Couple shopping photo created by jcomp - www.freepik.com

Pertama sekali secara jujurnya bila anda mendengar perkataan ‘shopping’ kepada jantina manakah yang lebih dekat dengan aktiviti tersebut?

Sebagai lelaki anda tidak seharusnya berfikiran panjang untuk menemui jawapannya. Apatah lagi jika anda seorang lelaki yang sudah berkahwin atau punyai teman wanita.

Wahai lelaki sekalian ketahuilah bahawa ‘shopping’ itu adalah satu salah perkara yang membahagiakan wanita. Sila ingat perkara itu sampai bila-bila. Dan MASKULIN mengatakan perkara tersebut bukanlah dengan konotasi negatif tetapi merupakan satu bentuk pujian.

Lelaki & Wanita Ada Tabiat ‘Shopping’ Tersendiri, Ini 7 Perkara Membezakan Mereka Berbelanja
Couple shopping photo created by pressfoto – www.freepik.com

Wanita memang gemar membeli-belah dengan cara tersendiri,dengan lebih teliti dan mungkin lebih baik berbanding lelaki. Namun itu tidak bermakna seorang lelaki merupakan seorang yang ‘lousy’ dalam membeli-belah.

Secara konsensusnya masyarakat beranggapan perbelanjaan barangan keperluan di rumah kebiasaannya akan dikendalikan sepenuhnya oleh wanita. Kaum lelaki sebagai suami pula cukup sekadar mengeluarkan wang untuk perbelanjaan tersebut.

Terdapat satu kajian dari Warton School of Business hadir dengan kesimpulan mengatakan ‘men buy, women shop’. Apakah yang dimaksudkan oleh mereka?

Walaupun corak perbelanjaan lelaki dan wanita secara amnya tidaklah berbeza namun terdapat beberapa perbezaan dari segi sterotaip, perspektif dan juga motif perbelanjaan yang dilakukan.

Sebagai contoh tabiat membeli belah secara di atas talian atau e-dagang. Kajian mendapati di antara faktor yang memainkan peranan sangat penting bagi wanita dalam membeli-belah ialah kaitan emosional yang kuat, psikologikal dan peranan simbolik berbanding lelaki.

Manakala lelaki pula lebih kepada aspek rasional, membuat keputusan dengan cepat dan bersedia untuk mengambil risiko terutamanya produk atau peranti berteknologi tinggi dan baharu.

IKLAN

Di bawah MASKULIN kongsikan 7 perkara yang membezakan tabiat membeli-belah di antara lelaki dan wanita.

WANITA PENTINGKAN DISKAUN

Secara perbandingan wanita lebih gemar mencari barangan atau produk yang menawarkan diskaun. Malah, wanita juga lebih cenderung untuk membeli-belah lebih banyak ketika musim jualan murah berbanding lelaki.

Selain itu, penggunaan sebarang kupon atau kod diskaun juga lebih banyak digunakan oleh wanita. Disebabkan itulah rata-rata lelaki berbelanja lebih tinggi untuk satu-satu produk.

Lelaki & Wanita Ada Tabiat ‘Shopping’ Tersendiri, Ini 7 Perkara Membezakan Mereka Berbelanja
Consumidor photo created by pressfoto – www.freepik.com

LELAKI BERBELANJA LEBIH TINGGI BILA SEMAKIN DEWASA

Berbeza dengan wanita yang lebih banyak ‘shopping’ ketika usia mudanya, lelaki lebih banyak menghabiskan wang berbelanja sakan ketika usia semakin dewasa. Lihat sahajalah lelaki yang usianya berusia 30-an hingga 40-an.

Ketika inilah mereka akan mula berbelanja kerana rata-rata kedudukan kewangan semakin stabil dan mula menemui hobi yang baru. Wanita pula lebih settle down dengan kewangan mereka terutamanya yang sudah berkeluarga.

IKLAN

LELAKI KURANG GEMAR KE LORONG KECANTIKAN & MASAKAN

Kajian juga mendapati kira-kira 74 hingga 90 peratus wanita akan menghabiskan masa membeli-belah mereka di bahagian kecantikan, bayi dan kategori makanan. Namun ia tidak bermakna lelaki tidak mengunjungi lorong tersebut di pasar raya. Cuma waktu mereka habiskan di lorong tersebut lebih pendek dan ringkas.

Lelaki & Wanita Ada Tabiat ‘Shopping’ Tersendiri, Ini 7 Perkara Membezakan Mereka Berbelanja
Man shopping photo created by senivpetro – www.freepik.com

KERAP BERBELANJA DI KEDAI SERBANEKA

Perbelanjaan makanan seperti snek, minuman soda, susu dan pelbagai produk yang boleh didapati di kedai serbaneka biasanya akan dibeli oleh lelaki. Berdasarkan satu kajian yang dilakukan oleh Nielsen kebanyakan jenama mengambil kesempatan ini dengan mencipta tema tawaran atau ‘bundle’ yang mudah menarik perhatian lelaki.

‘MEN BUY, WOMEN SHOP’

Seperti MASKULIN katakan di atas faktor perbezaan ini merupakan tabiat berbelanja yang cukup ketara di antara lelaki dan wanita. Wanita lebih cenderung dan mudah untuk memberikan reaksi terhadap interaksi personal bersama pembantu jualan.

Manakala lelaki pula lebih mementingkan aspek yang memudahkan mereka untuk membeli-belah seperti ruang letak kereta yang banyak, stok mencukupi dan juga kemudahan yang boleh mempercepatkan dan memudahkan urusan beli-belah.

KHIDMAT PELANGGAN

Kajian Wharton juga mendapati sebanyak 29% wanita mengatakan kekurangan bantuan apabila diperlukan ketika membeli-belah merupakan masalah paling tidak digemari mereka. Dan kebanyakannya lebih cenderung untuk membeli-belah di tempat lain jika khidmat pelanggan yang ditawarkan tidak berapa baik.

IKLAN

Bagi lelaki pula masalah utama yang menggangu mereka ialah ruang tempat letak kereta yang tidak mencukupi atau terlalu jauh.

LEBIH LAMA TAPI LEBIH KERAP

Apa yang MASKULIN maksudkan ialah lelaki mengambil masa lebih pendek ketika membeli-belah namun rela berulang banyak kali ke pusat membeli-belah atau pasaraya. Disebabkan itulah setiap kali membeli-belah jumlah item yang dibeli lebih sedikit berbanding wanita.

Dalam memilih barangan yang berkualiti pula lelaki dan wanita sebenarnya tidak jauh bezanya. Masing-masing mahukan produk yang ada ‘value for money’.

Barangan berkualiti tidak bermaksud barangan import semata. Pada masa kini barangan keluaran tempatan juga mempunyai kualiti serta mendapat pengiktirafan pelbagai pihak.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) turut menyeru rakyat Malaysia untuk menyokong produk tempatan dengan kempen yang dianjurkan mereka, ‘Beli Barangan Buatan Malaysia’.

Hadir dengan tanda pagar #BarangBaikBarangKita, KPDNHEP turut ingin membantu sektor industri tempatan bangkit dari impak pandemik COVID-19 sekali gus membangkitkan semula ekonomi.

Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri berkata juga menyatakan bahawa kerajaan telah memulakan proses pemulihan ekonomi melalui strategi pelaksanaan Bajet 2022 dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Jadi marilah sama-sana kita sokong barangan buatan Malaysia! #BarangBaikBarangKita!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI