Adakah penggunaan seluar jean ketat masih lagi menjadi trend?
Bagi mereka yang memiliki badan yang kurus, pastinya inilah cutting seluar yang paling popular dalam almari anda.
Walaupun trend-nya dilihat sedikit menurun tapi masih ramai lagi golongan lelaki yang menggayakan seluar ketat ini.
Jika anda ke gedung membeli-belah atau jenama pakaian lelaki terkenal, seluar jenis cutting ketat ini masih lagi banyak ditawarkan kepada pengguna.
Pelbagai jenis material atau bahan kain turut diperkenalkan seperti denim, stretch denim dan juga cotton.
Namun, tanpa sedar pemakaian seluar ketat terutama daripada fabrik jean atau denim mengundang bahaya kepada si pemakai sama ada lelaki mahupun wanita.Memang, sebelum ini golongan lelaki lebih sering dikaitkan dengan isu ini ekoran boleh menyebabkan kemandulan.
Ads
Hakikatnya, pemakaian seluar denim tidak dilihat memberi kemudaratan kepada pemakai selagi mereka berasa selesa, tidak ketat dan tidak mengehadkan pergerakan, namun jika sebaliknya, ada risiko yang mereka bakal berdepan.
Pemakaian seluar yang ketat dan tidak fleksibel dalam jangka masa yang lama dan secara berterusan akan menghalang pergerakan serta boleh menimbulkan masalah kesihatan.
RISIKO TERHADAP LELAKI
Terdapat kajian terdahulu tentang pemakaian seluar yang ketat yang boleh menyebabkan kaki berasa kebas pada paha atau lebih dikenali sebagai meralgia paresthetica yang didakwa sering berlaku dalam kalangan pemain bola sepak.
Ads
Pun begitu, keadaan tersebut berlaku bukanlah dirujuk kepada spesifikasi kepada pemakaian seluar denim yang ketat semata-mata tetapi juga kepada pemakaian pakaian yang ketat pelbagai jenis fabrik dan tidak fleksibel di bahagian pinggang.
Pemakaian ketat hanyalah salah satu antara penyumbang kepada masalah kesihatan yang mungkin dilihat tidak serius, namun hakikatnya keadaan itu boleh menjejaskan fungsi-fungsi saraf dan otot di kawasan tertentu.
Kesan pemakaian seluar ketat berlaku apabila pergerakan sendi anggota bawah menjadi terhad di bahagian pinggang yang menyebabkan ruangan pada bahagian pelvis dan sendi pinggul menjadi sangat sempit ketika individu itu bergerak seperti berjalan dan melangkah.
Keadaan lebih ketara ketika membengkokkan badan ke hadapan semasa duduk di kerusi, mencangkung dan sebagainya.
Akibatnya, tekanan yang tinggi akan berlaku pada saraf yang terletak di pelvis secara tetap sehingga mengakibatkan seseorang individu itu berasa kebas, terbakar, kesejukan, sakit mencucuk, sangat sensitif apabila tersentuh, selain rasa tidak selesa pada bahagian tepi paha.
Simptom itu boleh berlaku sementara ataupun dalam tempoh berpanjangan bergantung kepada tahap tekanan yang berlaku.
Ads
SIMPTOM DAN KESAN
Pada peringkat awal, mungkin seseorang itu hanya akan mendapat simptom seperti yang dinyatakan di atas untuk sementara sahaja pada bahagian lateral atau tepi paha.
Sekiranya individu itu mengabaikan masalah yang berlaku dan tiada rawatan diberikan, lama-kelamaan simptom lain seperti sakit pada sendi pinggul, sendi lutut atau otot betis akan muncul.
Ini adalah kesan secara tidak langsung yang berlaku kepada pesakit apabila mereka cuba mengubahsuai pergerakan aktiviti harian semata-mata untuk mengurangkan simptom awal yang dialaminya.
PERUBAHAN POSTUR TUBUH
Biarpun pemakaian seluar ketat hanyalah salah satu faktor penggalak kepada masalah jika berlaku kecederaan saraf, namun perkara itu tidak boleh diambil mudah ekoran keadaan itu secara tidak langsung mengubah cara seseorang itu melakukan aktiviti harian daripada cara yang normal kepada yang tidak normal.
Keadaan itu melibatkan perubahan seluruh postur tubuh, gaya berjalan dan peri laku seseorang tanpa disedari. Perubahan itu juga akan menjurus kepada ketidakseimbangan pergerakan tubuh dan fungsi setiap otot pada tubuh badan.
Untuk tempoh jangka masa yang lama pemakaian seluar ketat mendatangkan rangkaian masalah muskuloskeletal (tulang dan otot) yang serius pada diri seseorang.
Walau bagaimanapun, itu hanyalah antara faktor dan masih terdapat faktor yang lain seperti genetik atau struktur anatomi tubuh manusia yang perlu diambil kira sekiranya kecederaan pada saraf tersebut berlaku.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bila membicarakan tentang cara untuk turunkan badan pelbagai kaedah diet serta senaman yang diamalkan oleh ramai orang. Ada yang susah untuk dilakukan dan ada juga yang sebenarnya boleh dilakukan tanpa bersusah-payah.
Namun ramai orang yang silap mengamalkan senaman dan diet. Apatah lagi jenis yang tak sabar dan ingin melihat hasilnya dalam tempoh yang singkat. Anda harus ingat, proses ini merupakan sebuah perjalanan bukannya ingin capai keputusan sahaja.
Terdapat beberapa perkara yang sering silap dilakukan oleh ramai orang. Malah ada juga yang amalkan sesetengah tip dan petua atas dasar dengar apa yang orang lain cakap semata.
Berikut merupakan antara persepsi salah dan cara silap yang ramai orang lakukan.
SKIP MAKAN MALAM
Sejak kebelakangan ini ramai yang mula meninggalkan makan malam semata-mata ingin berdiet. Sebenarnya ia hanya menyebabkan badan anda kekurangan tenaga. Apa gunanya kalau anda skip makan malam tapi pada waktu pagi dan tengahari makan bagai nak rak. Berat gerenti tak berkurang malah boleh meningkat juga.
SENAMAN SEMATA
Ramai yang mengeluh selepas bersenam dalam beberap tempoh waktu tapi hasilnya tak dapat dirasai. Berat badan tak turun dan hanya dapat letih sahaja. Tahukah anda bahawa faktor berat badan turun dengan melakukan senaman hanyalah 20% sahaja. Manakala faktor lebih ebsar, 80% bergantung kepada diet dan corak pemakanan anda. Bersenam kalau tak jaga makan memang tak akan ke mana.
Salah satu spot paling ketara bila berat badan naik ialah bahagian perut terutamanya di kalangan lelaki. Anda buatlah senaman seberapa banyak sampai perut pun sakit cramp. Tapi kalau tak jaga diet dan pemakanan, usah mimpi perut itu akan kembali rata.
KEPENTINGAN SENAMAN
Tapi janganlah pula anda anggap senaman itu tak penting. Ya, senaman memang sangat penting bukan sahaja untuk membantu badan membakar segala kalori dan lemak badan tetapi menjamin kualiti hidup lebih sihat. Dengan diet yang seimbang, proses senaman anda juga boleh berjalan dengan lancar. Barulah dapat hasilnya dalam tempoh yang cepat.
TAK MAKAN NASI TAPI BERAT SAMA
Ini adalah mitos yang buatkan ramai orang memusuhi nasi. Sebenarnya nasi itu tak salah. Malah sebagai orang Malaysia, nasi itu menjadi sebagai sumber makanan dan tenaga utama kita. Apa yang salah ialah bila anda makan nasi dengan banyak dan tak kawal jumlahnya. Untuk diet yang sihat anda perlu hanya makanan kira-kira segenggam nasi setiap kali makan. Sertakan juga dengan sayuran dan sumber protein seperti ikan, aya atau daging secukupnya. Nasi tak salah, yang salah adalah tabiat makan anda!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Atlet angkat berat negara Muhamad Fazrul Azri (kiri) dan Loro Wellkinson memiliki peluang meraih pingat pada temasya di Kuala Lumpur nanti.
Tiada jaminan emas tetapi rekod kebangsaan dan potensi ke Sukan Olimpik 2020 dijadikan ukuran skuad angkat berat negara menjelang Sukan Sea ke-29 Ogos ini.
Jurulatih angkat berat negara, Stefan Stefanov, meletakkan sasaran satu pingat dan dua gangsa, prospek yang cukup sederhana sambil menjanjikan rekod kebangsaan dalam beberapa acara.
Ketika ini sasaran pingat perak disandarkan kepada Mohd Hafifi Mansor dalam acara 69 kilogram manakala dua gangsa diyakini mampu diraih menerusi Muhamad Fazrul Azri dalam acara 85kg dan Loro Wellkinson bagi acara 77kg.
“Kami mempunyai barisan atlet berkualiti menghadapi Sukan Sea di Kuala Lumpur malah prestasi mereka juga amat baik ketika ini, ada antara mereka masih baharu namun saya yakin dengan kemampuan kesemua atlet ini berupaya melakukan kejutan
“Bukan itu sahaja saya juga yakin masa depan atlet-atlet ini amat cerah selain berupaya untuk beraksi dalam Sukan Olimpik 2020,” kata Stefanov.
Abdullah (dua, kanan) bersama Stefanov (dua, kiri) serta atlet Muhamad Fazrul Azri (kiri) dan Loro Wellkinson bersemangat pada sidang media Program Kita Juara 2017, baru-baru ini.
Sementara itu, pengurus pasukan angkat berat negara, Abdullah Awang menjelaskan bahawa sasaran satu perak dan dua gangsa dibuat selepas melihat keupayaan atlet angkat berat lain yang bakal turut serta dalam KL2017, Ogos ini.
Ketika ini pencabar utama negara dalam KL2017 ialah Thailand dan Indonesia yang bakal menurunkan atlet Olimpik mereka.
“Kami sasarkan pingat perak kepada Hafifi kerana pencabar Indonesia mungkin menguasai acara disertai atlet negara namun sekiranya ada rezeki, tidak mustahil Malaysia boleh meraih pingat emas.
“Bagi memastikan persiapan kami berjalan lancar maka kami telah memilih Korea Selatan sebagai medan latihan selama sebulan sebelum bermulanya Sukan Sea nanti.
“Ketika ini Hafifi sedang berada di China menjalani latihan di sana dan akan pulang ke Malaysia pada 23 Julai ini,” kata Abdullah.
Angkat berat tidak dipertandingkan sewaktu Sukan Sea 2015, Singapura manakala pada Sukan Sea 2013 di Myanmar, Malaysia sekadar meraih dua pingat gangsa menerusi Mohd. Faiz Musa dalam acara 94kg dan Nor Khasida Abdul Halim bagi kategori wanita acara 69kg.
Kali terakhir Malaysia meraih pingat emas angkat berat temasya tersebut ialah pada 2005 di Manila menerusi Che Mohd. Azrul Che Mat dalam acara +105 kg.
Pencapaian terbaik Malaysia dalam angkat berat dalam Sukan Sea ialah pada 2003 di Hanoi, Vietnam yang menyaksikan dua pingat emas dan dua gangsa berjaya diraih.
Dua pingat emas tersebut menerusi Amirul Hamizan Ibrahim dalam acara 56kg dan Che Mohd Azrul (+94kg) manakala dua gangsa dihadiahkan oleh Muhamad Hidayat Hamidon (77kg) serta Edmund Yeo Thien Chuan (94kg).
Adakah anda pernah berada pada situasi ini. Rakan anda mengambil makanan dengan kerap dalam masa sehari seperti nasi lemak, ayam goreng, mi goreng dan tidak melakukan senaman tetapi tidak pula badannya tergolong dalam obesiti. Anda punyalah susah mengawal diet tidak pula kurus macam kawan anda tu. Adakah anda berasa pelik? Adakah anda patut menyerah kalah?
Keradaan ini ada berkait rapat dengan kadar metabolisme dan genetik seseorang. Secara ringkasnya, metabolisme adalah proses kimia yang menukar bahan makanan ke dalam bentuk tenaga. Ada orang yang dilahirkan dengan metabolisme tinggi, jadi dia sukar mendapat kegemukan. Manakala orang yang mempunyai metabolisme rendah mudah mendapat kegemukan. Metabolisme akan mula menurun pada umur 25 .
Semakin meningkat umur seseorang tu, makin rendah metabolismenya. Kita akan perasan orang yang berumur 30 tahun nampak sedikit gemuk dan seterusnya. Kadar metabolisme seseorang itu berbeza mengikut jantina, umur, genetik, tahap aktif, dan sebagainya.
Untuk mengelakkan seseorang tu menjadi obesiti, ia bergantung pada berapa cepat kadar metabolismenya. Metabolisme boleh di tingkatkan dengan beberapa cara selain bergantung pada genetik. Salah satu caranya adalah meningkatkan penggunaan tubuh badan dengan menambah otot-otot. Lagi banyak otot seseorang itu, lagi banyak jumlah kalori untuk dibakar.
Cara meningkatkan Metabolisme
– Melakukan ‘weight training’
– Senaman kardiovaskular
-Minum air secukupnya
-Jangan elak makan pada waktu yang ditetapkan
-Aktifkan tubuh anda dengan aktiviti harian
Goblet Squat
Senaman squat penting kerana senaman ini menggunakan pelbagai otot kaki berbanding dengan senaman yang lain. Lagi banyak otot digunakan maka lagi banyak kalori di perlukan untuk dibakar. Letakkan dumbbell di hadapan anda dengan merapatkan siku ke badan. Mulakan squat dengan posisi berdiri tegak, pandang ke hadapan. Squat serendah 90 darjah dan ulangi langkah ini sebanyak 30 kali.
Static Reverse Lunge
Berdiri dengan membuka kaki anda, langkah ke belakang dengan jarak yang optimal dan pastikan tubuh dalam keadaan stabil. Semasa anda melangkah ke belakang, pastikan anda dalam posisi 90 darjah. Tolak kembali tubuh anda ke hadapan. Sekiranya mudah bagi anda, tambah bebanan dengan meningkatkan berat dumbbell. Lakukan sebanyak 30 kali.
T Formation Press-up
Senaman bagi meningkatkan kekuatan pada oblique serta otot abdominal anda. Mulakan pada posisi push up, kemudian pusing ke kanan jadi berat badan anda akan diletakkan pada tubuh badan anda di bahagian kiri kemudian tukar posisi. Lakukan sebanyak 30 kali.
Mountain Climber
Mulakan dengan posisi seperti push up. Kemudian, angat satu kaki anda dan rapatkan lutut pada dada. Sentuh kembali kaki pada lantai dan lakukan pada sebelah kaki lagi. Lakukan senaman ini selama 1 minit.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.