Lelaki bila dah jadi suami, tak perlu manja dengan wanita lain, hanyut bila dikoyakkan sos. Kadang-kadang, seorang lelaki boleh jadi goyah hanya kerana dikoyakkan paket sos oleh wanita lain. Terasa istimewa, konon ada orang yang ‘hargai’ dia lebih dari isteri sendiri.
Lelaki Bila Dah Jadi Suami, Tak Perlu Manja Dengan Wanita Lain, Hanyut Bila Dikoyakkan Sos
Tapi berhati-hatilah wahai suami, tidak semua perhatian itu ikhlas. Ada yang datang dengan niat, ada juga yang cuma manis di awal. Jangan sampai yang dibina bertahun, musnah hanya sebab terpedaya dengan layanan sementara.
Tular di media sosial apabila seorang individu menyentuh bab layanan seorang isteri kepada suami. Hantaran ini menarik perhatian ramai hingga ia hangat diperkatakan selain menjadi perdebatan antara golongan suami dan juga isteri.
Dr Ahmad Samhan juga turut terpanggil untuk memperkatakan isu ini.
Ads
“Koyakkan sos cili pun dah buat hati goyang?”
Sedangkan di rumah, ada seorang isteri yang pernah pertaruhkan nyawa demi lahirkan zuriat.
Yang sabar tunggu kepulangan, walau mata layu jaga anak sepanjang malam.
Yang tetap masak, lipat baju, suap makan walaupun penat tak pernah surut. Tapi hati goyah… hanya dengan effort orang luar yang sekadar koyakkan sepeket sos?
Ads
Itu bukan caring, itu ujian. Bukan semua perhatian datang dengan niat yang suci.
Cinta sejati bukan tentang siapa paling pandai ambil hati, tapi siapa yang tetap memilih untuk setia, walaupun ada seribu peluang untuk berpaling.
Dan isteri yang pernah melahirkan demi keluarga, tak sepatutnya kalah dengan plastik sos dan perhatian sementara.
Kesimpulannya wahai suami, jangan cepat goyah hanya kerana ada yang pandai ambil hati. Iman itu benteng, cinta itu pilihan, dan kesetiaan itu tanggungjawab. Kalau isteri pernah sanggup korbankan segalanya untuk kita, apa alasan kita untuk tak setia pada dia?
Ads
Beringat sebelum terkena. Jangan biarkan layanan manis yang sementara, menghancurkan kebahagiaan yang sebenar.
Skuad Chinlone tekad memberikan emas sulung buat negara pada hari pertama temasya Sukan Sea 2017 berlangsung pada 16 Ogos nanti.
Skuad Chinlone kebangsaan tekad menghadiahkan pungutan pingat emas sulung buat Malaysia pada hari pertama temasya Sukan Sea 2017 di Kuala Lumpur, Ogos nanti.
Turun beraksi pada 16 Ogos 2017, sasaran emas diletakkan pada acara ketiga daripada empat acara yang disertai bagi mengatasi pencapaian pungutan pingat perak dan gangsa dua tahun lalu di Singapura.
Jurulatih Chinlone, Yusof Abdullah berkata, memandangkan sukan chinlone bakal memulakan perebutan pingat pada hari pertama kejohanan, inilah peluang terbaik untuk melakar nama pada negara.
“Kami akan menyertai empat acara yang dipertandingkan dalam sukan Chinlone ini, pada temasya dua tahun lalu, pasukan mendapat pingat perak dalam acara satu dan gangsa acara ketiga.
“Untuk aksi di Kuala Lumpur, kami yakin mampu mengatasi pencapaian di Singapura dengan acara ketiga bakal memberikan emas pertama buat pasukan dan negara,” katanya.
Ditanya mengenai keyakinan tinggi yang disuarakan, Yusof menjelaskan ia berdasarkan prestasi semasa dipamerkan anak didiknya dalam beberapa siri latihan dan perlawanan persahabatan di Myanmar.
“Sebenarnya pasukan baru pulang dari kejohanan di Myanmar dengan keputusan cemerlang merangkul kejuaraan bagi acara ketiga dan peningkatan pungutan mata oleh pemain.
“Kejohanan tersebut turut disertai kuasa-kuasa besar dalam sukan Chinlone ini antaranya Thailand, Myanmar dan Filipina yang memberikan saingan sengit dalam acara yang dipertandingkan.
“Jadi kami rasakan jika semuanya berjalan dengan lancar dan mengikuti perancangan, Insyallah emas mampu diraih sambil mengharapkan kejutan bagi acara pertama,” katanya pada sidang media Kita Juara di MSN Bukit Jalil, tengah hari tadi.
Turut hadir pada sidang media tersebut ialah pengurus pasukan, Wan Mohd Husni Abdullah dan atlet Chinlone, Mohd Faiz Roslan serta Ab Muhaimi Che Bongsu.
Sementara itu Wan Mohd Husni berkata, kelebihan pasukan tuan rumah akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk memburu pingat emas kerana kami percaya Myanmar memiliki kekuatan mereka tersendiri.
“Sebagai tuan rumah, Malaysia dibenarkan menyertai empat acara dipertandingkan, tetapi hanya dua buat negara lain dan berdasarkan penyertaan Myanmar hanya menyertai acara kedua dan keempat, jadi peluang meraih emas cerah.
“Bagi acara pertama perbezaan Malaysia dengan Thailand yang turut menyertainya adalah tidak banyak bezanya berdasarkan perlawanan yang disertai di Myanmar sebelum ini. Kami hanya dibezakan beberapa mata sahaja dengan Thailand yang menjuarai acara tersebut.
“Kami perlu menggunakan peluang yang ada selain keyakinan tinggi pemain untuk melakar kejayaan di laman sendiri,” katanya.
Pada masa sama, Wan Husni turut memaklumkan, khidmat dan kepakaran bekas jurulatih Myanmar yang membawa pasukan mengutip pingat emas dalam beberapa temasya Sukan Sea akan digunakan selewat-lewatnya, Jumaat nanti.
“Bekas jurulatih yang akan membantu pasukan kebangsaan ialah Khin Maung Win yang juga merupakan ketua pasukan Myanmar sebelum ini.
“Kehadiran Maung Win pastinya akan memberi lebih keyakinan buat pemain untuk terus menimba ilmu pengetahuan serta teknik lebih berkesan semasa latihan dan juga perlawanan berlangsung,” jelasnya yang turut memaklumkan barisan pemainnya akan terus berkampung di Myanmar menyertai kejohanan selepas sambutan Aidilfitri nanti.
Untuk rekod Malaysia memenangi satu pingat perak (acara pertama) dan satu gangsa (acara ketiga) dalam acara Chinlone sewaktu Sukan Sea Singapura, 2015.
Malaysia yang dibarisi Mohammad Kamal Azmi, Mohamad Azlan Alias, Mohammad Arif, Mohd Nazuha Mohd Nadzi, Muhammad Zaim Razali, Amirul Zazwan Amir, Ab Muhaimi Che Bongsu dan Mohamad Fazil Mohamad Asri mengalahkan tuan rumah, Singapura dengan kemenangan 2-0 (101-56, 107-56) pada penentuan pingat gangsa bagi acara ketiga.
Tabiat ‘selfie’ dilihat semakin menjajah minda golongan muda yang kini sudah mampu untuk menggenggam sekurangnya sebuah telefon pintar. ‘Selfie’ merujuk pada gambar diambil sendiri dengan menggunakan telefon atau webcam dan dimuat naik di media sosial. Atas kemudahan dan kegilaan ini, ramai yang sudah mula ‘berselfie’ sesuka hati tanpa memikirkan batas dan adab tertentu. Maskulin senaraikan etika yang perlu anda ikuti.
1- JAGA PEMAKAIAN
Buat mereka yang gila menangkap gambar selfie dan mengeposnya di laman sosial, soal pemakaian adalah paling penting. Tiada salahnya sekiranya anda memuat naik pelbagai gambar sendiri dengan pelbagai ekspresi dan emosi, tetapi janganlah pula sampai mendedahkan perincian tubuh mahupun aurat yang tidak sewajarnya didedahkan. Jagalah nama baik keluarga dan diri anda sendiri. Ini kerana pendedahan tersebut boleh menyebabkan gambar anda itu diguna pakai oleh pihak tertentu untuk kepentingan yang lain. Awas!.
2- JANGAN TERLAMPAU ‘SYOK SENDIRI’
Budaya ‘selfie’ kini telah mulai meresap ke dalam jiwa semua. Atas obsesi ini, ramai daripada kita yang gemar menangkap gambar ‘selfie’ dalam keadaan dan situasi apa saja sekalipun; walaupun tiada apa yang perlu ditunjuk dan dikongsi, sehingga dikecam seperti ‘syok sendiri’. Ya tiada salahnya, malah itu hak anda sendiri. Tetapi anda diingatkan supaya janganlah sampai melampaui batas. Ini kerana ia boleh menimbulkan kejengkelan buat mereka yang melihat gambar anda setiap masa.
3- KAWAL JULAT SELFIE
Sudahlah memuat naik gambar selfie dengan bermacam-macam ragam, malah ditambah pula dengan julat muat naik yang tiada henti-henti, sehinggakan gambar selfie mencecah ratusan hanya dalam masa sehari. Hentikan!
Anda bukanlah sesiapa. Oleh itu, kawallah julat kemasukan gambar selfie anda ke laman-laman sosial. Bukan itu saja, pastinya anda tidak mahu dikecam orang seolah anda tiada kerja untuk dibuat. Berpada-padalah ketika ber ‘selfie’, jangan sampai orang menyampah.
4- FIKIRKAN LOKASI
Lokasi di mana anda ‘berselfie’ juga perlulah dipertimbangkan sebaik mungkin. Janganlah ikut rentak sendiri dan main ‘snap’ saja. Ini kerana ada lokasi-lokasi tertentu yang tidak wajar sama sekali untuk anda berselfie. Contohnya di kubur mahupun lokasi-lokasi ‘panas’ yang boleh menimbulkan kemarahan serta kontroversi. Ditambah pula dengan riak dan ekspresi yang tidak sopan mahupun beretika. Oleh itu, cubalah kawal obsesi dan kegilaan anda berselfie.
5- JANGAN GANGGU KETENTERAMAN
‘Selfie’ juga sebenarnya boleh menggugat ketenteraman awam. Ini adalah fakta. ‘Group selfie’ atau selfie berkumpulan sering diambil oleh mereka yang berada dalam kumpulan. Bagi memotret kenangan bersama, ‘selfie’, berkumpulan adalah satu-satu kaedahnya. Tetapi, ia tidak semena boleh menimbulkan kekacauan dan hingit bingit yang boleh menganggu ketenteraman awam. Jika ingin ber‘selfie’ secara berkumpulan sekalipun, kawal adab dan tingkah.
6- ELAK ‘SELFIE’ UNTUK BERMEGAH
Ini pula kerenah tertentu yang gemar memuat naik gambar ‘selfie’ dengan tujuan bermegah dan menunjuk-nunjuk. Menangkap ‘selfie’ dengan kereta mahal, pakaian berjenama, kasut dibeli dari luar negara dan lain-lain. Sekiranya sekali dua, masih boleh diterima. Tetapi jika setiap kali anda melakukan ini, sudah pasti ia akan menimbulkan rasa tidak senang. Silap hari bulan, anda pasti sudah tidak lagi diikuti (unfollow).
PATUT TAHU
1-Di Thailand, budaya menangkap ‘selfie’ yang ternyata begitu popular di kalangan remaja menyebabkan Jabatan Kesihatan Mental negara itu telah mengeluarkan amaran kepada generasi muda yang terlalu obses dengan selfie.
2- ‘Spornoseksual’ merujuk kepada kaum lelaki yang bertubuh sasa dan tegap yang obses dan tidak henti atau tanpa silu menunjukkan perincian tubuh badan mereka dalam foto berbentuk selfie, dan dikongsi di laman-laman sosial.
3- Berdasarkan Muzium Nasional yang berlokasi di Washington, D.C., Library of Congress, foto selfie tertua diambil oleh Robert Cornelius pada tahun 1839. Berdasarkan teknologi yang berlaku pada masa itu, Cornelius terpaksa menahan posisi dirinya selama 3 hingga 15 m1nit saat untuk mendapatkan gambar yang baik dan tidak bergetar.
4- Kamus Besar Bahasa Inggeris Oxford, telah merasmikan istilah “selfie” ke dalam koleksi perbendaharaan kata pada tahun 2013. Oxford mempercayai perkataan “selfie” pertama kali diciptakan oleh seorang lelaki mabuk yang berasal dari Australia.
5- Bermula Januari 2013, jumlah perkataan #selfie saja adalah sebanyak 34,924,648 manakala #selfies sebanyak 3,692,570 diikuti #selfiesunday berjumlah 2,025,077.
6- Bandar raya London kini bukan lagi dikenali sebagai antara kota paling sibuk dan besar, sebaliknya dianggap sebagai pusat “selfie” dunia. Menurut analisis daripada pakar media sosial London menjadi bandar raya paling banyak menjadi latar untuk seseorang melakukan “selfie”.
7- Tingkah laku ‘selfie’ yang mula popular pada tahun 2013 ini sebenarnya sudah lama bermula sejak aktifnya MySpace kira-kira sembilan tahun lalu.
Gambar sekadar hiasan
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.