Tekstur kulit lelaki sememangnya berbeza dengan epidermis kulit perempuan namun dari segi penjagaan kulit wajah, caranya tidak jauh beza.

Sehubungan itu, tidak hairan jika kini lebih banyak produk penjagaan wajah khas buat lelaki turut diperkenalkan di pasaran.

Namun perlu diketahui bahawa setiap produk punya spesifikasi tersendiri bergantung kepada jenis kulit.

Sehubungan itu, anda harus kenali kulit wajah diri sebelum mengaplikasikan apa jua produk yang terdapat di pasaran.

Normal

Keadaan kulit normal nyata terhindar daripada sebarang masalah kulit yang dominan. Minyak atau sebum di permukaan tekstur kulit wajah adalah lebih rendah. Tekstur kulit wajah juga adalah lebih lembut manakala keadaan liang roma yang agak kecil.

Hal ini adalah disebabkan kadar kandungan air yang diperlukan oleh kulit mencukupi dan menghasilkan kulit wajah yang lebih sihat. Kulit normal hanya akan mengalami sedikit berminyak yang terdapat pada zon T (dari atas dahi ke hujung hidung).

IKLAN

Jarang sekali akan mengalami masalah jerawat dan bintik hitam mahu pun jeragat pada permukaan kulit normal. Lakukan rejim penjagaan wajah bermula dari mencuci wajah dengan pembersih sebanyak dua kali sehari di samping rejim yang lain seperti serum dan sapuan pelembap.

Kering 

Meski terlalu minima menghasilkan minyak dan sebum pada permukaan wajah, kekeringan kulit wajah ini adalah suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan lelaki. Kekeringan yang ketara akan lebih kelihatan pada bahagian bibir lantas akan memberi refleks kepada raut wajah yang kusam dan kelihatan kering.

Kenali Jenis Kulit Anda Dan Cara Mengatasi Masalah Kulit Yang Berlaku!

IKLAN

Liang roma pada permukaan kulit juga kadangkala langsung tidak kelihatan. Kulit kering nyata akan memperlihatkan impak mengelupas kadangkala melahirkan rasa ketidakselesaan pada wajah. Fokus harus diberikan ke atas rejim penjagaan wajah secara lebih rapi.

Pastikan penggunaan pembersih wajah yang berbuih kemudian bilas dengan menggunakan air sejuk. Elakkan daripada mencuci wajah dengan menggunakan air panas. Aplikasikan serum dan pelembap setiap enam jam dalam sehari untuk mengekalkan kelembapan kulit.

Berminyak 

Tekstur wajah dengan kulit berminyak nyata paling tidak disukai oleh lelaki. Namun, kebanyakan lelaki mengalami masalah ini sejak dari usia remaja. Wajah sentiasa akan kelihatan berminyak terutamanya di bahagian zon T. Hal ini nyata menjadikan wajah tidak bersih dan tidak diuruskan dengan sempurna.

IKLAN

Kenali Jenis Kulit Anda Dan Cara Mengatasi Masalah Kulit Yang Berlaku!

Liang roma yang sederhana besar terbuka dan memudahkan minyak dikeluarkan ke permukaan wajah dan terkumpul pada tekstur kulit. Ini nyata memudahkan mereka yang punya jenis kulit berminyak lebih terdedah untuk mengalami masalah jerawat dan bintik hitam.

Penjagaan khas dan rapi harus diamalkan untuk mengatasi maslah kulit berminyak ini. Aplikasikan pembersih wajah anti minyak dan pelembap yang berasaskan kandungan air. Kertas anti minyak juga boleh digunakan untuk menyerap minyak terhasil pada permukaan kulit ketika menjalani aktiviti harian di luar.

Kombinasi 

Meski masih dikategorikan sebagai kulit wajah yang sihat dan normal, jenis kulit kombinasi juga akan menghasilkan tekstur berminyak dan kering pada beberapa bahagian tertentu kulit. Penjagaannya juga harus rapi kerana perlu mengawal sebahagian kulit yang akan menyebabkan masalah.

Kulit jenis ini disarankan untuk menggunakan pembersih wajah biasa namun jika perlu menggunakan produk khas dan tertentu untuk beberapa bahagian yang bermasalah adalah tidak menjadi halangan.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI