Sukan permotoran kini bukanlah satu perkara yang asing terutamanya di negara kita. Sebelum pandemik COVID-19 melanda, pelbagai aktiviti sukan permotoran cukup aktif dianjurkan di seluruh negara.
Dan kini ia telah beransur pulih dan kita boleh saksikan jadual penganjuran program dan acara melibatkan sukan permotoran sudah kembali seperti normal.
Salah seorang figura yang cukup aktif dalam dunia permotoran ialah pemandu kereta lumba yang juga personaliti popular, Keifli Othman. Buat anda yang mengikuti perkembagan dunia sukan permotoran tempatan, nama Keifli tidak perlu lagi diperkenalkan.
Ads
Foto: Wishpond.com
Hadir dengan skil pemanduan yang hebat kelibat Keifli Othman sentiasa mencuri perhatian ramai sama ada di trek mahupun litar jalanan biasa. Namun kejayaan yang dikecapinya kini tidak hadir dalam sekelip mata.
Penglaman yang ditimbanya sejak sekian lama telah meletakkan dirinya pada status tersendiri. MASKULIN baru-baru ini sempat menemubual Keifli Othman untuk sesi penggambaran siri video ‘Auto Racun’ di bawah jenama MASKULIN.
Ads
Editorial kami sempat juga menemubual sedikit sebanyak dan bertanyakan tip menarik bagaimana untuk seorang anak muda yang ada minat untuk menjadi pemandu kereta lumba sepertinya.
Perihal Lee Zii Jia dan skuad Piala Thomas 2026 menjadi topik hangat apabila pemain perseorangan lelaki profesional negara itu membuat keputusan besar yang pastinya menggembirakan peminat badminton tanah air.
Terbaru, pemain bintang negara tersebut mencapai kata sepakat bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menyertai skuad kebangsaan bagi kempen tersebut.
Lebih signifikan, pemain berusia 27 tahun itu bersetuju mengetepikan bayaran hak imej demi membolehkannya mewakili Malaysia di kejohanan berprestij itu. Langkah ini dilihat sebagai satu isyarat jelas komitmen dan dedikasi beliau terhadap negara, khususnya dalam usaha menamatkan penantian 34 tahun Malaysia untuk menjulang Piala Thomas.
Keputusan itu diumumkan oleh Team LZJ yang menyatakan bahawa satu persetujuan telah dicapai antara Zii Jia dan BAM untuk beliau kembali menyarung jersi negara.
“Adalah dengan sukacitanya diumumkan bahawa Lee Zii Jia telah mencapai persetujuan dengan Persatuan Badminton Malaysia untuk menjadi sebahagian daripada skuad Piala Thomas.
Zii Jia juga bersetuju untuk mengetepikan bayaran hak imej bagi membolehkannya mewakili negara dalam kejohanan akan datang, mencerminkan komitmen dan dedikasinya kepada Malaysia,” menurut kenyataan tersebut.
Sebelum ini, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris itu pernah menerima bayaran pampasan hak imej ketika mewakili Malaysia pada Piala Thomas 2024 di China. Namun kali ini, beliau memilih untuk mengenepikan perkara tersebut demi misi lebih besar.
Lee Zii Jia turut merakamkan penghargaan kepada Presiden BAM Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz serta Pengerusi Jawatankuasa Prestasi Datuk Seri Lee Chong Wei atas kepercayaan yang diberikan kepadanya.
“Beliau berharap perkembangan ini membuka lembaran baharu antara Zii Jia dan BAM, seterusnya bergerak seiring demi kepentingan badminton Malaysia,” menurut kenyataan itu lagi.
Perkembangan ini dilihat sebagai titik penyatuan penting antara pemain profesional itu dan badan induk kebangsaan selepas beberapa episod perbezaan pendirian sebelum ini. Ramai pemerhati sukan melihat keputusan ini sebagai langkah matang yang mampu merapatkan kembali hubungan strategik antara kedua-dua pihak.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara, Dr P. Vellapandian, memaklumkan bahawa tiada sebarang caj akan dikenakan sekiranya Zii Jia ingin mendapatkan rawatan atau sokongan daripada pihak mereka.
Walaupun beliau kini bergerak secara profesional dan bukan di bawah naungan BAM, Institut Sukan Negara bersedia menawarkan perkhidmatan secara percuma kerana beliau tetap mewakili Malaysia.
“Selagi beliau menyarung jersi Malaysia dan bertanding di luar negara, Institut Sukan Negara akan menyokongnya,” kata Vellapandian.
Sebelum ini, Lee Chong Wei turut menasihatkan Zii Jia supaya mendapatkan bantuan Institut Sukan Negara sekiranya memerlukan sokongan dalam persiapan menghadapi kejohanan berpasukan paling berprestij itu.
Pusingan akhir Piala Thomas 2026 dijadual berlangsung di Horsens, Denmark dari 24 April hingga 3 Mei.
Kepulangan Zii Jia ke dalam skuad negara memberi suntikan moral besar kepada pasukan kebangsaan. Dengan pengalaman di pentas Olimpik dan reputasi sebagai antara pemain perseorangan terbaik dunia, kehadirannya mampu menjadi pemangkin kepada impian Malaysia untuk kembali menjuarai Piala Thomas selepas kali terakhir melakukannya pada tahun 1992.
Lee Zii Jia Piala Thomas 2026 bukan sekadar penyertaan biasa, tetapi simbol penyatuan dan pengorbanan demi maruah negara. Kini, tumpuan bukan lagi kepada isu hak imej atau status profesional, sebaliknya kepada satu matlamat bersama iaitu mengembalikan kegemilangan badminton Malaysia di pentas dunia.
Dengan semangat baharu dan sokongan padu daripada pelbagai pihak, harapan rakyat Malaysia kini kembali menyala. Piala Thomas 2026 menjadi medan penting untuk membuktikan bahawa kombinasi pengalaman, komitmen dan perpaduan mampu menghasilkan kejayaan yang dinanti-nantikan.
Sumber: BERNAMA & The Star
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ballon d’Or, iaitu pengiktirafan individu tertinggi dalam dunia bola sepak tahun ini dilihat tanpa pemain bola sepak lagenda Messi & Ronaldo.
Untuk kali pertama dalam tempoh 21 tahun sejak 2003, dua bintang bola sepak dunia, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo tidak tersenarai dalam 30 calon akhir untuk memenangi Anugerah Ballon d’Or 2024.
Messi, 37, yang pernah memenangi anugerah ini sebanyak lapan kali (2009, 2010, 2011, 2012, 2015, 2019, 2021, 2023) dan Ronaldo, 39, dengan lima kemenangan (2008, 2013, 2014, 2016, 2017), kini tidak berada dalam senarai calon.
Walaupun mereka sudah dianggap pemain veteran, Messi dan Ronaldo masih mampu mempamerkan prestasi luar biasa. Messi membantu Argentina menjuarai Copa America tahun ini, manakala Ronaldo terus mencipta gol bersama Portugal dan Al-Nassr.
SENARAI 30 CALON BALLON D’OR 2024
Kini tiba giliran nama-nama baru untuk merebut Ballon d’Or 2024.
Negara Korea Selatan mempunyai polisi yang cukup unik membabitkan warganegara lelaki. Dengan ketidaktentuan sengketa yang kadangkala panas kadangkala sejuk dengan Korea Utara, mereka sejak sekian lama mewajibkan setiap lelaki dewasa yang sihat tubuh badan untuk menyertai pekhidmatan wajib ketenteraan.
Setiap lelaki Korea Selatan wajib menyertainya sebelum usia 28 tahun dengan minimun 18 bulan tempoh latihan atau perkhidmatan. Terbaru, Jin ahli paling senior dalam grup lelaki paling popular di dunia iaitu BTS telah memulakan latihan ketenteraannya.
Dua hari lalu Jin atau nama sebenarnya Kim Seok Jin berkongsi sekepin fotonya dengan rambut hampir botak gaya ala-tentera di platform media sosial, Weverse.
Jin dilaporkan akan ditugaskan di bahagian unit hadapan. Seperti dijangka berita ini telah membuatkan peminatnya tidak senang duduk. Terdahulu, laporan media menyatakan Jin akan ditugaskan di sebuah pusat latihan Yeoncheon, Gyeonggido.
Akan tetapi agensinya, BIGHIT Music menerusi satu kenyataan menyatakan pihak mereka tidak dapat mengesahkan laporan berkenan dan meminta peminat memahami situasi itu dan mendoakan yang terbaik buat idol kesayangan mereka.
“Kami meminta anda semua untuk memberikan kata-kata semangat dan sokongan dan mengucapkan selamat jalan kepadanya,” jelas BIGHIT Music lagi.
All the best buat Jin BTS! Buat peminat Jin, usahlah terlalu bersedih ya. Dia akan kembali dengan lebih mantap.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.