Bagi pengguna smart tag, pasti pernah mengalami masalah tidak boleh melihat baki yang tertera di dalam kad tersebut.
Siapa yang mengalami masalah ini pasti faham betapa stressnya kan? Kini anda tak perlu lagi risau kerana kami akan kongsikan cara untuk betulkan kerosakkan ini dengan mudah.
Jom kita bagaimana caranya memperbaiki smart tag berkenaan.
Program realiti paling ikonik Malaysia, Dewi Remaja kembali dengan edisi ulang tahun ke-40 memperkenalkan 12 finalis baharu.
Dengan tema Pesonakan Bintangmu, musim kali ini menjanjikan pengalaman tontonan lebih segar, sarat inspirasi dan dekat di hati penonton Malaysia.
Program utama Dewi Remaja 2025 akan mula bersiaran pada 10 Oktober 2025, jam 10 malam di Astro Ria (saluran 104) serta strim di Astro GO dan sooka, manakala malam finale akan berlangsung pada 28 November 2025.
Selain itu, penonton turut dihidangkan dengan kandungan eksklusif seperti Diari Dewi Remaja (6 Oktober – 24 November, setiap Isnin, 11 malam) yang memaparkan sisi peribadi finalis serta Kapsul Dewi Remaja (9 Oktober – 27 November, setiap Khamis, 10.55 malam) yang memberi sorotan momen mingguan.
Format baharu ini menjadikan tontonan lebih menyeluruh merentasi kaca TV, digital dan media sosial.
Barisan juri tetap tahun ini terdiri daripada dua nama besar dalam industri hiburan tanah air.
Nabila Huda, pelakon prolifik dengan gelaran Ratu Versatil Malaysia, membawa ketelitian dalam menilai keaslian, karisma dan daya tahan finalis.
Sementara itu, Kamal Adli, pelakon popular yang berpengalaman luas, melengkapkan barisan juri tetap dengan perspektif maskulin, sekali gus bertindak sebagai mentor semula jadi buat para peserta.
Menambah keunikan, musim ini turut menampilkan juri jemputan daripada barisan alumni Dewi Remaja, memberikan inspirasi terus kepada finalis.
Menurut Idlan Zahari, Pengurus Saluran Astro Ria, edisi kali ini lebih daripada sekadar hiburan kerana turut menekankan pembangunan diri dan nilai inspirasi.
“Apa yang penting bukan sekadar angka tontonan, tetapi bagaimana program ini memberi kesan positif kepada generasi muda,” jelasnya.
Beliau turut menambah bahawa finalis akan diuji dari segi mental, emosi dan kreativiti supaya mereka berani keluar dari zon selesa dan membentuk identiti unik masing-masing.
Finalis kali ini hadir dengan latar belakang pelbagai yang mencerminkan wajah sebenar remaja Malaysia.
Antara mereka ialah Dheper, 23 (Pulau Pinang), seorang pelajar psikologi dan ratu cantik antarabangsa, Nylea, 23 (Selangor), penari etnik Sabah & Sarawak, Camelia, 24 (Kuala Lumpur), pelakon muda sejak usia 18 tahun dan Marisa, 20 (Kuching), finalis termuda dengan cita-cita menjadi usahawan fesyen.
Turut bersaing ialah Elisa Chew, 21 (Pulau Pinang) yang tabah menyara keluarga, Teya, 25 (Kuala Lumpur) seorang model bebas, Suhaila, 24 (Selangor) berpengalaman dalam teater, serta Ariana, 23 (Kuala Lumpur) bekas pemain bola sepak kebangsaan dan penyanyi jazz.
Melengkapkan senarai ialah Ellysa Ramlee, 19 (Selangor) dengan bakat seni peragaan dan lukisan, Sharmaine, 25 (Sabah) graduan undang-undang, Nelysa Kay, 22 (Selangor) penyanyi dan penerbit muzik, serta Fittri, 24 (Selangor) yang membawa semangat daya tahan luar biasa.
Menurut Fiezreen Ahmad, Ketua Bahagian New Gen & Men’s merangkap Editor Pengurusan Remaja, edisi kali ini membuktikan keutuhan jenama Dewi Remaja yang terus berkembang.
“Lebih empat dekad lalu, Dewi Remaja menjadi titik mula ramai nama besar. Tahun ini, kami meraikan legasi itu dengan format baharu yang lebih dinamik,” jelasnya.
Beliau menegaskan finalis kali ini bukan sekadar cantik, tetapi juga memiliki kisah hidup, bakat dan nilai inspirasi yang membanggakan.
Edisi ulang tahun ke-40 ini turut mendapat sokongan redONE Mobile sebagai rakan telco rasmi.
Kerjasama ini mencerminkan komitmen mereka untuk mendekati generasi muda, selaras dengan usaha memperkasa bakat baharu tanah air.
Sejak edisi pertama, Dewi Remaja telah melahirkan ramai bintang besar antaranya Scha Al-Yahya (2005/06), Noor Neelofa (2009/10), Raysha Rizrose (2014/15), Shaza Bae (2019), Tracie Sinidol (2022) dan Nurel Baharin (2023).
Dengan format baharu, barisan juri berwibawa dan finalis serba boleh, Dewi Remaja 2025 bakal menandakan era baharu dalam pencarian wanita muda paling berprestij di Malaysia.
Jangan lepaskan episod pertama pada 10 Oktober 2025, jam 10 malam hanya di Astro Ria (saluran 104), Astro GO dan sooka.
Ada sesetengah orang kaya hanya mahu “kaya dalam diam”. Ini disebabkan harta yang banyak akan membuatkan lebih banyak mata yang memerhati, tetapi mereka hanya mahu hidup biasa seperti orang lain. Ada orang kaya lain pula memperolehi pendapatan daripada sumber haram yang tidak diiktiraf oleh Forbes misalnya raja dadah, ketua samseng atau diktator.
Begitu juga dengan beberapa lagi hartawan dan keluarga kaya berikut:
Zine al Abidine Ben Ali yang kini berusia 81 tahun merupakan presiden Tunisia dari tahun 1987 sehingga 2011. Bekas Presiden ini dilaporkan memiliki harta dan aset bernilai $17 bilion yang disembunyikan. Seperti diktator-diktator yang lain, Zine al Abidine telah mencuri dan merampas harta berbilion dolar dari Tunisia untuk kepentingan sendiri. Walau bagaimanapun, sebahagian besar jumlah itu telahpun selamat dikembalikan kepada rakyat selepas berlaku revolusi Arab sehingga pemerintah kuku besi ini berjaya digulingkan.
Kita semua sedar dan sudahpun tahu yang ketua negara jiran kita ini sesungguhnya seorang manusia yang sangat kaya, bukan? Tapi tahukah anda, Sultan Hassanal Bolkiah memiliki kediaman peribadi yang terbesar dalam dunia?
Kita di sini kebiasaannya sudahpun berpuas hati jika mampu menyewa sebuah apartment dengan dua atau tiga buah bilik. Namun Sultan Brunei yang hebat ini mempunyai 1,800 buah bilik secara keseluruhan di dalam rumahnya. Asetnya yang bernilai $20 bilion itu datang daripada industri minyak dan gas. Lelaki berkarisma tinggi ini juga mempunyai lebih 600 buah kereta Rolls Royce. Punyalah kaya!
Raja Thailand ini baru sahaja mangkat pada tahun 2016 yang lalu namun kekayaan bernilai $30 bilion miliknya terus kekal dan bercambah. Ramai yang tidak sedar bahawa raja yang memegang takhta selama 70 tahun ini merupakan seorang yang sangat kaya. Sepanjang pemerintahannya, Raja Bhumibol banyak membuat pelaburan dalam bidang hartanah. Pelaburan Raja Bhumibol akan sentiasa meningkat nilainya kerana ibu negara itu semakin menjadi tumpuan dan bertukar menjadi hab antarabangsa utama di Asia Tenggara lewat kebelakangan ini.
Ali Abdullah Saleh ialah bekas Presiden Yaman yang mula berkuasa selepas pemerintah terdahulu dibunuh. Ali memegang jawatan itu selama lebih tiga dekad. Apa yang menarik tentang bekas Presiden ini adalah dia tidak pernah menamatkan sekolah rendah. Ali menyertai pasukan tentera pada usia muda sebelum menjadi seorang kolonel. Seperti pemimpin-pemimpin Timur Tengah yang lain, pemerintahannya berjaya ditumpaskan ketika Revolusi Arab pada tahun 2011. Namun, sepanjang zaman pucuk pimpinannya, dia sudahpun mengumpulkan harta berbilion dolar untuk kepentingan sendiri.
Ini lagi seorang pemimpin Timur Tengah yang digulingkan semasa revolusi ‘Arab Spring’ pada tahun 2011. Hosni Mobarak merupakan Presiden Mesir yang keempat dari tahun 1981 hingga 2011. Sebelum berkecimpung dalam dunia politik, Hosni Mobarak bertugas sebagai seorang pegawai tentera udara. Kini, Hosni yang telah berusia 89 tahun hidup dengan harta terkumpul sebanyak $70 bilion yang diperolehi semasa takuk pemerintahannya.
Seorang pendakwa raya Mesir pernah menulis dan mendakwa bahawa Hosni Mubarak dan keluarganya mempunyai harta dan aset yang tidak terjangka oleh sesiapa. Menurut pendakwa raya itu, harta Hosni sebenarnya melebihi $700 bilion. Namun, nilai itu tidak dapat dipastikan kerana hanya Hosni dan keluarganya saja yang tahu.
Siapa yang tidak mengenali nama diktator ini. Nama Bashar al-Assad sering disebut-sebut sepanjang krisis dan konflik yang melanda Syria yang berlangsung sehingga ke hari ini. Keluarga Assad sudah lama memerintah Syria dari awal 70-an lagi manakala Bashar pula mula mengambil alih kerusi Presiden selepas ayahnya meninggal dunia pada tahun 2000. Walaupun anggaran rasmi menyatakan kekayaannya bernilai sekitar $1.5 bilion, namun disyaki nilai sebenar adalah jauh lebih tinggi. Seperti Hosni Mubarak, dikhabarkan aset dan harta Assad disembunyikan di merata-rata tempat seluruh dunia dan secara keseluruhannya bernilai lebih dari $120 bilion.
Sebelum digulingkan dan dibunuh, Muammar Gadaffi dilaporkan sebagai salah seorang manusia terkaya sepanjang zaman. Bekas pemimpin Libya ini dilucutkan mahkotanya ketika revolusi Arab pada tahun 2011. Namun, situasinya agak berbeza kerana dia dilaporkan mempunyai harta kekayaan yang luar biasa sekitar $200 bilion. Kesemua harta ini disembunyikan di sebalik akaun bank rahsia, hartanah dan pelaburan korporat di serata dunia.
Secara tidak rasmi, Vladimir Putin merupakan lelaki terkaya di dunia dengan harta dua kali ganda lebih banyak daripada Bill Gates. Donald Trump juga merupakan seorang ahli perniagaan yang sangat kaya. Namun, kekayaan itu tidak dapat menandingi Putin yang telah memegang jawatan Presiden dan Perdana Menteri Rusia sejak tahun 1999 lagi. Sepanjang tempoh ini, Putin telah mengutip kekayaan ratusan bilion dolar dari negaranya dan menyimpan dalam akaun-akaun rahsia di seluruh dunia. Satu testimoni daripada seorang ahli kewangan iaitu Bill Browder baru-baru ini menganggarkan harta bersih Putin adalah sekitar $200 bilion.
Sesetengah ahli keluarga Rothschild telahpun disenaraikan oleh Forbes sebagai hartawan paling kaya di dunia tetapi jika kekayaan setiap ahli keluarga ini dikumpulkan, dianggarkan mereka mempunyai harta melebihi $400 bilion.
Keluarga diraja Arab Saudi dianggarkan mempunyai nilai kekayaan sekitar $1.4 trilion. Harta menggunung tinggi ini diperolehi melalui industri minyak seperti yang sudah kita sedia maklum. Melalui industri yang sama, negara itu juga mampu bersaing dengan negara besar lain di seluruh dunia selain menjadi pengaruh besar dalam bidang politik. Salman Abdulaziz al-Saud yang kini merupakan pemimpin Arab Saudi sahaja sudahpun mempunyai aset melebihi $1 bilion. Jika dicampurkan dengan nilai harta ahli keluarga yang lain? Mungkin tujuh keturunan pun tak akan habis.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kini, sudah ramai ibu bapa yang menggunakan kad imbas sebagai salah satu cara pengajaran untuk anak-anak mereka. Dan pelbagai jenis kad imbas pun ada di jual dipasaran. Tinggal pilih aje lagi.
Namun, apa yang menariknya ialah bayi kembar yang diberi nama Adam dan Noah turut mendapat teknik pengajaran yang menarik buat bayi ini. Jom kita tengok cara beliau mengajar bayi kembar yang baharu lahir ini menggunakan teknik flashcards.
” Flashcards bersama bayi kembar- Adam berada di sebelah kanan manakala Noah berada di sebelah kiri. Saya lebih suka untuk menghabiskan masa ‘bonding’ bersama mereka dengan menggunakan flashcards. Flashcards yang digunakan adalah seperti haiwan, bentuk atau number dimana ia sangat bagus untuk stimulasi otak anak-anak. Saya juga mendapati bahawa anak kembar saya menjadi lebih ‘alert’ dan focus bila saya tunjuk gambar di flashcard. Adam suka sangat dengan ikan manakala Noah pula sukakan burung. Seorang ayah tak akan pernah boleh mengatasi ‘bonding time’ anak dengan ibu ketika menyusukan badan, jadi bermain flashcards adalah medium untuk si ayah ‘connect’ dengan anak.”
” Teknik flashcards bersama bayi- Seperti yang anda dapat lihat, Adam dan Noah sangat fokus dan ‘alert’ dengan gambar. Cuba lakukan aktiviti ini di dalam suasana yang sunyi dan cerah. Tunjuk flashcards dengan gerak cepat kerana bayi mempunyai tahap ‘attention’ yang pendek. Pastikan suara anda kuat dan jelas dan jangan lupa untuk berikan pelukan kepada anak setelah selesai. Boleh cuba lakukan aktiviti selama 5 kali sehari menggunakan flashcards yang sama selama seminggu. Anda pun boleh buat flashcards mengikut kreativiti anda sendiri ya!”
*Bukan kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas sahaj yang boleh menggunakan teknik flashcards ni tau. Rupa-rupanya, bayi baharu lahir pun dah boleh belajar menggunakan teknik ini!
Sumber : Sirap Limau
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang