Setiap orang pastinya berdepan dengan tekanan berbeza dalam kehidupan. Sama ada di rumah atau tempat kerja pasti ada cabaran tersendiri. jadi penting untuk anda tahu apa jenis senaman sesuai terutamanya jika ada darah tinggi atau sering stres.
Tidak dinafikan mereka bermasalah mudah stres dan ada berdepan tekanan darah tinggi, melakukan senaman merupakan satu aktiviti yang ada cabaran tersendiri.
Seperti mana yang kita tahu sindrom tekanan darah tinggi merupakan antara penyakit yang boleh datang secara senyap atau bertindak sebagai ‘silent killer’. Jadi anda perlu tahu beberapa jenis workout yang selamat untuk dilakukan.
Tekanan darah tinggi boleh membawa komplikasi serius apabila berlakunya serangan strok. Lebih malang ia juga boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan lebih awal.
Jika anda ada masalah tekanan darah tinggi dapatkanlah rawatan dengan segera. Usaha dengan cara terbaik untuk turunkan kadar tekanan kepada normal. Antara perkara yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan tekanan darah tinggi ialah dengan bersenam.
Namun tidak semua jenis senaman sesuai buat anda yang mungkin memiliki kadar stamina rendah.
Dikhuatiri jika anda mengikuti membuatnya membuta tuli, ia boleh menyebabkan badan ‘terkejut’. Apa yang pasti dapatkan rundingan dengan doktor terlebih dahulu sama ada fizikal anda bersedia untuk membuat aktiviti aktif atau tidak.
JENIS LATIHAN TERBAIK
Buat anda yang ada masalah tekanan darah tinggi terdapat tiga jenis senaman atau workout asas yang sesuai. Antaranya ialah;
Kardiovaskular @ aerobik
Membantu anda menurunkan tekanan darah anda dan menjadikan jantung lebih kuat. Sebagai contoh berjalan kaki, berjogging, lompat tali, berbasikal, bermain kasut roda, mendayung, aerobik berimpak tinggi atau rendah, berenang, dan senaman air.
Ads
Kekuatan membina otot
Melakukan senaman otot ini mampu membantu anda membina otot yang kuat dan membakar lebih banyak kalori sepanjang hari. Ia juga baik untuk sendi dan tulang anda.
Senaman regangan
Ini akan membuatkan fizikal anda jadi lebih fleksibel. Selain itu, ia turut membantu anda bergerak dengan lebih baik dan serta mencegah kecederaan.
Sebelum bersenam, mulakan dengan memanaskan badan. Pemanasan badan 5- hingga 10 minit membantu badan anda mula bergerak dan membantu mencegah kecederaan.
Seterusnya, tingkatkan tahap kekuatan. Jangan keterlaluan – seharusnya anda masih boleh bercakap dengan seseorang semasa anda bersenam. Tetapi jika anda masih dapat menyanyi, tingkatkan usaha untuk memastikan anda mendapat manfaat terbaik.
Akhir sekali, sejukkan badan. Apabila anda selesai bersenam, jangan berhenti secara tiba-tiba. Perlahankan tahap selama beberapa minit. Ini sangat penting bagi seseorang yang mempunyai tekanan darah tinggi.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tidak dapat dinafikan mempunyai otot teras badan di abdomen mampu menjadikan struktur fizikal anda jadi lebih tegap. Selain itu, memiliki teras badan yang kuat akan memudahkan untuk anda melakukan aktiviti kercergasan dan sukan yang lain.
Tapi membina otot abdomen atau teras badan tidaklah semudah yang disangka. Jika ia mudah maka ramailah lelaki di luar sana tampil tegap bergaya. Ia memerlukan bukan sahaja usaha dan disiplin malah perlu bijak mengatur rutin senaman yang baik.
Dan jika ada rutin yang baik perlu dilakukan secara konsisten. Jika tidak memang mustahil anda boleh bina otot sebagainya yang anda inginkan.
Berikut MASKULIN kongsikan 5 jenis senaman yang wajib anda lakukan jika ingin teras badan yang mantap,
Burpees (Bodyweight / Weighted)
Foto: doctorinsta.com
Burpees merupakan senaman yang mencabar kekuatan seluruh badan. Ia juga memberi kelebihan untuk ketahanan otot dan jantung.
Bagi anda yang ingin membina stamina yang tinggi sambil merendahkan lemak badan, senaman ini sememangnya sesuai kerana ia sangat mujarab.
Push Up (Bodyweight / Weighted)
Foto: fitnesseducation.edu.au
Senaman push up sememangnya senaman yang sangat popular. Dengan mengamalkan push up, badan anda akan lebih berotot, kuat dan nampak bergaya.
Ia menggunakan keseluruhan badan dengan penekanan pada otot bahu, dada dan triceps.
Lunges (Bodyweight / Weighted)
Foto: julielohre.com
Senaman ini sangat efektif dalam melatih kekuatan dan bina otot kaki dan membakar lemak dengan cepat.
Bukan itu sahaja, stamina badan anda juga akan meningkat kerana lunges bukan sekadar senaman untuk orang membina badan, sebaliknya ia merupakan senaman untuk memberi kecergasan.
Chin Up (Bodyweight / Weighted)
Foto: sanjeri/Getty Images
Kalau anda perlu memilih satu sahaja senaman untuk bahagian belakang, lakukan chin up bagi mempercepatkan pembesaran otot belakang anda.
Percayalah dengan melakukan senaman chin up, anda boleh mendapatkan otot belakang yang kembang seperti kepak. Mudah sahaja caranya, anda hanya perlukan bergayut pada satu palang sahaja untuk mendapatkan otot belakang yang mantap.
Dip (Bodyweight / Weighted)
Foto: steelsupplements.com
Jika anda lemah dalam bench press, cuba lakukan senaman dip dalam masa beberapa minggu. Percayalah, kekuatan bench press anda akan meningkat.
Bukan itu sahaja, senaman ini juga adalah senaman yang sangat versatil kerana ia boleh dilakukan di mana-mana sahaja tidak kira di rumah, pejabat, gym ataupun taman permainan. Kelebihannya hampir sama dengan senaman bench press.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Banyak tips diet mencadangkan kita untuk memakan epal sebagai gentian kepada snek lain yang tidak menyihatkan. Ini kerana epal itu sendiri mempunyai banyak khasiat.
Selain daripada memakan epal, kita juga boleh ekstrak ia menjadi minuman yang menyihatkan. Harus diingat, anda seharusnya meminum ia tanpa campuran gula, kalau tidak sama sahaja anda beli jus epal yang ada di pasaran dengan jumlah gula yang tidak diketahui.
Walaupun buah epal bukan buah tempatan dan sedikit mahal, namun untuk mendapatkan khasiatnya, tidak salah untuk melabur sedikit.
Berikut adalah antara khasiat yang bakal anda perolehi jika mengamalkan minuman jus Epal.
Tubuh badan kita memerlukan serat untuk memudahkan proses penghadaman. Buah epal amat kaya dengan serat, ia juga membantu mengurangkan masalah sembelit ketika membuang air besar.
2. Melambatkan proses penyebaran sel barah
Pelbagai kajian telah dilakukan terhadap khasiat buah epal dan salah satunya adalah mengurangkan risiko penyakit barah. Ia mampu mengurangkan kapasiti barah paru-paru serta melambatkan proses penyebaran sel tersebut.
3. Merawat Anemia
Seorang lelaki dewasa normal memerlukan 12.5 hingga 18.5g/dL haemogoblin. Jika kurang daripada itu, anda menghidap penyakit Anemia iaitu kekurangan zat besi dalam badan. Buah ini kaya daengan khasiat zat besi serta berupaya menambah kekurangan haemoglobin dalam darah.
4. Mengurangkan risiko kencing manis & diebetes
Mereka yang mengambil sebiji epal setiap hari mempunyai risiko lebih rendah mendapat diabetes kerana kandungan serat yang tinggi menstabilkan gula dalam darah, selain rasa kenyang lebih lama mengelak makan terlalu banyak.
Memakan epal membantu membersihkan gigi dan gusi. Ia juga mengurangkan kaviti atau gigi berlubang serta membantu membersihkan gigi dan anti-bakteria dalam kandungan buah ini melindungi tubuh daripada kuman.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.