Jenama beg dan bagasi mewah, TUMI lancarkan koleksi terbaharu Fall 2023 Collection sempena musim luruh tahun ini.
Antara tumpuan koleksi kali ini termasuklah bagasi dari TUMI’s 19 Degree Collection. Koleksi paling ikonik bagi jenama ini menampilkan ukiran di bahagian luar yang elegan dan menarik, serta ketahanan dan keboleh gerakan yang mudah.
Foto: Selebriti, Amelia Handerson menggayakan bagasi berwarna Dark Denim dari koleksi 19 Degree Aluminium Collection.
Selain itu, Tegra-Lite® pula merupakan satu lagi koleksi terbaru menampilkan bagasi diperbuat daripada Tegris, sejenis bahan yang sangat kuat namun masih ringan.
Foto: Bagasi dari koleksi Tegra-Lite®.
Koleksi beg berkualiti tinggi baharu TUMI, Alpha X turut dilancarkan. Diperbuat daripada PX6, sejenis fabrik TUMI paling tahan lama setakat ini, Alpha X menggabungkan kekuatan, modulus, ketahanan yang tinggi serta kestabilan terma dalam koleksi ini.
Foto: Beg dari koleksi Alpha X.Foto: Selebriti, Idris Khan menggayakan beg dari koleksi Alpha X.
WARNA BERTENAGA
Memenuhi kehendak pengembara moden untuk pemperibadian, TUMI memaparkan warna-warna bertenaga sempena musim luruh.
Ads
Warna-warna segar seperti Dark Nevado Grey dan Navy Liquid Embroidery dizahirkan menerusi koleksi Harrison mereka yang terkenal, manakala koleksi Voyageur pula memperkenalkan warna Pearl Grey dan Indigo yang canggih, bagi mereka yang meminati warna-warna berani.
“Kami berbesar hati mempersembahkan Koleksi Musim Luruh 2023 baharu kami kepada rakan dan peminat di Kuala Lumpur.
Ads
‘Malaysia sentiasa menjadi pasaran yang sangat istimewa untuk TUMI dengan penghargaan yang tinggi untuk kedudukan mewah prestasi dan komitmen kami dalam mereka bentuk kecemerlangan dan inovasi,” kata Randy Wong, Pengurus Besar TUMI untuk Asia Tenggara.
Foto: Pengurus Besar TUMI untuk Asia Tenggara, Randy Wong berucap ketika majlis pelancaran Fall 2023 Collection.
“Kami sangat teruja melihat keseronokan dan tenaga yang diperbaharui di sekitar perjalanan dan kami tidak sabar untuk menyempurnakan perjalanan lebih ramai pelanggan di Malaysia dan seterusnya,” tambah Randy.
Ads
Koleksi berkenaan dilancarkan pada 3 Ogos baru-baru ini dalam sebuah majlis bertempat di Ilham Tower, Kuala Lumpur.
Turut hadir dalam pelancaran itu ialah beberapa selebriti tanah air seperti Idris Khan, Amelia Handerson, Malek McCrone, Azrel Ismail, Cik Manggis dan ramai lagi.
Foto: Doktor dan pempengaruh media sosial, Dr Say Shazril yang turut hadir dalam majlis pelancaran koleksi musim luruh 2023 TUMI.
Koleksi Musim Luruh 2023 ini boleh didapati di semua cawangan TUMI dan secara atas talian di TUMI.MY.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak dapat dinafikan jam G-SHOCK mempunyai tempat yang cukup istimewa di kalangan peminat streetwear atau fesyen jalanan di seluruh dunia. Selain bertindak sebagai jam, ia menjadi pelengkap personaliti fesyen buat generasi masa kini.
Saban tahun G-SHOCK memperkenalkan koleksi istimewa yang kebiasaannya hadir dengan kolaborasi bersama jenama fesyen terkenal di dunia. Namun pada kali ini ia lebih istimewa kerana G-SHOCK menampilkan kerjasama bersama jenama tempatan, Against Lab.
Ia merupakan kerjasama yang pertama di atara dua jenama dengan menampilkan jam G-SHOCK DW-6900AL22. Lebih istimewa koleksi hanya boleh didapati secara eksklusif di rantau Asia Tenggara iaitu di Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia.
Model DW-6900 sememangnya cukup sinonim dengan dunia fesyen jalanan dengan penampilannya yang klasik dan versatil. Karakteristik dengan lampu belakang EL dan paparan LCD menjadikan ia menjadi buruan penggemar jam G-SHOCK.
Jam G-SHOCK x Against Lab hadir dengan tema ‘semangat underdog’ yang diinspirasikan dari kekuatan individu yang sanggup mengharungi pelbagai cabaran dalam hidup. Kolaborasi ini juga turut menampilkan semangat Malaysia yang tidak pernah mudah putus asa.
Dibina dengan ketahanan serta sangat tahan lasak, jam ediri terhad ini juga mewakili semangat penunggang motosikal yang membawa aspek elemen jati diri sama.
Rekaannya juga banyak menggunakan ‘bahasa’ motosikal dengan komponen yang menyerlahkan ciri-ciri kemasan tersendiri. Pada bahagian hadapan tertera logo ‘AGAINST’ yang turut hadir dengan logo ‘A’ tersembunyi di sebalik backlight.
Kolaborasi ini telah dilancarkan menerusi laman e-dagang Lazada bermula pada 28 Mei yang lalu dan bakal memasuki pasaran di outlet terpilih bermula 3 Jun 2022. Ia turut hadir bersama bandana ekslusif G-SHOCK X Against Lab.
Manakala baru-baru ini dalam satu majlis pelancarannya, sebanyak 100 unit telah ditawarkan bersama kotak khas dan ia telah sold out dalam tempoh beberapa jam sahaja.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
AEON Fashion Preview (AFP) merupakan acara yang diadakan tiga kali setahun bagi mempamerkan perkembangan terkini untuk jenama-jenama fesyen AEON. Setiap edisi AFP menonjolkan tren terbaru, gaya, warna dan tekstur sambil memperkenalkan ketibaan musim baru termasuk mengumumkan kerjasama strategik.
Baru-baru ini edisi terkini AFP kembali dengan persembahan fesyen trend segar dan bertenaga bagi golongan muda untuk menyerlahkan diri mereka.
Edisi November 2023 AFP ini turut menyaksikan kolaborasi bersama komuniti pelajar Universiti Pengurusan & Teknologi Tunku Abdul Rahman (TARUMT). Segmen muda AEON merangka semula tiga tema yang akan menjadi bualan: pakaian anime pakaian jalanan, pakaian denim dan pakaian perayaan.
Gaya streetwear anime muncul sebagai trend yang semakin popular dan memikat peminat fesyen. Gabungan unik estetikanya menyaksikan AFP mengeluarkan pelbagai kapsul kejutan anime daripada judul popular seperti Naruto, Spy X Family, Jujutsu Kaisen dan Demon Slayer.
Sama ada anime cyberpunk minimalis yang anggun atau warna manga klasik yang terang, koleksi AEON SELECT akan menyasarkan kepada rangkaian getaran yang pelbagai dan menarik.
Dalam meraikan inovasi pereka generasi seterusnya – hubungan unik antara anime dan fesyen untuk ekspresi diri yang bergaya, pelajar fesyen TARUMT dari Fakulti Komunikasi dan Industri Kreatif (FCCI) mengambil bahagian dalam menggayakan semula koleksi Naruto, mengubahnya menjadi cosplay couture, pakaian jalanan grafik dan aksesori berinspirasikan anime. Pelajar-pelajar tersebut adalah:
1. Low Yan Yi
2. Desiree Chang Chai Ling
3. Soom Ken Yin
4. Kavinita a/p Ragunathan
5. Noprena Maria
6. See Yu Yun
7. Chern Yong Xin
8. Nur Aila Aleena Tong
9.Lam Shee Yun
10. Intan Nurlyzana
Mereka diselia dan dibimbing oleh pensyarah-pensyarah mereka iaitu:
11. Siti Nur Syuhada
12. Aizurawaty
Pakaian denim, dahulunya sinonim sebagai pakaian kerja lasak, telah melalui transformasi bertahun lamanya sehingga berkembang menjadi fesyen ruji serba boleh dan abadi yang merentas generasi. Ketahanan dan keselesaan fabrik, yang pada asalnya direka buat ketahanan untuk tugasan berat, telah diberikan nafas ekspresi baharu dalam fesyen kontemporari.
Inovasi seperti denim regang telah menambah dimensi baharu kepada keselesaan dan kesesuaian, membolehkan pergerakan dinamik tanpa menjejaskan estetika klasik denim.
Denim asal yang terkenal dalam bentuk asli dan kelihatan tidak terurus, menarik minat penggemar denim yang mencari corak pemakaian yang lebih diperibadikan dari masa ke semasa. Variasi dalam fabrik denim ini memenuhi pelbagai pilihan, menjadikan denim kekal sebagai pakaian yang wajib ada dalam almari untuk setiap generasi.
Menurut Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON Malaysia, Low Ngai Yuen, “Edisi AFP ini menegaskan bahawa fesyen tidak lagi harus terhad kepada piawaian yang sempit. AEON telah lama menerima kepelbagaian bentuk badan, saiz, etnik, jantina dan kebolehan. Kami mengutamakan saiz yang inklusif, pakaian yang boleh disesuaikan, dan pilihan mampu milik tetapi bergaya.
“Fesyen kini merupakan platform sebagai ekspresi diri yang berinteraksi kepada orang ramai daripada semua lapisan masyarakat. Inilah bertepatan dalam kerjasama kami bersama Steven Sunny – #ownwhatyouwear adalah pergerakan yang dicetuskan oleh AEON sejak tahun lalu dengan kurator gaya yang luar biasa dan ikonik. Kami komited kepada kepercayaan kami bahawa fesyen mesti mencerminkan kepelbagaian keseluruhan manusia.
“Kami percaya bahawa setiap orang berhak berasa yakin dan menyatakan identiti mereka melalui pakaian, dan AEON berusaha untuk menjadikan fesyen bukan sahaja mencerminkan masyarakat, bahkan sebagai pemangkin kepada perubahan positif. Trend bukanlah tentang keterangkuman dan kebolehcapaian; ia adalah unjuran industri fesyen yang lebih menyayangi dan representatif,” tambahnya lagi.
Untuk musim ini, SCAR menampilkan rekaan fesyen dan gaya Steven Sunny yang mengangkat fesyen sebagai alat ekspresi kendiri. Dengan mengkhusus kepada potongan berani dan warna-warni pada kain kapas 100%, ia melaungkan cabaran agar kekal yakin dan menggayakan #ownwhatyouwear.
Dengan memahami kecenderungan peribadi, kepekaan Steven Sunny terhadap gaya juga membawakan kebolehan luar biasa untuk sentiasa berani menampilkan rupa yang berlainan untuk membawakan gaya baharu untuk diri.
“Fesyen teguh sebagai kuasa yang memerdekakan, memperkasakan individu agar menerima diri mereka yang sebenar. Marilah bersama AEON meraikannya!” sambung Low Ngai Yuen sambil memperkenalkan Steven Sunny.
Selaras dengan komitmen AEON kepada Sasaran 8 dan 15 Sasaran Pembangunan Kelestarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, yang bertumpu kepada menggalakkan masyarakat yang aman dan inklusif terhadap kelestarian pembangunan, menyediakan laluan kepada keadilan, serta membina institusi yang cekap, bertanggungjawab dan inklusif, pra-tonton fesyen ini juga memastikan arus kepada fesyen di samping menggalakkan kelestarian.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Menteri Digital, Gobind Singh Deo, diiktiraf oleh Apolitical dalam senarai “Government AI 100” atas kepimpinannya memperkukuh agenda AI dan transformasi digital Malaysia menuju status Negara AI menjelang 2030.