakukan senaman.
Ini terutamanya bila melibatkan bakteria dan fungus yang boleh datang bila-bila masa sahaja. Kedua-dua ‘ejen’ jahat tersebut sangatlah gemar kepada kawasan lembab. Bahagian badan anda juga tak terkecuali.
Bayangkan bila anda berada di gym, bukan anda saja yang berpeluh bagai nak rak tetapi orang lain juga. Jadi ia merupakan kondisi persekitaran yang amat digemari bakteria dan fungus. Jika anda tak menjaga kebersihan diri selepas melakukan senaman pasti risiko mendapat pelbagai jenis penyakit kulit juga tinggi.
Ikuti tip bagaimana nak jaga kebersihan kulit selepas melakukan senaman di gimnasium.
MANDI SELEPAS BERSENAM
Ada sebab mengapa kebanyakan gym menyediakan ruang mandi di dalam bilik air. Mandi selepas bersenam bukan sahaja boleh mengembalikan kesegaran badan malah boleh membuang segala kotoran, minyak, kulit mati dan menyingkirkan pelbagai bakteria dari badan.
GUNA BODY WIPES
Jika anda tak selesa untuk mandi di gym, anda boleh membersihkan wajah dan badan dengan menggunakan body wipes.
Jika anda biarkan peluh kering sendiri ia boleh menyebabkan bakteria masuk kepada pori-pori lantas menyebabkan masalah kulit seperti jerawat badan, panau dan sebagainya.
Tahukah anda bahawa produk kulit yang anda guna setiap hari mempunyai dua fungsi utama? Pertama membantu untuk membersihkan kotoran dan kedua memberikan perlindungan.
Begitu juga produk yang anda gunakan untuk bersihkan diri selepas bersenam di gym. Gunakan produk yang sesuai dengan jenis kulit anda. Kalau tersilap produk ia boleh menyebabkan berlakunya alahan dan juga masalah jerawat lebih teruk.
Anda sendiri sudah tahu bahawa bakteria dan fungus amat suka kawasan lembap. Jadi bayangkan tuala anda yang basah dan dibiar begitu sahaja.
Disebabkan itulah anda harus pastikan tuala yang digunakan di gym juga sentiasa bersih. Menggunakan tuala yang kerap digunakan hanya memburukkan kesihatan kulit anda.
TUALA BERBEZA UNTUK FUNGSI BERBEZA
Lain tuala lain fungsinya Sebolehnya asingkan jenis tuala turutamanya untuk wajah dan badan. Menggunakan tuala berbeza boleh membantu kulit anda bebas dari sebarang penyebaran bakteria ke bahagian kukit sensitif.
Sebelum menggunakan mana-mana perlatan gym sebaiknya anda bersihkannya terlebih dahalu. Pihak gym kebiasaannya akan sentiasa memastikan kebersihan perlatan senaman namun sebagai langkah lebih selamat anda boleh bersihkan sendiri.
Sebagai contoh jika anda nak guna dumbbell lebih elok bersihkan dahulu pemegangnya dengan kain atau tisu basah.
JANGAN BERKAKI AYAM
Kadangkala bila berada di bilik persalinan dan juga bilik air ramai yang kononnya lebih selesa berkaki ayam. Cara terbaik mengelakkan fungus melekat pada kaki daripada lantai kotor ialah dengan memakai selipar.
Menyentuh kulit kepada lantai secara terus boleh meningkatkan risiko jangkitan penyakit kulit berjangkit.
Semoga perkongsian ini mampu membantu anda di masa akan datang. Jangan lupa untuk subscribe YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Musim lalu Zaqwan bergelar juara pada perlumbaan di Litar Jempol dan mengharapkan ia berulang pada aksi hujung minggu ini.
Pelumba Givi Honda Yuzy Racing, Mohd Zaqhwan Zaidi enggan mengalah meskipun saingan kategori CP150 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2017 masih belum memihak kepada dirinya selepas kali terakhir menaiki podium pada perlumbaan pusingan pertama di Temerloh, Pahang, Mac lalu.
Diletakkan sebagai pelumba pilihan pada awal musim, Zaqwan yang akan turun pada pusingan kelapan di Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan pada 14 dan 15 Oktober ini, tetap optimis masih mampu untuk berada di kelompok hadapan dalam baki tiga pusingan perlumbaan terakhir sebelum saingan musim 2017 menutup tirai November ini.
Baginya, terlalu banyak pandangan dari pihak luar mengenai kemampuannya beraksi pada musim ini selepas beberapa siri perlumbaan.
“Ramai yang memperkatakan tentang kemampuan kami pada musim ini. Ia, memang tak dinafikan, situasi ketika ini tidak begitu memihak kepada kami, namun kami bukan hanya berdiam diri tanpa melakukan apa-apa untuk mendapatkan jentera yang lebih baik.
“Pasukan terus berusaha untuk mendapatkan jentera yang mampu memberikan saingan kepada lain-lain pasukan,” jelas juara keseluruhan CP130 musim 2014 ini.
Zaqwan tekad memberikan cabaran pada saingan kepada pelumba lain.
Ujarnya, litar Jempol ini merupakan antara litar kegemarannya dengan kemenangan memihak pada dirinya pada perlumbaan musim lalu.
“Tahun lepas saya menang di sini, namun untuk mengulanginya pada tahun ini, mungkin agak sukar tetapi bukan bermaksud menyerah kalah begitu sahaja. Saya akan cuba memberikan yang terbaik dan mensasarkan penamat dalam kelompok lima pelumba terbaik.
“Satu bonus tambahan jika dapat naik ke podium,” jelas Zaqhwan.
Selepas tujuh pusingan, Zaqhwan berada di tangga ke-11 keseluruhan dengan 35 mata manakala Kasma Daniel Kasmayudin (Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor) di tangga teratas dengan 125 mata.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.