Dalam hadis dari Abu Hurairah RA, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda “Sesungguhnya bau busuk mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada kasturi”.
Kata-kata ini dipegang teguh ramai umat Islam namun ia tidak bermakna mereka yang berpuasa boleh mengabaikan kebersihan mulut sehingga berbau kurang menyenangkan.
Lagi pun, bukankah menyenangkan orang lain itu akan memberikan semula kepada kita lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan ini?
Jadi bagaimana nak elak mulut berbau pada bulan Ramadan, anda boleh amalkan 6 tip ini semasa waktu sahur atau sebelum azan Subuh berkumandang :
1. Berus gigi & lidah dengan sempurna
Selepas makan, jangan sekadar berkumur. Ada baiknya berus gigi dan lidah dengan sempurna agar dapat membersihkan segala kekotoran yang ada.
Ads
2. Minum air masak dengan banyak
Bagi meneutralkan bau mulut, anda digalakkan minum air masak dengan banyak. Selain itu, ia membantu mengurangkan rasa kering semasa siang hari.
3. Bersahur dengan susu & keju
Ads
Keju memiliki sifat tinggi kalsium, rendah karbohidrat dan fostat yang boleh pertingkatkan jumlah air liur. Susu pula berperanan untuk mengatasi bau mulut seseorang itu.
4. Jaga pemakanan
Faktor pemakanan boleh mempengaruhi bau nafas seseorang. Pada waktu sahur, kita digalakkan untuk ambil makanan yang sihat tetapi bertekstur keras seperti kacang, cornflakes dan epal kerana ia dapat membersihkan lidah pada bahagian belakang.
Ads
5. Minum teh hijau
Teh hijau mengandungi zat polyphenol yang berfungsi membersihkan bakteria dalam mulut dan saluran pernafasan. Digalakkan juga untuk anda minum teh hijau tanpa campuran gula.
6. Buat pemeriksaan gigi
Mulut berbau time puasa itu adalah normal tetapi kalau baunya terlampau kurang menyenangkan sehingga ganggu orang lain, ada perlu ke klinik gigi untuk buat pemeriksaan. Risau ada gigi yang rosak dan anda wajib untuk servis!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
ASICS Malaysia mencuri perhatian komuniti larian tempatan apabila menganjurkan ASICS MAGIC SPEED Relay, sebuah acara larian malam berkonsepkan relay yang berlangsung di Aylezo Speedway Glenmarie, Shah Alam, Sabtu lalu.
Acara ini turut menjadi platform di mana ASICS memperkenalkan kasut larian terbarunya, MAGIC SPEED 5. Ia diangkat sebagai kasut larian prestasi terbaharu yang direka untuk pelari yang mahukan pengalaman lebih ringan, pantas dan responsif.
Acara larian ini mengadaptasi konsep Ekiden dari Jepun yang menekankan nilai kebersamaan dan kepercayaan antara rakan sepasukan.
Melalui format relay yang pantas dan inklusif, ASICS berjaya membawa semangat Ekiden ke Malaysia, menghubungkan budaya larian Jepun dengan komuniti pelari tempatan yang semakin berkembang.
Bagi meningkatkan pengalaman acara, ASICS memperkenalkan laluan 100 meter yang diterangi lampu LED di kedua-dua sisi.
Lorong bercahaya ini mencipta suasana dramatik dan fotogenik, manakala penonton diberikan gelang LED berdenyut yang menjadikan keseluruhan venue kelihatan seperti lautan cahaya dan tenaga.
Suasana ini menyerlahkan tema futuristik dan semangat inovasi yang sinonim dengan jenama ASICS.
Relay ini bermula dengan dua pusingan kelayakan membabitkan 42 pasukan sebelum 10 terbaik mara ke pusingan akhir.
Pasukan RC Coaching muncul juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, diikuti Muhaizar Mohamad Running Club di tempat kedua (RM2,000) dan Social Athletics di tempat ketiga (RM1,000).
Menurut Pengurus Negara ASICS Malaysia, Boon Tib Soom Nik, acara ini bukan sekadar perlumbaan tetapi satu perayaan kebersamaan, tenaga dan kemajuan komuniti larian Malaysia.
Beliau menegaskan bahawa pelancaran MAGIC SPEED 5 dan konsep Ekiden mencerminkan komitmen ASICS untuk terus membina hubungan kukuh bersama pelari tempatan.
“Malam ini menandakan lebih daripada sekadar perlumbaan, ia menandakan detik perpaduan, tenaga dan kemajuan bagi komuniti larian Malaysia.
“Dengan membawa konsep yang diilhamkan oleh Ekiden ke Shah Alam dan melancarkan MAGIC SPEED™ 5 di sini, kami meraikan kerja berpasukan dalam bentuk yang paling murni,” tambahnya lagi.
MAGIC SPEED 5 menampilkan gabungan FF LEAP midsole foam dan carbon plate yang direka bagi membantu pelari mengaktifkan kelajuan dengan lebih efisien dalam perlumbaan dan latihan intensif.
Kasut ini menonjol sebagai pilihan pelari kompetitif yang ingin menambah prestasi tanpa mengorbankan keselesaan dan kestabilan.
Secara keseluruhan, ASICS MAGIC SPEED Relay bukan sahaja memperkukuh reputasi ASICS sebagai jenama yang inovatif, malah berjaya menarik pelari baharu dan penonton pelbagai latar belakang.
Dengan pelancaran MAGIC SPEED 5, ASICS mengukuhkan falsafah Sound Mind, Sound Body yang menekankan keseimbangan antara prestasi fizikal dan kesejahteraan mental.
MAGIC SPEED 5 akan mula dijual pada 22 Januari 2026 dengan harga runcit bermula RM829. Kasut ini boleh didapati di butik ASICS terpilih serta platform dalam talian rasmi.
Bagi peminat larian yang mencari kelajuan, kestabilan dan gaya, MAGIC SPEED 5 merupakan pilihan ideal untuk tahun 2026.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Impak pergerakan dan latihan dengan menggunakan berat bebanan badan nyata turut memberi implikasi yang sama tatkala dilakukan dengan teknik yang betul. Alami intensiti dan tahap endurance maksima kala melakukan bodyweight training meski di mana sahaja anda berada. Latihan yang bersifat bebas dan versatil ini punya variasi berbeza serta bisa mengimprovasi kekuatan bahagian otot yang tidak dicapai menerusi weight lifting.
Burpee
Latihan yang menjadi kegemaran setiap individu kerana latihan ini nyata membantu membakar lemak secara maksima. Pergerakan yang mempertaruhkan keseluruhan tenaga tubuh nyata lebih baik berbanding latihan kardio disertai dengan koordinasi yang mampu menjadikan berat badan tubuh boleh dikurangkan dalam jangka masa yang singkat.
Crunch
Latihan abdominal yang bekerja untuk membentuk otot di bahagian abdominal. Latihan berat badan yang mampu untuk membakar lemak di bahagian perut lantaran bisa menghasilkan six pack dalam jangka masa yang singkat.
Pike Push Up
Jika anda telah mencapai keseimbangan dalam momentum rutin tekan tubi, ini adalah masa yang terbaik untuk anda mencuba pike pushup. Variasi latihan berat badan ini secara terus mensasarkan bahagian bahu dan bisa membantu memperkuatkan bahagian tubuh yang lemah sekaligus membantu membina otot tubuh secara keseluruhan.
Squat
Esensi kecergasan yang mencipta asas squat berat badan adalah untuk menghasilkan kekuatan lower body. Pastikan bahagaian bahu sebaris dengan kedua belah kaki dan turunkan bahagian bawah tubuh hingga bahagian peha berada dalam garisan lurus.
Plank
Mencipta kekuatan pada bahagian bahu dan perut, latihan berat badan ini nyata yang terbaik untuk memberi keseimbangan pada tubuh dan menghasilkan kekuatan pada setiap bahagian tubuh.
Prone Back Extension
Pasti ramai mampu melakukan reverse hyper dengan menggunakan mesin latihan namun tekanan yang dikenakan pada otot nyata akan memberi impak kepada pembinaan otot tersebut. Lebih banyak amount bebanan yang diletakkan pada tubuh ia akan mempertingkatkan kadar kontraksi dimana berlakunya kontraksi ini akan menghasilkan lebih banyak otot. Prone back extension menghasilkan lebih banyak kontraksi maka latihan berat badan ini mampu untuk mencipta jumlah otot yang lebih banyak.
Spiderman Plank Crunch
Mencabar bahagian tegah tubuh, kaki dan bahagian dada nyata bertujuan untuk mempertingkatkan keseimbangan tubuh. Berada dalam posisi plank lantas gerakkan bahagian sebelah kaki menghampiri bahagian siku lantas bawakan kembali ke posisi asal dan ulangi dengan kaki yang lain.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
TABIAT PEMAKANAN YANG BURUK DAN GAYA HIDUP TIDAK SIHAT BOLEH MEMPERCEPATKAN PROSES PENUAAN. JADI GAYA HIDUP SIHAT DAN PEMAKANAN SEIMBANG SANGAT PENTING. ANTARA CONTOH MAKANAN DAN MINUMAN YANG BOLEH MEMPERCEPATKAN PROSES PENUAAN ADALAH:
MAKANAN ATAU MINUMAN MENGANDUNGI GULA ATAU KARBOHIDRAT YANG DIPROSES
Molekul gula yang berlebihan akan bergabung dengan protein, menghasilkan AGE (Advanced Glycation End product) yang boleh merosakkan kolagen pada kulit.
MAKANAN YANG DIPROSES
Makanan diproses seperti sosej, daging burger dan nuget mengandungi sulfit dan banyak bahan pengawet lain yang boleh menyebabkan keradangan pada badan termasuk kulit dan mempercepatkan kita kelihatan tua. Tambahan pula, daging yang diproses biasanya mempunyai kandungan lemak dan garam yang tinggi. Ia boleh mengakibatkan pengekalan air dan meningkatkan risiko tekanan darah tinggi.
MAKANAN YANG TINGGI KANDUNGAN LEMAK TEPU
Lemak tepu bukan sahaja boleh meningkatkan risiko penyakit jantung malah turut menyebabkan penuaan kulit. Kajian juga menunjukkan lemak tepu boleh meningkatkan kedutan pada wajah.
Selain itu, gaya hidup seharian juga boleh menyumbang kepada penuaan awal. Antara tabiat buruk yang perlu diubah ialah:
Mengambil makanan seimbang dan berkhasiat memang penting untuk warga emas bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan.
Seperti golongan muda, warga emas juga memerlukan nutrien khusus kerana penuaan mempengaruhi proses penyerapan mineral serta penggunaan dan perkumuhan dalam badan.
Untuk itu, kombinasi makronutrien, vitamin, mineral, serat dan air sangat penting untuk membekalkan nutrien mencukupi bagi warga emas.
MAKRONUTRIEN
Sebahagian besar nutrien dalam diet seseorang terdiri daripada makronutrien. Ia terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu karbohidrat, protein dan lemak. Setiap makronutrien terbabit membekalkan kalori, tetapi dalam jumlah berbeza. Karbohidrat membekalkan empat kalori bagi setiap gram, protein pula empat kalori setiap gram dan lemak sembilan kalori setiap gram.
SERAT
Serat adalah sebahagian daripada komponen tumbuhan yang tidak boleh dihadam oleh sistem penghadaman manusia. Ia hanya terdapat dalam tumbuhan seperti buah-buahan, sayuran, kacang dan bijirin. Antara kebaikannya adalah mencegah sembelit dan mengurangkan paras kolesterol dalam darah.
Ia juga mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan beberapa jenis kanser contohnya kanser kolon.Warga emas pula disarankan supaya mengambil kandungan serat sebanyak 20 hingga 30 gram sehari.
VITAMIN DAN MINERAL PENTING BAGI WARGA EMAS
Warga emas mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami kekurangan vitamin dan mineral serta lebih mudah mendapat beberapa jenis penyakit seperti gastritis, anemia dan penyakit tulang.Vitamin A misalnya diperlukan badan bagi fungsi penghasilan pigmen retina (mata) juga membantu sistem imun badan berfungsi dengan baik.
Antara sumber utama vitamin ini ialah hati ayam, hati lembu, telur, susu penuh krim, ikan bawal hitam, ikan kembung dan susu tepung skim. Kekurangannya boleh menyebabkan beberapa masalah seperti rabun malam, hilang selera makan, kulit kering dan kasar juga sistem imun menjadi lemah selain kekeringan mata.
Vitamin C pula perlu untuk membantu badan melawan jangkitan, mengurangkan risiko penyakit dan membantu penyerapan ferum. Antara lain, ia boleh didapati daripada betik, jambu batu, kubis, oren, tomato dan mangga.
Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan kurang selera makan, skurvi, gusi berdarah, keletihan dan kemurungan. Kalsium sangat diperlukan bukan hanya untuk mengekalkan kesihatan gigi dan tulang malah ia membantu untuk mengurangkan kehilangan jisim tulang.
Ia juga membantu dalam pembentukan dan pemeliharaan tulang, mengekalkan imbangan homeostasis kalsium, membantu dalam pembekuan darah secara normal juga mengekalkan fungsi saraf dan kawal atur otot jantung.
Sumber kalsium antara lain termasuk dadih, tauhu, kailan, bayam, keju, susu soya, badan dan ikan bilis tanpa kepala. Ramai yang mungkin terlepas pandang zat besi sedangkan ia diperlukan badan untuk menghasilkan sel darah merah, mengangkut oksigen dalam badan juga penting untuk fungsi otak terutama bagi pembelajaran dan daya ingatan.
Antara sumber zat besi termasuk kerang, peria, kacang kuda, bayam, ayam, daging lembu tanpa lemak, kismis, telur dan ikan bilis.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang