Mungkin selama ini kita dimomokkan dengan majlis perkahwinan gah dan mewah. Tetapi kebelakangan ini, masyarakat kita semakin bijak dan kreatif dalam berjimat cermat untuk melaksanakan suatu majlis perkahwinan. Ini list trend doorgirt yang boleh menjimatkan poket bakal pengantin lelaki?

List Doorgift kahwin Yang Menjimatkan Poket Pengantin Lelaki

PILIH IDEA DOORGIFT KAHWIN YANG BERSESUAIAN DENGAN TEMA MAJLIS ANDA

Kebiasaannya, doorgift kahwin untuk sesebuah majlis perkahwinan adalah berbentuk cenderahati berkotak. Untuk menambahkan lagi keseriaan atau keunikan doorgift anda, sangatlah disyorkan untuk memilih doorgift yang bersesuaian dengan tema majlis perkahwinan.

 

Contohnya, jika perkahwinan anda bertemakan ala-ala suasana Arab (mungkin anda dan pasangan berkenalan di arab Saudi), cubalah carikan  yang sesuai dengan keunikan negara Arab.

Sebagai contoh, mungkin anda boleh jadikan MINYAK ATAR sebagai doorgift untuk tetamu yang hadir. Adalah tidak munasabah jika perkahwinan anda bertemakan Arab, dan doorgift yang diberikan bertema Alice in the Wonderland. Betul tak?

List Doorgift kahwin Yang Menjimatkan Poket Pengantin Lelaki

IKLAN

CARI SUPPLIER DOORGIFT KAHWIN YANG MENAWARKAN HARGA RENDAH DAN BERPATUTAN

Untuk membeli doorgift dengan harga yang berpatutan, digalakkan bagi setiap pasangan untuk membuat survey lebih awal keatas pengeluar-pengeluar yang menyediakan perkhidmatan tersebut.

Disarankan kepada anda untuk membuat bajet kewangan dan analisis bilangan tetamu yang akan hadir terlebih dahulu sebelum membuat tempahan doorgift supaya tidak berlaku lebihan bajet.

Jika pandai mencari supplier, insya-Allah anda akan mendapat harga yang terbaik dan jika pandai berurusan, mungkin anda boleh mendapat doorgift tambahan secara percuma.

List Doorgift kahwin Yang Menjimatkan Poket Pengantin Lelaki

IKLAN

PILIH DOORGIFT KAHWIN YANG TAHAN LAMA

Kebanyakan doorgift yang diberikan kepada tetamu selepas majlis perkahwinan biasanya akan dibuang.

Anda pun mesti pernah buang juga kan?

Untuk mengelakkan doorgift anda dari menjadi kawan kepada sampah sarap yang lain, pastikan anda memilih doorgift yang tahan lama dan sesuai untuk dijadikan hiasan di dalam rumah atau boleh diletakkan di dalam kereta.

IKLAN

Anda sudah memperuntukkan sejumlah wang yang banyak untuk doorgift kepada tetamu dan sangatlah menyakitkan jiwa, raga dan batin, jika doorgift kahwin yang anda berikan kepada tetamu dibuang begitu sahaja.

Pastikan tetamu anda merasa bersalah untuk membuang doorgift anda yang sangat luar biasa!

List Doorgift kahwin Yang Menjimatkan Poket Pengantin Lelaki

DOORGIFT KAHWIN 3 DALAM 1

Fikirkan!  bagaimana doorgift kahwin yang akan anda berikan kepada tetamu dapat menyelesaikan masalah mereka dari banyak sudut. Maknanya, selain berfungsi sebagai doorgift, pastikan doorgift anda turut berfungsi dalam aspek lain contohnya, jika anda memberikan tuala kecil sebagai doorgift, tuala tersebut boleh dijadikan kain pengelap cermin tingkap di rumah nenek juga atau mungkin, boleh dijadikan sapu tangan untuk adik ke sekolah.

Banyak fungsinya bukan? Inilah antara cara terbaik untuk menambahkan peranan doorgift anda kepada tetamu yang hadir.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI