Bitget, platform Universal Exchange (UEX) terbesar di dunia, menamatkan siri kerjasama serantau bersama MotoGP, kejohanan lumba motosikal paling berprestij di dunia, pada Grand Prix Mandalika, Indonesia baru-baru ini.

Acara tersebut menjadi penutup kepada siri kolaborasi selepas kejayaan di Itali, Jerman dan Sepanyol.

Dalam sesi kelayakan Mandalika GP, Bitget turut mengadakan temubual eksklusif bersama Jorge Lorenzo, duta jenama bagi kerjasama serantau Bitget dan MotoGP.

Juara dunia MotoGP tiga kali ini berkongsi sebab beliau memilih untuk bekerjasama dengan platform kripto global tersebut, serta pandangannya tentang persamaan antara dunia perlumbaan dan pelaburan.

“Saya rasa ada ‘connection’ sebaik saja cuba Bitget. Ia bukan sekadar platform pelaburan kripto biasa. Sebagai pelumba, saya hargai ketepatan masa, strategi dan disiplin dan itu juga nilai yang Bitget pegang,” kata Lorenzo.

Jorge Lorenzo Perkukuh Hubungan Bitget Dengan Dunia MotoGP dan Kripto
Foto : Malay News

Racing dan Kripto, Dunia Yang Sama-Sama Penuh Tekanan

Kerjasama Bitget dalam dunia sukan mencerminkan visi jangka panjang syarikat itu untuk mempromosikan literasi kewangan dan penerimaan teknologi secara global.

Dengan kolaborasi terdahulu bersama Juventus, Lionel Messi, LaLiga dan kini MotoGP, Bitget menonjolkan nilai bersama antara sukan dan pelaburan terutamanya kemampuan membuat keputusan di bawah tekanan.

Ads

“Sama seperti di litar, dalam dunia pelaburan kripto, masa dan keyakinan sangat penting. Satu saat boleh ubah segalanya. Dalam kripto pun sama kau perlukan kepantasan, keberanian dan alat yang betul,” tambah Lorenzo.

Bitget menawarkan pelbagai ciri untuk membantu pelabur membuat keputusan bijak seperti Bitget Insights, Bitget News, dan Bitget Academy, selain fungsi masa fleksibel untuk analisis dari saat ke tahun.

Lorenzo juga percaya hubungan antara dunia kripto dan sukan semakin erat.

Menurutnya, kerjasama sebegini bukan sekadar penajaan, tetapi cara untuk memahami corak kewangan dan tingkah laku peminat sukan.

“Peminat hari ini bukan sekadar nak tengok logo atas jersi atau motor. Mereka nak pengalaman, interaksi dan hubungan yang lebih mendalam. Dunia kripto bagi peluang tu dan Bitget menjadikannya lebih mudah, selamat dan menyeronokkan,” jelas Lorenzo.

Ads

Bitget UEX, Platform Lengkap Untuk Semua Peringkat

Jorge Lorenzo Perkukuh Hubungan Bitget Dengan Dunia MotoGP dan Kripto
Foto : Liga Olahraga

Sebagai Universal Exchange (UEX), Bitget menyatukan semua bentuk pelaburan dalam satu tempat daripada kripto, saham, sehingga AI tools dan Copy Trading.

Lorenzo menyamakan pendekatan ini dengan kelebihan dalam sukan permotoran.

“Macam dalam perlumbaan kalau kau ada pakej lengkap, kau ada kelebihan. Itu yang Bitget buat untuk pelabur,” katanya.

Bitget juga memperkenalkan fungsi Stock Assets, membolehkan pelabur konvensional berdagang aset saham dalam platform kripto menjambatani dunia kewangan tradisional dan digital.

Ads

Bukan Sekadar Pelaburan Tapi Impak Sebenar

Bagi Lorenzo, apa yang menjadikan kerjasama ini istimewa ialah nilai di sebaliknya.

Bitget bukan sekadar nak jadi trend. Mereka mencipta impak sebenar dengan program CSR seperti Blockchain4Youth untuk belia, dan Blockchain4Her untuk memperkasakan wanita. Itu saya sangat kagum,” katanya.

Bagi Bitget, masa depan kripto bukan sekadar inovasi teknologi, tapi tentang konsistensi dan impak sosial.

Dan melalui duta seperti Jorge Lorenzo, mesej ini kini sampai kepada komuniti global dari litar ke dunia digital.

BACA LAGI : PROTON Saga Serba Baharu, Kehebatan Kejuruteraan Malaysia Menggegar Dunia

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads