Mungkin ramai yang fikir itu sekadar aksesori fizikal, tapi sebenarnya, bulu dada ni ada beberapa fakta menarik yang mungkin buat anda lebih yakin.
1. Simbol Kejantanan & Kematangan
Pertama sekali, bulu dada ni bukan calang-calang. Ia dikaitkan dengan hormon testosteron yang tinggi – hormon yang sinonim dengan kejantanan dan kekuatan. Testosteron bukan saja menjadikan lelaki lebih maskulin, tapi ia juga memberi aura matang dan berkeyakinan. Tak hairanlah kalau ada yang anggap lelaki berbulu dada nampak lebih matang dan ada ‘bad boy vibes’ yang digemari ramai.
2. Fakta ‘Lelaki Berbulu Dada Lebih Bijak’
Mungkin susah nak percaya, tapi ada kajian dari Amerika Syarikat pada tahun 90-an yang menunjukkan lelaki berbulu dada cenderung lebih bijak. Dalam kajian tu, didapati ramai profesional seperti doktor dan jurutera berbulu dada. Walaupun ini hanya korelasi dan bukan sebab utama, tapi tak salah kalau rasa bangga sikit, kan?
Ads
3. Daya Tarikan Semula Jadi
Ramai wanita anggap lelaki berbulu dada ni lebih ‘raw’ dan semula jadi – mereka nampak lebih maskulin. Kajian sains menunjukkan bahawa ramai wanita sebenarnya tertarik pada lelaki dengan bulu dada sebab ia nampak lebih ‘tough’ dan penuh kejantanan. Jadi, jangan risau kalau ada bulu dada, sebab ini mungkin tiket untuk nampak lebih ‘jantan’ dan natural.
4. Ada Faedah Kesihatan Juga!
Bulu dada bukan setakat buat anda nampak lebih menarik, tapi ia juga membantu melindungi kulit dari sinaran UV. Selain itu, bulu dada juga boleh kurangkan geseran pada kulit – bagus untuk elak iritasi dan luka kecil. Ini mungkin bukan faktor utama daya tarikan, tapi apa salahnya dapat sedikit perlindungan ekstra, kan?
Ads
5. Tingkatkan Keyakinan Diri
Kalau anda rasa yakin dengan bulu dada, ia akan terpancar dalam gaya dan personaliti. Rasa bangga dengan apa yang korang ada – keyakinan diri ni sebenarnya salah satu faktor utama yang buat korang lebih menarik. Bila korang yakin, ia jadi magnet kepada orang di sekeliling. Bulu dada hanya aksesori; keyakinan tu yang paling penting.
Jadi kesimpulannya, kalau korang ada bulu dada, banggalah sikit. Bulu dada ni lebih daripada sekadar hiasan – ia simbol kejantanan, mungkin tanda kecerdasan, dan semestinya daya tarikan yang natural. Namun, ingat, daya tarikan sebenar datang dari personaliti dan cara korang bawa diri.
Ads
So, teruskan jadi diri sendiri, sebab itu yang buat anda lebih ‘cool’ dan ‘manly’!
Gosok kulit pisang pada muka memang terkenal sebagai salah satu petua natural untuk memudarkan parut jerawat dan menjadikan kulit wajah bersih.
Menurut satu kajian, kulit pisang mengandungi pelbagai khasiat. Malah nutrisinya juga dapat menenangkan radang kulit, selain mengurangkan jerawat yang tidak menentu.
Bagi yang ingin berjimat, apa kata ikuti perkongsian Nauf Safuan menggunakan tip gosok kulit pisang pada wajah. Selain memudarkan parut jerawat, petua ini berkesan untuk membersihkan kulit, mengecutkan jerawat dan mengurangkan keradangan pada kulit.
UNTUK YANG MUKA BERPARUT!
Ni tip untuk hampa
Petua dari aku sekolah lagi ni weh. Tiap sabtu ahad , abah akan beli pisang. Lepas makan. Aku amik kulit pisang ni. Aku pakai tenyeh kat muka ni.
Resultnya rasa dia sangat best dan kulit jadi lebih bersih. Sangat berkesan untuk pudarkan parut jerawat. Dan mengecutkan jerawat. Sebab dalam kulit pisang ni secara semula jadinya ada vitamin B & C yang dapat membantu untuk mengecutkan jerawat dan memudarkan jerawat. Hampa pakai tiap hari selama seminggu dan hampa akan nampak perubahannya.
Untuk masalah kulit sensitif dan kulit berminyak juga digalakkan untuk menggunakan kulit pisang. Getah kulit pisang ni mengandungi antioksida yang dapat mengawal masalah kulit berminyak dan mengurangkan radang pada kulit wajah.
Bahan-Bahan:
Kulit pisang
Cara Penggunaan:
Tenyeh kulit pisang pada bahagian muka. Biar selama 5-10 minit atau sehingga getah pisang kering. Bilas dengan air bersih. Ulang setiap hari di waktu pagi.
* Boleh juga di pakai sebelum tidur. Bangun keesokan paginya. Baru bilas.
Good Luck
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Walaupun tumit kaki merekah sering dialami oleh wanita, lelaki pun tak terlepas daripada masalah ini. Jika tidak dirawat dengan segera, masalah tumit kaki merekah ini boleh menghilangkan keyakinan diri dan timbul rasa malu untuk membiarkannya terdedah kepada orang lain.
Bukan itu sahaja, tumit kaki merekah juga boleh dijadikan ukuran sejauh mana anda menjaga kebersihan dan kecantikan diri. Jadi usah biarkan masalah tumit kaki merekah ini mencacatkan penampilan kaki anda.
Di bawah ini ada 10 petua mujarab yang boleh anda cuba untuk mengatasi masalah tumit kaki merekah atau pecah-pecah.
1. Listerine dan cuka
Cara nak buat:
Sediakan campuran 1 cawan Listerine, 1 cawan cuka putih dan 2 cawan air.
Rendam kaki dalam campuran tersebut selama 15 minit.
Keluarkan kaki dan gosokkan dengan batu apung untuk mengeluarkan kulit mati.
Bilas dengan air bersih.
Keringkan kaki. Guna krim pelembap untuk melembapkan kaki.
Ulangi cara ini setiap hari sehingga tumit kaki sembuh.
Bagaimana ia berfungsi: Listerine mengandungi thymol dan alkohol yang membantu melawan kulat pada kuku jari kaki, menyembuhkan tumit kaki merekah, menenangkan kulit dan merawat kutil. Asid ringan yang ada dalam cuka pula bertindak untuk melembutkan kulit kering dan mati sehingga menjadikannya mudah untuk mengelupas.
2. Tepung beras, madu dan cuka
Cara nak buat:
Gosok tumit kaki yang merekah dengan campuran 3 sudu tepung beras, 1 sudu madu dan 2-3 sudu cuka sari epal.
Kacau campuran tadi sehingga membentuk pes pekat.
Rendam kaki dalam air suam selama 10 minit
Gosok secara lembut dengan pes tadi untuk menghilangkan sel kulit mati.
Ulangi cara ini 2-3 kali seminggu.
Bagaimana ia berfungsi: Tepung beras dapat mengekalkan dan membersihkan kulit. Madu adalah antiseptik semula jadi yang membantu menyembuhkan tumit kaki merekah. Cuka adalah asid ringan yang melembutkan kulit kering dan mati sehingga menjadikannya ia mudah mengelupas.
3. Pisang
Cara nak buat:
Hancurkan 2 biji pisang. Gunakan pisang yang telah masak kerana pisang belum masak mengandungi asid yang boleh mengeras kulit.
Perlahan-lahan gosokkan pes tadi pada tumit kaki selama 20 minit.
Bilas kaki dengan air bersih.
Ulangi cara ini setiap malam sebelum tidur selama 2 minggu atau sehingga anda berpuas hati dengan hasilnya.
Bagaimana ia berfungsi: Pisang adalah pelembap kulit semula jadi. Ia mengandungi vitamin A, B6, dan C yang dapat membantu mengekalkan keanjalan kulit dan hidrasi.
4. Madu
Cara nak buat:
Campurkan 1 cawan madu bersama air suam.
Rendamkan kaki dalam campuran tadi dan urut perlahan-lahan selama 20 minit.
Kemudian gosokkan tumit kaki dengan batu apung.
Keringkan kaki. Sapu krim pelembap untuk melembapkan kaki.
Ulangi cara ini secara berkala sebelum tidur sehingga menunjukkan hasil yang memuaskan.
Bagaimana ia berfungsi: Madu adalah humectant semula jadi. Ia dapat menarik air keluar dari dalam tisu hingga ke lapisan luar kulit. Peralihan bendalir ini dapat membantu menyembuhkan kulit luar.
5. Minyak sayuran
Cara nak buat:
Bersihkan kaki terlebih dahulu.
Kemudin keringkan kaki dengan tuala yang lembut.
Sapukan minyak sayuran pada tumit kaki anda.
Pakai sarung kaki yang bersih dan biarkan semalaman.
Buat cara ini setiap hari sebelum tidur.
Bagaimana ia berfungsi: Minyak sayuran mudah diserap oleh kulit. Kebanyakan minyak sayuran mengandungi vitamin seperti provitamin A, D, dan E, yang kesemuanya membantu menyuburkan kulit dan mencipta sel-sel baru.
6. Vicks VapoRub
Cara nak buat:
Ambil sapuan Vicks VapoRub.
Urutkan pada tumit kaki selama 5 minit. Kemudian pakai sarung kaki.
Keesokan hari, basuh tumit kaki anda dengan air suam.
Buat setiap hari sebelum tidur.
Bagaimana ia berfungsi: Vicks VapoRub mengandungi kapur baring, kayu putih dan asas minyak turpentine yang dapat memerangkap kelembapan.
7. Serbuk penaik
Cara nak buat
Tambah 3 sudu serbuk penaik dalam semangkuk air suam. Kacau campuran sehingga serbuk penaik larut.
Rendam kaki selama 15 minit.
Keluarkan kaki dan gosok perlahan-lahan dengan batu apung.
Bilas dengan air bersih dan keringkan kaki dengan tuala bersih.
Ulangi cara ini 2 kali seminggu.
Bagaimana ia berfungsi: Baking soda adalah exfoliant. Ia membuang sel-sel kulit mati dan mempunyai ciri-ciri anti-radang. Malah serbuk penaik juga boleh meneutralkan bau busuk.
8. Gel lidah buaya
Cara nak buat:
Rendam kaki dengan air hangat dan gosok dengan batu apung untuk menghilangkan kulit mati.
Keringkan kaki. Kemudian sapukan lapisan lidah buaya secara tebal pada tumit kaki.
Pakai sarung kaki.
Keesokan harinya, basuh tumit kaki dengan air suam.
Ulangi cara ini setiap malam selama 4-5 hari untuk melihat hasilnya.
Bagaimana ia berfungsi: Lidah buaya mengandungi vitamin A (beta-carotene), C dan E. Ini mempunyai sifat antioksidan. Kolesterol, campesterol, β-sitosterol dan lupeol bersifat anti-radang, manakala lupeol pula bertindak sebagai antiseptik dan analgesik. Auxins dan gibberellins yang ada dalam lidah buaya dapat membantu untuk menyembuhkan luka.
9. Vaseline dan jus lemon
Cara nak buat:
Rendam kaki dalam air suam selama 20 minit. Bilas dan keringkan.
Tambah 3-4 titisan jus lemon dalam 1 sudu teh Vaseline. Kacau campuran tadi.
Gunakan campuran ini pada tumit kaki merekah.
Pakai sarung kaki semalaman.
Basuh kaki menggunakan air suam keesokan harinya di waktu pagi.
Lakukan secara kerap sebelum tidur.
Bagaimana ia berfungsi: Vaseline bertindak sebagai pelembap dan asid sitrik dalam jus lemon pula dapat menghilangkan kulit mengelupas serta menumbuhkan semula sel-sel kulit baru.
10. Garam Epsom
Cara nak buat:
Tambah separuh cawan garam Epsom bersama air suam ke dalam besen.
Kacau campuran hingga sebati.
Rendam tumit kaki selama 15 minit.
Gosok kaki untuk membuang kulit mati.
Lakukan cara ini 2-3 kali seminggu.
Bagaimana ia berfungsi: Garam Epsom mampu mengurangkan keradangan dan melembutkan kulit. Sulfat pula membantu melepaskan toksin dan logam berat dari sel-sel, mengurangkan kesakitan dan membantu tubuh untuk menghilangkan bahan-bahan yang berbahaya.
Sumber: Era Baru
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pelakon lelaki dari Amerika Syarikat yang kian menempa nama di Hollywood, Austin Butler sebelum ini terkenal dengan filem ‘Elvis’. Kemampuannya melakonkan watak penyanyi legenda tersebut mendapat pujian ramai.
Malah menerusi filem tersebut dia banyak mendapat anugerah pelakon terbaik dari pelbagai organisasi pengkritik filem seperti dari IndieWire Critics Poll, AACTA Awards dan juga Florida Film Critics Circle.
Pesona yang dibawa Austin Butler cukup sensasi menyebabkan YSL Beauty pun mengambil keputusan melantiknya sebagai wajah baharu MYSLF, wangian serba baharu yang mencerminkan bau maskulin tradisional.
Tampil tegap dan segak, Austin Butler yang dianggap sebagai simbol lelaki moden sempurna yang mampu menjelmakan semangat MYSLF dengan wataknya yang pelbagai rupa ketika dia digambarkan dalam pelbagai peranannya.
Tidak kiralah sama ada dari watak Elvis di mana dia menangkap emosi hidup yang mentah dengan memainkan legenda muzik hingga ‘Once Upon a Time…di Hollywood’ di mana dia memainkan watak pembunuh upahan Tex Watson.
“Dalam mencari sosok sesuai menjelmakan visi YSL Beauty tentang maskuliniti baharu, tiada pilihan yang lebih baik untuk kami melainkan Austin Butler.
“Hadirnya sebagai seorang insan dan artis membawa nilai-nilai yang dinyatakan oleh jenama kami melalui MYSLF, gambaran moden tentang apa yang dimaksudkan sebagai seorang lelaki,” jelas Pengurus Besar Antarabangsa YSL Beauty, Stephan Bezy.
Dipakejkan dalam botol lacquer berwarna hitam dengan dihiasi logo ikonik Yves Saint Laurent Cassandre, minyak wangi MYSLF adalah penerokaan dua dunia.
Pertembungan bauan menusuk di antara kesegaran dan sensual, bersih dan seksi, terang dan gelap – penuh dengan bergamot segar, bunga oren yang kaya dengan hati mutlak dan keserasian hutan yang berahi.
Ternyata YSL Beuaty MYSLF boleh menjadi pilihan yang tepat buat lelaki yang inginkan persona maskulin yang perkasa dalam aktiviti harian.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video yang menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.