Yeezy effect! Menjadikan figura terkenal Kanye West sebagai inspirasi utama dalam rekaan bomber jacket ini sememangnya kena dengan penggayaan yang lebih santai, urban dan hipster. Penggunaan tekstur yang berbeza memberi kepelbagaian dalam rekaan bomber jacket ini.
CHECKED MATES!
Bosan dengan rekaan yang serba kosong? Barangkali pereka antarabangsa seperti Raf Simmons, Bottega Veneta dan Junya Watanabe menghasilkan corak petak yang lebih moden serba kreatif menghilangkan rasa bosan untuk pentas fesyen lelaki. Lebih berinovasi dan unik dalam gaya fesyen lelaki hari ini. Meskipun dilihat sedikit klasik dan retro, namun ia masih memberi impak mewah dengan penggunaan corak checks, woolly tartans and crisp windowpane patterns. Sekali gus menghidupkan pentas fesyen lelaki kali ini.
Ads
REAL GENTLEMAN
Mengapa masih mahu berada dalam kelompok yang sama? Penggunaan warna merah jambu dalam penggayaan lelaki semasa bukan dilihat sebagai mematahkan aura maskulinnya, malah ia lebih menyerlah dan memberi satu daya tarikan pada orang ramai. Dusty pink, mahupun dark pink mencetus fenomena dalam trend rangkaian koleksi lelaki untuk masa kini.
Ads
ROYAL PALACE
Perincian gold serta silver, penggunaan fabrik berstruktur berat seperti velvet mampu menghasilkan ciptaan rekaan yang serba mewah dan lebih agung. Mana tidaknya, padanan rekaan kot berlabuh panjang serta tambahan aksesori ala brocade menaikkan unsur Victoria pada era 60-an. Namun, dari segi silhouette masiih tampak moden dan eksklusif.
Penjagaan dan cara basuh baju putih memang sukar terutamanya ketika hendak membasuh. Jika silap basuh baju putih boleh buat ia cepat pudar dan kuning. Ada cara membasuh yang anda kena ikut jika nak baju putih kekal seperti baru.
Bagi anda yang minat baju putih, pastikan ikut 7 cara ini masa nak basuh agar baju putih anda tak rosak, pudar dan kekuningan walaupun sudah bertahun anda pakai.
Baju putih sangat mudah terkena lunturan baju warna lain jika ia direndamkan dalam satu baldi. Sebelum proses mencuci baju, asingkan baju putih dengan baju berwarna terlebih dahulu. Jika disekalikan, bimbang baju putih akan terkena tompokan warna baju lain, selain boleh mengakibatkan baju putih nampak seperti kusam.
Bukan setakat baju berwarna, anda juga harus asingkan setiap baju putih mengikut material kainnya sebelum mencuci. Baju putih yang diperbuat daripada linen dan kapas boleh dibasuh bersama. Begitu juga dengan material acetates boleh digabungkan bersama material acrylics. Manakala baju putih daripada material berbulu tidak boleh dicampurkan dengan mana-mana material.
Sebelum mula mencuci, periksa label baju putih korang sama ada ia boleh dicuci dengan air panas atau tidak. Jika boleh, rendamkan baju putih dalam air suam kerana ia merupakan setting terbaik untuk membasuh pakaian berwarna putih. Kemudian boleh anda mencuci baju putih tersebut dengan sabun seperti biasa.
Penggunaan agen pemutih memang cepat menghilangkan kekotoran namun jika kerap digunakan boleh membuatkan lama-kelamaan baju putih jadi kekuningan. Untuk menggantikannya, anda boleh guna bahan semula jadi seperti baking soda. Gunakan setengah cawan baking soda bersama campuran sabun basuh. Cuka putih dan jus lemon juga boleh membantu. Tuang ½ cawan jus lemon dan 1 cawan cuka putih ke dalam baldi atau mesin basuh. Kemudian jemur di bawah cahaya matahari yang sederhana bagi mengembalikan warna putih pada pakaian.
Untuk mencuci baju putih, anda kena pastikan suhu air yang digunakan bersesuaian. Elak mencuci baju putih dengan air sejuk kerana kandungan mineral dalam air sejuk boleh memudahkan kekotoran melekat pada pakaian.
Kebersihan mesin cuci juga perlu diperhatikan. Kotoran-kotoran yang tertinggal dari cucian sebelumnya boleh memudarkan pakaian. Ada cara mudah untuk membersihkannya. Caranya, isi mesin basuh dengan air seperti anda nak mencuci baju biasa. Tambahkan satu cawan baking soda ke dalam air dan tekan pengatur waktu untuk beberapa minit sehingga mesin basuh siap dibersihkan.
Elak menggantung baju putih di bawah matahari terik. Cara ini boleh menyebabkan warna baju putih anda cepat nampak kusam dan pudar. Sebaiknya jemur di kawasan yang berbumbung.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Allah S.W.T menjadikan makhluk itu berpasang-pasangan. Firman Allah S.W.T dalam surah Yaasiin ayat 36.
Maksudnya: Maha Suci Allah yang telah menciptakan makhluk –makhluk semua berpasangan sama ada yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka, atau pun dari apa yang mereka tidak ketahui.
Begitulah jua diciptakan manusia. Allah S.W.T. menjelaskan tentang kejadian lelaki mahupun perempuan sebagaimana firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 13.
Maksudnya: Hai manusia, Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.
Dinyatakan lagi bahawa kejadian manusia merupakan sebaik-baik ciptaan Allah sebagaimana firman Allah dalam surah al-Tin ayat 4.
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.
Hikmah manusia dijadikan secara berpasangan adalah untuk mengembangkan zuriat keturunan manusia yang diredhai Syarak.
Oleh yang demikian, setiap manusia itu hendaklah bersyukur dengan ciptaan Allah S.W.T. Maka janganlah diubah daripada lelaki yang dilahirkan hakikinya sebagai lelaki menyerupai perempuan begitulah sebaliknya.
MAKSUD LELAKI MENYERUPAI PEREMPUAN ATAU SEBALIKNYA
Maksud lelaki menyerupai perempuan atau sebaliknya ialah meniru gaya orang perempuan sama ada dari segi pakaian seperti memakai pakaian seperti wanita, dari segi perhiasan seperti memakai gelang, subang dan kalung atau dari segi gaya bercakap seperti bercakap dengan suara yang halus dan lanjut atau dari segi berjalan seperti berlenggang-lenggok dan lain-lain yang menjadi kebiasaan orang perempuan. Sementara meniru gaya orang lelaki pula adalah dari segi pakaian seperti memakai pakaian seperti lelaki, dari segi perwatakan seperti pergerakan yangkasar, berlagak lelaki, mencukur rambut kepala, dan seumpamanya yang menjadi kebiasaan orang lelaki.
Sehubungan dengan itu, perkara-perkara yang dilarang lelaki menyerupai perempuan atau sebaliknya adalah seperti berikut:
HUKUMLELAKI MENYERUPAI PEREMPUAN ATAU SEBALIKNYA
Perbuatan tersebut, sama ada lelaki berlagak perempuan atau sebaliknya adalah haram bahkan berdosa besar berdasarkan terdapatnya dalil yang mela‘nat orang yang melakukannya. Perbuatan ini juga merupakan antara kemungkaran yang telah merebak dengan meluas di kalangan umat Islam.
HUKUMLELAKI MENYERUPAI PEREMPUAN ATAU SEBALIKNYA DENGAN CARA PERUBATAN
Hukum lelaki menyerupai perempuan atau sebaliknya dengan cara perubatan sama ada dengan pengambilan hormon atau membuat pertukaran jantina adalah haram. Ianya termasuk dalam perbuatan mengubah ciptaan Allah. Hal ini berdasarkan hadith,
Yang bermaksud, Daripada ‘Abdullah bin Mas‘ud r.a katanya, “Allah mela‘nat perempuan yang membuat tatu, yang diminta membuatnya, yang mencabut bulu muka dan yang mengasah gigi untuk kecantikan yang mengubah ciptaan Allah. Kenapa pula aku tidak mencerca mereka yang dila‘nat oleh Rasulullah SAW sedangkan di dalam al-Qur’an Allah menyatakan firman-Nya yang bermaksud… Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah SAW kepada kamu maka terimalah serta ‘amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya…”
Hikmah pengharaman mengubah-ngubah ciptaan Allah adalah kerana terdapatnya pemalsuan, penipuan dan menimbulkan sangkaan yang tidak benar seperti menganggap ciptaan Allah tidak sempurna.
DALIL PENGHARAMANNYA
Perbuatan berlagak lelaki atau perempuan haram berdasarkan hadith,
Yang bermaksud, daripada Ibnu ‘Abbas, katanya, “Rasulullah saw mela‘nat lelaki yang meniru-niru gaya perempuan, dan perempuan yang meniru-meniru gaya lelaki.”
Yang bermaksud, daripada Ibnu ‘Abbas. katanya, “Nabi saw mela‘nat lelaki yang berperangai pondan dan perempuan yang berperangai lelaki. Baginda bersabda, usirlah mereka dari rumah kamu.”
Begitu juga hadith,
عن أبي هريرة رضي الله عته قال: لَعَنَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّجُلَ يَلْبِسُ لِبْسَةَ المَرْأَةِ، وَالمَرْأَةَ تَلْبِسُ لِبْسَةَ الرَّجُلِ.
Yang bermaksud : Daripada Abi Hurairah r.a berkata :Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki.
(Hadith Riwayat Abu Daud: 4098 muka surat 27 dalam Bab libas An-nisak Juzuk 4)
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al-Tabrani, Abdullah bin Amru bin al-As r.a telah melihat Ummu Sa‘id binti Abu Jahal berjalan seperti seorang lelaki dengan pedang tersisip di pinggangnya lalu Abdullah berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,
Yang bermaksud, Bukanlah daripada kalangan umatku perempuan meniru lelaki dan lelaki meniru perempuan.
Laknat dalam hadith di atas merupakan celaan yang sangat berat kepada pelaku. Ianya menunjukkan betapa kerasnya larangan Rasulullah terhadap perbuatan tersebut. Dalam kitab Fath al-Bari, al-Tabari menjelaskan laknat ( لعن ) bermakna tidak harus ( لا يجوز ) iaitu haram. Manakala al-Syeikh Abu Muhammad bin Abi Hamzah berkata: Laknat ( اللعن ) itu menunjukkan bahawa perbuatan tersebut adalah sebahagian daripada dosa-dosa besar.
HIKMAH DISEBALIK PENGHARAMAN INI-
Hikmah pengharaman ini, sebagaimana yang dinyatakan dalam kitab Fath al-Bari, adalah kerana larangan mengubah-ngubah ciptaan Allah sebagaimana hadith di atas. Selain itu, ianya diharam bagi mengelakkan perbuatan homoseksual dan lesbian sebagaimana yang berlaku kepada kaum Nabi Lut a.s. Hal disebutkan dalam surah al-Naml ayat 54 dan 55,
Yang bermasud, Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan); (ingatlah peristiwanya) tatkala ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji sedang kamu nampak kejinya?
Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki, bukan perempuan kerana memuaskan nafsu syahwat kamu. (Perbuatan kamu itu amatlah keji) bahkan kamu kaum yang jahil (yang tidak mengetahui akan akibatnya)”.
KEDUDUKAN LELAKI YANG MENYERUPAI PEREMPUAN ATAU SEBALIKNYA
Bagi lelaki menyerupai perempuan dari segi ibadah, mualamah, munakahat sehinggalah kepada urusan jenazah adalah kekal sebagaimana hukum ke atas seorang lelaki dan begitulah sebaliknya.
KEPENTINGAN HUKUM FIQH ISLAM
Hukum fiqh penting kepada umat Islam kerana:
Kaitan Antara Fiqh dan ‘Aqidah Islamiyah
Antara keistimewaan Fiqh Islam sebagaimana yang telah dijelaskan ialah hukum-hukum syara‘ yang mengatur segala perbuatan dan perkataan mukallaf. Ia mempunyai hubungan yang sangat kukuh dengan iman kepada Allah dan mempunyai kaitan yang rapat dengan asas-asas ‘aqidah Islamiyah, terutamanya yang berkaitan dengan ‘aqidah keimanan kepada hari akhirat. Hal ini demikian kerana ‘aqidah keimanan kepada Allah menjadikan seseorang muslim itu berpegang teguh dengan segala hukum agama serta memandu mereka ke arah pelaksanaannya dengan penuh keta‘atan dan kerelaan. Begitu juga orang yang tidak beriman kepada Allah tidak terikat dengan ‘ibadat solat dan puasa. Mereka akan bertindak tanpa mengira halal dan haram. Justeru, beriltizam dengan segala hukum syara‘ merupakan satu cabang daripada beriman kepada Allah yang telah menurunkan syari‘at kepada hamba-hamba-Nya
Fiqh Islam Merangkumi Semua Keperluan Manusia
Tidak syak lagi bahawa kehidupan manusia merangkumi pelbagai aspek dan kebahagiaan mereka diperolehi dengan memelihara semua aspek tersebut melalui peraturan dan perundangan. Oleh sebab Fiqh Islam merupakan hukum-hukum yang disyari‘atkan oleh Allah kepada hamba-hamba-Nya bagi menjaga kemaslahatan dan menghindari kerosakan, justeru Fiqh Islam datang dalam keadaan merangkumi aspek tersebut dan menyusun semua keperluan manusia dengan hukum-hukumnya.
Jika diperhatikan kitab-kitab fiqh yang mengandungi hukum-hukum syara‘ yang bersandarkan kepada kitab Allah , sunnah Rasulullah, ijma‘ ‘ulama’ dan ijtihad mereka, kita akan dapati hukum-hukum tersebut terbahagi kepada tujuh bahagian dan daripadanya dibentuk peraturan umum bagi menjamin kehidupan manusia secara individu atau bermasyarakat.
Hukum ‘ibadat ialah hukum-hukum yang berkaitan dengan ber‘ibadat kepada Allah seperti berwudhu’, solat, puasa, zakat, haji dan lain-lain.
Hukum kekeluargaan ialah hukum-hukum yang berkaitan dengan kekeluargaan seperti penyusuan, nafkah, pembahagian harta dan lain-lain.
Hukum mu‘amalat ialah hukum-hukum yang berkaitan dengan perbuatan manusia dan hubungan sesama mereka seperti jual beli, gadaian, sewaan, pendakwaan dan keterangan-keterangan, penghakiman dan lain-lain.
Hukum pemerintahan ialah hukum-hukum yang berkaitan dengan tanggungjawab pemerintah seperti menegakkan ke‘adilan, membasmi kezaliman dan melaksanakan undang-undang. Begitu juga hukum yang berkaitan dengan kewajipan rakyat supaya menta‘ati pemimpin dalam perkara yang bukan ma’siat dan lain-lain lagi.
Kanun keseksaan ialah hukum-hukum yang berkaitan dengan hukuman yang dikenakan terhadap penjenayah, memelihara keamanan dan peraturan seperti hukuman kepada pembunuh, pencuri, peminum arak dan seumpamanya.
Hukum hubungan antarabangsa ialah hukum-hukum yang mengatur hubungan antara negara Islam dengan negara–negara lain dari segi peperangan, perdamaian dan lain-lain.
Adab dan akhlaq ialah hukum-hukum yang berkaitan dengan akhlaq, maruah, pekerti yang baik dan yang buruk dan lain-lain.
Demikianlah Fiqh Islam merangkumi segala hukum yang berkaitan dengan keperluan manusia dan semua kemudahan hidup individu dan masyarakat.
KESIMPULAN
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pertandingan pencarian ikon wanita muda paling berpengaruh negara kembali lagi. Dewi Remaja 2025 membuka tirai edisi ke-14, dan tahun ini, ia membawa makna yang jauh lebih besar apabila menyambut ulang tahunnya yang ke-40.
Bukan sekadar pertandingan, Dewi Remaja merupakan institusi yang telah membina landasan untuk ramai wanita muda melakar nama dalam industri seni, penyiaran, peragaan, keusahawanan dan aktivisme sosial.
Dilancarkan pada tahun 1985 di bawah terbitan Majalah Remaja, pertandingan ini telah melalui transformasi besar dari era cetakan fizikal ke dominasi platform digital.
Kini di bawah terbitan Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Dewi Remaja kekal sebagai pentas berprestij yang membuka peluang untuk wanita muda Malaysia menampilkan keyakinan, karisma dan bakat secara progresif.
Antara nama-nama besar yang lahir daripada program ini termasuklah Scha Alyahya, Izara Aishah, Noor Neelofa, Raysha Rizrose dan Tracie Sinidol.
Masing-masing membawa naratif kejayaan tersendiri, membuktikan bahawa gelaran Dewi Remaja bukan sekadar simbol kecantikan, tetapi tiket kepada peluang dan transformasi peribadi.
Bagi edisi tahun 2025, pendaftaran secara dalam talian telah dibuka dari 26 Jun hingga 10 Julai. Gadis remaja Malaysia yang memiliki personaliti dinamik, bakat unik serta keberanian untuk menjadi figura awam digalakkan untuk menyertai.
Proses penyertaan melibatkan penghantaran borang secara digital dan video pengenalan berdurasi kurang dua minit di laman rasmi www.remaja.my/dewi.
Dalam video tersebut, peserta perlu menjelaskan kenapa mereka layak bergelar juara dan berkongsi pencapaian tertinggi mereka, sama ada dari aspek akademik, sukan, kesenian, kepimpinan atau kerjaya.
Penilaian tidak lagi bersandar kepada rupa semata-mata, malah menjadikan nilai empati, ketulenan dan daya impak sosial sebagai kriteria utama.
Selaras dengan perubahan zaman, format Dewi Remaja telah beralih daripada konsep pusingan bulanan dalam majalah kepada program realiti berformat digital dan televisyen.
Kandungan kini lebih interaktif, menyasarkan penonton dari pelbagai segmen masyarakat dan memperlihatkan sisi autentik setiap peserta dalam menjalani cabaran mingguan.
Pemenang bukan sahaja dinobatkan sebagai ikon remaja, tetapi turut memikul misi sebagai duta nilai progresif wanita moden Malaysia malah menjadi seorang yang berani, bijaksana, empati dan berwibawa.
Dewi Remaja telah melahirkan barisan juara berkaliber sepanjang 40 tahun, antaranya:
Setiap seroang daripada mereka mencerminkan evolusi cita rasa, keperibadian dan aspirasi wanita muda Malaysia dari satu dekad ke dekad seterusnya.
Dalam dunia pasca-pandemik yang penuh ketidaktentuan, suara wanita muda menjadi lebih signifikan.
Dewi Remaja berdiri sebagai platform untuk memperkasa mereka yang berani mencabar norma, membawa agenda kemajuan dan menyuntik inspirasi dalam masyarakat.
Dewi Remaja 2025 bukan sekadar menobatkan seorang juara baharu. Ia adalah pernyataan bahawa wanita muda Malaysia bersedia untuk mengambil tempat mereka dalam naratif nasional, dengan penuh gaya, akal dan prinsip.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pelakon terkenal, Rita Rudaini meluahkan rasa bangga apabila anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin mencipta kejayaan membanggakan dalam bidang sukan.Mewakili Kontinjen Selangor di Kejohanan Olahraga...