Beliau dikenali sebagai Ahli Perniagaan Terkaya pada zaman Rasulullah SAW dan pernah ditawarkan dengan harta kekayaan dan seorang isteri tetapi menolaknya dan hanya ingin tahu jalan ke pasar, dia adalah Abdul Rahman Bin Auf.

Di zaman moden ini kita seringkali terdengar ramai orang yang berniaga tidak mempunyai kesempatan untuk menunaikan solat dan kewajipan lain yang dituntut oleh agama islam, namun sahabat Nabi Muhammad SAW berjaya menunjukkan contoh agar tidak lalai dalam berniaga dan masih boleh menunaikan kewajipan sebagai hamba Allah SWT.

MASKULIN sempat mengkaji serba sedikit rahsia kejayaan yang diamalkan oleh Abdul Rahman Bin Auf.

1. Syukur walau untung sedikit

Walaupun untung sedikit, tetapi kita kena bersyukur dengan rezeki yang Allah beri. Rezeki bukan datang dalam nilai keuntungan, tetapi dalam pelbagai cara. Pastikan jangan ada unsur-unsur riba dalam pengurusan perniagaan. Selain itu, jual barangan yang berkualiti bukan yang sudah rosak.

2. Pandai mencari peluang

Rezeki Allah tidak datang secara direct, terserah kepada kita untuk mencari peluang yang kadangkala sudah terbentang, tinggal kita sahaja yang cuba untuk ‘eksplore’ peluang perniagaan tersebut. Seperti contoh, jika semua orang jual pisang goreng, takkan kita nak jual pisang goreng juga. Mungkin kita boleh cuba jual tepung untuk buat pisang goreng.

Sepertimana Abdul Rahman Bin Auf, beliau mengamalkan konsep mudah, untung sedikit tetapi dalam kuantiti yang banyak. Beliau memulakan perniagaan menjual unta. Harga unta yang dijual hanya 1000 dirham (tiada untung kerana harga kos unta adalah 1000 dirham juga!).

IKLAN

BACA: Hari Jumaat Adalah Hari Lelaki Mudah Buang Lemak, Ini Kebaikan Jalan kaki Ke Masjid

Beliau hanya mengambil untung atas jualan tali yang mengikat unta tersebut. Bayangkan beliau dapat menjual 1000 ekor unta dalam masa sehari sahaja.

Beliau langsung tidak mengambil keuntungan dengan hasil jualan unta, namun apabila ditanya kepada beliau, beliau menjawab:

IKLAN

Keuntungan tidak diambil dari hasil penjualan unta. Unta dijual pada harga kos. Tetapi, keuntungan diambil dari menjual “tali pengikat unta”.

Dari situlah datangnya keuntungan beliau berniaga. Tali-tali yang dijual adalah cantik dan bermacam- macam warna. Jarang orang lain yang berniaga unta dapat menandingi kelebihan beliau berniaga.

3. Jangan seksa pelanggan

Sahabat nabi tidak pernah melambatkan penjualan barangan daripada pelanggan. Sekiranya ada permintaan, beliau akan cuba sedaya upaya mendapatkan barang yang diminta oleh pelanggan.

IKLAN

Banyak kita lihat peniaga pada hari ini, apabila pelanggan bertanyakan tentang sesuatu barangan dan ia tidak dijual pada hari tersebut, peniaga akan terus membiarkan pelanggan tersebut tanpa menawarkan barangan yang lain dan mungkin memenuhi permintaannya. Selain cuba sedaya upaya untuk penuhi permintaan pelanggan, anda kena jadi peniaga yang bijak untuk menyelesaikan masalah serta permintaan pelanggan.

4. Usaha secara berterusan

Ketika peristiwa Hijrah, beliau sanggup tinggalkan kekayaan semata-mata untuk menyahut seruan nabi Muhammad SAW untuk berhijrah.

Sebaik sahaja tiba di Madinah, beliau tidak menunggu masa yang lama dan terus mencari peluang perniagaan baharu di Madinah berbekalkan modal yang dimilikinya. Pengajaran yang dapat kita amalkan adalah jika kita diuji dengan bankrap atau perniagaan tiada untung, jangan mengalah dan terus mencari peluang untuk bangkit semula.

5. Tidak tamak serta pentingkan diri sendiri

Abdul Rahman Bin Auf cukup terkenal sebagai pemimpin yang bijak serta cekap dalam menguruskan hartanya. Dia sentiasa memastikan agar hartanya datang dari jalan yang halal dan dibenarkan oleh syarak.

Selain itu, dia juga tidak menikmati keuntungannya secara bersendirian tapi sentiasa berkongsi bersama ahli keluarga dan kaum kerabatnya.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI