
Negara kita kini memasuki fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan berakhir pada 28 April 2020. Dan ia mungkin berakhir atau disambung bergantung kepada kadar jangkitan serta keadaan penularan semasa.;
Begitu juga dengan apa yang berlaku di seluruh dunia. Lebih 120 negara terkesan dengan penularan wabak ini telah mengambil langkah drastik mengehadkan pergerakan orang ramai.
Namun kita harus sedar bahawa selagi rantaian jangkitan belum diputuskan atau vaksin belum dihasilkan, kehidupan harian tidak akan lagi sama.
Kini mencucui tangan menggunakan sabun atau sanitizer sudah menjadi lumrah harian. Begitu juga dengan penjarakan sosial apabila ke pasara raya atau ke bank.
Disebabkan itulah saintis dari Harvard berpendapat bahawa kita semua perlu meneruskan penjarakan sosial hingga tahun 2022.
Kajian ini berdasarkan apa yang bnerlaku di Amerika Syarikat, negara yang kini paling teruk mencatatkan jumlah kes serta kematian. Saintis Harvard menggunakan simulasi komputer yang kemudiannya diterbitkan menerusi jurnal Science.
Menerusi laporan CNN, pasukan Harvard menyatakan penjarakan sosial mungki peru dilaukan hingga tahun 2022 melainkan terdapat vaksin atau rawatan yang berkesan dengan baik merawat COVID-19.
Disebabkan itulah penjarakan sosial perlu dilakukan dalam tempoh yang lebih lama bagi mengurangkan jangkitan pada tahap yang sangat tinggi seperti berlaku di Amerika Syarikat sekarang.
Masyarakat perlu sedar bahawa penjarakan sosial amat kritikal dan penting dalam melawan penularan wabak merbahaya ini. Jika ia tidak dilakukan secara berterusan maka penularan ini akan berlaku berlaku lebih lama.
Bermula hari ini negara kita memasuki fasa ketiga PKP. Dan amaran keras telah dinyatakan oleh pihak polis yang akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana individu yang ingkar dan melanggar arahan PKP.
Stay home and stay safe!
Elak Gaya Hidup Tidak Sihat Ini Kerana Ia Boleh Menyebabkan Wajah Tua Sebelum Usia

Wajah tua sebelum usia pasti merisaukan terutamanya jika anda seorang lelaki muda. Mana tidaknya, usia belum masuk 40-an tapi wajah anda nampak matang seperti orang sudah berumur.
Walau bagaimanapun anda masih boleh mengelakkannya jika tahu menjaga kesihatan diri dengan baik. Pastikan anda elak lakukan beberapa tabiat ini jika tak mahu wajah tua sebelum usia.
Ini merupakan antara gaya hidup tidak sihat yang boleh menyumbang kepada penuaan awal.
1. Kurang tidur
Tidak cukup tidur atau tidur yang tidak berkualiti boleh memberi pelbagai kesan kepada kesihatan seperti peningkatan berat badan, menjejaskan sistem imun dan daya ingatan dan mengurangkan tumpuan. Malah kulit wajah anda juga akan nampak pucat dan sugul jika anda tidak mendapatkan tidur yang secukupnya.
2. Sering terdedah dengan stres
Tidak dinafikan tekanan yang berlebihan boleh mempercepatkan penuaan otak, meningkatkan tekanan darah dan mengganggu tabiat tidur yang akhirnya merangsang proses penuaan badan secara keseluruhan. Sekali gus ini akan menampakkan wajah anda kelihatan tua sebelum usia.
3. Merokok
Merokok dan menghidu asap rokok boleh menghasilkan banyak radikal bebas yang boleh mempercepatkan penuaan kulit. Bahkan tabiat ini juga boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, kemandulan, tekanan darah tinggi dan pelbagai jenis penyakit berbahaya yang lain termasuk kanser paru-paru.
4. Berat badan berlebihan
Kebanyakan masalah kesihatan seperti penyakit jantung, diabetes, kanser dan arthritis berkait rapat dengan berat badan yang berlebihan. Ia mungkin disebabkan oleh sel-sel lemak yang menggalakkan proses penuaan wajah.
5. Kerap mencuci wajah
Mungkin anda menganggap, lagi banyak anda mencuci, wajah anda akan bertambah bersih. Mungkin ya anda telah berjaya mencuci wajah daripada kekotoran, namun kekerapan ini tidak bagus kerana ia boleh merosakkan kulit. Malah kekerapan ini juga boleh menyebabkan liang-liang pori menghasilkan lebih banyak minyak sehingga akhirnya menyebabkan masalah jerawat dan kulit nampak tidak bermaya.
6. Kurang minum air putih
Minum air putih yang secukupnya dalam sehari memang amalan wajib bukan sahaja untuk kesihatan tubuh badan, bahkan penting dalam rawatan mengelakkan penuaan kulit. Apabila badan anda cukup air setiap hari, kulit akan nampak bercahaya dan lembap, sekali gus menghindarkan anda daripada masalah kekeringan kulit. Oleh itu, jadikan amalan minum segelas air putih sebaik sahaja anda bangun tidur, diikuti dengan waktu-waktu yang lain sehingga cukup lapan gelas sehari.
7. Berlebihan makan makanan / minuman manis dan masin
Tidak dinafikan apabila kita makan berlebihan, akan membebankan tubuh badan. Jadi sebaiknya makanlah secara sederhana terutamanya makanan dan minuman yang manis, begitu juga dengan makanan masin. Jika tidak, hasilnya kulit anda akan nampak lebih tua dan kurang bermaya.
8. Kerap terdedah dengan cahaya matahari
Kekerapan kulit anda terdedah dengan cahaya matahari sememangnya boleh merosakkan kulit dan menimbulkan garis-garis halus. Dermatologis memberi amaran bahawa 90 peratus daripada masalah kedutan, bintik-bintik hitam dan kerosakan kulit berpunca daripada pendedahan kepada cahaya matahari yang berlebihan. Dan disebabkan itulah, penting untuk anda memakai krim pelindung suria setiap kali keluar rumah bagi memberi pelindungan kulit daripada sinaran UVA dan UVB.
9. Malas bergerak dan keluarkan peluh
Jangan hanya tahu tidur, menonton tv atau bermain game sahaja sepanjang hari tanpa melakukan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh. Bersenam atau terlibat dengan dengan mana-mana hobi yang mengeluarkan peluh seperti berbasikal, berjoging, berlari, mendaki, bercucuk tanam dan sebagainya sebenarnya boleh meremajakan wajah serta tubuh badan. Melakukan aktiviti ini secara rutin boleh menjadikan tubuh badan anda lebih bertenaga dan terhindar daripada penyakit. Ini sekali gus akan memancarkan wajah awet muda kesan daripada pengeluaran peluh yang menjadikan tubuh anda lebih sihat.
Follow Instagram MASKULIN
Kalau nak dapatkan produk penjagaan wajah lelaki, klik DI SINI
Bicara Tentang Kerjaya, Cabaran Pandemik & Hubungan Romantis Bersama Pelakon Kacak, Miller Khan

Segak, tampan, bergaya dan memiliki fizikal menarik. Itu semua kombinasi yang cukup membuatkan seorang lelaki menjadi tumpuan ramai. Namun apa yang menjadikan seorang lelaki itu lebih tampil MASKULIN ialah personaliti, kredibiliti serta kemampuannya untuk mencipta karier serta persona tersendiri.
Bagi Miller Khan atau nama sebenarnya, Mohammad Suhaemi bin Ali Dad Khan, kelebihan itu merupakan satu bonus untuk dirinya. Kejayaannya mencipta nama di negara seberang, Indonesia membuatkan ramai tertanya-tanya bagaimankah dia mampu melakukannya. Tidak mudah untuk menembusi pasaran dunia hibiran di sana namun dengan kesungguhan serta azam yang kuat, ia bukanlah satu perkara mustahil buat Miller Khan.
Namun berdepan pandemik yang kini melanda dunia, industri hiburan berdepan dengan satu fasa yang tidak menentu. Malah, ia turut sedikit sebanyak memberikan kesan kepada Miller Khan sendiri. Ikuti temu bual MASKULIN bersama aktor kacak, Miller Khan yang bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

Boleh kongsi apakah projek terkini anda dalam dunia seni?
Hai, MASKULIN! Jadi untuk tahun ini filem lakonan saya berjudul ‘Eyang’ akan ditayangkan pada 8 Oktober 2021. Selain itu saya juga ada berlakon di dalam drama mini siri superhero bertajuk. Confined’. Namun untuk drama superhero tersebut masih belum ada tarikh rasmi untuk tayangannya. Dan saya juga ada terlibat dengan drama webseries VIU berjudul ‘Assalamualaikum Calon Imam’ musim ke-2 yang dijadualkan akan ditayangkan akhir tahun ini.
Adakah Miller teringin untuk kembali dan mencipta nama di tanah air sendiri suatu hari nanti? Bila agaknya masa itu akan tiba?
Ya! Memang itulah apa yang saya harapkan. Teringin sekali. Buat sementara waktu saya memang berukang alik dari Indonesia ke Malaysia. Kali terakhir saya melakukan penggambaran di Malaysia ialah ‘The Bridge 2’, produksi dari Double Vision untuk VIU dan HBO Asia.
Jika ada kesempatan dan tawaran yang sesuai saya akan ambil. Apatah lagi jika penggambaran dekat dengan keluarga saya. Bolehlah melepaskan rindu dengan makanan Malaysia juga. Saya sentiasa terbuka untuk menerima tawaran darimana-mana produser.
Cabaran berdepan pandemik COVID-19, sejauh mana ia menjejaskan karier serta kehidupan peribadi?
Secara peribadinya saya tidak menganggap ia sebagai suatu hal yang menjejaskan untuk karier. Bagi saya mungkin inilah masa untuk saya disuruh berehat dulu, bercermin diri dan bermunasabah. Setiap perkara yang berlaku pati ada hikmahnya. Dan tengok umur sekarang memang waktunya sesuai untuk saya kahwin.

Selepas menempa nama di Indonesia, apakah kesukaran yang anda hadapi untuk kembali tembusi industri hiburan di Malaysia?
Seperti yang sudah diketahui mungkin belum banyak yang boleh menerima saya dengan apa adanya. Ini teritamanya dari segi penampilan luaran saya. Tapi setakat ini, not bad-lah ada saja shooting di Malaysia. Kalau ada karakter gangster memang ‘ngam’ la tu. (Ketawa)
Industri hiburan merupakan antara yang paling teruk terjejas dengan Covid-19, pada pendapat anda bagaimana artis/selebriti dapat bangkit semula untuk bina kehidupan pasca pandemik?
Apa yang paling penting ialah kita harus selalu bersyukur kerana masih diberikan kesihatan, masih diberi umur yang panjang dan jangan putus asa. Badai ini pasti akan berlalu. Kita juga harus lebih pandai mencari kesempatan memanfaatkan situasi sekarang untuk memperkembangkan skil-skil baru. Sentiasa berkomunikasi dengan rakan-rakan seniman dan ikutipelbagaiplatform pembahasan tentang situasi sekarang yang sesuai dengan bidang kita.

Mempunyai tubuh badan yang tegap dan segak merupakan satu komitmen yang tinggi. Bagaimana anda kekalkan bentuk tubuh yang baik?
Saya jadikan ia sebagai satu gaya hidup. Melakukan senaman juga memiliki beragam variasi dan cabang. Contohnya melakukan aktviti angkat beban. Untuk lebih menarik cari aktiviti yang disukai dan pelajarinya kemudian join komuniti yang memiliki minat sama. Ia bagi membantu kita lebih bermotivasi dan positif. Sentiasa enjoy perkembangan dari semasa ke semasa. Enjoy the progress!
Apakah senaman kegemaran yang jadi pilihan dan adakah anda turut aktif dengan seni bela diri?
Saya suka melakukan latihan body weight atau calisthenics. Ini kerana ia tidak membosankan disamping membentuk tubuh kita jg belajar skil-skil unik. Komunitinya juga cukup ramai di Malaysia. Manakala seni bela diri pula saya masih freestyle dan basic. Menerusi drama mini siri lakonan terbaru, saya melakukan sendiri aksi gasak. Jadi jangan lupa menontonnya ya!
Boleh kongsi berapa kerap anda bersenam dalam seminggu serta boleh kongsikan jenis senaman setiap kali melakukan rutin senaman?
Saya bersenam setiap hari paling cepat 20 minit dan paling lama 2 jam. Kebiasaannya saya bersenam di mini gym peribadi di depan halaman rumah. Paling basic saya lakukan streching dulu, kemudian diikuti dengan jumping jacks 20×3. Disusuli body weight squats 15×3,high knee running 20 saat x 3 untuk naikkan adrenalin. Dan akhir sekali barulah lakukan angakatan beban.

Boleh kongsi pula tentang diet pemakanan anda dalam usaha untuk menjaga bentuk badan yang baik?
Kalau saya jarang diet, cuma saya kawala jumlah pengambilan makanan. Contohnya nasi goreng satu pinggan saya makan setengah sahja. Dan saya juga amalkan minum air yang banyak dan makan buah. Apa yang penting sering bersenam, tidur yang cukup. Dan jika ada projek atau penggambaran saya akan lakukan diet high protein moderate carbs low fat atau amalkan intermittent diet.
Pesanan kepada pembaca MASKULIN yang ingin memiliki bentuk badan menarik seperti anda.
Jangan makan atau ambil ‘racun-racun’ kimia olahraga seperti steroid dan segala macam lagi. Ia boleh memudaratkan kesihatan dan percayalah, it;s not worth it . Work it out naturally and enjoy every step of it!
Anda bakal melangsungkan perkahwinan tidak lagi. Bagaimana persiapan setakat ini?
Alhamdulillah berjalan lancar, persiapan sudah siap kira-kira. Sama-sama doakan ia berjalan lancar ya.

Solekan: Anabelle
Dandanan rambut: Diazketty
Kongsikan sedikit mengenai tema majlis anda nanti?
Tema majlis kami adalah rustic atau fairytale ala-ala Disney dan Lord of the Ring.
Momen paling romantis anda lakukan pada pasangan, Farina Rebcecca?
Percaya atau tidak, saya melamar dia pada ketinggian 10,000 kaki di udara di dalam helicopter. Itulah bagi saya yangpaling romantis.

Solekan: Anabelle
Dandanan rambut: Diazketty
Apa yang membuatkan anda jatuh hati pada bakal isteri, apakah yang membuatkan anda anda terpikat.
Dia seorang yang lemah lembut, memiliki hati yang tulus, menerima saya dengan apa adanya, seorang yang manis bak kapas putih yg tak berdosa (ketawa). Dialah umpana Puteri Disney yang bila saya pandang sejuk dan tenang saja rasa hati ini.
10 Telefon Pintar Terbaik Berharga Bawah RM1000

Salah satu faktor yang cukup dititik beratkan oleh ramai pengguna ialah harga telefon pintar. Mungkin anda ingin membelinya untuk kegunaan diri sendiri atau mungkin untuk isteri, adik atau pun ibu bapa di kampung halaman.
Telefon kelas permulaan dan pertengahan merupakan satu segmen yang masih lagi popular dan mendapat sambutan cukup baik di kalangan pengguna. Pada zaman sekarang teknologi telefon pintar sudah semakin baik dan dengan harga tidak sampai RM1000 anda boleh dapati produk yang baik.
Untuk telefon pintar segmen ini ia memang disasarkan untuk penggunaan yang tidaklah terlalu advance. Cukup untuk melakukan perkara asas seperti melayari Internet dengan pantas, menggunakan laman media sosial, kamera yang baik dan juga kelancaran sistem operasi.
BACA: 7 Petanda Telefon Pintar Anda Terkena Virus!
Jika anda mencari telefon pintar berharga RM1000 ke bawah mungkin 10 cadangan MASKULIn dapat memberikan opsyen yang baik. Pemilihan yang kami lakukan ini berdasarkan beberapa faktor seperti harga, spesifikasi, reka bentuk dan juga kualiti kamera.
Di bawah kami senaraikan 10 telefon pintar berharga RM1000 ke bawah yang boleh anda rujuk.
Huawei Y9
Harga: RM739
Skrin 6.5 inci IPS LCD
128GB storan dalaman, 6GB RAM
Honor 10 Lite
Harga: RM729
Skrin 6.21 inci IPS LCD
64/128GB storan dalaman, 6GB RAM
Oppo F7 Youth
Harga: RM999
Skrin 6 inci LTPS IPS LCD
64GB storan dalaman, 4GB RAM
Xiaomi Mi 8 Lite
Harga: RM999
Skrin 6.29 inci IPS LCD
64/128GB storan dalaman, 6GB RAM
Neffos N1
Harga: RM745
Skrin 5.5 inci LCD, FHD
64GB storan dalaman, 4GB RAM
Vivo Y95
Harga: RM999
Skrin 6.22 inci IPS LCD
64GB storan dalaman, 4GB RAM
HTC Desire 12 Plus
Harga: RM789
Skrin 6 inci IPS LCD
32GB storan dalaman, 3GB RAM
Nubia Z17 Lite
Harga: RM849
Skrin 5.5 inci IPS LCD, FHD
64GB storan dalaman, 6GB RAM
Nokia 5.1
Harga: RM869
Skrin 5.5 inci IPS LCD
32GB storan dalaman, 2GB RAM
Meizu Pro 7
Harga: RM799
Skrin 5.2 inci Super AMOLED
Storan dalaman 64/128GB, 4GB RAM