Apabila berbicara soal pasangan hidup, setiap individui mempunyai ciri-ciri tertentu yang diidamkan.
Bagi pengacara dan penyampai radio Keanu Azman, dia secara peribadi berharap agar menemui seorang wanita yang mempunyai pemahaman agama yang setara dengannya.
“Kita punya pemahaman agama itu kalau sama, dia lagi senang sebenarnya,” ujarnya kepada Maskulin.
Pergi ke pasar, makan di tempat yang best, layan cartoon dan tidur merupakan sebahagian aktiviti waktu pagi kebanyakan orang kita. Ada juga yang kena kerja di hujung minggu, demi mencari rezeki untuk diri dan anak-anak. Bagi pencinta kesihatan pula, mereka akan memenuhi pusat sukan dan taman-taman rekreasi.
Antara aktiviti mereka ini adalah berjogging. Istilah jogging ini agak sukar diterjemah ke dalam bahasa melayu. Ia hampir kepada berlari tetapi dengan momentum yang lebih perlahan. Jogging pada waktu pagi merupakan aktiviti yang paling seronok sebenarnya.
Selain menjaga kesihatan, dengan jogging mungkin dapat meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan, hirup udara segar dan mungkin juga yang cuci-cuci mata! Dalam keseronokan kita berjogging, jangan lupa untuk jaga keselamatan.
Berikut merupakan perkara asas yang perlu anda semak sebelum jogging:
1. Periksa tahap kesihatan
Nak jogging boleh. Kalau anda mampu, 11 round pun tidak ada apa-apa masalah. Tapi sebelum itu, periksa diri anda dulu. Semak tekanan darah anda, kadar denyutan jantung dan kesihatan tulang dan otot anda. Bukan semua orang sesuai berjogging.
Contohnya, orang yang obesiti, tidak baik untuk lutut mereka dan jantung kerana memberi impak yang tinggi. Mereka perlu mula dengan aktiviti ringan dahulu seperti berjalan.
2. Pilih kasut yang betul
Alaa.. Ko pakai je kasut sneakers tu! Jogging je pun! Ingat ya, penggunaan kasut yang betul ketika melakukan aktiviti jogging adalah benda yang wajib diperhatikan. Pilih kasut yang direka khas untuk jogging dan ringan. Pastikan tidak terlalu ketat dan tapak mestilah tebal serta berspan. Baru selesa nanti!
3. Lakukan warm up
Jangan lupa untuk panaskan badan. Kereta pun kalau anda terus start dan pandu pasti akan semput juga. Begitu lah sistem badan kita. Perlu lakukan pemanasan badan dulu untuk melonggarkan tegangan di sendi-sendi badan dan melancarkan darah ke seluruh badan.
4. Minum air
Minum air dahulu tapi berpada-pada untuk mengelakkan anda muntah air. Pastikan sepanjang aktiviti air ada bersama anda.
Sekarang, mari sama-sama kita lihat teknik berjogging yang betul:
1.Rileks. Tenangkan fikiran dan tubuh anda.
2.Jangan membongkok. Pastikan kepala dan badan tegak manakala pinggul pula ke depan sedikit. Bahu yang bengkok memnyempitkan saluran pernafasan, serta mengurangkan keupayaan paru-paru untuk memproses aliran oksigen dan karbon dioksida. Kesannya, anda akan semput cepat.
3.Bernafas melalui hidung. Ketika jogging, tarik nafas melalui hidung dan lepaskan dengan mulut. Jangan bernafas dengan laju, nanti anda akan mudah pancit. lebih teruk, takut anda sesal nafas pula nanti. Jangan juga bernafas melalui mulut.
4. Mendarat di pertengahan kaki. Macam mana tu? Ketika anda hendak mendaratkan kaki anda ke permukaan, letakkan dahulu bahagian tengah kaki anda, bertujuan mengurangkan impak. Mendarat dengan tumit dan hujung jari kaki berisiko mendatangkan kecederaan.
5. Mendarat di bawah badan. Pastikan ketika hendak meletakkan kaki di permukaan, kaki anda betul-betul berada di bawah badan anda. Caranya mudah sahaja, jangan joggingdengan kaki anda terjulur ke hadapan. JIka anda mendaratkan kaki di hadapan badan, biasanya anda akan letakkan tumit dahulu dan berisiko terpecok. Contoh cara yang salah:
6. Bengkokkan lutut sedikit ketika mendarat. Lutut yang sedikit bengkok membantu memanjangkan waktu impak, dan mengurangkan kesan kepada lutut ketika anda berjogging.
7. Jangan kepalkan tangan. Posisi tangan yang betul seolah-olah dengan memegang sebutir telur telapak tangan. Oleh itu, pastikan ketika berjogging, anda tidak “memecahkan telur” dalam genggaman tangan.
8. Hanyunkan lengan. Biarkan lengan menghayun secara semula jadi dan pastikan juga siku membengkok 90 darjah.
9. Mulakan larian anda dengan kadar yang sederhana. Ramai yang tewas awal ketikajogging. Ini kerana mereka terlalu ghairah jogging dengan laju di awalnya. Badan akan terkejut dan menyebabkan semput di pertengahan.
Bangun pagi dan Jom! Jogging dengan selamat
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sudah menjadi satu fenomena sosial yang menarik di mana semakin ramai lelaki muda memilih untuk menjalin hubungan dan bahkan berumah tangga dengan wanita yang lebih berusia.
Keputusan ini, yang mungkin dianggap tidak konvensional oleh sebagian masyarakat, sebenarnya ada berbagai alasan. Artikel ini akan mengupas alasan utama mengapa lelaki muda cenderung memilih wanita berusia sebagai teman hidup.
Contoh terbaik yang boleh kita sentiasa jadikan teladan ialah Rasulullah SAW yang berkahwin dengan Siti Khadijah r.a yang lebih tua daripada baginda. Umur bukanlah penghalang untuk mengecap kebahagian dalam berumahtangga dan membina keluarga yang hidup dalam keadaan sejahtera.
Berikut dikongsikan fakta tentang kelebihan lelaki yang mempunyai pasangan dan berkahwin dengan wanita lebih berusia.
NALURI KEIBUAN MENEBAL
Kebanyakan wanita yang lebih berusia mempunyai pemikiran yang lebih dewasa. Jadi secara semula jadi naluri keibuan telah wujud dalam diri mereka. Perasaan kasih sayang dalam membelai dan mendidik anak-anak sudah tersemat dalam diri mereka.
MATANG DAN BERDIKARI
Perempuan yang lebih berusia bersifat lebih matang dan bijak dalam mengendali masalah walaupun dalam situasi yang berbeza. Mereka akan lebih bersabar dalam mengharungi ujian kehidupan dan mampu mengendalinya seorang diri. Setelah memiliki teman hidup, mereka akan menjadi semakin matang.
TINGGI KEYAKINAN DIRI
Ya, kebanyakan wanita yang lebih tua berbanding lelaki memiliki keyakinan diri yang tinggi. Pengalaman mereka telah bertemu dengan seghala macam orang. Lalu menjadikan mereka lebih masak dengan selok-belok kehidupan menjadikan mereka seseorang ada keyakinan diri. Mereka juga dapat membantu suaminya dalam membuat sebarang keputusan dengan lebih matang.
LEBIH SERIUS
Apabila terbuka hati untuk berkahwin itu mereka sudah cukup jelas akan matlamat dan bukan sekadar main-main. Mereka lebih memandang serius akan hubungan suci yang bakal terjalin. Semuanya sudah sangat teratur dan mereka juga seorang yang mempunyai pendirian tetap.
BERSIKAP TERBUKA
Sudah lumrah, kebanyakan wanita terkenal dengan bahasa kiasannya yang kadangkala sukar ‘ditangkap’ oleh lelaki. Keistimewaan dalam memiliki isteri yang lebih berusia adalah mereka lebih cenderung berinteraksi tanpa sebarang kiasan. Mereka akan menyampaikan hasrat di hati dengan jelas agar si lelaki mudah memahaminya.
Di sebalik pilihan yang tampak menyalahi norma ini, tersembunyi sejumlah faktor yang memilih lelaki muda membuat keputusan tersebut. Terpulang kepada diri masing-masing untuk menilai pasangan. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat buat anda.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Atlet renang dari Itali, Thomas Ceccon dilihat tidur di kawasan taman di Paris selepas mengadu tentang kemudahan penginapan di perkampungan Sukan Olimpik Paris 2024.
Memetik laporan Daily Mail, Thomas meluahkan rasa kecewa dengan penginapan para atlet di kejohanan itu dan mendakwa sukar untuk tidur malam mahupun tidur siang.
“Tiada pendingin hawa di perkampungan, ianya panas, makanan juga teruk,” ujarnya yang merangkul pingat emas dalam acara kuak lentang 100-meter kategori lelaki minggu ini.
“Ramai atlet berpindah disebabkan alasan ini. Ia bukan alibi atau alasan, ia adalah kenyataan yang mungkin tidak semua orang tahu,” tambah Thomas.
“Biasanya, apabila saya di rumah, saya sentiasa tidur pada waktu petang. Di sini saya bergelut dengan kepanasan dan bunyi bising,” luah atlet berusia 23 tahun itu lagi.
Atlet dayung dari Arab Saudi, Husein Alireza melihat Thomas tidur beralaskan tuala di sebuah taman lalu mengambil gambar dan memuat naiknya di laman Instagram
Selain Thomas, perenang dari Australia dan Perancis sendiri iaitu Ariarne Titmus dan Assia Touati turut mengadu mengenai penginapan yang disediakan oleh Paris selaku tuan rumah kejohanan tahun ini.
Meskipun berjaya mempertahankan pingat emas bagi acara gaya bebas 400 meter, Ariarne beranggapan yang dia mampu memecahkan rekod dunia jika diberikan penginapan yang lebih selesa.
“Ia mungkin bukan masa yang saya fikir saya mampu, tetapi tinggal di Perkampungan Olimpik menyukarkan saya untuk beraksi,” kata Ariarne ketika ditemu bual selepas perlumbaan.
“Ia pastinya dibuat bukan untuk prestasi tinggi, jadi ia mengenai siapa yang benar-benar boleh menguatkan semangat dalam fikiran”.
Katil di Perkampungan Olimpik Paris 2024 menjadi tumpuan utama disebabkan ketidakselesaannya.
Katil bujang yang dihasilkan oleh Airwave menggunakan bingkai yang diperbuat daripada kadbod sebagai salah satu usaha kelestarian penganjur.
Bagaimanapun, usaha kelestarian itu memperjudikan keselesaan apabila katil itu didakwa mudah mendap oleh beberapa atlet selepas malam pertama menggunakannya.
Selain itu, penginapan mereka juga didakwa tidak mirip langsung dengan sebuah hotel apabila mereka perlu mendapatkan sendiri beberapa keperluan seperti tisu tandas.
Kemunculan wajah Aiman Hakim Ridza di beberapa lokasi strategik menerusi paparan digital gergasi menimbulkan rasa tertanya-tanya di kalangan orang awam.