Ramai yang salah anggap tentang mentega kacang. Mereka mengatakan, mentega kacang boleh menggemukkan badan dan penyebab mudah naik jerawat.
Sebenarnya mentega kacang miliki banyak manfaat pada tubuh badan yang ramai orang belum ketahui. Ia miliki lemak bagus dan kaya dengan nutrien yang sihat, malah menjadi antara satu makanan untuk penurunan berat badan.
Namun untuk memastikan anda miliki perut rata dan cepat turun berat badan, pastikan mentega kacang yang anda makan kurang gula dan organik.
Ini 8 manfaat mentega kacang bukan sahaja untuk turunkan berat, malah untuk kesihatan tubuh badan.
Kandungan protein dan serat dalam mentega kacang buat anda cepat kenyang untuk jangka masa yang lebih lama. Ini bermakna, anda cendurung untuk tidak mengambil makanan ringan yang tidak sihat, sekali gus mengurangkan makan secara berlebihan. Cuba sapukan mentega kacang pada roti bakar semasa sarapan pagi, membuat sandwich untuk makan tengah hari dan salutkan pada epal untuk snek. Cara ini akan menghalang anda makan secara berlebihan. Saiz hidangan yang baik ialah dua sudu.
2. Turunkan berat badan
Walaupun anda mengawal ketat pemakanan anda, kajian menunjukkan kacang boleh membantu mengurangkan berat badan. Sebagai permulaan, kacang mengandungi lebih banyak protein daripada jenis kacang yang lain. 8 gram dalam 2 sudu besar. Tambahkan kepada kandungan lemak dan serat yang tinggi dan anda mempunyai snek yang lazat yang akan menjadikan daya kelaparan anda tahan lebih lama. Hasilnya mungkin kurang pengambilan kalori pada siang hari. Kebanyakan orang mendapati makan 200 kalori mentega kacang lebih sihat daripada katakan, 200 kalori pretzel. Menurut satu kajian di Journal of Obesity and Related Metabolic, kacang tanah juga boleh meningkatkan relau metabolik anda. Dalam kajian itu, kadar metabolisme subjek melonjak sebanyak 11% apabila mereka makan kira-kira 500 kalori kacang setiap hari selama 19 minggu.
Satu hidangan mentega kacang memberikan anda sekurang-kurangnya 3 mg antioksidan vitamin E. Anda juga akan mendapat khasiat magnesium (kira-kira 49g) yang sangat baik untuk membina tulang dan pemulihan otot serta sejumlah kecil daripada vitamin B6 (0.17mg) tetapi masih membantu meningkat imuniti anda.
4. Baik untuk jantung
Mentega kacang mengandungi lemak yang tidak tepu, selain kaya dengan protein yang tinggi. Fungsi lemak ini untuk melindungi kesihatan jantung daripada penyakit berbahaya kardiovaskular. Ia juga membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah yang juga menurunkan peluang untuk pengembangan penyakit jantung.
Mentega kacang dipercayai mempunyai serat yang amat baik bersama dengan nutrisi dan protein lain. Serat sememangnya amat penting untuk kesihatan badan terutama yang berkaitan dengan sistem pencernaan.
6. Menjadikan anda bijak
Kajian mendapati lemak monounsaturated dalam makanan seperti kacang dan minyak zaitun adalah perlindungan terhadap kesihatan dan fungsi otak. Ciri-ciri antioxidative dan anti-inflamasi kacang membantu mengurangkan tekanan (atau kerosakan oksidatif) ke otak. Jadi untuk kanak-kanak yang sedang membesar, mentega kacang sesuai untuk diambil kerana ia boleh merangsang pertumbuhan sel-sel otak.
Mentega kacang mengandungi magnesium, antioksidan, serat, kalium, protein dan lemak tepu yang dikatakan sangat baik untuk kecantikan dan kesihatan kulit.
8. Melancarkan pengaliran darah
Kandungan nutrisi seperti zat besi, tembaga, magnesium dan potassium dalam mentega kacang dapat mengatur kelancaran aliran darah dalam tubuh.
9. Lebih bertenaga
Protein, serat dan lemak sihat dalam mentega kacang boleh memberikan anda tenaga yang cukup untuk hari tersebut. Ia juga membantu mengekalkan gula darah yang stabil, yang menghalang keletihan dan lesu ketika anda sedang bekerja.
Berjaya beraksi di pentas akhir kejohanan Hoki Dalam Dewan Asia 2017 pada penyertaan kali pertama skuad wanita umpama motivasi dan perangsang buat semua pemain bagi mengharungi temasya Suka SEA ke 29, di Kuala Lumpur Ogos nanti.
Diletakkan bersama Kazakhstan, Thailand, Uzbekistan, China dan Korea Utara pada kejohanan yang berlangsung 24 hingga 28 April lalu bukanlah tugas mudah buat anak didik Iman Gobinathan untuk melangkah ke pentas akhir menentang Kazahstan sebelum tewas 0-3.
Bagi Iman, kejayaan mara ke pentas akhir umpama penyuntik semangat memandangkan ini kali pertama skuad wanita menyertai kejohanan berprestis seumpama ini.
“Skuad hoki wanita dibentuk pada awal tahun ini bagi saingan sukan SEA di Kuala Lumpur. Mereka menjalani latihan dan perlawanan persahabatan untuk menguji kemampuan masing-masing.
“Beberapa siri perlawanan persahabatan yang diadakan di Australia pada Mac lalu memberi pengalaman serta pendedahan berguna buat semua pemain sebelum menyertai kejohanan hoki dalam dewan asia 2017 di Doha.
“Walaupun tewas kepada lawan yang lebih berpengalaman berbanding kami, tetapi persembahan pemain begitu mengujakan dan ia menepati sasaran untuk memastikan pungutan pingat emas mampu diraih pada aksi di Kuala Lumpur, Ogos nanti,” katanya pada sidang media Kita Juara di Majlis Sukan Negara, tengah hari tadi.
Turut hadir pada sidang media tersebut ialah, Pengurus Pasukan Noor Saliza Ahmad Sobni dan atlet kebangsaan, Qasidah Najwa Muhd Halimi serta Nor Izaidah Ibrahim.
Diminta mengulas persembahan pemain pada temasya tersebut, Iman melihat peningkatan mendadak dipamerkan anak didiknya walaupun masih baru menjalani latihan bersama dalam satu pasukan.
“Persiapan kini berjalan lancar dengan rata-rata pemain yang beraksi di Doha akan menggalas cabaran di Kuala Lumpur nanti, dari segi corak latihan pula mereka berjaya mengikutinya walaupun ada beberapa perbezaan dengan hoki luar.
“Pastinya kelajuan, hantaran tepat dan stamina tinggi diperlukan, saya lihat pemain berjaya menyesuaikan diri.
“Untuk aksi di Doha, pasukan sentiasa ketinggalan pada separuh masa pertama sebelum mereka bangit memberikan saingan pada babak seterusnya untuk mencapai kemenangan.
“Mudah menyesuaikan diri dengan taktikal perlawanan dan semangat berpasukan yang tinggi, itulah kelebihan utama pasukan, “katanya yang percaya Thailand dan Indonesia antara halangan utama pada temasya Sukan SEA di laman sendiri, Ogos nanti.
Tidak perlu diperkatakan lagi sekarang sememangnya ‘demam’ aktiviti berbasikal cukup meluas sekali di negara kita. Saban minggu lihat sahaja lokasi rekreasi pasti penuh dengan penunggang basikal. Kelebihan melakukan senaman berbasikal semakin menjadi pilihan aktiviti senaman.
Namun di sebalik keseronokan berbasikal di jalan raya, anda sebenarnya terdedah dengan risiko kemalangan. Jadi buat anda yang tidak mahu berdepan risiko itu dan tapi mahu mengayuh basikal bagaimana pula?
Usah risau kerana ada solusinya yang tidak kurang menarik. Basikal senaman untuk kegunaan indoor atau popular dengan gelaran spin bike menawarkan anda aktiviti kayuhan yang bukan sahaja selamat tetapi juga efektif.
Berbanding dengan peralatan senaman kardio yang lain, spin bike tidak memberikan stres yang tinggi kepada sendi dan anggota badan. Tapi dalam masa sama, ia mampu menjadi alat untuk senaman aerobik yang baik.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi kelebihan melakukan senaman menggunakan spin bike.
Mengayuh spin bike merupakan antara cara terbaik untuk membuatkan jantung berdegup pantas ketika melakukan aktiviti. Senaman kardio seperti kayuhan ini membantu menguatkan bukan sahaja jantung tetapi paru-paru dan otot.
Ia juga membantu pengaliran darah dan oksigen lebih baik ke seluruh anggota badan. Selain itu, terdapat banyak lagi manfaatnya seperti;
Tidak dinafikan ramai melakukan aktviti senaman spin bike bertujuan untuk menurunkan berat badan. Bergantung kepada tahap intensity senaman, anda boleh membakar sehingga 600 kalori dalam masa satu jam aktiviti kayuhan.
Membakar kalori dengan efisien adalah penting untuk mencapai misi menurunkan berat badan.
Melakukan semanan dan kayuhan instensity tinggi boleh membantu badan membakar lemak badan dan membina kekuatan dalaman. Jika dilakukan secara konsisten ia akan membakar lemak badan dengan banyak.
Satu kajian oleh National Institutes of Health US mendapati aktiviti kayuhan juga sangat efektif untuk menurunkan kadar kolesterol dan triglyceride.
Berimpak rendah di sini bermaksud senaman spin bike kurang mendedahkan anda kepada kecederaan di bahagian sendi atau tulang. Ini kerana kayuhan ini tidak memberikan banyak tekanan kepada anggota badan. Lalu ia menjadi pilihan senaman yang sangat baik buat mereka berdepan kecederaan sendi.
Melakukan kayuhan spin bike membantu anda membina kekuatan di bahagian kaki dan paha. Aktiviti kayuhan membantu anda menguatkan bahagian betis, hamstrings dan quadriceps. Ia juga mampu menguatkan otot di bahagian belakang.
Jika anda ingin mencari spin bike berharga menarik, sila kunjungi laman sesawang ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
“Saya hanya mahu terus bergerak.” Itulah kata-kata yang menggambarkan semangat luar biasa Sawang Janpram, seorang atlet veteran dari Thailand yang berjaya mencuri tumpuan dunia apabila memenangi pingat emas dalam acara lari pecut 100 meter di kejohanan World Masters Games di Taipei baru-baru ini.
Apa yang menjadikan kemenangan ini lebih mengagumkan? Sawang kini berusia 105 tahun.
Sawang sebenarnya satu-satunya peserta dalam kategori umur 100 tahun ke atas.
Secara teknikal, beliau ‘menang tanpa bertanding’. Namun, tidak ada siapa yang meragui kemenangan ini.
Mencapai usia satu abad dan masih mampu berlari 100 meter dalam 38.55 saat bukan sahaja satu pencapaian fizikal, tetapi simbol kekuatan mental dan dedikasi.
Sawang bukan atlet seumur hidup. Beliau pernah menjadi guru besar dan juga penanam durian sebelum mula aktif bersukan pada usia 90 tahun.
Dorongan untuk kekal aktif hadir apabila beliau bimbang akan kehilangan keupayaan bergerak. Nasib baik, anak perempuannya turut memberi semangat.
Kini, 15 tahun kemudian, beliau bukan sahaja masih aktif malah telah mengumpul lebih daripada 60 pingat dalam pelbagai acara seperti lembing, cakera dan lontar peluru.
Bukan Sawang seorang yang aktif anak perempuannya, Siripan, 73, turut menyertai kejohanan yang sama dan berjaya membawa pulang dua emas dan satu perak dalam acara balingan.
Kedua-dua beranak ini kerap berlatih bersama di pantai Rayong, Thailand, membuktikan bahawa sokongan keluarga memainkan peranan besar dalam mengekalkan gaya hidup sihat dan aktif walaupun pada usia emas.
Kisah Sawang Janpram adalah satu peringatan bahawa tiada istilah terlambat untuk memulakan sesuatu yang baru.
Beliau memulakan perjalanan atletiknya pada usia yang kebanyakan orang lain sudah bersara dan berehat di rumah.
Namun bagi Sawang, setiap langkah di trek adalah langkah menentang masa dan kemenangan beliau adalah kemenangan buat kita semua, tentang harapan, kesungguhan, dan keberanian untuk terus hidup aktif tanpa mengira usia.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.