Bila bercakap tentang penjagaan rambut panjang mungkin ramai di antara anda memikirkan tentang produk-produk kecantikan wanita.

Tapi sebenarnya bukan wanita sahaja yang begitu teliti dalam penjagaan rambut. Begitu juga dengan lelaki. Kalau suatu ketika dahulu imej berambut panjang terlekat dengan stigma negatif, tetapi sekarang sudah banyak berubah.

Malah sudah banyak lelaki yang menceburkan diri dalam profesion profesional bergaya dengan rambut panjang. Tapi adakah penjagaan rambut panjang untuk golongan lelaki berbeza dengan wanita?

Sejujurnya ia tidaklah jauh berbeza tetapi disebabkan lelaki lebih mudah berpeluh dan terdedah dengan pelbagai aktiviti harian yang lasak mungkin cara penjagaan itu sedikit lain.

Anda yang berambut panjang atau berkira-kira nak simpan rambut boleh amalkan 6 tip di bawah!

IKLAN

Produk Sesuai

Kalau nak berambut panjang pastinya anda harus bijak memilih produk penjagaan rambut yang sesuai. Seloknya guna produk yang bebas daripada bahan kimia merbahaya. Pilihlah produk yang berasaskan sumber semulajadi.

Cuci Cara Betul

Jejaka Berambut Panjang, Ikuti 6 Cara Terbaik Untuk Menjaga Rambut Kesayangan Anda

Selama ini adakah anda guna teknik yang betul ketika mencuci rambut? Cara yang betul ialah pertama mencuci rambut dengan membilas keseluruhan rambut dengan air sedikit suam. Ini dapat membuka liang-liang pori yang tersumbat dan membebaskan segala jenis kotoran pada kulit kepala. Ketika guna syampu, lakukan urutan lembut menggunakan jari kepada kulit kepala. Akhir sekali, bilas dengan air sejuk supaya pori kembali tertutup.

IKLAN

Guna Sikat Yang Betul

Jejaka Berambut Panjang, Ikuti 6 Cara Terbaik Untuk Menjaga Rambut Kesayangan Anda

Menggunakan sikat yang betul juga memainkan peranan sangat penting untuk pastikan rambut sentiasa terurus dan kekal sihat. Gunakan sikat jenis wide-tooth combs untuk rambut yang panjang. Mula menyisir pada bahagian hujung rambut dahulu bagi mengurangkan masalah kerosakan pada rambut. Elakkan menyisir rambut ketika ianya masih basah kerana rambut yang basah lebih rapuh dan sukar diurus.

Kurangkan Guna Curling Iron & Dryer

Jejaka Berambut Panjang, Ikuti 6 Cara Terbaik Untuk Menjaga Rambut Kesayangan Anda

IKLAN

Kalau boleh elakkan guna sebarang peralatan yang mengeluarkan haba panas ketika mendandan rambut. Haba boleh menyebabkan rambut anda menjadi kering dan mudah putus. Jika anda nak guna dryer pastikan ia berada di paras paling rendah.

BACA: Ketahui Personaliti Anda Menerusi Gaya Potongan Rambut

Minyak Kelapa

Perlu akui tak ramai orang Melayu menggunakan minyak kelapa untuk rambut terutamanya lelaki. Namun minyak kelapa mampu membantu meningkatkan mengekalkan protein dalam rambut malahan, berperanan sebagai pelindung daripada sinaran UV merbahaya. Ia juga kaya dengan vitamin dan asid lemak bagi menyihatkan kulit kepala dan menghilangkan sebum pada folikel rambut.

Diet Seimbang & Minum Air Cukup

Anda adalah apa yang anda makan dan minum. Ingat, segala apa yang anda makan boleh memberikan kesan kepada badan termasuklah rambut. Pastikan juga anda selalu minum air dan tidak terhidrat. Kekal hidrasi sepanjang hari mampu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI