Rasanya nama Khairulaming tidak perlu lagi diperkenalkan. Pencipta kandungan yangj uga ahli perniagaan ini telah dianggap sebagai ikon anak muda serta usahawan muda yang cukup disegani di Malaysia.

Mencipta nama jenamanya dengan perancangan yang cukup rapi dan penuh dedikasi, Khairulaming bukan sahaja membawa revolusi dalam dunia masakan, tetapi juga menjadi sumber inspirasi bagi banyak anak muda yang mengagumi kreativiti dan keusahawanannya.

Khairulaming melangkah lebih jauh dari menjadi sekadar pencipta kandungan di media sosial. Dengan memanfaatkan bakat dan popularitinya, dia telah berjaya membina empayar perniagaan dengan produk makanan sendiri.

Siapa tidak kenal dengan Sambal Nyet Berapi, produk pertamanya yang telah mencatatkan kejayaan luar biasa selama tiga tahun.

Dan terbaru, Khairulaming mengumumkan kemunculan produk keduanya yang diberi nama ‘Dendeng Nyet Berapi’. Sekali gus menandakan satu lagi evolusi Khairulaming dalam perjalanan bisnes.

IKLAN

Menerusi perkongsiaannya di laman media sosial, Khairulaming mengumumkan dia telah memilih TikTok Shop sebagai platform eksklusif untuk meluncurkan produk barunya pada 2 Februari 2024, tepat pada jam 9 malam.

Dipasarkan pada harga RM14.99 untuk sayu unit, Khairulaming mengatakan bahawa sebanyak 80,000 unit akan tersedia untuk jualan.

Melihatkan sambutan luar biasa dari pengikut dan peminat kuliner, ramai menjangkakan pelancaran produk kedua Khairulaming ini bakal mencatatkan rekod baharu sebagai produk tempatan pertama yang mencapai jualan RM1 juta paling pantas di platform TikTok Shop Malaysia.

IKLAN

Khairulaming Diramal Catat Jualan Cecah RM1 Juta Terpantas Dengan Dendeng Nyet Berapi

Kejayaan ‘air tangan’ Khairulaming di pasaran bukanlah satu rahsia baharu. Kejayaan Sambal Nyet Berapi terjual dengan cepat menjadi indikasi potensi besar Dendeng Nyet Berapi untuk mengulangi kejayaan sama pada jualan 2.2 nanti.

Dengan hampir 60% jualan yang dihasilkan melalui TikTok Shop dan sisanya dari platform lain, Khairulaming bukan hanya menciptakan produk, tetapi juga memimpin trend dalam cara produk dijual dan dipasarkan.

IKLAN

Jadi tidak hairanlah pada masa kini nama Khairulaming tidak hanya dikenali sebagai pencipta kandungan masakan tetapi juga seorang yang sentiasa membuktikan dengan usaha yang keras, ilmu yang dipraktiikan dan juga perancangan rapi kejayaan itu akan datang dengan sendiri.

Dia juga membuktikan dengan daya kreatif dan keberanian mengambil risiko, seseorang dapat mencapai kejayaan di berbagai bidang.

Buat anda lelaki yang mencari inspirasi dalam menggabungkan minat dan karier, Khairulaming adalah contoh sempurna tentang bagaimana memadukan kedua aspek tersebut.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI