Senaman jumping jack atau lompat bintang merupakan antara senaman yang pernah popular digunakan sebagai senaman alternatif. Senaman jumping jack antara senaman yang penting kerana ia mampu meningkatkan daya tahan kardiovaskular pada tubuh badan.
Meskipun senaman jumping jack ini kelihatan mudah tetapi ia juga sangat efektif untuk dilakukan. berikut disertakan 8 kelebihan senaman jumping jack.
1. Baik untuk jantung
Dengan senaman ini ia mampu untuk meningkatkan kesihatan jantung. Ia juga bertindak sebagai agen yang mampu mencegah penyakit kardiovaskular seperti diabetes dan mencegah obesiti.
2. Meningkatkan kekuatan dan daya tahan tubuh badan
Senaman jenis ini merupakan salah satu cara untuk meningkatkan stamina dan daya tahan. Ia juga membantu untuk meningkatkan fleksibiliti pada tubuh.
Ads
3. Menguatkan tulang
mengurangkan risiko osteoporosis apabila anda melakukan jumping Jack dengan menggunakan beban kerana ia mampu menguatkan tulang.
4. Membakar kalori
Membantu dalam proses membakar kalori dengan cara yang paling efisyen dan efektif. Ia juga mampu untuk membakar lemak dan membolehkan seseorang itu mengekalkan berat yang ideal terutama jika ia dilakukan dengan kosisten.
Ads
5. Melatih otot
Jumping Jack bagus untuk melatih dan menguatkan otot pada abdomen, deltoids dan calves.
Senaman yang paling bagus untuk meningkatkan kadar metabolisma. Ia juga mampu memberikan ton terhadap tubuh badan anda.
7. Mengurangkan berat badan
Jumping Jack juga mampu untuk mengurangkan berat badan kerana senaman ini dapat meningkatkan kadar denyutan jantung anda dan ia menyebabkan proses pembakaran kalori dan lemak secara tidak lansung.
8. Mengekalkan tubuh badan yang ideal
Senaman ini juga dapat membantu anda mendapatkan serta mengekalkan tubuh badan yang ideal.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa yang tak ingin memiliki badan yang sihat dan fizikal yang mantap, bukan?
Demi mencapai objektif itu ramai lelaki sanggup berpenat-lelah bersenam dengan melakukan pelbagai teknik serta cara senaman.
Bersenam sememangnya aktiviti yang sangat dituntut sekiranya anda ingin dapatkan tubuh badan yang sihat serta stamina yang baik.
Dan pada masa kini terdapat ratusan jenis regim senaman yang boleh anda ikuti. Setiap senaman itu mempunyai intensiti serta disiplin yang berbeza.
Ya, memang bagus jika anda seorang yang sangat rajin bersenam. Namun dalam apa jual hal pun jika anda melakukan melebihi limit fizikal sendiri ia hanya akan bawa keburukan.
Ramai orang yang tak sedar bahawa mereka sebenarnya telah melakukan over training. Sekejap, mungkin anda bertanya apa itu ‘over training’.
Ia sebenarnya kondisi di mana seseorang itu melakukan aktiviti atau latihan melebihi tahap kemampuannya lalu menyebabkan prestasinya jatuh merudum dan berdepan kesukaran untuk dipulihkan.
Terdapat beberapa petanda di mana anda boeh kesan jika anda melakukan over training.
Anda berdepan kesukaran untuk capai prestasi terbaik walaupun sudah melakukan senaman yang difikirkan sesuai. Prestasi semasa anda juga bertukar jadi sukar untuk diramalkan. Ada ketika okay dan ada ketikanya sangat merudum. Ini petanda bahawa anda sudah overtraining.
Walaupun melakukan senaman yang sangat banyak namun semakin lama semakin sukar untuk anda capai sasaran yang diletakkan. Ini kerana badan anda memberi reaksi tindak balas terhadap senaman yang terlebih dilakukan anda.
Ini petanda yang paling jelas boleh berlaku kepada anda. Bila anda sering merasa sakit selepas melakukan senaman itu tandanya ada sesuatu yang tak kena. Besar kemungkinan anda tak mengendahkan isyarat badan dan melakukan overtraining.
Mungkin anda fikir bila badan terlalu penat ia akan buat badan dan minda akan mudah tidur. Tapi sebenarnya yang sebaliknya juga boleh berlaku. Masalah ini kemudian boleh melarat kepada gangguan lain seperti mental serta menjejaskan kehidupan harian anda.
Bila melakukan latihan atau senaman anda jadi mudah hilang fokus. Perkara ini berlaku kerana tubuh badan anda sudah tidak dapat mencapai objektif senaman. Perkara ini juga dikaitkan juga dengan masalah stres yang tinggi.
Ingalah bersenamlah secara sihat dan jangan lakukannya seorang diri. Jika anda rasa ada yang tak kena rujuklah jurulatih senaman atau doktor untuk dapatkan nasihat. Kecederaan akibat overtraining juga cukup merbahaya dan menjejaskan kesihatan anda dalam jangka masa yang panjang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pelumba muda berbakat, Kasma Daniel Kasmayuddin akan beraksi atas tiket wildcard dalam kategori SuperSports 600cc pada Pusingan 4 Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia, 11 hingga 13 Ogos ini.
Sebelum ini, Kasma pernah beraksi selama dua musim dalam kategori Asia Production 250cc di ARRC sebelum melangkah ke saingan Moto3 Kejuaraan Remaja Dunia CEV Sepanyol pada tahun ini.
Masih segar dengan kemenangan keempat dalam saingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Jasin, Melaka, Ahad lalu, Kasma membuat keputusan untuk menyertai perlumbaan SuperSports 600cc sebagai latihan dan persediaan untuk menghadapi sebarang perlumbaan pada musim 2017 ini.
“Saya tidak meletakkan sebarang sasaran kerana perlumbaan minggu ini hanyalah sebagai medan latihan dan persediaan saya untuk menghadapi perlumbaan akan datang.
“Saya gembira kerana berpeluang untuk beraksi kembali di ARRC walaupun kategori berbeza berbanding tahun sebelum ini di dalam kategori 250cc. Saya berharap dapat menggunakan peluang minggu ini untuk menimba pengalaman dan pendedahan berguna,”ujar Kasma.
Penuaaan sering dikaitkan dengan penyakit, keuzuran, keperluan kepada perkhidmatan sosial dan kesihatan, bantuan kewangan, ketidakupayaan serta kebergantungan kepada penjaga atau ahli keluarga.
Penuaan berjaya didefinisikan berdasarkan model multidimensi iaitu bebas daripada penyakit kronik, ketidakupayaan fizikal serta fungsi kognitif yang lebih baik. Apa yang membimbangkan adalah dalam masa lebih sedekad ini, kadar penuaan berjaya berdasarkan definisi sama dalam kalangan warga emas menurun kepada 11 peratus.
Faktor utama penuaan pada tahap keupayaan yang tinggi ialah obesiti, penyakit kardiovaskular seperti darah tinggi, kencing manis, kanser, osteoporosis, demensia (nyanyuk) dan sebagainya.
Penuaan adalah perkara semula jadi. Tetapi fenomena penuaan yang dicerap di kebanyakan negara Asia adalah membimbangkan kerana tidak seiring dengan peningkatan Gross National Index (GNI) serta pembangunan infrastruktur terutama berkaitan sokongan sosial dan kesihatan untuk populasi menua.
kesihatan fizikal dan fungsi kognitif yang lebih baik, sokongan sosial yang kuat, tahap pendidikan yang lebih tinggi dikenal pasti menyumbang ke arah penuaan sihat.
Selain itu, kurang pembabitan dalam aktiviti baik pulih mekanikal serta tidak menggunakan teknologi moden dan kurang mengambil buah-buahan serta jus selain jarang berpuasa turut memainkan peranan penting.
“Berpuasa setiap Isnin dan Khamis berupaya mengurangkan emosi kurang baik termasuk melambatkan proses penuaan dalam kalangan warga emas.
“Sekiranya amalan itu diteruskan selama tiga bulan, tabiat berkenaan mengurangkan berat badan selain menurunkan peratus lemak tubuh, tekanan darah dan aras lipid darah.
Amalan berpuasa yang digabungkan diet pengehadan kalori (FCR) mengurangkan 300 sehingga 500 kalori pada hari biasa, mampu mengurangkan berat badan, peratus lemak tubuh, tekanan darah dan aras lipid darah.
“Orang yang kerap berpuasa menunjukkan pengurangan kerosakan DNA yang memberangsangkan berbanding yang tidak berpuasa.
“Diet ‘superfood’ merangkumi sumber protein daripada ikan serta memperbanyakkan pengambilan buah dan sayur amat penting untuk mengekalkan kesihatan warga emas,” katanya.
Ikan daripada spesies salmon kaya asid lemak omega bagus untuk fungsi otak dan jantung selain bersenam untuk menguatkan fungsi otot.
Ikan tempatan seperti kembung dan cencaru mengandungi asid lemak omega malah lebih tinggi berbanding susu omega yang dijual di pasaran.
Memasak menggunakan kaedah memanggang dan berkuah seperti singgang, asam pedas atau sup mengekalkan kandungan omega berbanding menggoreng.’
Superfood lain adalah ulam-ulaman seperti daun kesom, ulam raja dan daun selom kaya dengan polifenol khususnya daun selom meningkatkan daya ingatan dan fungsi sosial warga emas yang mengalami gangguan emosi. Beliau juga mengingatkan berat badan sihat juga antara satu kunci utama pada penuaan sihat terutama bagi golongan pertengahan usia.
“Beberapa kajian jangka panjang menunjukkan hubungan antara berat badan dan risiko kematian adalah berbentuk U iaitu mortaliti meningkat pada berat badan yang terlalu rendah atau terlalu tinggi.
“Adalah penting bagi golongan pertengahan usia untuk mencapai berat badan sihat iaitu berat badan ideal sebagai satu faktor ke arah penuaan sihat.
“Bagaimanapun, pakar kesihatan awam sangat bimbang dengan gejala obesiti yang menjadi epidemik kian meningkat dalam kalangan populasi di Malaysia kebelakangan ini.
Pengambilan buah-buahan tropika seperti jambu batu berpotensi meningkatkan fungsi otak termasuk meningkatkan daya ingatan seterusnya mengurangkan risiko nyanyuk.
Selain itu, talbinah yang menjadi pemakanan sunah yang diamalkan masyarakat Arab mengurangkan risiko kemurungan di institusi penjagaan warga emas.
Ia adalah sejenis minuman barli yang dimasak bersama susu dan dimaniskan dengan madu (25 gram talbinah dalam 100 milileter air suam).
Panduan bagi penuaan kognitif sihat
• Kawal paras gula ke tahap normal.
• Kawal aras lemak ke tahap normal.
• Ambil buah-buahan dan sayur sayuran lima hidangan sehari.
• Ambil ikan lima hidangan seminggu.
• Amalkan pengehadan kalori melalui berpuasa sunat atau diet rendah kalori.
• Lakukan aktiviti merangsang minda.
• Bersenam paling kurang 30 minit lima kali seminggu.
• Elakkan merokok dan alkohol.
Minyak ikan:
• Kaya dengan DHA
• Meningkatkan fungsi kognitif ringan, daya ingatan pendek dan ingatan bekerja bagi warga emas.
Faktor risiko diemensia:
• Kegemukan
• Kurang cergas
• Kurang membaca
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
adidas membawa pengalaman marathon lebih lengkap ke SCORE Marathon 2026 menerusi House of Fast, Recovery Zone dan pelbagai ganjaran eksklusif untuk komuniti pelari.