Single terjadi apabila seseorang lelaki itu belum membuka pintu hatinya kepada seorang wanita untuk menjadi permaisuri hidupnya.

Selain itu, faktor sikap dan gaya hidup juga menyebabkan ada segelintir wanita tidak berkenan dan terpaksa menolak anda.

Bukan kerana tidak suka meskipun anda memiliki rupa tampan atau tubuh segak, sebaliknya wanita memilih lelaki yang mampu mengisi kesunyian mereka.

Lebih-lebih dalam soal menuju ke arah perkahwinan, adakah lelaki single ini sudah bersedia dalam banyak perkara dan tidak melakukan perkara seperti :

Lelaki Single Perlu Elak 15 Lifestyle Ini Kalau Target Tahun Depan Nak Ada Isteri!

1. Takut terpaksa berkongsi ruang dan kelengkapan. Setelah sekian lama memiliki segala-galanya secara bersendirian, ada segelintir lelaki berasa takut dan menyampah untuk kongsi bersama pasangan.

2. Tidak pandai menguruskan tanggungjawab dengan baik. Memperdagangkan diri sendiri untuk menjalankan tanggungjawab sudah dianggap sukar, apatah lagi terpaksa melakukannya untuk orang lain (isteri dan anak-anak).

IKLAN

3. Terlalu banyak menghabiskan masa dengan kerja. Satu-satunya cinta sejati anda adalah ‘kerja’ Sekiranya anda merasakan kerja adalah satu-satunya keutamaan hidup sehingga taasub mendapat bonus, pangkat serta gelaran teratas di syarikat, maka perkahwinan bukanlah untuk anda.

4. Tidak dapat menguruskan masa dengan baik. Terlambat bangun dan lewat tiba di pejabat hanyalah beberapa perkara yang menyukarkan diri sendiri kerana tidak menghormati masa. Bagaimana mematuhi prinsipal perkahwinan sekiranya prinsipal harian tidak diuruskan dengan baik?

5. Suka merendah-rendahkan orang di sekeliling dan mengkritik setiap gerak geri ahli keluarga serta kenalan. Toleransi dan hormat menghormati saling memerlukan dalam perkahwinan.

Lelaki Single Perlu Elak 15 Lifestyle Ini Kalau Target Tahun Depan Nak Ada Isteri!

6. Suka berhutang dan tidak pandai menguruskan wang. Sure, anda boleh membelanjakan sejumlah wang sewaktu majlis perkahwinan berlangsung. Namun, sekiranya perbelanjaan diri dimulakan secara kredit, maka alam rumah tangga anda akan turut dibelanjakan secara kredit seperti pembelian rumah, bil elektrik, keperluan harian dan lain-lain lagi.

IKLAN

7. Terlalu banyak menghabiskan masa keluar rumah bersama dengan rakan-rakan. Selepas waktu kerja dan hujung minggu dihabiskan masa bersama dengan rakan-rakan sehingga anda terlupa bahawa anda sudah mempunyai keluarga.

8. Apabila waktu ‘boys night out’ seperti pergi menonton bola dan bermain futsal menjadi keutamaan anda kerana keluar bersama isteri tidak lagi seindah waktu yang diluangkan bersama dengan golongan sejantina.

9. Masih mengingati sat-saat indah bersama bekas kekasih. Walaupun sudah mempunyai isteri, ada sebahagian lelaki cuba untuk melayan pasangan bagaikan bekas kekasih.

10. Terjebak dalam ‘sindrom’ bertukar-tukar pasangan menjalankan hubungan intim. Tidak pernah puas dengan yang sedia ada, anda beralih ke orang baru. Lalu anda ‘gentar’ dengan gelaran suami kerana terpaksa bersama si isteri for the rest of your life!.

IKLAN

Lelaki Single Perlu Elak 15 Lifestyle Ini Kalau Target Tahun Depan Nak Ada Isteri!

11. Mementingkan diri sendiri. Kerap mendahulukan diri sendiri daripada orang lain. Untuk menjadi suami yang baik, you have to be the perfect gentleman first.

12. Lelaki yang tidak sukakan kanak-kanak adalah antara sebab terbesar mengapa tidak layak bergelar suami. Apabila sudah mempunyai anak nanti, belum tentu anak itu dapat dijaga dengan baik atau mendapat kasih sayang sepenuhnya.

13. Takut dengan kegagalan. Belum bergelar suami tetapi sudah fikirkan tentang perceraian. Alam perkahwinan tidak semestinya indah. Magis perkahwinan itu sendiri disebabkan oleh masalah rumah tangga. Tetapi ada lelaki tidak berani mengambil risiko.

14. Inginkan kebebasan. Semuanya terpaksa dikongsi. Terpaksa berkongsi rumah, kereta dan sebagainya. Apabila mempunyai anak, ada lelaki menganggap ruang semakin terhad.

15. Kurang bijak menguruskan kewangan. Sama ada melebihkan perbelanjaan terhadap diri sendiri atau pasangan, pasti ia berakhir dengan hutang. Akaun simpanan sepatutnya dipenuhi ‘debit’ dan bukannya ‘kredit’.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI