Siapa yang tidak kenal akan suara legenda yang melantunkan lagu-lagu malar segar seperti ‘Kekasih Awal dan Akhir’, ‘Di Sudut Kamar Hatiku’ dan ‘Azura’.

Meskipun sudah kira-kira 50 tahun melibatkan diri dalam industri seni, nama Dato‘ Jamal Abdillah masih kekal bersinar di tengah kemunculan bintang-bintang nyanyian baharu.

Tidak hairanlah mengapa Shiraz Project berani membuat percaturan menganjurkan Jamal Abdillah Live in Concert pada September akan datang.

Menurut pengarahnya Shirazdeen Karim, beliau yakin konsert ini akan menjadi sebuah konsert yang gemilang dan menjadi satu lagi detik manis buat peminat kerana ada ‘sesuatu’ yang telah direncana untuk dilaksanakan pada malam berkenaan.

Jamal Abdillah Janjikan ‘Sesuatu’ Pada Konsert Solo Tidak Lama Lagi

IKLAN

“Mungkin ada yang bertanya mengapa Jamal Abdillah? Dan jawapan saya, mengapa tidak?

“Jamal Abdillah adalah satu jenama yang cukup kuat dalam industri muzik tempatan dan seorang figura yang sinarnya tidak pernah padam,” kata Shirazdeen.

RASA BERSYUKUR

Tambahnya, karakter serta pesona penyanyi berusia 64 tahun itu sendiri sudah cukup kuat untuk menarik peminat datang yang tidak pernah jemu untuk melihat persembahan beliau.

IKLAN

Dalam pada itu, Jamal juga meluahkan rasa syukur kerana masih diberi kepercayaan oleh penganjur tempatan untuk melakukan persembahan.

Baginya, inisiatif Shiraz Project menganjurkan ‘Jamal Abdillah Live In Concert’ ini merupakan sebuah usaha yang baik untuk memastikan muzik sentiasa diraikan pada momentum yang konsisten.

Jamal Abdillah Janjikan ‘Sesuatu’ Pada Konsert Solo Tidak Lama Lagi

IKLAN

“Saya tertarik untuk melaksanakan Jamal Abdillah Live In Concert kerana konsep yang dipersembahkan dan bagaimana saya boleh berinteraksi dengan peminat dalam suasana atau skala yang lebih besar.

“Hal ini kerana saya biasanya terbabit dengan persembahan korporat tapi bila melakukan konsert tentulah ia akan dikuatkan bersama barisan pemuzik, susunan semula lagu-lagu yang dipilih serta persembahan saya juga perlulah mencapai piawaian konsert seperti yang diharapkan,” kata Jamal.

Jamal Abdillah Live In Concert bakal berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 9 September 2023.

Penjualan tiket telah bermula hari ini, dengan harga serendah RM255 (Silver), RM355 (Gold), RM495 (Platinum), RM595 (Diamond) dan RM995 (Meet & Greet)

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI