Viral baru-baru ini apabila foto seorang guru lelaki sedang melukis dan mengajar pada waktu itu secara tidak langsung mengundang pelbagai reaksi daripada netizen dunia
Seorang guru subjek Informasi & Teknologi Komunikasi (ICT) di Ghana dengan gigihnya melakar paparan sistem operasi Microsoft Word di papan hitam bagi memberi penjelasan yang lebih terperinci cara-cara menggunakan serta fungsi Microsoft Word kepada para pelajarnya.
Ads
Biarpun dalam keadaan yang serba kekurangan, tanpa fasiliti dan kemudahan kelas yang canggih, guru berdedikasi bernama Richard Akoto ini tampil bijak menggunakan lakaran rajah paparan Microsoft Word yang disertai dengan penjelasan fungsi agar dapat difahami dengan jelas oleh para pelajar.
“Saya sayang pelajar-pelajar saya, jadi saya perlu lakukan yang terbaik dan sanggup buat apa sahaja untuk meraih kefahaman mereka tentang ilmu ICT ini,” jelas Richard.
Ads
Kerana tidak mempunyai kemudahan komputer, Richard terpaksa menggunakan lakaran sebagai inisiatif terbaik untuk memberi pemahaman kepada para pelajarnya.
Menurut sumber dari sebuah portal berita Afrika Quartz, Richard sudah sekian lama berkhidmat di sekolah tersebut namun, kemudahan komputer mereka adalah terhad malah sudah lama tidak diperbaharui sejak 2011. Meskipun begitu, adalah menjadi syarat khursus bagi kesemua pelajar di sekolah berkenaan untuk lulus subjek ICT.
Richard Akoto merupakan guru mata pelajaran ICT di sebuah sekolah di Ghana, Afrika. Sebaik selepas foto Richard yang mengajar subjek penggunaan komputer menggunakan papan hitam itu viral, seorang usahawan bernama Rebecca Enonchong berasa terpanggil untuk menjejaki cikgu berkenaan.
Ads
Beliau kemudian menyambungkan hasratnya dengan menghantar tweet kepada Microsoft Afrika supaya syarikat teknologi gergasi itu boleh membantu Richard dalam bentuk pembiayaan komputer.
Sejak itu, Microsoft Afrika akhirnya bersetuju untuk memberi pembiayaan komputer buat Richard bagi memudahkan dirinya serta para pelajar mengakses maklumat pengajaran dan pembelajaran secara mudah, di samping pemahaman yang lebih jelas buat para pelajar tentang ciri serta cara penggunaan komputer profesional.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
PUTRAJAYA, 5 Mei — Orang awam dibenarkan memandu kenderaan jika Lesen Kenderaan Motor (LKM) ataupun lesen memandu telah tamat tempoh dalam waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dengan syarat insurans kenderaan masih berkuat kuasa.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kenderaan persendirian masih tertakluk terhadap pengecualian pembaharuan LKM dan lesen memandu dalam tempoh PKP seperti yang diumumkan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong pada 24 Mac lepas.
Bagaimanapun, JPJ telah membenarkan Pos Malaysia untuk menjalankan urus niaga pembaharuan lesen memandu dan LKM bagi kenderaan persendirian.
“JPJ memahami rungutan orang ramai berkenaan dengan pembukaan kaunter urus niaga di pejabat JPJ hanya untuk urusan kenderaan perdagangan dan beberapa jenis urus niaga sahaja,” menurut kenyataan itu.
Pembukaan urus niaga bagi kaunter JPJ dibuat secara berperingkat bagi mengurangkan risiko penyebaran wabak pandemik COVID-19.
“Bagi menyokong kelangsungan ekonomi, pembukaan urus niaga berperingkat ini adalah memfokuskan kepada kenderaan perdagangan ataupun komersial sahaja.
“Seterusnya, secara beransur-ansur JPJ akan membuka kaunter urus niaga bagi urusan lain termasuk berkaitan dengan kenderaan persendirian,” menurut JPJ.
Anda dan pasangan sememangnya berbeza. Bukan sahaja dari sudut fizikal dan kejadian, malah nurani dan pembawaan diri mewujudkan kesukaran kala bercinta. Ada sahaja yang tidak kena bukan? Tetapi ini tidak bermaksud anda berdua tidak boleh menemui sebarang persamaan. Yakinilah, persamaan tersebut ada dalam diri anda dan pasangan. Cuma anda berdua perlu bijak untuk merungkainya.
PERSAMAAN PERLU ADA
1- PRIORITI
Prioriti dalam erti kata lain adalah kepentingan iaitu betapa mustahaknya anda dalam perhubungan yang dibina. Tanya pada diri dan nilai daripada diri pasangan, sejauh mana kepentingan masing-masing untuk kekal bersama dalam menghadapi suka duka hidup berdua.
Baginya, anda adalah prioriti, begitu jua dengan anda. Anda meletakkan segalanya lebih daripada kepentingan serta kebajikan diri sendiri. Jika wujud persamaan dalam soal ini, anda berdua pasti akan bahagia.
2- PENDIRIAN
Ini penting untuk diutarakan sebelum anda berdua melangkah ke perhubungan yang lebih dalam. Jika masih teragak-agak dan tidak pasti akan ke mana hala tuju perhubungan yang dibina, ada baiknya anda menarik diri. Anda berdua perlu memastikan perkahwinan dibina atas dasar pendirian yang sama.
Bincang dan tanya pada diri sendiri? Ke mana anda berdua ingin bawa perhubungan tersebut? Ke jinjang pelamin dan seterusnya memiliki keluarga sendiri atau sebaliknya. Ini penting kerana jika anda berdua berbeza pendirian maka banyaklah rintangan yang bakal muncul.
3- KETENTERAMAN
Ketenteraman dan keselesaan pada kala tubuh saling erat dan rapat mengukuhkan lagi kekuatan cinta dan kasih sayang. Setiap pelukan, sentuhan, ciuman adalah penawar bagi kedukaan yang melanda. Walau sudah lama berumah tangga, anda dan dia saling selesa dan enggan berenggang.
Tiada rasa jemu dan bosan, malah rasa cinta pula yang kian menebal dari saat ke saat. Jika anda berdua punya persamaan dari segi ini, alangkah beruntungnya anda. Kekalkan momentum cinta dan kebahagiaan tersebut sehingga mati memisahkan.
4- KEMEGAHAN
Bagi anda mungkin tiada erti di dunia, namun bagi orang lain anda adalah dunianya. Begitulah sebaliknya. Tiada salah jika bermegah dengan pasangan kerana anda tahu dia ada segalanya.
Baik atau buruk, hati dan jiwa perlu bersedia untuk menerima seadanya. Oleh itu, relakan diri untuk saling bermegah-megah akan pasangan kerana hanya ini akan menyemai dan menyuburkan lagi rasa cinta dalam jiwa. Jangan hanya anda ingin dimegahkan.
5- SALING MENGINGATI
Ini lebih pada inisiatif serta usaha dalam menyulam rasa kasih sayang dalam kanvas cinta anda berdua. Saling memperingati akan tarikh-tarikh utama adalah penting bagi menguji sejauh mana ketebalan rasa cinta dalam jiwa masing-masing. Walaupun dalam keadaan yang tertekan, mahupun masalah yang melanda anda sama-sama meraikan hari bahagia tersebut. Ingat, ia bukan sekadar satu kebiasaan tetapi bagaimana anda menghargai momen tersebut.
6- BICARA
Komunikasi ternyata antara kunci utama sebuah kebahagiaan. Tika masalah melanda, bicara dari hati ke hati mampu menyelamatkan rumah tangga daru terus bergolak. Memendam rasa dan menyimpan amarah hanya akan membutuhkan rasa. Oleh itu, amalkan keterbukaan untuk saling berbicara dan menjadi pendengar yang setia. Jika anda memiliki persamaan untuk saling menyampai rasa dan meluahkan perasaan, maka anda berdua pasti akan hidup aman di sisi dirinya.
7- TAWA
Kemurungan dan kesedihan tidak berpanjangan namun ia boleh mencacatkan sebuah kegembiraan dalam berumah tangga. Namun, keseronokan yang diselang-selikan dengan tawa, gurau dan senda harus dikekalkan hingga ke akhirnya.
Anda tidak perlu menjadi seorang yang arif dalam membuat jenaka. Cukuplah sekadar sama-sama bergembira dan tidak terlalu fikirkan perkara yang hanya akan membuat anda dan pasangan saling bermasam muka atau sebagainya. Just be happy guys.
TAHUKAH ANDA?
1- Berdasarkan laman sesawang Vemale.com melalui satu kajian mendapati
Wanita lebih suka berbicara secara terperinci dari segenap hal dari A ke Z. Ada kalanya meleret. Tetapi lelaki sebenarnya lebih banyak berfikir dan mendengar dari berbicara.
2- Salah satu tip yang disarankan pakar perhubungan, Dr Carey Lover dari Universiti Duke adalah memiliki hobi yang sama merupakan satu pendekatan penting dalam mencari persamaan dalam perhubungan.
3- Blake Shelton dan Miranda Lambert antara pasangan artis / suami isteri mengakui punya persamaan dalam bidang muzik country yang digemari mereka sedikit sebanyak membantu dalam menghangatkan rasa cinta mereka.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dibintangi oleh Hanna Delisha dan Shukri Yahaya, musim baharu 'Andai Itu Takdirnya 2' ini hadir dengan cerita yang jauh lebih matang, lebih realistik dan penuh tekanan emosi.