Bagaikan perumpamaan harapkan pagar pagar makan padi itulah yang terjadi pada nasib seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang maut ditetak dikepala dan tangan dengan parang oleh bapa kandungnya sendiri.
Kejadian yang berlaku di kediaman mereka di tingkat 4 Blok 11A Flat Puchong Permai, Subang Jaya, kanak-kanak itu yang sedang tidur di atas tilam di bahagian ruang tamu, ditetak suspek berusia 35 tahun sebanyak tiga kali dengan parang.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, kejadian itu disedari oleh seorang penduduk yang menyangka kanak-kanak itu terjatuh dari tingkat 4 dan memaklumkan perkara itu kepada polis pada jam 5.45 petang.
IKLAN
“Selepas membunuh mangsa, suspek dikatakan meletakkan mayat anaknya itu di luar pintu rumah sebelum dia mengurungkan diri di dalam.
“Polis yang menjalankan siasatan mendapati mangsa sebenarnya mangsa pembunuhan selepas menemui kesan tetakan pada kepala dan pergelangan tangan kanannya,” katanya.
Ketika disoal siasat, suspek mengaku telah membunuh anaknya selepas mendakwa terdengar suara ghaib yang memintanya bertindak demikian.
IKLAN
Menurut Sinar Harian hanya bapa mangsa yang bekerja sebagai anggota Rela berusia 35 tahun berada di rumah ketika kejadian. Beliau berkata, pihak polis pada awalnya menerima panggilan orang awam mendakwa terdapat seorang kanak-kanak terjatuh dari tingkat empat pangsapuri kos rendah berkenaan dalam keadaan berlumuran darah.
Lebih menyedihkan, si bapa pula katanya peminum air ketum tegar dan ada rekod lampau tersabit kes dadah. Ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis Syabu. Suspek kemudian ditahan di tempat kejadian dan parang dipercayai digunakan dalam kejadian ini juga ditemui dalam rumah.
IKLAN
Polis kini sedang menjalankan siasatan dan kes ini disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dadah membawa padah bukan saja pada diri si penagih namun pada keluarga dan negara. Jauhi dadah jika ingin hidup bahagia dan sejahtera. Semoga keluarga mangsa terutamanya si ibu tabah menghadapi dugaan ini. Al-Fatihah
“Bila diubah ke posisi meniarap, membuak-buak keluar kahak dari tiub pernafasan. Tak ubah seperti gam kasut.Pekat dan melekat.”
Itulah kata-kata dari seorang doktor, jika ditanya tentang pesakit COVID-19 ini.
Menurut kenyataan Dr Ahmad Samhan, Seorang doktor di Jabatan Kecemasa & Trauma Hospital Kuala Lumpur di Facebook, untuk proses keluarkan kahak, pesakit perlu meniarap kemudian barulah kahak akan keluar dari tiub pernafasan.
Tambahnya lagi, kahak pesakit COVID-19 pekat dan melekat tidak ubah seperti gam kasut.
“Kahak terhasil dari tisu paru-paru yang telah mati amat sukar untuk disedut.
“Begitu siksanya untuk bernafas dengan kahak pekat memenuhi paru-paru. Pesakit bukan saja batuk kahak tapi batuk tisu paru-paru yang telah reput.” Tambahnya lagi.
Doktor ini turut menerangkan mengapa sesetengah dari pesakit COVID-19 di tiarapkan? Menurutnya ada kajian dalam New England Journal of Medicine, pesakit yang diletakkan dalam keadaan meniarap menunjukkan peningkatan kandungan oksigen dari 85% hingga 98%.
“Ini kerana lebih banyak oksigen yang boleh masuk dengan mudah. Ada bahagian paru-paru tak terbuka jika diletakkan dalam posisi terlentang disebabkan tekanan graviti pada tubuh.
“Inilah yang dihadapi oleh pesakit di ICU yang diceritakan oleh salah seorang sahabat saya. Sekarang kalian tak merasa betapa siksa bernafas tapi bila dijangkiti inilah yang bakal kalian hadapi.” Ujarnya
Malah, dirinya turut menyatakan kekecewaannya melihat orang ramai keluar rumah tanpa alasan yang kukuh hingga berlakunya kesesakan lalulintas kerana orang ramai tidak menyedari pentingnya duduk di rumah dan putuskan rantaian jangkitan ini.
Dia turut meminta doktor-doktor ataupun yang berkenanan terus kongsikan keadaan pesakit ini unutuk meningkatkan lagi kesedaran kepada orang ramai. Malah ini turut mengatakan COVID-19 lebih teruk dari pneumonia biasa.
Sejak minggu lalu, antara perkara yang paling bernilai di kalangan peminat bolesepak tempatan ialah tiket perlawanan akhir Piala AFF untuk menyaksikan pasukan kesayangan kita, Harimau Malaya berdepan dengan Vietnam.
Sepanjang tempoh itu pelbagai keluhan serta kritikan yang telah dilontarkan kepada pihak berkenaan terutamanya FAM apabila timbul pelbagai kontroversi dalam sistem penjualan tiket.
Bermula dengan episod jualan secara online yang berlaku lebih cepat daripada masa sebenar akibat ‘ujian sistem’ sehinggalah ribuan penyokong yang berkampung di hadapan kaunter Stadium Nasional Bukit Jalil beratur untuk mendapatkan tiket. Lebih mengecewakan apabila ramai yang mendakwa tiket telah ‘lesap’ disapu tidak sampai sejam selepas kaunter dibuka.
Kemudian ramai juga pengguna laman media sosial mula berkongsi karenah ulat tiket yang menjual tiket berlipat kali ganda hingga ada yang mencecah RM200. Sehari sebelum perlawanan pula FAM terpaksa mengeluarkan kenyataan apabila telah tular seorang wanita dikatakan mempunyai lebih 2800 tiket, tetapi dia sebenarnya wakil untuk mengambil tiket bagi pihak penyokong Vietnam.
Adakah kita tunggu kejadian tidak diingini baru hendak bertindak? Stadium terlampau penuh. Kawalan tidak ketat kapasiti penonton tidak diambil kira. Amat bahaya jika berlaku kecemasan kerana laluan masuk & keluar dipenuhi orang @FAM_Malaysia@StadiumMalaysia@PDRMsia@SyedSaddiqpic.twitter.com/JDvBJ68HGz
Keterujaan penyokong Harimau Malaya sememangnya berada pada tahap paling tinggi sejak dan kesesakan sememangnya telah dijangka. Dalam perlawanan dramatik semalam skuad Harimau Malaya berjaya melakukan comeback selepas ketinggalan dua gol. Semangat juang seperti inilah yang membuatkan ramai penyokong lebih teruja dan bersemangat untuk sama-sama mendukung aspirasi skuad negara.
Namun apa yang mengecewakan jumlah penonton di dalam stadium semalam terlalu ramai sehinggakan melimpah keluar. Sebagai penyokong yang turut hadir di stadium semalam, penulis sendiri menyaksikan bagaimana ramai penyokong yang terpaksa duduk di atas tangga dan di mana sahaja ruang yang boleh untuk menyaksikan perlawanan.
Malah ada yang memanjat di bahagian penghadang dan duduk melunjurkan kaki mereka. Ia merupakan satu situasi yang bukan sahaja merbahaya tetapi boleh mengundang perkara tak diingini.
Perkara sebegini sebenarnya tidak patut berlaku kerana ia melibatkan keselamatan orang awam. Laluan kecemasan dan bahagian tangga dipenuhi dengan penonton kerana tempat duduk tidak mencukupi. Ini sekali gus menyukarkan pergerakan penonton yang ingin turun naik. Jika berlaku sebarang kecemasan memang ia berpotensi membuatkan keadaan menjadi tidak terkawal.
Sepanjang penjualan tiket, FAM telah mengumumkan sebanyak 80,000 tiket telah dijual. Dan semalam ketika perlawanan berlangsung diumumkan jumlah penonton yang hadir seramai kira-kira 88,000 orang. Namun ramai penyokong yang hadir mendakwa jumlah sebenar adalah lebih daripada itu melihatkan kebanjiran penyokong yang luar biasa ramai.
Selain penyokong Malaysia, di bahagian penyokong Vietnam juga berlaku perkara yang sama. Ramai penyokong Vietnam dilaporkan tidak dapat tempat duduk dan kawan menjadi terlalu sesak sehinggakan sebahagian daripada mereka dialihkan ke kawasan media.
Jadi persoalannya bagaimana perkara limpahan seperti ini boleh berlaku. Lebih mengecewakan ia bukanlah kali pertama perkara seperti ini berlaku. Malah dalam perlawanan liga atau kejohanan domestik sebelum ini juga perkara sama telah berlaku. Adakah ada penyokong yang masuk dengan menggunakan tiket palsu? Atau ada pihak yang menggunakan laluan ‘rahsia’ dengan membayar pihak tertentu? Atau juga mungkin mereka masuk dengan menggunakan payung terjun?
Dakwaan seorang netizen kawannya jadi mangsa masuk stadium menggunakan ‘tiket ajaib’.
Terdapat cadangan agar tiket dijual mengikut nombor tempat duduk. Stadium Nasional kebanggan kita sebenarnya dilengkapi dengan nombor tempat duduk lengkap dengan huruf dalam row berbeza. Jadi sebenarnya ia bukanlah masalah untuk menjual tiket berdasarkan nombor tempat duduk. Terdaoat juga ura-ura bahawa pihak Perbadanan Stadium Malaysia yang menguruskan Stadium Nasional mempunyai sistem bernombor tetapi disebabkan penganjur Piala AFF dan FAM ingin gunakan sistem mereka sendiri jadi perkara itu tidak dapat dilakukan. Betul atau tak dakwaan ini, kami tidak berapa pasti.
Aoa yang pasti, sistem yang lebih efisyen boleh dipraktikkan pada masa akan datang. Dan jika ia dilaksanakan kegiatan ulat tiket dan juga pemalsuan tiket dapat dibanteras. Semoga perkara ini dapat diberikan perhatian yang serius kepada mana-mana pihak yang mempunyai bidang kuasa mereka di dalam penganjuran akan datang.
Wow, berita ini mungkin akan mengejutkan ramai pihak terutamanya lelaki, kerana baru-baru ini ada kajian mengatakan wanita lebih Bahagia Bersama lelaki yang kurang kacak!
Benar, ini bukan main-main. Hasil kajian Journal of Personlity and Social Psychology menyebut lelaki biasa Bersama isteri cantik umumnya akan lebih berkekalan dan bahagian berbanding sama cantik dan padan.
Ini terbukti apabila wanita mempunyai suami menarik ternyata lebih membimbangkan kerana mereka akan rasa insecure dengan menjaga penampilan dan berusaha untuk berdiet untuk menjaga hati suami.
Mereka juga lebih takut sekiranya suami mereka akan dirampas oleh orang lain. Sebaliknya isiteri-isteri yang mempunyai suami yang kurang menarik atau kacak, mereka tidak perlu memaksa diri untuk membuat semua itu terutamanya menjaga penampilan. Malah, mereka juga tidak perlu takut dan bimbang jika mereka perlu bersaing dengan wanita lain.