Jika anda kategori lelaki yang rajin melakukan kerja rumah, pasti ini berita baik buat anda.

Dr. Huang Wei Li, doktor dari Jabatan Fizikal dan Mental dari Taiwan mengatakan bahawa lelaki yang melakukan kerja rumah mempunyai IQ yang lebih tinggi, kehidupan yang lebih bahagia, tabiat hidup yang lebih baik dan panjang umur.

Menurutnya, IQ yang tinggi boleh dilihat menerusi empat ciri iaitu:

1. Kecekapan kerja lebih baik

Kajian Buktikan Lelaki Yang Rajin Buat Kerja Rumah Ada IQ Yang Lebih Bijak, Panjang Umur & Bahagia!

Lelaki yang pulang setelah keluar bekerja masih boleh melakukan kerja rumah. Mereka juga tahu memperuntukkan masa dengan sebaiknya, jadi mereka mempunyai masa dan tenaga untuk berkongsi kerja rumah setelah pulang dari bekerja. Anda juga dikatakan hebat dan cekap dalam mengatur masa sekali gus menyelesaikan kerja rumah yang berbeza-beza.

IKLAN

2. Kepuasan emosi yang agak tinggi

Lelaki seperti ini tahu cara-cara untuk menghilangkan tekanan, tidak menggunakan emosi untuk menangani sesuatu dan mampu menenangkan fikiran serta kurang terdedah dengan rasa gelisah atau marah.

3. Tahu cara-cara untuk melakukan sesuatu

Kajian Buktikan Lelaki Yang Rajin Buat Kerja Rumah Ada IQ Yang Lebih Bijak, Panjang Umur & Bahagia!

Ini kerana dia mempunyai hubungan interpersonal yang lebih baik di tempat kerja dan pergaulan yang menyenangkan dengan rakan sekerja. Bahkan dia sendiri rasa selesa melakukan kerja rumah setelah pulang dari kerja.

IKLAN

4. Bersikap lebih empati

Lelaki yang rajin membuat kerja rumah juga dikatakan lebih bersikap empati terhadap pasangan dan keluarga. Ini menguntungkan mereka dalam jangka masa yang panjang kerana sikap ringan tulang anda telah membantu anda membina kehidupan yang lebih bahagia bersama keluarga.

Dr. Huang juga menambah bahawa lelaki yang melakuka kerja rumah tangga lebih berprinsip dalam melakukan sesuatu dan lebih sihat dalam apa yang mereka gemari. Mereka juga tidak akan menghabiskan masa di luar dan tidak mempunyai banyak tabiat buruk.

“Mencuci pakaian, membersihkan lantai, mencuci pinggan dan kerja-kerja rumah yang lain merupakan satu bentuk latihan yang sangat bagus untuk dilakukan terutamanya selepas makan malam.

IKLAN

“Jangan hanya duduk di sofa, menonton televisyen dan bermain telefon bimbit sahaja. Setelah anda menghabiskan masa yang lama di pejabat, pulang ke rumah dan lakukan kerja rumah yang boleh membantu mengurangkan risiko anda mendapat penyakit kardiovaskular.

“Memandangkan kini orang kurang mempunyai masa untuk melakukan aktiviti sihat, kerja rumah adalah alternatif terbaik untuk anda boleh lakukan untuk kekal aktif di rumah,” ujar Dr. Huang.

Jadi jangan pandang rendah dengan kekuatan dan kepentingan lelaki dalam melakukan kerja rumah!

Sumber: setn

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI