Ramai yang beranggapan menjadi guru di sekolah swasta sesuatu yang indah namun realitinya profession seorang guru tetap sama iaitu perlu mendidik pelajar.

Meskipun terpaksa berdepan dengan stress, demi anak bangsa, perjuangan seorang guru takkan pernah habis dan terhenti.

Tambahan pula, mendidik pelajar untuk menjadi seseorang yang berjaya pada masa hadapan sememangnya memerlukan pengorbanan yang besar dari seorang cikgu.

Pengorbanan tersebut bukan sahaja termasuk dari segi masa malah dalam dunia yang serba mencabar ini, ia turut melibatkan aspek kesabaran serta emosi.

Cikgu private school kongsi cerita

Sempena Hari Guru 2019, Maskulin menemubual seorang guru, Zulhilmi Shahrin, 28, yang bertugas di sebuah private school.

Antaranya, penulis bertanya tentang pengalamannya sebagai seorang guru muda mendidik pelajar yang menimba ilmu dalam suasana cukup eksklusif.

Sebagai orang biasa yang sekadar belajar di sekolah awam, teringin juga ingin tahu bagaimana pula suasana di sana.

Jangan Anggap Semua Indah, Ini Realiti Guru Mengajar Di Sekolah Swasta

Maklumlah majoriti orang di negara ini apabila menyebut tentang sekolah, terbayanglah beberapa blok bangunan bertingkat, padang, surau serta dataran perhimpunan.

Murid pula wajib memakai pakaian seragam dan para cikgu amat tegas dalam soal disiplin selain elemen hormat masih wujud pada skala yang tinggi pada masa itu.

IKLAN

1. Wujud perbezaan yang sangat ketara

Kata Cikgu Hilmi kalau di sekolah awam suatu masa dahulu, cikgu masih ada ruang dan masa untuk mendidik murid secara pakej meskipun ia berada di luar bidang tugas.

Berbeza dengan suasana yang serba maju hari ini hasil perkembangan ibu bapa millennial, ada tindak-tanduk segelintir anak-anak yang belajar jadi sukar diduga.

Apabila anak-anak bertindak luar jangka, ada ibu bapa sanggup menyerang cikgu dan back up anak berlebihan tanpa usul periksa sekali gus membantutkan proses pendidikan.

Namun demikian, elemen budi bicara tetap ada dan perkara itu sudah cukup baik sekiranya anak-anak tadi mendengar nasihat.

Jangan Anggap Semua Indah, Ini Realiti Guru Mengajar Di Sekolah Swasta
Sumber : Google

Berbeza dengan private school, menjadi tekanan untuk seorang cikgu yang mahu mendidik murid-murid menjadi insan yang berkredibiliti tinggi.

Bukan mahu menyalahkan ibu bapa yang menghantar anak-anak ke private school namun sebagai cikgu, rasa kesal itu sentiasa ada kerana ibu bapa mengeluarkan duit mahal-mahal tetapi anak pula tidak mahu belajar.

IKLAN

Jika ditegur demi kebaikan untuk masa hadapan secara berlebihan, risau mereka mogok, merajuk dan boikot pula sehingga ia sudah jadi seperti satu perkara biasa.

2. Belajar suka-suka hati & ikut mood

Bukan mahu memburuk-burukkan private school tetapi private school ini terlalu bebas sehinggakan ada murid-murid mengambil kesempatan untuk belajar sesuka hati dan ikut mood.

Jangan Anggap Semua Indah, Ini Realiti Guru Mengajar Di Sekolah Swasta

“Tidur dalam kelas itu normal tetapi kalau sanggup tidur atas lantai semasa cikgu mengajar, itu luar biasa.

“Ada juga pelajar yang pasang speaker kuat-kuat dan dengar lagu dari YouTube semata-mata mahu mendapatkan mood untuk belajar.

IKLAN

“Jika ia mengganggu pelajar lain, cikgu memang tidak boleh berbuat apa-apa kerana merekalah adalah hasil pendapatan sekolah,” ujarnya.

Memang terasa seperti sedikit ralat dengan suasana sedemikian namun itulah realiti yang terpaksa dihadapi dalam misi mengajar dan mencurahkan ilmu kepada anak-anak yang sedang membesar.

3. Ramai ibu bapa yang sibuk

Sudahlah masa ibu bapa bersama anak-anak cuma ada beberapa jam sehari, itu pun kalau tidak penat selepas pulang dari kerja.

Jangan Anggap Semua Indah, Ini Realiti Guru Mengajar Di Sekolah Swasta

Maka cikgulah yang jadi mangsa keadaan untuk melenturkan akhlak serta budi pekerti generasi hari ini sedangkan pada hakikatnya, cikgu sepatutnya didik soal pendidikan sahaja.

4. Besar pengorbanan guru

Soal attitude, sepatutnya ibu bapa masing-masing yang tentukannya namun menyedari pentingnya perkara itu demi masa depan anak-anak, cikgulah yang sedaya upaya cuba pejam mata dan relakan hati untuk membantu.

Namun demikian, tidak kiralah di mana para guru bertugas sama ada sekolah awam atau swasta, cabaran itu pasti ada.

Jangan Anggap Semua Indah, Ini Realiti Guru Mengajar Di Sekolah Swasta

Bak kata pepatah, ‘lain padang, lain belalang’. Sebagai guru, persiapan untuk mendidik anak bangsa tidak kira apa jua cabaran yang bakal dihadapi demi cinta pada bidang pendidikan perlulah sentiasa ada.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI