Foto: Freepik

Cuba anda fikirkan berapa banyakkah pengambilan gula dalam makanan dan minuman anda setiap hari. MASKULIN yakin ramai di antara anda bangun pagi sahaja sudah mengambil sarapan yang sarat dengan gula.

Dapat minum kopi manis sudah cukup buat anda berasa segar. Walhal itu hanyalah pada minda anda sahaja dan merupakan tabiat harian. Itu belum masuk bila masuk waktu minum petang dan ketika makan tenga hari dan malam. Kita adalah apa yang kita makan dan minum.

Kawal Gula Maka Dapatlah Kawal Berat Badan, Ini Beberapa Langkah Bijak Kurangkan Pengunaannya
Food photo created by wayhomestudio – www.freepik.com

Jadi sayangilah diri dan kawal pengambilan gula dengan sebaiknya. Bagi anda yang ingin menurunkan berat badan pula, mualakan dengan memotong atau berhenti terus meminum air manis. Banyakkan minum air kosong dan jika teringin sesuatu yang manis boleh makan buah atau makanan sihat yang lain.

Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan pengambilan tenaga yang berlebihan yang seterusnya boleh meningkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti. Obesiti meningkatkan risiko pelbagai jenis penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung koronari serta beberapa jenis kanser. Gula juga boleh dikaitkan dengan karies gigi.

Dan tahukah anda penghidap diabetes merupakan golongan komorbid yang berdepan risiko sangat tinggi jika mendapat jangkitan COVID-19. Ubahlah gaya hidup anda sekarang ya!

Berikut MASKULIN kongsikan beberapa langkah yang dapat bantu anda kurangkan penggunaan gula dalam kehidupan seharian.

IKLAN

GANTIKAN DENGAN AIR KOSONG

Seperti MASKULIN nyatakan di atas anda perlu menggantikan air manis dengan meminum air kosong. Air manis seperti minuman berkarbonat, air sirap dan kordial mempunyai kandungan gula sangat tinggi.

Air kosong tidak mengandungi gula dan kalori berbanding minuman manis yang lain. Sebagai contoh satu tin air berkarbonat mengandungi kira-kira 7 sudu teh gula. Satu sudu teh gula membekalkan 20 kilokalori. Oleh itu, satu tin air berkarbonat akan membekalkan sebanyak 140 kilokalori. Sekiranya seseorang mengambil 3 tin minuman berkarbonat sehari, jumlah kalori adalah bersamaan 420 kilokalori.

HADKAN PENGAMBILAN

Tidak dinafikan sesetengah minuman memang tidak akan rasa sedap tanpa gula atau susu pekat. Jika anda mahu menggunakannyaambillah dalam kuantiti berpatutan dan sedikit sebanyak 1 sudu teh sahaja.

IKLAN

Tahikah anda, berdasarkan Kajian Pengambilan Makanan di Kalangan Orang Dewasa Malaysia 2002/2003, pengambilan gula yang ditambah dalam minuman di kalangan orang dewasa ialah sebanyak 7 sudu teh sehari iaitu 4 sudu teh gula pasir dan 3 sudu teh susu pekat manis. Oleh itu, agak sukar bagi kita untuk menerima minuman yang langsung tidak ditambah gula atau susu pekat manis. Kita boleh mulakan pengurangan pengambilan gula dan susu pekat manis kepada 1 sudu teh sahaja bagi setiap cawan minuman.

Kawal Gula Maka Dapatlah Kawal Berat Badan, Ini Beberapa Langkah Bijak Kurangkan Pengunaannya
Food photo created by wayhomestudio – www.freepik.com

KURANGKAN DALAM MASAKAN

Antara langkah dapat bantu mengurangkan pengambilan gula ialah tidak mencampurkannya ke dalam masakan. Gula merupakan salah satu ramuan utama dalam masakan seperti kuih-muih dan kek.

Contohnya bagi menyediakan 8 biji chocolate chip cupcakes, sebanyak kira-kira 100 gram gula diperlukan. Jadi kurangkan penggunaan gula sebanyak 1/3 daripada biasa. Sebiji cupcake hanya mengandungi 1½ sudu teh gula. Selain itu, anda juga boleh elak daripada menambah hiasan yang manis di atas cupcake. Gunakan saja buah-buahan semula jadi sebagai hiasan.

IKLAN

MINUMAN SAMPINGAN

‘Craving’ minuman manis memang akan melekat pada diri kita yang sentiasa amakan gaya hidup mengambil minuman manis.Minuman seperti bubble tea, minuman berkarbonat dan kopi sebagai contohnya menjadi sebahagian dari gaya hidup. Elakkan makanan dan minuman bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.

Pengambilan snek iaitu makan di antara waktu makan utama akan meningkatkan pengambilan tenaga harian. Kajian menunjukkan bahawa gula yang terkandung di dalam snek merupakan penyumbang utama dalam peningkatan pengambilan tenaga ini.

GANTI BUAH SEBAGAI PENCUCI MULUT

Kuih-muih, kek dan bubur mengandungi gula dan kalori yang tinggi berbanding snek sihat seperti buah-buahan. Oleh itu, menggantikan snek yang tinggi gula dengan snek yang sihat dapat mengurangkan pengambilan kalori harian. Contohnya kuih lepat pisang mengandungi 13 g gula tambahan dan jumlah kalori adalah 191 kilokalori. Sementara buah pisang emas tidak mempunyai gula tambahan dan hanya mengandungi 76 kilokalori.

Semoga perkongsian ini mapmu membantu anda dalam mengurangkan pengambilan gula dalam seharian.

https://www.youtube.com/watch?v=Bls5l7d0cVQ

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI