Apabila menghadiri majlis atau ke tempat kerja, tentu sekali kita mahu kelihatan kemas supaya mempunyai keyakinan diri yang lebih tinggi jadi pasti saja kita memilih baju kemeja. Tapi bila kemeja putih yang dibeli bertukar menjadi kekuningan mesti perasaan jadi tidak seronok. Sebenarnya ada cara mudah nak nak jaga kemeja putih walaupun dah bertahun pakai.
Nak tahu macam mana caranya kena lah baca artikel ini.
1.Ketika Basuh, asingkan baju-baju putih mengikut materialnya
Ads
Bukan setakat baju bewarna, baju putih yang dicampur bersama baju putih lain pun harus ditengok terlebih dahulu materialnya sebelum dibasuh sekali. Kemeja yang diperbuat daripada linen dan kapas boleh dibasuh bersama. Kalau kemeja material berbulu perlu diasingkan walaupun ia bewarna putih.
2. Buang tompok kotoran dengan tangan dahulu & rendam dalam air panas
Ads
Kalau ada tompok kotoran pada kemeja, bersihkan dulu bahagian itu sebelum basuh kemeja tersebut. Gunakan bahan pencuci khas untuk baju putih yang mengandungi bahan dan enzim peluntur oksigen. Kalau malas nak keluar beli, gunakan sabun cuci pinggan mangkuk yang ada di rumah. Bila kotoran sudah hilang, rendam kemeja dalam air panas menghilangkan kesan tompokan yang dicuci pada baju.
3. Selepas Rendam dalam air panas, basuh guna sabun pencuci dan jemur dekat panas
Kalau tak mahu guna lemon, guna air jeruk lemon juga boleh. Apa yang penting, jemur kemeja tersebut di bawah cahaya matahari. Bukannya dikeringkan dengan dekat kedai ‘dobi segera.’
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bagi suami isteri yang menginginkan anak khususnya dalam kalangan pasangan agak berusia, masa bukanlah kawan. Semakin lama bertangguh, semakin rendah peluang untuk mendapatkan anak. Sebabnya mudah. Tahap kesuburan wanita merosot dengan peningkatan umur terutama selepas berusia 35 tahun. Bahkan gaya hidup yang kurang sihat juga akan mempengaruhi tahap kesuburan lelaki dan wanita secara keseluruhannya
Pasangan dikatakan mengalami masalah kesuburan sekiranya tidak berjaya hamil selepas enam bulan berkahwin dan mengadakan hubungan kelamin tanpa perlindungan. Bagi pasangan muda, tempoh ini boleh dilanjutkan kepada setahun. Namun bagi pasangan berusia 35 tahun ke atas, sekiranya cubaan selama enam bulan tidak berjaya, segeralah berjumpa pakar kesuburan bagi mendapatkan bantuan.
Apabila gagal mendapatkan anak, sepatutnya tidak timbul soal salah siapa sehinggalah suami dan isteri menjalani pemeriksaan.
Bukan anda saja yang berdepan dengan perkara ini. Dianggarkan 15 peratus pasangan di seluruh dunia mengalami masalah kesuburan. Jangan cepat menuding jari ke arah pasangan kerana kajian menunjukkan 30 peratus punca masalah berada pada pihak suami, 30 peratus pada isteri dan 30 peratus lagi pada kedua-duanya. Sementara baki 10 peratus lagi tidak dapat dipastikan dengan tepat.
Bagaimanapun, oleh kerana suami dan isteri mempunyai jumlah kemungkinan yang sama (mengalami masalah kesuburan), mereka perlu mencapai kata sepakat dalam menangani isu ini. Sekiranya bersungguh mahukan zuriat, segeralah membuat temu janji dengan doktor pakar supaya pemeriksaan dan rawatan boleh diberikan secepat mungkin.
Antara perkara yang boleh menyebabkan kemerosotan tahap kesuburan ialah melengahkan perkahwinan, bertangguh untuk mendapatkan anak, tekanan, gaya hidup tidak sihat (termasuk merokok, kurang bersenam dan tidak mengamalkan pemakanan seimbang) serta sikap kurang ambil peduli mengenai perkara ini.
Pemeriksaan
Biasanya apabila pasangan sudah bersepakat dan bersedia mendapatkan bantuan pakar, mereka akan memberikan kerjasama yang lebih baik berbanding jika hanya isteri yang teringin mempunyai anak.
Antara ujian yang perlu dijalani pasangan ialah:
• Analisis sperma untuk mengetahui kualitinya. Kualiti sperma boleh terjejas jika seseorang lelaki itu merokok, mengamalkan pemakanan tidak sihat, selalu memakai seluar ketat (yang meningkatkan haba pada zakar), tekanan dan jangkitan penyakit.
• Imbasan bunyi untuk rahim dan ovari. Doktor akan memeriksa kehadiran sista ovari atau fibroid.
• Ujian darah bagi ujian hormon. Ini adalah untuk mengetahui kehadiran sista pada ovari dan ketidakseimbangan hormon yang biasanya dilakukan pada hari kedua, ketiga atau keempat haid.
• Penilaian tiub Fallopian melalui ujian sinar-X dan laparoskopi.
Pilihan
Pilihan rawatan tertakluk kepada keadaan dan keputusan ujian setiap pasangan sama ada menjalani kaedah permanian beradas (IUI), persenyawaan in-vitro (IVF) atau suntikan sperma intrasitoplasmik (ICSI). Namun, pasangan masih mempunyai hak untuk menentukan kaedah yang dikehendaki selepas berbincang dengan doktor.
Dalam kaedah IUI, sperma suami akan disuntik masuk ke dalam rahim isteri. Ini akan mencegah sebarang komplikasi yang mungkin timbul sepanjang perjalanan sperma untuk sampai ke rahim. Ini adalah kaedah yang paling lazim dan biasanya dicadangkan jika jumlah sperma suami agak rendah atau isteri ada masalah peranakan yang lain.
Kadar kejayaan kehamilan adalah sekitar 15 hingga 20 peratus. Kadar ini juga dipengaruhi oleh banyak faktor antaranya umur wanita, kualiti sperma dan telur atau kerosakan pada tiub Fallopian.
Embrio inilah yang akan dimasukkan ke dalam rahim. Bunyinya macam mudah tetapi hakikatnya, ada banyak proses yang perlu dilalui oleh wanita. Secara ringkasnya ia bermula dengan suntikan hormon untuk memperbanyakkan telur yang matang, pengambilan telur untuk disenyawakan dan proses memasukkan embrio ke dalam rahim.
Ada beberapa perkara yang perlu diketahui setiap pasangan iaitu:
• Kejayaan
Di seluruh dunia, kadar kejayaan kehamilan menggunakan kaedah ini semakin meningkat. Namun ada juga pasangan yang perlu melakukan rawatan ini lebih daripada sekali sebelum berjaya mendapatkan anak.
• Fakta mengenai kualiti embrio. Kualiti embrio yang rendah menjadi sebahagian besar punca kegagalan kehamilan. Kejayaan untuk embrio melekat pada dinding rahim juga banyak bergantung kepada umur wanita.
Bagi wanita berusia di bawah 35 tahun, peluang untuk embrio berjaya melekat pada dinding rahim adalah 45 peratus tetapi angka ini menyusut kepada 15 peratus bagi wanita berusia antara 40 hingga 42 tahun.
Secara umumnya, lebih tinggi umur seseorang wanita, peratus kejayaan akan lebih rendah. Malah kebarangkalian berlakunya aneuploidi atau ketidaknormalan kromosom iaitu kehadiran jumlah kromosom yang tidak normal (sama ada terlebih atau kurang) di dalam sel juga akan meningkat. Jika berlaku, ia boleh menyebabkan kecacatan pada janin dan kes paling biasa ialah sindrom Down dan sindrom Turner.
Apabila usia wanita meningkat, insiden ketidaknormalan kromosom dalam telur yang matang meningkat mendadak dan ia bermula pada awal 30-an.
Kadar ini akan terus bertambah dengan peningkatan umur wanita. Pada pertengahan usia 40-an, kajian menunjukkan ketidaknormalan kromosom pada embrio mencecah 70 peratus. Ini bermakna, peluang untuk kehamilan yang berjaya semakin rendah.
“Bagaimanapun ini bukanlah bermakna keadaan sperma dan rahim tidak menyumbang kepada kegagalan IVF tetapi jumlahnya jauh lebih rendah berbanding kualiti embrio.
“Jadi, inilah sebabnya mengapa anda perlu merancang keluarga sama ada sebelum atau sebaik mendirikan rumah tangga. Pada masa sama, amalkan gaya hidup sihat, ambil pemakanan seimbang, kerap bersenam dan berhenti merokok. Ini adalah sebahagian daripada persediaan untuk menimang cahaya mata,” katanya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Menurut kajian yang dilakukan di Wales baru-baru ini, ramai lelaki lebih tertarik dengan wanita yang memakai solekan 40 peratus kurang daripada solekan biasa mereka.
Ini tidak bermakna para wanita tidak perlu mengenakan mekap dan mendandan diri. Sebaiknya hanya perlu bersederhana dan menjadi diri sendiri. Ramai wanita yang berfikir bahawa lelaki lebih mudah tertarik dengan wanita yang bersolek tebal tetapi sebenarnya salah. Ramai lelaki sukakan wanita yang berwajah ‘segar’ dan yakin
Lelaki memandang keyakinan seorang wanita itu sebagai sesuatu yang seksi. Bukan mudah untuk seseorang wanita untuk meninggalkan alat solek mereka tanpa keyakinan yang tinggi. Sekiranya anda berani keluar dengannya tanpa secalit pun mekap di wajah, jelas kelihatan keseksian anda kerana keyakinan anda itu.
Lelaki sukakan wanita yang cantik tetapi tidak suka dengan wanita yang terlalu obses dengan kecantikan. Walaupun mahu ke kedai mamak, anda sudah mengenakan solekan yang tebal seperti mahu ke majlis makan malam! Kaum lelaki tidak mahu pasangan mereka terlalu bergantung kepada solekan sehingga menganggapnya sebagai ‘tuhan’ dan tidak boleh hidup tanpanya.
Apa yang pasti, anda tidak akan mengenakan sebarang mekap sekiranya anda tidur dan lelaki menganggap rupa paras wanita yang baru bangun tidur itu sangat seksi. Bukan itu sahaja, wajah anda yang natural itu membuatkan si dia terbayang-bayang rupa paras anda ketika tidur di sebelahnya setelah anda berdua berkahwin kelak.
Setiap kali anda ada temu janji dengannya, pasti si dia harus menunggu anda di dalam kereta kerana anda mengambil masa terlalu lama untuk bersiap. Lelaki sememangnya tidak suka menunggu, jadi dia lebih suka anda keluarnya tanpa mengenakan apa-apa solekan untuk menjimatkan masanya.
Pada peringkat awal perhubungan, cantik luaran sememangnya dipandang lelaki. Tetapi lama kelamaan, sekiranya anda cantik tetapi tidak pandai mengambil hati, kuat merajuk, suka membebel atau sering menyusahkannya, si dia akhirnya akan merasa bosan. Jadi, cantik luaran dan dalaman itu sama-sama penting untuk memikat hati lelaki.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa tak kenal Hairul Azreen pelakon aksi, stuntman, dan juara Fear Factor Malaysia 2013.
Tapi selain figura lasak di layar perak, Hairul juga dikenali sebagai seorang bapa yang sangat hands-on dan tegas dalam mendidik anak-anaknya berani mencuba sesuatu yang baru, dari berenang, memancing hingga aktiviti ekstrem.
Baru-baru ini, Hairul sekali lagi jadi bualan hangat netizen apabila satu video dimuat naik menunjukkan dia bersama dua orang anaknya Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah sedang mencuba aktiviti ‘free fall’ di sebuah taman permainan ekstrem.
Dalam video tersebut, Yusuf Iskandar tampil penuh yakin semasa terjun dari platform tinggi yang disambungkan dengan tali keselamatan.
Aksi Yusuf tanpa ragu itu membuat ramai netizen kagum dan memuji keberaniannya, malah ramai mengatakan memang nampak “anak Hairul betul ni”.
Yang lebih menyentuh hati adalah momen Alisa Aisyah, anak perempuan Hairul.
Bila tiba gilirannya, dia nampak gugup, mula menangis dan teragak-agak untuk melompat.
Namun Hairul tidak memaksa, sebaliknya memberikan kata-kata semangat dengan penuh sabar dan tenang.
“Kalau Alisa lompat, daddy belikan Nintendo Switch 2, okay?”
Rayuan berbentuk ganjaran itu akhirnya mencairkan hati Alisa, dan dengan penuh keberanian, dia berjaya melakukan lompatan pertamanya disambut sorakan kecil dan pelukan penuh kasih sayang daripada abangnya Yusuf.
Momen selepas Alisa berjaya lompat benar-benar mencuri perhatian ramai. Yusuf dilihat segera memeluk dan menenangkan adiknya, satu reaksi semula jadi yang menggambarkan kasih sayang mendalam dan sokongan seorang abang.
Ramai yang memuji cara Hairul membesarkan anak-anaknya tidak terlalu memaksa, tapi cukup untuk menanam keberanian, ketahanan mental dan semangat mencuba sejak kecil.
Hairul memang dikenali dengan gaya hidup aktif dan lasak. Tapi bila dilihat dari sudut keibubapaan, pendekatan beliau jelas ajar anak keluar dari zon selesa, cuba perkara baru, dan hadapi ketakutan secara terkawal.
Daripada aktiviti memanah, berenang, memancing hingga sukan ekstrem, Hairul percaya keberanian boleh dipupuk bukan ditunggu datang sendiri.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang