Sepanjang bulan Ramadan ini pengeluar atau pemilik jenama Baju Melayu nampaknya tampil dengan pelbagai bentuk kempen dan promosi yang menarik.
Salah satu jenama yang sering tular dengan kempen pemasaran yang cukup hebat ialah Bulan Bintang, Jenama yang dimiliki oleh seorang anak muda bernama Azzim Zahid Azmi atau lebih mesra dikenali dengan nama Meri.
Untuk kempen Bulan Bintang tahun ini, Meri bersama jenamanya melancarkan kempen Terrrrpaling Raya Bulan Bintang menawarkan hadiah bernilai lebih RM3 juta untuk semua pelanggan tahun ini.
Terbaru telah tular video bagaimana seorang ibu tunggal yang telah memenangi hadiah dari kempen tersebut berbentuk pakej menunaikan umrah. Video yang dikongsikan tersebut telah tular di laman sosial dengan lebih 1 juta tontonan.
Video tersebut dikongsikan oleh anak wanita tersebut di laman TikTok selepas ibunya Norharizan Uda Osman yang berusia 49 tahun memenangi peraduan itu.
@madakmal_ Ya Allahhhhhhh macam tak percaya. Rezeki mama dapat hadiah umrah. Jarang betul bertuah camni TQ @bulanbintangclothing @meripergibulat 😭 #bulanbintang #bajumelayu #fyp @Bulan Bintang Clothing HQ @meri yang busy ♬ original sound – mal
“Mak memang sudah lama teringin nak ke Tanah Suci menunaikan umrah. Alhamdulillah, Allah kabulkan dengan menang peraduan Imbas dan Menang Bulan Bintang. Doa ibu memang tak nafi keberkatannya. Mak teringin nak pergi Tanah Suci, lepas tekan tebus, Alhamdulillah impian mak tercapai.
“Mak memang tak sangka dan sampai sekarang masih tak percaya yang dia menang umrah. Memang itu impian dia dan terima kasih banyak banyak untuk pengasas Bulan Bintang kerana merealisasikan impian mak,” katanya dalam satu temu bual bersama Harian Metro.
Berikutan video tular tersebut pengasas Bulan Bintang, Meri mengambil keputusan untuk terus ke Ipoh dan bertemu mereka sendiri untuk mengucapkan tahniah.
PALING MENYENTUH HATI
Dalam satu video temu bual bersama Meri, wanita tersebut berkongsi bagaimana dia membeli tiga pasang baju Melayu untuk tiga anak lelakinya.
Pada mulanya, anak saya mahukan PS5 jika ada rezeki memenangi peraduan ini. Pada saya, jika ada rezeki, Insya-Allah. Cubaan pertama untuk anak sulung, kami tidak memenangi sebarang hadiah dan untuk anak kedua pula, kami memenangi baucar.
“Bagi percubaan terakhir, anak-anak mahukan saya sendiri yang menekan telefon pintar. Saya hanya bertawakal dan tak sangka saya memenangi pakej Umrah. Syukur Alhamdulillah.
“Saya dah tiga tahun tanam impian, tak sangka bila beli baju Melayu Bulan Bintang untuk anak-anak, ini yang saya dapat. Bagi kami yang kurang kemampuan, inilah rezekinya. Saya memang terharu kerana tak sangka, rezeki saya nak tunai Umrah, nak melihat Kaabah bakal tercapai, Alhamdulillah. Allah dah jawab doa saya,” katanya.
BACA: Sneakers Putih Pilihan MASKULIN Paling Mantap Digayakan Bersama Seluar Jean
Manakala bagi Meri pula dia berkata, “Inilah salah satu pemenang yang paling menyentuh hati aku. Dia dah laman teringin (menunaikan umrah).
“Aku rasa sangat bangga dan bersyukur kerana sama-sama berkongsi rezeki dengan pelanggan-pelanggan Bulan Bintang. Terima kasih kepada semua yang menyokong Bulan Bintang dan beri aku peluang berkongsi rezeki,” tambahnya lagi.
@meripergibulat Rezeki tak pernah salah alamat. Tahniah lagi sekali kak, jangan lupa doakan Bulan Bintang ye 🫶🏼 #bulanbintang ♬ original sound – meri yang busy
Norharizan memenangi pakej Umrah untuk dua orang dan ia bernilai RM12,090 untuk setiap seorang. Selain hadiah pakej umrah seperti ini, Bulan Bintang turut menawarkan hadiah hebat yang lain seperti 10 Perodua Myvi dan Bezza, iPhone 15, emas 999, motosikal dan banyak lagi.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI