Memang la kalau kulit gelap itu nampak lebih maskulin, tapi kalau kulit gelap,comot dan kotor itu bukan maskulin namanya. Jika anda ingin kulit anda bersih dan cerah apa kata guna saja bahan semulajadi. Tidak ada ubat magis yang boleh mencerahkan kulit anda lebih daripada satu atau dua tahap kecerahan, jadi pastikan harapan anda realistik – dan yang paling penting, ingatlah yang kulit gelap juga adalah cantik.
Ini kami kongsikan tip murah untuk mendapat kan kulit yang cerah dan sihat.
Jus lemon telah digunakan selama beribu tahun sebagai pencerah kulit semula jadi. Ia mengandungi asid yang melunturkan kulit sedikit dan mengelupas lapisan atas sel kulit yang lebih gelap. Oleh kerana jus lemon tulen boleh merengsakan kulit, buat larutan jus lemon dengan mencampurkan satu bahagian jus lemon kepada satu bahagian air. Ambil bebola kapas dan sapu larutan pada kulit anda. Biarkan selama 15 minit, kemudian basuh dengan air suam.
Untuk rawatan pencerahan seluruh tubuh yang melegakan, mulakan dengan memenuhkan tab mandi dengan air panas. Tuang satu cawan susu penuh krim dan perah jus daripada sebiji lemon ke dalam tab. Kacau campuran supaya susu dan lemon terserak rata ke seluruh tab. Berendam di dalam tab selama 20 minit, kemudian bilas tubuh anda dengan air bersih.
Seperti susu, yogurt mengandungi enzim yang boleh memutihkan kulit dengan lembut. Madu mempunyai ciri-ciri pelembapan dan anti bakteria. Bersama, kedua-dua bahan ini menghasilkan masker yang menyihatkan. Campurkan satu bahagian madu dan satu bahagian yogurt, kemudian sapukan campuran tersebut ke seluruh muka dan tubuh anda. Biarkan selama 15 minit, kemudian bilas dengan air suam.
Timbunan sel kulit mati di permukaan kulit anda boleh membuat kulit anda kelihatan sedikit kusam. Untuk mencerahkan kulit anda, adalah penting untuk sering melakukan pengelupasan. Satu cara bagus untuk mengelupas kulit adalah dengan menggunakan skrub tubuh yang terdiri daripada gula atau garam. Semasa mandi, basahkan kulit anda dan gosokkan skrub dengan gerakan lembut secara membulat ke seluruh tubuh anda. Dengan cara ini, anda boleh ‘menggilap’ kulit anda sehingga ia ‘bersinar’ sihat.
Memastikan kulit anda sentiasa lembap akan mencegah sel kulit mati daripada bertimbun dan bersalin dengan cepat. Untuk kulit yang lebih cerah, gunakan pelembap harian selepas anda selesai mandi. Pilih pelembap berkrim yang tidak mengandungi alkohol kerana alkohol sebenarnya boleh mengeringkan kulit anda.
Adalah sukar untuk mengelak daripada berada di bawah cahaya matahari setiap hari tetapi pendedahan kepada matahari akan menggelapkan kulit. Namun begitu, anda tidak perlu berkurung di dalam rumah – hanya luangkan sedikit masa menyediakan kulit anda untuk terdedah kepada matahari sebelum anda keluar pada hari tersebut. Untuk mengelakkan kulit anda menjadi terlalu gelap, ambil langkah-langkah berikut:
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang