Ads

Sergio Ramos Bakal Jadi Pemilik Baharu Sevilla, Kelab Zaman Kanak-Kanaknya

Sergio Ramos

Perubahan besar kini sedang berlaku di Sevilla FC apabila legenda bola sepak Sepanyol, Sergio Ramos dilaporkan hampir rasmi menjadi pemilik baharu kelab tersebut.

Menurut laporan media Sepanyol, ABC de Sevilla, persetujuan akhir telah dicapai antara kumpulan pelaburan yang diketuai Ramos bersama pemegang saham utama Sevilla selepas rundingan intensif berlangsung minggu ini.

Sergio Ramos, Bekas pertahanan Real Madrid dan Sepanyol itu menjadi wajah utama kepada konsortium disokong dana pelaburan Five Eleven Capital yang sebelum ini memasuki tempoh eksklusif selama tiga bulan untuk mengambil alih kelab tersebut sejak Januari lalu.

Sergio Ramos Bakal Jadi Pemilik Baharu Sevilla, Kelab Zaman Kanak-Kanaknya
Foto: Reuters

Nilai Pengambilalihan Cecah RM2.2 Bilion

Menurut laporan The Athletic, perjanjian secara prinsip itu dianggarkan bernilai sekitar €444 juta atau lebih RM2.2 bilion.

Rundingan tersebut dikatakan berlangsung selama antara lapan hingga 10 jam sebelum kedua-dua pihak akhirnya mencapai kata sepakat.

Walaupun beberapa prosedur rasmi dan dokumentasi undang-undang masih perlu diselesaikan, sumber terdekat rundingan memaklumkan hampir semua isu utama antara kedua-dua pihak telah berjaya diselesaikan.

Pengumuman rasmi dijangka dibuat dalam tempoh beberapa hari lagi selepas semakan akhir klausa undang-undang dilakukan.

Sergio Ramos Kembali “Menyelamatkan” Sevilla?

Apa yang menjadikan kisah ini lebih menarik, Sevilla bukan sekadar sebuah kelab biasa buat Sergio Ramos.

Ia merupakan kelab zaman kanak-kanaknya sebelum dia berhijrah ke Real Madrid pada tahun 2005 dan muncul antara pertahanan terbaik dalam sejarah bola sepak dunia.

Ads

Sergio Ramos Bakal Jadi Pemilik Baharu Sevilla, Kelab Zaman Kanak-Kanaknya

Kini, di saat Sevilla sedang bergelut dengan masalah kewangan dan prestasi, Ramos dilihat mahu memainkan peranan penting dalam membawa semula kestabilan kepada kelab tersebut.

Musim ini, Sevilla bergelut di kelompok bawahan La Liga dan berdepan ancaman penyingkiran ke Segunda Division.

Masalah Hutang Jadi Cabaran Utama

Antara perkara terbesar yang menjadi perhatian dalam proses pengambilalihan ini ialah keadaan kewangan Sevilla.

Menurut sumber kelab, hutang bersih Sevilla dianggarkan sekitar €90 juta, manakala jumlah keseluruhan liabiliti boleh mencecah €180 juta bergantung kepada audit akhir yang dilakukan pihak luar.

Ads
Sergio Ramos Bakal Jadi Pemilik Baharu Sevilla, Kelab Zaman Kanak-Kanaknya
Foto: Getty Images

Malah, Sevilla turut mencatat kerugian sekitar €81.8 juta bagi musim 2023/2024.

Jika kelab itu tersingkir dari La Liga, nilai pasaran Sevilla juga dijangka boleh jatuh antara 20 hingga 30 peratus.

Sebab itu proses due diligence menjadi antara fasa paling penting sebelum Ramos dan kumpulannya bersetuju meneruskan pembelian.

Rundingan Libatkan Keluarga & Peguam Sergio Ramos

Menurut laporan, pertemuan penting Isnin lalu turut dihadiri Sergio Ramos sendiri bersama peguam, ahli keluarga dan wakil kepimpinan pemegang saham Sevilla.

Difahamkan, pertemuan tersebut menjadi titik penentu kepada persetujuan penuh antara kedua-dua pihak.

Ads

Matlamat utama mereka adalah memastikan proses transisi berjalan lancar dan stabil demi masa depan institusi kelab.

BACA: Marcus Tan & Isabel Fu Dedah Realiti Sebenar Hybrid Training, Ini Fakta Ramai Masih Salah Faham

Dari Legenda Padang Ke Dunia Korporat Bola Sepak

Jika pengambilalihan ini berjaya dimuktamadkan, Sergio Ramos bakal menyertai senarai bekas pemain bola sepak elit yang mula beralih ke dunia pemilikan kelab dan pengurusan bola sepak moden.

Selepas memenangi pelbagai trofi bersama Real Madrid dan Sepanyol termasuk Piala Dunia serta Liga Juara-Juara, langkah ini dilihat sebagai “bab baru” dalam perjalanan karier Ramos selepas era pemain profesionalnya semakin menuju penghujung.

Dan bagi penyokong Sevilla, kemunculan semula Sergio Ramos kali ini bukan lagi sebagai pemain.

Tetapi mungkin sebagai individu yang cuba mengubah masa depan kelab yang pernah membentuk namanya satu ketika dahulu.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah. 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads
Lewis Hamilton

Lewis Hamilton Bakal Bersara? Spekulasi Tular Dinafikan, Ferrari Masih Percaya Kepadanya

Spekulasi Lewis Hamilton bakal bersara kembali hangat diperkatakan. Namun Ferrari masih percaya juara dunia tujuh kali itu belum selesai memburu gelaran kelapan.