Bekas penyampai radio, Kieran, 49, kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur selepas disahkan menghidap kanser prostat.
Sedih pula mendengar khabar terbaru yang deejay kesayangan ramai itu sedang menerima di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Memetik Berita Harian, kanser itu katanya sudah mula merebak pada organ lain.
“Saya menghidap kanser prostat yang sudah sedikit merebak ke perut dan paru-paru. Sekarang, saya menerima rawatan di HKL di wad Jabatan Onkologi.
“Kanser ini sudah menyerang agak lama, cuma saya yang lambat buat rawatan penuh,” katanya.
Ads
Kieran yang aktif sebagai pengacara terpaksa menolak tawaran kerja pengacaraan untuk majlis dan turut dinasihatkan doktor untuk berehat.
“Saya memang sudah tak ambil kerja pengacaraan majlis sejak Ogos lagi dan memang doktor suruh banyakkan berehat.
Ads
“Nampaknya, saya kena rehat betul-betul untuk kebaikan. Maaf kepada yang tawarkan kerja dan terpaksa tolak kerana keadaan saya tidak mengizinkan,” katanya.
Kini bapa kepada tiga cahaya mata itu perlu menjalani empat kali sesi kemoterapi dan akan terus ditahan di wad sehingga Isnin bagi memudahkan pihak hospital memantau kesihatannya.
TANDA-TANDA KANSER PROSTAT
Walaupun tidak menunjukkan sebarang petanda pada peringkat awal namun apabila gejala-gejala berikut berlaku anda harus cepat-cepat melakukan pemeriksaan lanjut.
Ads
Masalah buang air kecil
Kerap buang air kecil
Kurang tekanan ketika membuang air kecil
Terdapat darah dan juga semen ketika kencing
Kaki menjadi bengkak
Rasa tid-ak selesa di bahagian pelvis dan bahagian belakang badan
Sakit ketika mengalami ejakulasi
‘Tenaga dalaman’ menurun dengan mendadak
Semoga Kieran kuat dan kembali sihat dari kanser Prostat ini.
Pernahkah anda terfikir bagaimana jantung kita yang saiznya lebih kurang sebesar genggaman tangan boleh berfungsi tanpa henti sepanjang hayat?
Dari saat kita dilahirkan sehinggalah ke akhir hayat, jantung kita akan berdegup lebih daripada tiga bilion kali tanpa berhenti.
Ia tak pernah ambil cuti atau mengadu penat, malah terus bekerja tanpa henti, walaupun ketika kita tidur.
Jadi, apa sebenar rahsianya?
Jantung bukan sekadar organ, ia adalah sebuah mesin biologi yang direka untuk kecekapan maksimum.
Setiap degupan jantung dijalankan dengan sangat efisien. Sebahagian besar tenaga jantung datang daripada sel otot khas yang dipanggil ‘kardiomiosit’.
Sel-sel ini menggunakan oksigen dan nutrien dalam darah untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan bagi mengepam darah ke seluruh badan.
Apa yang lebih menarik, jantung kita juga mempunyai sistem elektrik sendiri!
Ia tidak bergantung pada otak untuk memberi arahan bila perlu berdegup.
Sistem elektrik ini dipanggil ‘nod sinoatrial’ dan bertindak sebagai “pacemaker” semula jadi yang memastikan degupan jantung tetap stabil, sama ada kita sedang berehat, berlari atau menghadapi tekanan.
Jantung juga boleh terus berdegup walaupun ia dikeluarkan seketika dari badan, selagi ia mendapat bekalan oksigen. Hebat, kan?
Selain itu, jantung kita sangat bijak dalam menyesuaikan diri dengan keadaan tubuh.
Semasa kita bersenam, jantung akan mempercepatkan degupannya untuk memastikan otot-otot mendapat bekalan oksigen yang cukup.
Ketika kita berehat, jantung akan memperlahankan degupan untuk menjimatkan tenaga.
Semua perubahan ini berlaku secara automatik tanpa kita perlu berfikir mengenainya.
Walaupun jantung direka untuk bertahan dalam pelbagai keadaan, ia tetap memerlukan penjagaan yang baik untuk terus berfungsi dengan baik.
Pemakanan yang sihat, senaman yang mencukupi, dan pengurusan tekanan adalah kunci untuk memastikan jantung kita sentiasa sihat dan berfungsi dengan baik.
Jadi, lain kali apabila anda merasa penat selepas seharian bekerja, ingatlah ada satu organ kecil dalam badan kita yang tidak pernah berhenti bekerja.
Ia adalah bukti keajaiban biologi manusia, sebuah mesin hidup yang terus berdetak tanpa henti, tanpa mengenal penat.
Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Institut Jantung Negara (IJN) melakar sejarah baru dalam penjagaan jantung dengan pelancaran pusat pemulihan jantung pertama di Asia yang dilengkapi teknologi latihan pneumatik terkini.
Fasiliti moden ini menggabungkan inovasi dari Jerman, Finland, dan Belanda, menawarkan sokongan yang tiada tandingan kepada pesakit dalam perjalanan pemulihan mereka.
Pemulihan jantung adalah program yang direka khusus untuk membantu pesakit pulih daripada pelbagai keadaan berkaitan jantung seperti serangan jantung dan pembedahan, serta mengurangkan risiko kejadian jantung pada masa hadapan.
Program ini menggalakkan pendekatan holistik dalam pemulihan dengan menggabungkan latihan senaman, nasihat pemakanan, dan pendidikan mengenai amalan gaya hidup sihat untuk jantung.
Bekerjasama dengan pengeluar peralatan pemulihan dan latihan dari Finland, HUR, Pusat Pemulihan Jantung yang diperbaharui ini menampilkan peralatan latihan pneumatik canggih.
Berbeza dengan sistem berat tradisional, sistem pneumatik ini menggunakan tekanan udara untuk mencipta rintangan, menawarkan pengalaman latihan yang lebih lancar dan terkawal.
Rintangan udara ini memudahkan pesakit untuk mula mengangkat berat dan membantu memperlahankan pergerakan dengan lancar pada akhir latihan, menjadikan latihan lebih selamat dan efektif.
“Walaupun kami sangat menggalakkan senaman untuk mereka yang sedang pulih dari masalah jantung, kami juga perlu mengambil kira keperluan dan kemampuan mereka,” kata Ketua Jabatan Fisioterapi, Khairullizam Bin Ahmad Termizi.
“Peralatan baru ini sangat boleh disesuaikan, jadi kami dapat menyesuaikan latihan kami kepada setiap pesakit dengan lebih baik. Dengan menggabungkan teknologi baru seperti ini, kami berharap dapat memperluas latihan senaman yang tersedia untuk lebih ramai orang.”
Kustomisasi yang ditawarkan oleh mesin HUR ini didukung oleh teknologi HUR SmartTouch, yang membolehkan input program latihan dan sasaran yang diperibadikan.
Sistem ini membimbing pengguna melalui latihan dengan menyesuaikan tetapan seperti ketinggian tempat duduk, rintangan, dan ulangan secara automatik, sambil menjejak kemajuan pada masa yang sama.
Selain itu, sistem tangkapan data automatiknya memberikan pandangan berharga mengenai kualiti senaman, membolehkan bimbingan dan sokongan yang efektif untuk pesakit serta pemantauan masa nyata untuk kakitangan.
Susun atur baru pusat ini juga termasuk Lode Cardiac Rehab Manager, perisian pemantauan yang mendokumentasikan data penting seperti elektrokardiogram (ECG), kadar jantung dan kelajuan, yang membolehkan sehingga 16 pesakit dipantau serentak.
“Matlamat kami adalah untuk menyokong pesakit kami melalui setiap langkah dalam perjalanan pemulihan mereka, memberi mereka kuasa untuk mencapai potensi penuh dari segi kesihatan jantung dan kesejahteraan keseluruhan.
“Peningkatan ini menandakan komitmen berterusan kami untuk menyediakan penjagaan yang berbelas kasihan dan menyeluruh yang membuat perbezaan bermakna dalam kehidupan pesakit kami,” kata Datuk Dr Aizai Azan, Ketua Pegawai Eksekutif, IJN.
Selain peralatan latihan canggih, Pusat Pemulihan Jantung IJN turut menampilkan pasukan profesional kesihatan yang berbilang disiplin, termasuk ahli kardiologi, fisioterapis, pakar diet, dan pakar kesihatan mental. Pasukan ini menyediakan penjagaan holistik yang merangkumi aspek fizikal, emosi, dan pemakanan dalam pemulihan.
Pusat ini juga menekankan pendidikan pesakit, menawarkan sumber dan sokongan untuk membantu individu mengamalkan amalan gaya hidup sihat untuk jantung.
Daripada memahami pengurusan ubat-ubatan hingga belajar teknik pengurangan tekanan dan merancang makanan berkhasiat, IJN membekalkan pesakit dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menjalani kehidupan yang sihat jantung selepas perjalanan pemulihan mereka.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tahun lalu, cef selebriti terkenal negara Datuk Redzuawan Ismail, atau lebih dikenali sebagai Chef Wan diduga dengan penyakit kanser limfoma.
Bagaimanapun keadaan Chef Wan kini semakin membaik ketika ditemui MASKULIN dalam sebuah acara baru-baru ini, di mana beliau sempat berkongsi mengenai proses penyembuhannya dari kanser itu.
Bercerita kepada MASKULIN, beliau sepatutnya menjalani enam kitaran kemoterapi bagi merawat kanser yang dihidapinya.
Namun selepas menjalani kitaran yang ketiga, doktor memaklumkan yang beliau tidak perlu meneruskan rawatan itu lagi kerana proses penyembuhannya yang cepat.
Oleh kerana Chef Wan menghidap kanser limfoma Burkitt, iaitu sejenis kanser yang cepat merebak, beliau perlu menjalani kemoterapi dengan dos ubat tujuh kali lebih kuat berbanding yang biasa.
Kebiasaannya, pesakit yang menjalani rawatan kemoterapi akan mengalami kesan sampingan seperti muntah, cirit-birit dan sebagainya.
Hal itu bagaimanapun tidak dialami oleh Chef Wan yang ternyata tubuhnya mampu menerima baik rawatan itu meskipun dengan dos ubat yang lebih tinggi.
Ujarnya, doktor percaya yang tubuh cef berusia 66 tahun itu kuat untuk menerima rawatan itu disebabkan beliau tidak mempunyai penyakit kronik lain seperti kencing manis, darah tinggi, masalah jantung dan sebagainya.
Ditambah pula dengan gaya hidupnya yang masih aktif bekerja di usia 66 tahun, perkara itu sedikit sebanyak membina ketahanan tubuhnya untuk memudahkan proses penyembuhan dan perkara itu dapat dilihat oleh doktor yang merawat beliau.
Selain secara fizikal, Chef Wan juga turut menyibukkan diri agar mindanya juga kekal aktif.
Itulah sebabnya mengapa beliau sering mengembara ke luar negara untuk mencari ilmu-ilmu baharu.
Beliau sempat berkongsi perancangannya untuk membuka cawangan baharu restorannya di luar negara, paling hampir dalam tempoh perancangannya setakat ini ialah di New York, Amerika Syarikat (AS).
Seterusnya, Chef Wan turut mempunyai hasrat untuk membuka cawangan di Dubai dan juga London.
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.