Prosedur ini boleh digunakan untuk merawat sesetengah keadaan perubatan termasuk:
*Ketumbuhan lemak benigna (lipomas)
*Pembesaran luar biasa buah dada lelaki (ginekomastia atau pseudoginekomastia).
*Masalah dengan metabolisme lemak dalam tubuh (lipodistrofi).
*Peluh berlebihan di kawasan ketiak (aksilari hiperhidrosis).
Fakta
Tujuan utama proses liposuction bertujuan membentuk satu atau lebih kawasan tubuh, bukan mengurangkan berat badan.
Liposuction digunakan di kawasan “bermasalah” yang tidak berkurangan walaupun sudah mengamalkan diet dan bersenam. Kawasan itu terdiri daripada bahagian luar peha dan pinggul wanita serta di bahagian pinggang dan belakang lelaki.
Ads
Bahagian wajah, leher, abdomen, belakang, punggung, kaki dan lengan atas. Juga membabitkan kawasan biasa mendapatkan rawatan sedutan.
Liposuction bukan kaedah sesuai merawat masalah obesiti kerana tidak akan menghilangkan selulit atau rekahan kulit.
Apa itu prosedur liposuction?
Proses mengeluarkan lemak dalam badan menggunakan kaedah sedutan. Ketika prosedur satu tiub kecil, tajam pada hujung (kanula) dimasukkan menerusi hirisan kecil pada kulit.
Lemak disedut keluar menerusi tiub ini ketika doktor menggerakkan tiub di bahagian bawah kulit. Tiub itu mensasarkan lemak di tempat khusus untuk dibuang.
Ads
Sejak beberapa tahun lalu, teknik sedutan diperbaiki menjadikan prosedur menyedut lemak lebih selamat, mudah dan kurang menyakitkan.
Teknik terbaharu itu termasuk:
*Sedutan lemak tumesens (proses pembengkakan akibat timbunan darah dan cecair lain dalam tisu). Anestetik setempat digunakan untuk membius bahagian tubuh di mana tiub dimasukkan.
Kemudian sejumlah besar cecair anestetik mengandungi `licodaine’ dan `epinefrin’ disuntik ke dalam tisu lemak sebelum proses liposuction dilakukan.
Kaedah ini tidak memerlukan bius umum yang menyebabkan pesakit tidak sedarkan diri sepanjang prosedur.
*Sedutan lemak dibantu ultra bunyi. Teknik ini menggunakan ultra bunyi untuk mencairkan lemak, menjadikannya mudah dikeluarkan. Teknik ini juga membantu mengeluarkan lemak dari bahagian abdomen atas, tepi dan belakang.
Ads
*Sedutan lemak dibantu sinar laser. Kaedah ini menggunakan gelombang tenaga rendah untuk mencairkan lemak yang dikeluarkan menerusi kanula kecil.
Liposuction ini tidak memerlukan pesakit bermalam di hospital kecuali jika isi padu lemak yang dikeluarkan itu banyak.
Bius setempat digunakan dalam sesetengah kes dan pesakit kemungkinan diberi untuk merehatkan diri.
Jika kawasan yang hendak dibuang lemak itu besar atau isipadu yang banyak, bius umum atau sedatif kuat dengan anestetik setempat mungkin digunakan.
Sedutan lemak itu, tidak boleh menjadikan seseorang itu kurus hanya membentuk tubuh supaya lebih elok.
“Prosedur ini selamat jika dilakukan oleh doktor bertauliah seperti pakar bedah plastik dan bukan pakar pembedahan am atau bidang lain.
“Proses menyedut lemak itu hanya membenarkan had maksimum enam liter lemak sahaja boleh dikeluarkan. Jika lebih dikhuatiri boleh bahayakan,”
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ada tak korang terfikir buat apa nak tukar barangan rumah kalau tak rosak lagi,membazir je…Ha tu korang silap besar. Sebabnya barangan rumah juga mempunyai ‘expired’ datenya
Selain barang makanan di rumah, terdapat beberapa barangan lain sebenarya yang mempunyai tarikh luput.
Tetapi memandangkan barang-barang ini bukanlah bersifat perishable, ramai yang menganggap barang-barang ini akan kekal buat selama-lamanya.
Sikap kurang ‘concern’ terhadap tarikh luput pada barangan-barangan ini akan mengundang pelbagai kuman dan bakteria seterusnya akan mengundang penyakit kepada tubuh badan.
1. Bantal
2-3 tahun
Tidak kiralah bantal jenis apa, selalunya selepas beberapa tahun hama habuk akan berkumpul pada bantal tersebut. Jika tidak digantikan, anda boleh berhadapan risiko sakit leher kerana bentuk bantal sudah berubah.
2. Selipar
6 bulan
Sentiasa basuh selipar anda jika nada tidak ingin mengalami jangkitan kulat.
3. Tuala
Folded towels on wooden table and light colorful background
1-3 tahun
Tuala basah merupakan tempat sesuai untuk bakteria membiak.
4. Berus Gigi
3 bulan
Kebiasaanya kita hanya akan menggantikan berus gigi apabila bulunya mula terkeluar. Sebenarnya, jika anda terkena penyakit selsema atau demam, lebih baik anda menukarkannya kepada yang baru sahaja.
5. Hidrogen Peroksida
2 bulan
Dalam masa 2 bulan selepas dibuka cecair ini akan bertukar menjadi air jika dibiarkan terdedah. Jika ditutup, ia tidak patut disimpan melebihi setahun.
6. Berus Rambut
1 tahun
Bersihkan berus rambut sekali seminggu dan gantikannya sekali setahun.
7. Minyak Wangi
1-3 tahun
Jika ia mengandungi minyak pati, ia boleh bertahan selama 3 tahun, manakala selama hanya 2 tahun jika dibiarkan terdedah.
8. Kasut Sukan
1 tahun
Kusyen yang terdapat pada kasut akan berkurangan, dan memakai kasut tersebut menjadi berbahaya pada sendi kaki.
9. Kabel extension
1-2 tahun
Jika digunakan dengan melebihi had, ia akan cepat rosak.
10. Cecair Pembasmi Kuman
3 bulan
Selepas 3 bulan, ia akan kehilangan fungsinya.
11. Cecair Penghalau Nyamuk
2 tahun
Selepas 2 tahun, ia sudah tidak berfungsi lagi.
12. Soket dinding
4-5 tahun
Gantikan dengan yang baru jika ia kepanasan ataupun apabila warnanya mula menghilang.
Sumber : Taikotai
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pisang semestinya baik untuk anda yang sedang berdiet. Selain daripada mampu untuk menurunkan berat badan, ia juga dapat menjadikan badan anda sihat dan lebih bertenaga.
Bina lean Muscle
Jika selepas latihan, anda merasa seperti otot anda sakit-atau tidak berkembang dengan cepat, mungkin anda tidak mendapat cukup magnesium dalam diet anda. Sumber magnesium yang baik, pisang boleh membantu anda merenggangkan kecederaan otot. Satu cara yang menyeronokkan untuk mendapatkan magnesium yag terdapat dalam pisang adalah, membuat teh pisang. Hanya rebus air, potong kedua ujung pisang (masih dalam kulitnya) dan rebus selama 7-10 minit. Kemudian tapis dan minum sebelum tidur.
Bahagia seperti seorang bayi
Jika anda perasan, pisang yang berbentuk melengkung seperti senyuman mengandungi vitamin B9, aka folat, nutrien yang boleh melawan kemurungan dengan meningkatkan substrat yang mempunyai sifat antidepresan. Dalam erti kata lain, ia membantu serotonin, bahan kimia yang baik, memasuki otak dengan lebih cepat. Kajian telah menunjukkan peningkatan kekurangan folat dalam 50% pesakit dengan kemurungan, dan beberapa doktor mengesyorkan peningkatan pengambilan folat jika anda mengambil anti-depresan, untuk meningkatkan kesannya.
Akan kurang rasa stress
Selain meningkatkan B9, pisang juga mempunyai tryptophan, pendahuluan untuk serotonin. Sserotonin mungkin merupakan otak otak yang paling penting kerana adalah anti-depresan semula jadi dan boleh merawat, kebimbangan dan insomnia, serta penyakit murung yang lain seperti keletihan, kerengsaan, pergolakan, kemarahan, dan pencerobohan. Pisang juga mempunyai norepinephrine, yang boleh membantu mengawal tekanan. Mereka adalah cara optimum, semulajadi, makanan sebenar untuk menggalakkan perasaan positif dan membantu mencegah kemurungan.
Tidur dengan lebih tenang
Pernah tak anda berhadapan dengan kesukaran untuk tidur? Ini kerana pola tidur anda tidak menentu menjadikan salah satu faktor adalah cara anda bersenam. Pisang boleh membantu anda untuk tidur dengan lena kerana ia bertindak untuk pemulihan dalam kulit. Ia adalah pendahuluan untuk melatonin, yang menggalakkan kelonggaran dan membantu mengawal tidur.
Lemak akan mula terbakar
Pisang mempunyai 12 mg choline, vitamin B yang mengandungi lemak yang bertindak secara langsung pada gen yang menyebabkan penyimpanan lemak di dalam perut. Anda juga boleh menemui daging tanpa lemak, makanan laut dan sayur-mayur kolard. Jadi lemak akan mudah terbakar.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Anda pasti sudah sinonim dengan Zumba kan? Tahukah anda bahawa Zumba merupakan satu senaman High-Intensity interval training (HIIT)? High-Intensity interval training (HIIT) bermaksud, senaman yang anda lakukan berbentuk berat, namun bertindak pantas untuk memecahkan lemak.
Apa itu Zumba?
Zumba merupakan satu senaman yang berbentuk tarian yang akan diketuai oleh Zin (trainer). Ia merupakan kombinasi elemen tarian dan aerobik yang biasanya akan ditarikan mengikut rentak, dan anda boleh mengikut step tarian yang telah disediakan untuk anda.
Mengapa Zumba tidak digalakkan kepada mereka yang baru dalam dunia Fitness?
Ini kerana berat badan anda tidak menggalakkan anda untuk bergerak secara agresif. Jika anda dikategorikan sebagai obese, anda harus memulakan senaman secara ringan. Zumba membuatkan anda bergerak secara agresif dengan steps tariannya yang akan menyebabkan lutut, pergelangan kaki anda rosak.
Apakah bentuk senaman untuk mereka yang baru mula ber diet?
Anda boleh mulakan dengan berjalan di taman sebanyak 10,000 langkah. Berjalan sahaja sudah boleh membakar kalori dengan banyak. Perlu ingat senaman sahaja tidak membantu anda untuk kurus, anda juga perlu mengamalkan diet secara sihat. Senaman hanya 20% manakala penjagaan pemakanan sebanyak 80%. Jadi, jika anda makan secara sihat, berjalan 10,000 langkah setiap hari sudah memadai untuk kurus.
Lambat lah kurus kalau macam tu
Ingat! Gemuk dah berapa lama? Tak kan sebulan anda sudah tak sabar nak tengok diri anda kurus? Anda perlu konsisten dalam menguruskan diet anda. Berbalik kepada Zumba, setelah anda cukup stamina, boleh bergerak dengan lebih pantas, ini masanya anda ke lantai tari-menari dan ber Zumba lah sepuas mungkin.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.