
Kita sedia maklum, vitamin C sememangnya diperklukan oleh tubuh badan. Selain untuk tujuan kecantikan dan meremajakan wajah, vitamin C juga baik diamalkan untuk kesihatan tubuh badan.
Bukan itu sahaja kelebihannya, rupa-rupanya ia juga antara sumber makanan yang elok diamalkan jika anda seorang penghidap gout.
Dr Rizal Abu Bakar menerusi perkongsian di laman Facebooknya menggalakkan mereka yang menghidap gout untuk mendampingi vitamin C ini kerana ia dikatakan boleh membantu untuk menurunkan risiko terkena penyakit gout.
Rugi kalau tak amalkan!
ADA GOUT? BERDAMPINGLAH DENGAN SAKA INI

Saka ini namanya Vitamin C. Kesannya pada manusia luarbiasa.
Ada kajian jangka panjang. Dilakukan ke atas orang lelaki. Umur mereka 40 tahun ke atas.
Kajian ini dapati mereka yang ambil 1000 hingga 1499mg Vitamin C sehari, turunkan risiko kena gout sebanyak 31%.
Mereka yang ambil 1500mg sehari pula, risiko terkena gout turun sebanyak 50%.
Power saka ni. Bagaimana peratus yang berbaki tu? Maknanya ada peluang 50% terkena gout?
Yang 50% itu boleh tinggal kosong apabila kita jaga makan. Saka lama yang kena buang ialah cik putih – gula putih.
Boleh boleh?
P/S : Saya suka berkongsi ilmu ilmu tentang OTAK & kesihatan di telegram saya. Klik link untuk sertainya t.me/neuroversiti
#DrOtak
#BrainStory
#cocoOCOC
Lelaki Semua Boleh Kaya, Kalau Mereka Tidak Leka

Tidak ada sesiapa pun yang mampu merubah hidup kita melainkan diri kita sendiri bertindak merubahnya. Ramai orang hidup bertahun-tahun dengan strategi dan tindakan yang sama tetapi mengharapkan hasil yang berbeza. Albert Einstien memanggilnya sebagai gila apabila seseorang itu melakukan cara yang sama untuk mengharapkan hasil yang berbeza.
Jadi sebagai lelaki, anda seharusnya sentiasa ada ilmu dan mahu berubah demi mencapai yang anda impikan, jangan lalai bercinta sahaja, lihat dahulu poket anda terlebih dahulu. Ubah diri dan ikuti 6 tip ini agar tidak leka untuk terus kaya dan berjaya.
1- Mengenal pasti & mengakui masalah kritikal yang ada
Ini bahagian yang paling susah kerana ramai daripada kita hidup dalam penafian. Ya! Itulah masalah utama saya sebelum ini, saya hidup dalam penafian. Bila orang cakap badan saya obesiti, saya akan kata tidak mengapa, janji saya kaya.
Bila orang suruh saya jaga kesihatan, saya cakap, doktor sahkan saya sihat walaupun badan saya obesiti. Saya benar-benar jelas dengan masalah saya bila saya sendiri melakukan ujian darah dan mendapatkan penjelasan dari pakar tentang apakah potensi masalah kesihatan yang saya boleh dapat atau hidap jika saya tidak jaga kesihatan saya.
Begitu juga dari segi kewangan. Kita mungkin sentiasa mengalami masalah kewangan, duit yang sentiasa tidak cukup, “kebocoran wang” dialami hampir setiap hari di mana duit akan mudah “pergi” dari poket kita sama ada sengaja atau tidak. Tetapi ramai yang akan rasa “ok” dan terima yang mereka memang ada masalah kewangan tetapi mereka tidak faham sebenarnya apa kesannya kepada hidup mereka dan mereka tidak pernah dengar apa itu “Perancangan Kewangan”.
Mereka akan berkata, “kita hidup tidak lama, kita belanja sahaja apa yang ada!”. Tidak ramai yang berani jujur dengan diri sendiri untuk menilai tahap kewangan sebenar. Adakah anda boleh hidup selesa seperti sekarang sekiranya tidak perlu bekerja? Jika tidak, bermakna anda dalam zon “bahaya kewangan” atau berisiko di dalam kewangan.
2-Mendapatkan khidmat nasihat tentang betapa kritikalnya masalah ini yang boleh memberi kesan kepada diri kita
Seperti saya sebutkan tadi, saya mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak ketiga, mereka yang pakar untuk benar-benar terangkan tentang betapa kritikalnya masalah obesiti saya.
Begitu juga tentang tahap kewangan kita. Kita perlukan pakar kewangan yang berpengalaman untuk menilai, adakah kita mempunyai perancangan kewangan yang boleh membuatkan kita “pencen muda” jika kita mengaturnya dengan bagus?. Ramai orang tidak tahu bahawa hari ini semakin ramai bersara dengan bebas kewangan pada umur lebih muda, bukan perlu tunggu sehingga berumur 55 tahun ke atas.
Bagaimana? Di sinilah anda perlukan perundingan pakar kewangan bertauliah atau anda perlu membaca buku-buku tentang kebebasan kewangan seperti “Rich Dad Poor Dad” atau buku-buku kewangan oleh Azizi Ali. Saya juga selalu berkongsi tentang perkara ini di dalam seminar saya.
3-Mengenalpasti apakah kesannya masalah yang ada kepada orang yang kita sayangi?
Selepas bercakap dengan pakar yang boleh membantu mengenal pasti apa sebenarnya masalah kritikal kewangan kita, kita juga mesti tahu tentang apa kesannya masalah kewangan ini kepada orang yang kita sayangi.
Bagaimana kita mahu memberikan kehidupan yang lebih terjamin dari segi kewangan seandainya tidak mempunyai tahap kewangan dan pelaburan yang bagus? Ramai orang bekerja tetapi ramai orang bekerja hanya untuk membayar hutang sedangkan apa yang kita perlu buat adalah bekerja untuk membina kekuatan kewangan dan pelaburan walaupun pendapatan kita belum banyak.
Sebenarnya, masalah kewangan bukanlah berpunca daripada pendapatan kita banyak atau sedikit, ini kerana saya pernah berjumpa dengan mereka yang mempunyai pendapatan yang tinggi tetapi mengalami masalah ketiadaan wang sama ada simpanan atau pelaburan serta tidak pernah rancang kewangan. Mereka sebenarnya “broke” atau papa walau nampak bergaya.
Kesannya, satu hari nanti adalah mungkin tidak mampu membayar yuran pendidikan anak-anak yang anda suruh belajar pandai-pandai dan diterima masuk ke universiti yang terbaik di dunia, tetapi anda tidak ada wang yang cukup untuk menyara mereka. Kesannya nanti anda tidak mampu berikan rawatan kesihatan terbaik untuk ibu bapa. Kesannya nanti anda tidak mampu mengerjakan haji atau umrah. Banyak lagi kesan kritikal apabila tidak ada tahap kewangan yang bagus.
4-Memikirkan masalah ini dan bercakap mengenai betapa kritikalnya masalah ini dengan orang yang disayangi
Ya! Mengetahui masalah ini sahaja tidak mencukupi, anda perlu bercakap dengan orang yang disayangi betapa pentingnya perkara ini diberi perhatian serta mendapatkan sokongan mereka untuk sama-sama memperbaikinya. Jika anda mendapatkan khidmat nasihat kewangan daripada pakar, anda perlu bawa suami atau isteri anda untuk sama-sama memahami masalah dan penyelesaian yang ada.
5-Melihat keliling kita dan memahami betapa banyak perkara yang kita akan terlepas jika masalah ini tidak diperbetulkan
Di mana tahap kewangan kita hari ini adalah mengikut apa yang kita lakukan semalam dan di mana kita esok adalah bergantung kepada apa yang kita lakukan hari ini. Perhatikan mereka yang berjaya, jika anda melihat kehidupan mereka atau tahap kewangan mereka lebih baik, percayalah, mereka lebih awal memahami tentang perancangan kewangan dan bagaimana untuk membina kewangan lebih awal daripada kita.
Ia adalah sama dengan bila saya melihat orang lain kurus yang satu masa dahulu mereka gemuk, ia adalah kerana mereka memilih untuk memahami masalah mereka dan bertindak lebih awal daripada saya. Bayangkan berapa banyak peluang atau impian yang dapat kita capai jika kita perbaiki masalah kewangan?
6-Menguasai suara “budak kecil” dalam diri yang selama ini melekakan kita.
Kenal pasti suara diri negatif yang ada dalam diri kita. Saya sendiri leka dengan suara budak kecil yang selalu menyuruh saya untuk makan lebih sikit dan hanya mula esok bersenam lain kali.
Begitu juga dari segi kewangan. Suara budak kecil suka kita berbelanja sewenang-wenangnya sedangkan kita sepatutnya menyimpan dan melabur di tempat yang menguntungkan seperti dengan mendapatkan ilmu kewangan atau perniagaan.
Apabila telah mengenal pasti semua aspek ini, apa yang boleh membuatkan kita komited dengan matlamat adalah dengan mengingatkan diri setiap masa tentang betapa pentingnya mencapai matlamat ini serta memilih rakan-rakan yang boleh membantu mengingatkan tentang matlamat kita. Komitmen menentukan tahap kejayaan kita. Kita berlumba dengan masa.
Dengan Gaji RM800, Lelaki Ini Berjaya Kumpul RM12 Ribu Dalam Masa 3 Bulan!

Setiap bulan apabila tiba hari gaji, kita pasti akan segera membayar segala jenis bil serta komitmen untuk mengelakkan diri daripada terjerat kancah hutang.
Hutang bersama bank atau institusi berlesen tidak terlalu bahaya, namun kalau terjebak hutang dengan pinjaman wang tidak berdaftar, mungkin hidup anda resah.
Walaubagaimanapun, hidup & kerja kita bukanlah semata untuk membayar bil sahaja, kita juga sepatutnya boleh merasa sedikit hasil titik peluh yang selama ini diusahakan.
Oleh itu, seorang pengguna twitter iaitu Syafiq Mustafa telah berkongsi melalui twitter threadnya bagaimana untuk mempunyai simpanan sebanyak RM12K dalam masa 3 bulan.
Ikuti threadnya di bawah ini:
BACA: Selain Duit Boleh Melayang Sebab Lewat Tukar Minyak Hitam, Ini 3 Kesan Buruk Lain
Rahsia simpan RM12 ribu dalam masa 3 bulan
Kena set target & pastikan ada matlamat yang betul
Elak daripada kedekut dengan tabung
Setelah menyimpan, lupakan lokasi tabung untuk seketika (Nak buat anda tak mudah nak buka balik ambil duit)
BACA: ‘Dulu Saya Pernah Tercicir Duit Berniaga Sebanyak RM5K’, Bapa Ainul Kongsi Kisah Permulaan Keajaiban
Walaupun ada not RM50, simpan sahaja
Guna tabung kecil untuk naikkan semangat
Kena banyak berkorban & rajin
Target simpanan bergantung kepada kemampuan masing-masing
Rezeki lagi mudah datang bila berkahwin
Set tabung satu untuk not RM100/RM50, tabung untuk not RM10/RM20 dan tabung untuk not RM1/RM5
“Sesenduk Nasi Baru 150 Kalori” – Ini Rahsia Tentang Nasi Anda Perlu Tahu Sebelum Nak Mulakan Diet

Orang yang sedang berdiet sering sahaja menolak nasi daripada menu harian. Mereka menganggap, nasi tidak bagus untuk kesihatan, malah melabelkan nasi sebagai makanan yang boleh menggemukkan.
Namun, Arif Sukri berkongsi di Faceboknya beberapa fakta yang anda perlu tahu sebelum nak diet tapi tak mahu makan nasi;
1. Nasi tidak ada lemak
2. Nasi tidak berkolestrol
3. Tak ada juga pemanis tiruan
4. Bebas dari MSG (Monosodium glutamate )
5. Sesenduk nasi baru 150 kcal sahaja
6. Kalori segenggam nasi lebih rendah berbanding segenggam keropok ikan
7. Nasi ada tak ada lemak tepu
8. Makan nasi terkawal, tetap boleh kurus
Tidak perlu salahkan nasi secara keseluruhan. Sebab yang jadi asbab kegemukan bukan nasi tapi kuantiti yang tiada kawalan.
Ada yang memilih buat diet tanpa nasi. Buang terus karbo, sampai nak makan lauk-lauk sahaja. Jika kalian mampu buat, teruskan sahaja. Cuma jangan pula dipukul rata diet makan nasi akan menggemukkan.
Itu tidak benar.
Yang nak diet tapi masih mahu makan nasi teruskan sahaja. Sememangnya nasi dan bangsa Melayu kita sukar dipisahkan, bukan?
Begitulah kawan.
Tolong bagitau baik-baik kawan kita yang selalu dakwa nasi menggemukkan tu. Bagitaulah nasi adalah makanan orang diet.
Fakta yang kalian perlu tahu sebelum nak diet tapi tak nak makan nasi. 1. Nasi tidak ada lemak. 2. Nasi tidak…
Posted by Arif Sukri on Thursday, June 25, 2020
Sumber: Arif Sukri