Selepas tujuh tahun mendiamkan diri, band rock legenda Linkin Park akhirnya kembali membuat kemunculan semula.
Band ini yang cukup popular dengan gabungan genre rock, rap, dan metal, berdepan saat-saat getir selepas kehilangan penyanyi utama mereka, Chester Bennington, pada tahun 2017.
Line up asal Linkin Park
Kini mereka kembali dengan kehadiran penyanyi baharu dan bersedia melakukan siri jelajah. Namun, di sebalik kegembiraan ini, satu berita yang mengejutkan peminat setia – salah seorang ahli pengasas memilih untuk tidak menyertai jelajah terbaru mereka.
Pada 5 September yang lalu, Linkin Park membuat persembahan pertama mereka selepas berehat panjang.
Mike Shinoda, ahli kumpulan yang juga penyanyi rap dan gitaris, memperkenalkan Emily Armstrong, penyanyi dari kumpulan Dead Sara, sebagai vokalis baru Linkin Park.
Ternyata, langkah ini satu kejutan besar, memandangkan banyak spekulasi tentang siapa yang bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Bennington.
Selain itu, Colin Brittain, seorang pemain drum yang juga dikenali sebagai penerbit muzik berbakat, turut diumumkan sebagai ahli baru yang akan mengiringi Linkin Park dalam jelajah akan datang.
Ads
Dalam pada itu, kumpulan ini juga melancarkan single terbaharu mereka bertajuk The Emptiness Machine – lagu pertama mereka sejak 2017. Lagu ini turut menjadi penanda kepada album baharu mereka, From Zero, yang dijangka keluar pada 15 November.
Tapi di sebalik keghairahan reunion ini, tersebar pula kenyataan mengejutkan dari pemain gitar utama Linkin Park, Brad Delson. Dalam satu hantaran Instagram, Delson mengesahkan bahawa beliau tidak akan menyertai jelajah terbaru kumpulan itu. Pengumuman ini telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat setia.
Brad Nelson (foto: Rich Furry/Getty Images)
“Saya sangat teruja untuk berkongsi bab baru ini dengan dunia. Membawa visi kami kepada realiti adalah hasil daripada pelbagai liku-liku sepanjang perjalanan kami sebagai sebuah band,” ujar Delson.
Namun, dia menjelaskan bahawa meskipun tidak akan tampil di pentas, dia tetap berperanan aktif di belakang tabir.
“Saya mendapati diri saya lebih berkembang apabila bekerja di belakang tabir – di studio, mencipta muzik baru bersama rakan-rakan kumpulan.
Ads
“Walaupun saya tidak akan bersama dalam jelajah ini, saya sangat teruja untuk memperkenalkan Alex sebagai pengganti saya di pentas. Dia seorang pemuzik berbakat dan seorang rakan yang hebat,” tambahnya lagi.
Tetapi Delson menegaskan keputusannya tidak ada kaitan dengan kontroversi yang melibatkan penyanyi baru mereka, Emily Armstrong.
Sebelum ini, Armstrong telah terlibat dalam kontroversi apabila dilaporkan memberi sokongan kepada pesalah serangan seksual yang disabitkan, Danny Masterson.
Ads
Namun, Armstrong dengan cepat tampil mempertahankan dirinya, mengatakan bahawa sokongannya hanyalah kepada seorang rakan tanpa mengetahui sepenuhnya situasi sebenar.
Keputusan Delson untuk menarik diri dari jelajah ini telah mengejutkan ramai peminat, terutamanya mereka yang telah mengikuti perjalanan muzik Linkin Park sejak awal.
Malah, ada yang mencadangkan agar kumpulan ini menukar nama mereka kerana merasakan ia sudah tidak sama tanpa kehadiran ahli pengasas.
Namun, satu perkara yang pasti, Linkin Park masih bernafas dan terus relevan walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan kontroversi.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Keadaan kini semakin meruncing dengan kadar kes baharu yang dicatatkan masih lagi tinggi. Kita semua tiada jalan lain untuk bebas dari belenggu wabak ini melainkan mendapatkan suntikan vaksin.
Untuk mencapainya kita harus sama-sama main peranan memberi kesedaran kepada setiap anggota masyarakat akan betapa pentingnya pengambilan vaksin ini.
Kerajaan menerusi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) kini sedang giat menjalankan program suntikan vaksin dengan jumlah haria meningkat setiap hari. Antara golongan yang paling berisiko ialah warga emas yang berusia 60 tahun ke atas.
MASKULIN tertarik dengan perkongsian daripada Pengacara Tanya Doktor, Dr Say Shazril yang kini sedang menjalankan tugas sebagai barisan hadapan bertugas di salah satu Pusat Pemberian Vaksin (PPV) iaitu di PWTC, Kuala Lumpur.
Menurutnya pemerhatiannya, golongan warga emas terutamanya orang Melayu hanya dilihat dalam lingkungan 30 hingga 40 peratus sahaja daripada keselurhan mereka yang datang. Walau bagaimanapun jelasnya itu adalah daripada pemerhatian kasarnya sahaja.
“Pusingan kedua inisiatif sukarela pengambilan vaksin Astra Zeneca bermula Ahad baru ni. Yang dibuka untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas tu. Jadi bila saya bertugas di PWTC hari ni saya expect mostly warga emaslah yg akan datang mengambil vaksin & tepat tekaan saya, hampir 90% adalah warga emas. Tapi yang buat saya sedikit sedih daripada warga emas yang hadir, hanya 30-40% adalah orang Melayu kita”.
Tambahnya lagi itu hanyalah daripada pemerhatiannya sahaja.
“Tapi boleh kira betapa sikitnya penerima vaksin yang ‘bin & binti’ saya consult tadi. Bila saya berterima kasih kepada makcik & pakcik yg datang kerana tampil mengambil vaksin tadi, rata-rata berkata “kawan makcik/ pakcik ramai taknak amik sebab dengar macam2 cerita…”
“…tapi makcik atau pakcik beranikan diri, redha & tawakal demi nak jumpa anak cucu”.
“Berlinang mata kejap dengar statement mereka,” luah Dr Say lagi.
Dr Say juga meneruskan kelantangan kerajaan dan menyeru agar masyarakat tidak mendengar segala info, fakta dan teori konspirasi yang tidak benar tentang vaksin.
“Cukuplah dengar rumours Whatsapp Group atau konspirasi di FB. Pilihlah sumber yg sahih. Marilah sama2 kita cuba capai Herd Immunity secepat mungkin supaya dapat kita pulang kepada kehidupan dahulu kala,” jelasnya lagi.
Kita semua terutamanya anda sebagai lelaki memainkan peranan sangat besar untuk membantu menyebarkan info yang betul kepada ahli keluarga. Jangan biarkan orang tua kita terdedah kepada risiko wabak ini tanpa perlindungan vaksin.
Daftar dan dapatkan suntikan vaksin dengan seberapa segera. Kita jaga kita!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sejak kebelakangan ini sering diperkatakan mengenai peningkatan kos sara hidup. Ramai berpendapat kos sara hidup telah meningkat lagi-lagi yang tinggal di bandar-bandar besar lagi akan terasa peritnya. Sebenarnya ada tip yang boleh dipraktikkan untuk mengurangkan kos hidup, salah satunya jimatkan pengunaan elektrik di rumah. Jom kita guna 14 tip berguna yg boleh anda amalkan ni.
1. Gunakan ruang dalam mesin basuh sepenuhnya. Jangan basuh pakaian dalam kuantiti yang sedikit dan kerap.
2. Cuci filter pendingin udara bagi memastikan ia boleh beroperasi secara efisyen.
3. Tutup tingkap dan pintu semasa menggunakan pendingin udara. Lagi kecil ruang yang perlu disejukkan, lebih kurang bil anda.
4. Gunakan mentol lampu yang menggunakan tenaga yang sikit.
5. Gosok baju dalam kuantiti pukal.
6. Penuhkan pemanas air elektrik ke tahap maksimun setiap kali anda isi semula
7. Cari barangan elektrik yang mempunyai rating 5 bintang.
8. Beri ruang kepada peti sejuk anda untuk ‘bernafas’. Jarakkan peti sejuk anda dengan dinding sejauh 10cm bagi membolehkan peredaran udara yang lebih efisyen. Selain itu, jangan dedahkan peti sejuk secara langsung kepada sinaran matahari. Apabila keadaan sekeliling panas, lebih banyak tenaga diperlukan untuk peti sejuk anda untuk sejuk kembali.
9. Tutup komputer / laptop/monitor lcd jika tidak digunakan. Jangan biarkan ia berada dalam keadaan ‘standby’.
10. Gunakan timer untuk peralatan yang hanya diperlukan untuk masa-masa tertentu. Seperti contoh lampu spotlight di luar rumah.
11. Gunakan lampu pendarfluor T5 atau LED untuk lebih jimat api. (Lampu adalah kecil tetapi panjang).
12. Setkan suhu pendingin udara kepada 23-25 darjah celcius untuk kesejukan optimun. Jika kurang dari itu, lebih banyak tenaga yang diperlukan untuk menyejukkan bilik anda.
13. Susun barangan di dalam peti sejuk supaya lebih tersusun. Ini boleh membuatkan udara sejuk di dalam peti sejuk beredar dengan lebih efisyen seterusnya menjimatkan elektrik.
14. Gunakan mod ‘cold wash’ ketika membasuh pakaian menggunakan mesin basuh. Jika tidak, mesin basuh anda akan memerlukan lebih tenaga untuk memanaskan air.
Sumber: karangkraf via Islamik.info
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Rezeki setiap individu berbeza. Orang kata kalau nak lebih murah rezeki, kita perlu sentiasa memberi pada orang lain. Memberi pada mereka yang memerlukan ini ada banyak kelebihannya.
Setiap wang yang kita miliki bukanlah sepenuhnya milik kita. Bila kita faham konsep ini, hati akan menjadi lebih redha untuk memberi. Sekiranya anda mahu rezeki bertambah, cuba lakukan 8 perkara ini. Nampak ringkas tapi ia sebenarnya mampu memberi impak yang besar.
1. Sediakan makanan kucing
Cat eats from a plate canned food
Tak susah pun kan? Cuma sedikan satu bekas makanan dan semangkuk air di luar rumah anda. Ia khusus untuk kucing jalanan yang singgah dan lalu di kawasan rumah anda. Itu rezeki untuk dia.
2. Asingkan gaji
Setiap kali anda mendapat gaji, asingkan sedikit untuk disedekahkan kepada mereka yang memerlukan. Tidak perlu bersusah payah mencari orang jauh. Beri sahaja pada adik-adik atau anak buah yang masih belajar. Tetapi ingat, beri ikut kemampuan anda.
3. Duit kecil
Sentiasa sediakan duit kecil di dalam poket untuk disedekahkan.
4. Majlis keramaian
Sekiranya anda mngunjungi majlis keramaian, anda boleh memberi sedekah air mineral kepada tetamu selain daripada memberi wang pada tuan rumah. Paling baik dilakukan ketika berlakunya kematian kerana kadangkala tuan rumah tidak menyediakan makanan dan minuman.
5. Amalkan sikap ‘keep the change’
Okay ini bukan berlagak atau niat menunjuk-nunjuk ya. Setiap kali anda membeli makanan dari peniaga kecil, tidak perlu ambil bakinya. Niat sahaja untuk bersedekah. Buat orang lain gembira pun ada pahalanya.
6. Kotak kecil
Letakkan sebuah kotak kecil di dalam bilik tidur. Setiap kali anda melakukan dosa atau melakukan perkara yang tidak baik, masukkan wang kecil di dalamnya. Genap satu bulan, sedekahkan wang ini ke mana sahaja yang anda mahukan.
7. Beli Al-Quran
Jika anda mempunyai wang lebih, belilah Al-Quran atau sejadah untuk disedekahkan kepada mana-mana masjid atau surau. Sekiranya ada yang membaca dan menggunakannya, anda turut mendapat tempiasnya.
8. Amalkan membaca Al-Fatihah
Sebaiknya, amalkan membaca surah Al-Fatihah setiap pagi dan sedekahkan pada kedua-dua ibu bapa anda tidak kira masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.