Ads

Lewis Hamilton Bakal Bersara? Spekulasi Tular Dinafikan, Ferrari Masih Percaya Kepadanya

Lewis Hamilton

Dunia Formula 1 kembali hangat dengan spekulasi mengenai masa depan Lewis Hamilton selepas tular dakwaan bahawa juara dunia tujuh kali itu bakal mengumumkan persaraannya sebelum Grand Prix Britain di Silverstone, Julai depan.

Namun setakat ini, tiada sebarang pengesahan rasmi dikeluarkan oleh Hamilton mahupun Scuderia Ferrari mengenai khabar angin tersebut.

Menurut sumber rapat, spekulasi itu dipercayai berpunca daripada sebuah artikel analisis berbentuk pandangan yang disalah tafsir sebelum ia tersebar luas di media sosial dan mencetuskan persepsi bahawa Lewis Hamilton sudah membuat keputusan untuk bersara.

Lewis Hamilton Bakal Bersara? Spekulasi Tular Dinafikan, Ferrari Masih Percaya Kepadanya
Foto: Andrea Diodato/NurPhoto via Getty Images

Temu Bual Cetus Perdebatan

Antara yang mencetuskan perhatian ialah kenyataan bekas prinsipal Haas, Guenther Steiner yang berpendapat Lewis Hamilton mungkin akan meninggalkan Formula 1 sekiranya gagal memenangi gelaran dunia kelapan bersama Ferrari.

Dalam temu bual, Steiner mengakui situasi Lewis Hamilton bersama Ferrari bukan sesuatu yang mudah sejak menyertai pasukan Itali itu dari Mercedes menjelang musim 2025.

“Ia situasi yang sukar. Saya rasa musim ini dia menunjukkan prestasi lebih baik, tetapi musim lalu sangat sukar untuknya.

“Terdapat tekanan besar apabila Ferrari membawa masuk juara dunia tujuh kali dan dianggap GOAT dalam Formula 1, tetapi ketika itu prestasinya tidak menjadi,” katanya.

Steiner turut berpendapat Lewis Hamilton sebenarnya sudah tidak perlu membuktikan apa apa lagi dalam sukan itu, namun percaya motivasi utama pelumba Britain tersebut masih terarah kepada usaha memburu kejuaraan dunia kelapan.

Ads

Era Baharu Bersama Ferrari

Perpindahan Lewis Hamilton ke Ferrari pada musim 2025 sebelum ini dianggap antara perpindahan terbesar dalam sejarah moden Formula 1.

Ia sekali gus menamatkan kerjasama luar biasanya bersama Mercedes selama 12 tahun yang menghadiahkan enam gelaran dunia serta lapan kejuaraan pengeluar buat pasukan tersebut.

Lewis Hamilton Bakal Bersara? Spekulasi Tular Dinafikan, Ferrari Masih Percaya Kepadanya

Gabungan Lewis Hamilton dan Mercedes juga dianggap antara partnership paling berjaya dalam sejarah Formula 1 moden.

Namun musim pertamanya bersama Ferrari tidak berjalan seperti dirancang apabila dia gagal menaiki podium sepanjang kempen 2025.

Ads

Prestasi itu mencetuskan pelbagai persoalan mengenai kemampuan Hamilton untuk kembali mencabar kejuaraan pada usia 40 tahun.

Prestasi 2026 Mula Tunjuk Perubahan

Walaupun berdepan musim sukar sebelum ini, prestasi Lewis Hamilton pada musim 2026 dilihat semakin menunjukkan peningkatan.

Ferrari juga dilaporkan masih percaya terhadap pengalaman dan pengaruh besar yang dimiliki pelumba Britain itu dalam usaha membawa pasukan kembali menjadi pencabar utama kejuaraan.

Situasi semasa ini secara tidak langsung dilihat tidak menyokong spekulasi bahawa Hamilton sedang bersedia meninggalkan Formula 1 dalam masa terdekat.

Tambahan pula, Lewis Hamilton sendiri sebelum ini beberapa kali menyatakan bahawa dia masih mempunyai motivasi tinggi untuk terus bersaing di peringkat tertinggi.

Ads

BACA: Sergio Ramos Bakal Jadi Pemilik Baharu Sevilla, Kelab Zaman Kanak-Kanaknya

Masih Kejar Gelaran Kelapan

Apa yang pasti, nama Lewis Hamilton masih kekal antara figura terbesar dalam Formula 1 walaupun sudah memasuki fasa penghujung karier.

Dengan tujuh gelaran dunia di tangan, satu lagi kejuaraan akan membolehkannya memegang rekod mutlak gelaran dunia Formula 1 paling banyak dalam sejarah.

Dan buat masa ini, impian itu dilihat masih menjadi antara sebab utama Hamilton belum bersedia mengangkat tangan meninggalkan grid Formula 1.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah. 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads
Sergio Ramos

Sergio Ramos Bakal Jadi Pemilik Baharu Sevilla, Kelab Zaman Kanak-Kanaknya

Daripada legenda Sevilla kepada bakal pemilik kelab. Sergio Ramos dilapor hampir lengkapkan pengambilalihan Sevilla bernilai lebih RM2.2 bilion.